Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AKTIVITI 10 (SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN) TARIKH: 2 JUN 2012 MASA: 7.30 HINGGA 8.

30 PAGI TEMPAT: MAKMAL FIZIK KEHADIRAN: TURUT HADIR: SEMUA GURU DAN PELAJAR SMK BUKIT CHANGGANG

Aktiviti kokurikulum pada minggu ini gigantikan dengan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Program diadakan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-54. Objektif program ini adalah untuk Menyemai semangat mencintai tanah air dan menghargai erti sebenar kemerdekaan dalam kalangan warga SMK Bukit Changgang. Sambutan ini adalah program yang diadakan pada setiap tahun sempena memeriahkan bulan kemerdekaan negara. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Sakinah binti Saari. Acara ucapan pengerusi majlis diikuti dengan ucapan pengetua. Pengetua banyak memberi nasihat kepada semua murid betapa penting menghargai keamanan dan keharmonian negara hasil pengorbanan generasi dahulu mencapai kemerdekaan negara. Acara dimulakan dengan simbolik 5 orang pelajar diketuai ketua murid membawa bendera untuk dikibarkan. Dengan berkibarnya bendera tersebut maka bermulalah sambutan Bulan kemerdekaan secara rasminya. Majlis seterusnya ialah nyanyian lagu-lagu patriotik dari seluruh warga SMKBC. Diikuti pula dengan bacaan doa diketuai Ustaz Abd Rahim Bin Mohd Noh. Seterusnya pula ikrar kemerdekaan yang dipimpin oleh Encik Ismail. Majlis tamat pada pukul 9. 32 pagi. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Yang Ke - 54. Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

Disediakan oleh; _______________________ (RAUDHATUL FALAH) SETIAUSAHA

Disemak oleh: ___________________ (NUR KHAIRUL BIN JEFFRIDIN) PENGERUSI

Disahkan oleh: _______________ (PN. SUHAYA SAHLAN) PEMIMPIN

Anda mungkin juga menyukai