Anda di halaman 1dari 6

2.0 KONSEP 5 P Konsep 5P merupakan srategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.

Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Penggabungjalinan

Penilaian

Penyerapan

5P

Pemulihan Rajah : 5 P 2.1 Penggabungjalinan.

Pengayaan

Merupakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. 2.1.1 Tujuan strategi penggabungjalinan seperti berikut: Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semulajadi Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.
7

2.1.2 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Penggabungjalinan kemahiran Penggabungjalinan bahan Pengabungjalinan aktiviti

2.2 Penyerapan Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan. 2.2.1 Tujuan Penyerapan

Menambah kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. Membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu Meluaskan ruang untuk bidang ilmu yang diminati Membantu murid menguasai pengetahuan tentang pengunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks.

Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

2.2.2 Unsur Penyerapan dalam Pengajaran Terdapat 5 unsur penyerapan: Ilmu Pengetahuan Nilai murni Kewarganegaraan Peraturan sosio-budaya Kemahiran bernilai tambah

2.3 Pengayaan
8

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. 2.3.1 Objektif Pengayaan

Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasi kerja sendiri. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup

2.3.2 Aktiviti Pengayaan

Menggunakan daya usaha sendiri Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. Melibatkan pembacaan meluas Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah

2.3.3 Program Pengayaan


9

Pembelajaran akses kendiri Kerja projek Bacaan tambahan Permainan dan rekreasi Pembelajaran berbantukan komputer

2.4 Pemulihan Pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis danmengira. ( 3M ). Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. 2.4.1

Objektif Program pemulihan Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikut aktiviti yang sesuai dengan mereka. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Membina.,memperoleh dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

2.5 Penilaian
10

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menetukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian

Pemulihan

Pengayaan

Penilaian

Rajah : Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian. 2.5.1 Jenis-Jenis Ujian Ujian Formatif

Maklum balas kepada pelajar dan guru berkaitan kemajuan dan kelemahan. Dijalankan sepanjang pengajaran Penekanan pada kognitif, psikomotor dan afektif Terhad kepada tugasan Aras kesukaran berubah-ubah Berbantukan alat yang dibentuk khas Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Sumatif Berfungsi bagi pensijilan atau penggredan Dijalankan pada akhir unit pembelajaran Penekanan pada kognitif Beraneka jenis soalan
11

Tahap kesukaran adalah dari mudah ke sukar Peperiksaan akhir tahun Ujian Rujukan Norma

2.5.2 Aktiviti Penilaian Bahasa Portfolio Satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Jenis-jenis portfolio: i. ii. iii. Portfilio Kerja Harian Portfolio Hasil terbaik Portfolio Dokumen

Penilaian Melalui Pemerhatian Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis pemerhatian .

12