Anda di halaman 1dari 15

PELAJARAN RENDAH

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjeksubjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral. Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian tersebut menguji:

Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Penguasaan kemahiran matematik Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3
PRASEKOLAH

Komponen:
1. 2. 3. 4. 5. 6. Bahasa dan Komunikasi Perkembangan Kognitif Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi Perkembangan Fizikal Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Teras:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bahasa Melayu English Language Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:


1. 2. 3. 4. Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik 1

Mata Pelajaran Tambahan:


1. 2. 3. 4. 5. Bahasa Cina Komunikasi Bahasa Tamil Komunikasi Bahasa Arab Komunikasi Bahasa Iban (bermula tahun 3) Bahasa Semai (bermula tahun 3)

TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

Mata Pelajaran Teras:


1. Bahasa Melayu 2. English Language 3. Bahasa Cina (SJKC) 4. Bahasa Tamil (SJKT) 5. Mathematics 6. Science 7. Kajian Tempatan 8. Pendidikan Islam 9. Pendidikan Moral 10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:


1. 2. 3. 4. 5. Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:


1. 2. 3. 4. 5. 6. Bahasa Cina Komunikasi Bahasa Tamil Komunikasi Bahasa Arab Komunikasi Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Semai

Jejari Helium - Pencerahan dari sudut pembinaan pasukan - menrusan matlamat kumpulan , kemahiran komunikasi , kemahiran mendengar. Kedah - mengunakan paip yang diletakkan diatas jari - syarat aktiviti - turunkan paip ini serentak kebawah dan syarat aktiviti - jari mesti sentiasa sentuh batang paip tersebut.

beberapa tip bagaimana menjadi seorang yang menarik di mata orang lain: 1. Sentiasa senyum Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta atau disayangi ramai disebabkan senyumannya. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman yang ikhlas. 2. Banyak memberi Masyarakat menyukai individu yang suka memberi. Sama ada wang, hadiah atau pun pertolongan berbentuk fizikal. Tiada siapa yang suka kepada individu yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk saling memberi. 3. Berikan pujian Manusia sebenarnya gemarkan pujian. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Kata-kata pujian akan membuatkan seseorang berasa dihargai. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan bahagia. 4. Mempunyai prinsip Mempunyai prinsip hidup merupakan antara ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa dan bukannya seorang hartawan. Tetapi mengapa beliau menjadi individu yang menarik? Sebabnya, Gandhi mempunyai prinsip untuk membebaskan rakyat India daripada cengkaman penjajah. 5. Mempunyai keyakinan diri Ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan dan percaya terhadap kemampuan diri sendiri. Jika anda tidak percaya pada diri sendiri, mustahil orang lain akan mempercayai anda. SESEORANG yang menarik tidak semestinya memiliki wajah yang cantik dan seksi. - Gambar hiasan

6. Bersikap positif Jika anda pernah menghadapi krisis atau bertengkar dengan sesiapa sahaja, jangan simpan perasaan benci di dalam hati. Pilihlah untuk berkawan dengannya dan elak daripada bermusuh dengannya dalam tempoh yang sangat lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Dendam akan menarik sifat marah dan panas baran. Sikap itu akan membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, termasuklah ibu bapa dan adik-beradik. Untuk menjadi individu yang menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut satu persatu. Pilih yang positif, lupakan yang negatif. 7. Pandai berkawan Jangan pilih dengan siapa anda mahu berkawan. Jaga hati setiap orang dan anggap semua orang adalah penting. Setiap individu mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat orang lain terhadap anda, layan mereka dengan baik. Pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan postur tubuh. Elakkan daripada berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap. Selain itu, bergaul dengan sesiapa sahaja kerana ia akan membuat anda bijak untuk menyesuaikan diri dengan semua orang, tidak kira peringkat umur atau bangsa. Beberapa tip untuk pembaca membina persahabatan yang murni. 10 'K' dalam persahabatan KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah. KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan. KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan? KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya. KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka. KEGEMBIRAAN. Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak. Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah: "Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!" (Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan.

GBKSM antara lain berfungsi membantu kliennya : 1. Memahami diri dan situasinya 2. Mengenalpasti keperluannya 3. Menerima realiti hidupnya 4. Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya, bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya 5. Seterusnya menjadi individu yg berfungsi dgn sepenuhnya.

PElan STRATEGIK Bidang hal ehwal murid


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK (LKTP) SELANCAR 02, 26700 muadzam shah, pahang

TAHUN 2012-2015

NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH ALAMAT

: : :

SK (LKTP) SELANCAR 2 CBA 5038 SK (LKTP) SELANCAR 2,

26700 MUADZAM SHAH, PAHANG NO.TEL/ FAKS G-mail : : 09-4381375 cba5038.skselancar02@gmail.com

KANDUNGAN 01 Pendahuluan 02 Rasional 03 Carta Organisasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 04 Analisis persekitaran dalaman dan luaran (analisis kelemahan, kekuatan, ancaman dan peluang) 05 Tahap pencapaian/status semasa [Take- Off Value (TOV)] sekolah 06 Peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)] sekolah 07 Hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)] sekolah 08 Strategi yang bersesuaian 09 Mekanisme penilaian dan penambahbaikan 10 Penutup 5 6 8 10 13 16 17 4 2

01 Pendahuluan

Pelan Strategik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan dengan : 1. membuat analisis persekitaran dalaman dan luaran (analisis kelemahan, kekuatan, ancaman dan peluang) 2. menentukan keperluan sekolah 3. mengambil kira visi dan misi sekolah 4. mengambil kira peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)] sekolah. 5. mengambil kira sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)] sekolah 6. menentukan strategi yang bersesuaian 7. menentukan mekanisme penilaian dan penambahbaikan 02 Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut Cabaran Wawasan 2020 serta merealisasikan Pelan Pendidikan Intergrasi Nasional dengan memperkembangkan sumber manusia dan pembangunan insan secara optimum di peringkat sekolah. Mulai tahun 1996 Kementerian Pendidikan telah mengiktiraf dan melantik seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa untuk setiap sekolah menengah dan mulai 2002 Guru Bimbingan sepenuh masa sekolah rendah bagi memenuhi keperluan tersebut. Pertambahan ini berdasarkan enrolmen murid dan sedang diperluaskan secara berperingkat di seluruh negara. Dengan usaha ini diharap semua perancangan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dapat dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan berkesan.Secara umumnya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Selancar 2 menjalankan perkhidmatan secara perkembangan, pencegahan dan pemulihan terhadap murid-muridnya.
7

03 Organisasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling CARTA ORGANISASI TAHUN 2012 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SELANCAR 02
PENGERUSI En Imran bin Ramli (Guru Besar) TIMBALAN PENGERUSI Pn Zuraini bte Mat Jusoh (GPK HEM)

NAIB-NAIB PENGERUSI En Mohammad Ariffin bin Sahran (GPK Pentadbiran) En Mat Saad bin Yusoff (GPK KoKurikulum) KETUA Pn Noor`Ain Ahmad (GBSM) PENOLONG KETUA En Ahmad Syukri bin Mustafa (Bina Insan) PENOLONG SETIAUSAHA Pn Roslindawani bte Ruslin (Prasekolah) AHLI JAWATANKUASA En Nor Parif Padilah bin Saidin (Disiplin) Pn Habsah bte Tahir (Biasiswa) Pn Nazahiyah bte Rahim Omar (Pemulihan) En Norasmadi bin Abd Majid (PKBP) En Mohd Adzlan bin Zainal Abidin (JQaf) 8 PENYELARAS TAHUN En Mohd Razi bin Ariffin (Tahun 6) S/U PSSS Pn Indah Suhaida bte Ismail (Tahun 5) Pn Aniza bte Ainun(Tahun 4) Pn Wan Saudah bte Ismail(Tahun 3) Cik Amira bte Abd Rahim(Tahun 2) Pn Rohiza bte Khamis (Tahun 1)

04 Analisis persekitaran dalaman dan luaran (analisis kelemahan, kekuatan, ancaman dan peluang) S Kekuatan SUMBER MANUSIA

W Kelemahan KEMUDAHAN ASAS

Guru berkelayakan dan pakar. Contohnya pemeriksa kertas peperiksaan, jurulatih dan lain-lain. Guru yang berbakat bakat dan minat yang mendalam sesuatu bidang Guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing

O Peluang PERSEKITARAN KONDUSIF Meskipun disediakan Mendapat keperluan asas tetapi sokongan dari kemudahan yang pihak politik. terkini amat perlu untuk menyahut Kerjasama cabaran globalisasi. masyarakat dan Contohnya banyak organisasi kiosk bermaklumat IT berkaitan. untuk mengelakkan murid membazir masa.

T Ancaman ISU SEMASA


Masalah sosial Masalah salah laku Pengaruh masyarakat dan persekitaran.

05 Tahap pencapaian/status semasa [Take- Off Value (TOV)] sekolah PERLAKUAN POSITIF (a) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Murid memperlihatkan sikap dan perlakuan yang positif dengan : menerima tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan berkomunikasi secara sopan menghormati rakan menghormati guru dan orang dewasa menepati masa menjaga kebersihan dan kekemasan diri menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran menjaga keselamatan harta benda sekolah menjaga keselamatan kemudahan awam mematuhi peraturan sekolah memberi sumbangan dan khidmat kepada kemajuan sekolah
9

2012 2013 2014 2015 25% 30% 35% 40% 50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65% 25% 30% 35% 100% 50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65% 25% 30% 35% 40% 25% 30% 35% 40% 50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65%

xii. memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat xiii. menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi xiv. menunjukkan sikap berterima kasih dan bersyukur xiiv. Mengimplimentasi qudwah hasanah dalam kehidupan DISIPLIN MURID

50% 55% 60% 65% 25% 30% 35% 40% 25% 30% 35% 40% 25% 30% 60% 70%

2012 2013 2014 2015 a) Murid mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di mana kes salah 25% 30% 35% 40% laku secara keseluruhannya berkurangan berbanding tahun sebelumnya (dengan merujuk dokumen seperti rekod salah laku murid, kad profil murid, rekod merit, rekod demerit murid): i. bilangan kes berat berkurangan ii. bilangan kes sederhana berkurangan atau kekal iii. bilangan kes ringan berkurangan iv. bilangan murid yang melakukan kesalahan berkurangan b) Peratus murid yang terlibat dengan kes salah laku tahun sebelumnya 25% 30% 35% 40% KEHADIRAN MURID 2012 2013 2014 2015 25% 30% 35% %

Purata peratus kehadiran murid ke sekolah (tahun lepas) terutamanya semasa selesai peperiksaan utama AKADEMIK

2012 2013 2014 2015 Peratus lulus (setelah program perkembangan, pencegahan dan pemulihan diadakan. 60% 70% 80% 100%

06 Peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)] sekolah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (a) Pihak Pengrusan Sekolah menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan: i. mengadakan bilik atau ruang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ii. menyediakan kelengkapan yang diperlukan iii. merancang program, projek, dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling selaras dengan
10

2012 2013 2014 2015

80% 85% 90% 95% 80% 85% 90% 95% 80% 85% 90% 95%

perancangan sekolah iv. melaksana program, projek, dan aktiviti 55% 60% 65% 70% Bimbingan dan Kaunseling v. memantau dan menilai keberkesanan program, 55% 60% 65% 70% projek, dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling vi. melaksanakan penambahbaikan terhadap 55% 60% 65% 70% program, projek, dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pengurusan (a) Pihak pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Disiplin Murid Kaunseling mengurus disiplin murid dengan: i. menyediakan peraturan-peraturan dan panduan tatatertib murid sekolah ii. menentukan prosedur tindakan kes disiplin murid iii. memastikan pengawas sekolah atau pemimpin murid berfungsi iv. menguatkuasakan peraturan sekolah untuk murid v. mengenal pasti murid yang perlu diberi perhatian khas untuk tujuan pemajuan, pengukuhan, bimbingan pencegahan dan pemulihan vi. merancang program pemajuan, pengukuhan, bimbingan, pencegahan dan pemulihan disiplin vii. melaksana program pemajuan, pengukuhan,bimbingan pencegahan dan pemulihan disiplin viii. memantau pemajuan disiplin murid 2012 2013 2014 2015 55% 60% 65% 70% 80% 85% 90% 95% 80% 85% 90% 95% 80% 85% 90% 95% 55% 60% 65% 70%

55% 60% 65% 70% 55% 60% 65% 70%

55% 60% 65% 70%

07 Hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)] sekolah

Tugas dan (a) Pihak pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan 2012 2013 2014 2015 Tanggungjawab Kaunseling memastikan setiap murid diberi tugas dan Melalui tanggungjawab yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan dengan: PRS i. Menetapkan dasar untuk melibatkan seramai mungkin 50% 55% 60% 65% murid memegang jawatan dan tanggungjawab (Pembimbing (mewujudkan banyak peluang untuk murid memegang jawatan, menggalakkan semua murid terlibat, dan Rakan Sekolah) mengehadkan bilangan jawatan disandang oleh seseorang murid bagi memberi peluang kepada murid lain) ii. Merekodkan jawatan dan tanggungjawab yang 75% 80% 85% 90% dipegang oleh setiap murid
11

Latihan dan Bimbingan (Perkembangan)

(a) Pihak pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melatih dan membimbing murid dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan: i. menyediakan panduan bagi setiap bidang tugas ii. memantau murid melaksanakan tugas dan tanggungjawab iii. memberi panduan bagi menyelesaikan isu dan masalah

2012 2013 2014 2015

50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65% 50% 55% 60% 65%

Peluang, Persekitaran dan Kemudahan (Mediator)

(a) Pihak pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan 2012 2013 2014 2015 Kaunseling menyediakan peluang, persekitaran dan kemudahan untuk membangun sahsiah murid dengan: i. menetapkan dasar untuk melibatkan seramai 55% 60% 65% 70% mungkin murid dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah ii. menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan 55% 60% 65% 70% peringkat sekolah iii. menggalakkan persembahan murid di sekolah 30% 35% 40% 45% iv. menggalakkan murid mengendalikan sendiri 30% 35% 40% 45% program sekolah v. mempamerkan hasil kerja murid untuk 30% 35% 40% 45% meningkatkan keyakinan diri dan menghargai usaha murid

Menangani (a) Pihak pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Perlakuan Negatif Kaunseling menangani perlakuan negatif murid (Pencegahan dengan cara: i. memberi nasihat dan teguran yang membina Dan ii. memantau kemajuan keakuran murid terhadap nasihat dan teguran Pemulihan) iii. Mewujudkan mekanisme bagi mengesan, mencegah, membenteras dan merawat perlakuan negatif murid

2007 2008 2009 2010

80% 85% 90% 95% 55% 60% 65% 70% 55% 60% 65% 70%

08 Strategi yang bersesuaian


12

Bimbingan individu Rujukan Kesalahan Ringan Disiplin Rujukan Kesalahan Sederhana Disiplin Rujukan Kesalahan Berat Disiplin Sebarang masalah yang bukan masalah disipilin Konsultasi guru dan ibubapa Bimbingan Kelompok Penolong & Ketua Kelas/ Pengawas Murid yang lebih 10 hari tidak hadir Kaunseling Berfokus (Akademik/Displin/Sahsiah)

Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Dijalankan semasa P&P (Jadual terancang) Kelas Ganti Mengajar Mediator Isnin pertama setiap bulan akan berucap di perhimpunan (pagi) Papan kenyataan

Program Khas: Perkembangan Program Maju Diri (kemahiran Belajar) Program Peningkatan Akademik B&K (Kad Markar h UBK) Program Mento Mentee Semarak Kasih Hari Orientasi Tahun 1 Dan Prasekolah Strategi Menghadapi Peperiksaan Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR Program Jati Diri Tahun 5 Transisi Tahun 4: Pengenalan UPSR Kepimpinan Pemimpin Sekolah /PSS/BOSS/PRS Program Bersama Murid (Waktu Rehat)

Perkembangan Staf Minggu Awal Remaja / Proram Selepas UPSR Program Khas : Pencegahan
13

Kempen Pencegahan DJ (Dadah Durjana) Program Khas : Pemulihan Koloborasi Ibubapa/ Penjaga Kelas Pemulihan

Jadual Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang meliputi aspek berikut

Bimbingan dan Kaunseling Individu/ kelompok Motivasi Pagi (Mediator) Pemerhatian Murid Merujuk Pentadbir Merujuk Guru / Staf Sokongan PPK: Pengurusan Dan Persediaan Program Khas Lawatan Sosial / Ilmiah/ Kerja Konsultasi Ibubapa Pengurusan Pentadbiran Bimbingan dan Kaunseling Memantau Murid Sebelum Rehat Memantau Penggunaan Bilik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 09 Mekanisme penilaian dan Penambahbaikan Penilaian:

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia oleh Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengadakan Jawatankuasa Khas Penilaian HEM yang terdiri di kalangan pentadbir dan AJK PIBG Pemantauan atau penilaian boleh dibuat berdasarkan instrument yang telah dibekalkan baik oleh KPM, JPNP atau PPD.

Penambahbaikan

memastikan sumber tenaga manusia mencukupi Data dan maklumat yang diperoleh mengenai perkara berikut disebar kepada pihak yang memerlukan seperti guru, staf sokongan dan ibu bapa

Murid bermotivasi dengan: 1. bersungguh-sunggguh belajar 2. sanggup belajar di luar waktu rasmi persekolahan 3. sedia menerima dan melaksanakan tugasan Permuafakatan dengan ibu bapa/komuniti diperlihatkan melalui: 1. usaha pihak sekolah mengadakan perjumpaan dengan antara ibu bapa berkaitan hal-hal

14

pelajaran dan disiplin 2. pemakluman kepada ibu bapa berkaitan takwim/aktiviti persekolahan 3. kesediaan warga sekolah memberi kerjasama dan sumbangan kepada komuniti 4. kesediaan komuniti memberi kerjasama dan sumbangan kepada sekolah 10 Penutup Pelan Strategik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SK Selancar 2 diwujudkan agar Program Kecemerlangan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini dapat dilihat secara yang lebih terperinci dan efisien diaplikasikan dalam mengendalikan Pelan Taktikal dan Pelan Operasional Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini. Pastinya kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini. Disediakan oleh Pn Noor`Ain bte Ahmad Guru Bimbingan Sepenuh Masa SK (LKTP) Selancar 2

15

Anda mungkin juga menyukai