Anda di halaman 1dari 4

egi Tiga Pascal Ditulis oleh Nuranisah A.

Rahman Jumaat, 14 Januari 2011 08:28

Salam sejahtera, salam 1Malaysia adik-adik semua. Kali ini ruangan kesenian akan memberi pendedahan kepada adik adik-adik tentang keunikan segi tiga Pascal. Oleh itu, mari kita menghayatinya bersama. Segi tiga Pascal merupakan sebuah segi tiga nombor atau sgi tiga aritmetik yang terdiri daripada pekali bionomial. Segi tiga Pascal dinamakan sempena Blaise Pascal(1623-1662) seorang ahli matematik Perancis. Walaupun dinamakan sebagai segi tiga Pascal akan tetapi konsep ini telah pun digunakan bertahun lamanya oleh ahli matematik terdahulu sebelum Pascal dilahirkan lagi.

Berdasarkan gambar dapat dilihat nombor 1 berada pada kedudukan yang membentuk sebuah segi tiga. Manakala nombor yang lain merupakan hasil tambah dua nombor di atasnya. Contohnya 1 + 1 = 2. Melalui segi tiga Pascal ini kita boleh mengenalpasti beberapa ciri-ciri unik yang terdapat padanya.

Segi tiga Pascal biasanya digunakan dalam algebra dan kebarangkalian. Melalui segi tiga Pascal ini juga kita dapat melihat bahawa matematik itu sesuatu yang unik yang perlu

diterokai dan difahami. Jadi marilah kita bersamasama memanfaatkan pengetahuan ini.
Comments (1) LAST_UPDATED2