Anda di halaman 1dari 28

18

MAC

DARI EDITOR Sidang Editor


Ketua Editor Ammar Hamzah Bin Mohd Hanim Aimi Syahirah Bt Serba Jalil Setiausaha Muhammad Zubair Zukeri Nurul Aisyah Bt Muda Bendahari Muhamad Faris Muhamad Asri Ayuni Shafaf Bt Mohd Adnan Unit Artikel Ahmad Shahir Mohamad Nazri Mohamad Suaidi Mohd Sazali Siti Maryam Bt Salehuddin Nur Nabilah Atiqah Bt Abd Wahid Nurul Atiqah Bt Mohd Azman Adilah Bt Zulkifly Naqiyan Anis Bt Abdul Rahim Abul Akmal Arif Bin Anuar Unit Kreatif Muhammad Zaharudin Ahmad Sinar Muhammad Hanif Imran Muhammad Ariff Fadhillah Nur Alyaa Binti Abdul Majid Farahdina Bt Mohd Fauzi Unit Grafik Shahrunizam Hidayat Bin Hishamuddin Wartawan Muhammad Asyraf Mohamad Kamil Siti Nabihah Bt Shalah Hudin Jurugambar Aimatnuddin Husairi Bin Hussain Hamizah Bt Zainal

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kita dapat bertemu kembali di dalam Jauhar edisi 18 ini yang bertemakan Membaca dan Seinfiniti Ilmu. Tema ini dibawakan khusus bersempena dengan pelancaran Kempen Membaca yang julung kali diadakan di peringkat batch Gen 9. Mahasiswa kini lazim dikaitkan dengan membaca hanya untuk peperiksaan.Minat membaca terhadap bahan selain dari pelajaran berada pada tahap lemah .Walaupun masih ada segelintir yang minat membaca tetapi sebahagian besarnya cenderung terhadap majalah picisan atau hiburan. Jadi bagaimana ingin melahirkan mahasiswa yang intelektual dan proaktif terhadap isu-isu semasa? Bagi mengupas persoalan ini, edisi kali ini cuba membawakan beberapa objektif iaitu: 1. Memberi dorongon kepada ahli untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan selain medik. 2. Pendedahan kepada ahli mengenai teknik pembacaan yang berkesan dan efisyen. 3. Memupuk sikap cintakan ilmu pengetahuan. Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya. Maka bacalah! Kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula iman kepada segala amalan. Allah s.w.t telah memilih iqra' untuk mentarbiah umat. Besar harapan agar penerbitan edisi kali ini dapat menyuburkan kembali tabiat membaca dalam diri kita. Akhir kata, manfaatkanlah masa lapang dengan bahan yang berilmiah.Selamat membaca!

RESPONS GEN09

Oleh: Mohamad Suaidi Mohamad Sazali.

ARTIKEL

lmu dapat diperoleh melalui pelbagai cara sama ada mendengar, menulis, membaca dan belajar. Ketamadunan Islam telah menjadi satu empayar ilmu yang begitu hebat sehinggalah saat kejatuhannya. Eropah merupakan pihak yang mendapat faedah daripada empayar Islam selepas mereka melalui Zaman Gelap.

Di sini, kita akan meng`highlight`kan secara umum mengenai perkembangan ilmu pada zaman-zaman Islam yang terdahulu serta membuat kesimpulan daripadanya. Nabi Muhammad SAW: Ilmu disampaikan secara lisan, dihafal dan ditulis pada kayu, kulit dan batu. Kebanyakan ilmu yang disebarkan berkaitan dengan ilmu Islam. Namun, pada waktu ini juga, kemahiran untuk menulis dan membaca mula dikembangkan dalam kalangan masyarakat Arab. Malah, masjid telah dijadikan medium penyebaran ilmu. Perpustakaan juga disediakan di dalam ruang masjid di mana aktiviti penterjemahan dilakukan secara kecil-kecilan Khulafa Ar-Rasyidin: Pada zaman ini, ilmu pengetahuan berkembang melalui peluasan takluk terutamanya pada zaman Umar ibnul Khattab. Di sini terjadinya kontrak antara budaya dan percampuran adat serta ilmu pengetahuan yang menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat ilmu pengetahuan pada zaman-zaman khilafah selepas ini. Kebanyakan ilmu diperolehi melalui proses pendengaran, penghafalan dan penulisan yang disyarahkan kepada orang ramai. 4 Khilafah Bani Umayyah: Zaman ini memperlihatkan perkembangan ilmu secara pesat di mana umat islam pada ketika ini mempunyai nilai ingin tahu yang sangat tinggi. Proses penulisan semula, penterjemahan dan menyelamatkan ilmu-ilmu warisan daripada zaman Yunani dilakukan dengan hebat sekali. Malah, semua aktivit ini dilakukan di perpustakaan yang wujud di Cordova. Selain itu, lahir juga ramai ilmuan islam dalam pelbagai bidang seperti Abbas bin Famas(kimia) dan Zaryab(musik). Pada waktu ini, ilmu yang sampai kepada tokoh-tokoh ilmu akan dikembangkan serta dihuraikan dengan jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

ARTIKEL berterusan malah telah disebarkan dalam pelbagai bentuk baru seperti akhbar dan journal. Namun, selepas revolusi Turki, sistem khilafah Islam terhapus sama sekali dan prinsip sekularisme menular dan diterapkan dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan. Maka pada saat ini bermulalah peralihan kuasa daripada tangan orang Islam kepada kuasa-kuasa Eropah.

Khilafah Abbasiyah: Zaman ini merupakan kemuncak kegemilangan ilmu dalam tamadun islam di mana wujudnya Baitul Hikmah,pusat intelektual terbesar pada zaman ini di Baghdad. Kebangkitan Eropah (Renaissance) dikatakan bermula pada zaman ini kerana begitu banyak penyerapan ilmu daripada umat Islam kepada orang Eropah sehinggalah lahir tokohtokoh yang hebat di Eropah. Ketika ini, sifat inquiry umat Islam berada pada tahap yang paling tinggi di mana banyak ilmu-ilmu yang telah hilang pada zaman Yunani dan Greek ditemui dan diperbetulkan faktanya dan antara yang terlibat seperti Al-Biruni. Tokoh-tokoh ilmuan bukan Arab seperti Ibnu Sina muncul dan memperkembangkan ilmu dalam dunia sains malah dikaitkan sekali dengan ilmu Islam. Namun begitu, ketamadunan ilmu ini musnah sama sekali apabila diserang oleh tentera Monggol. Hasil-hasil karya tokoh-tokoh ketika itu habis dimusnahkan malah hilang begitu saja. Ada teori mengatakan, andainya kitab-kitab pada zaman itu dapat diselamatkan, umat manusia pada hari ini akan mencapaikan zaman kemodenan paling tinggi berkurun lebih awal daripada sekarang. Dengan erti kata lain, jika ilmu-ilmu dari zaman tersebut dapat diselamatkan, kemungkinan, kereta terbang telah pun wujud beratus tahun sebelum 2013. Alangkah hebatnya ilmu umat Islam pada waktu itu. Khilafah Uthmaniyah Pada zaman ini, umat Islam berada pada zaman pra-kejatuhan. Namun, perkembanagan ilmu pada saat ini masih

Jika kita lihat pada kronologi di atas, jelas Islam merupakan satu tamadun yang memastikan kesinambungan serta perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang antara dua zaman iaitu Zaman Gelap dan Zaman Kebangkitan di Eropah. Malah, dunia barat kini menjadi platform ilmu yang mana umat Islam yang pernah menjadi pengasas kepada ilmu dalam bidang seperti kimia dan perubatan bergantung harap. Amat kecewa sekali apabila kita melihat budaya-budaya Islam lebih diamalkan oleh mereka yang kafir berbanding negara Islam itu sendiri. Antara budaya yang paling ketara jika kita lihat adalah budaya membaca. Kita umat Islam dengan bangga mendabik 5

ARTIKEL dada mengatakan wahyu pertama diturunkan berkaitan dengan membaca namun kita membiarkan budaya itu diamalkan oleh orang bukan Islam. Umat Islam jauh ketinggalan dalam pelbagai perkara seperti bilangan universiti, jumlah PhD yang dilakukan oleh orang Islam. Malah, negara Islam sendiri gagal untuk menyediakan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan kajian-kajian yang hebat sehinggakan golongan ini terpaksa merantau ke Barat untuk membuat kajian. Sudah pasti, bahan bacaan dan perbincangan yang berfaedah ini akan dimanfaatkan oleh mereka terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada dunia Islam.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah


Bagi kita sebagai umat Islam, bukan jumlah buku yang dibaca menjadi ukuran, tetapi ilmu daripada buku yang kita praktikkan itu menjadikan seorang yang berbeza. Orang yang baca 100 buku dan disimpan untuk kegunaan sendiri tidak sama dengan orang yang membaca dua buah buku tetapi disebarkan kepada orang ramai. Umat Islam pada hari ini sangat kurang untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, kita pelajar sesama pelajar, selepas membaca sebuah buku yang bagus, adakah ilmu itu kita kongsi kepada orang lain? Adakah kita sebarkan ringkasan manfaat yang kita dapat daripada buku di alam maya seperti FB? Adakah kita berdiskusi tentang kandungan buku itu dengan rakan-rakan kita? Majoriti akan mengatakan TIDAK. Kenapa? Kerana belum adalah sifat keterbukaan untuk berkongsi ilmu yang baik. Sedangkan, ilmu baik perlu disebarkan agar bermanfaat kepada orang lain. Semua yang dibaca disimpan di dalam dada untuk diri sendiri. Apakah faedahnya? Fikirkan, jika ini tindakan kita, sampai bila Islam nak maju?
Mohamad Suaidi bin Mohamad Sazali merupakan seorang penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan. Merupakan ketua Jabatan Motivasi PERUBATAN juga seorang yang bijak mengurus wang menerusi artikelnya sebelum ini.

FOKUS: SPEED READING

Oleh: Nurul Atiqah Binti Mohd Azman.

Bagi memeriahkan lagi kempen membaca Gen09, saya ingin berkongsi


teknik dan cara untuk membaca dengan pantas atau speed reading . Saya percaya ramai dalam kalangan kita sudah mahir mempraktiskan teknik speed reading ni. Sama ada kita sedar atau tidak. Dan ada juga golongan yang sangat teliti dan tidak sukakan teknik ini. Tapi hakikatnya, teknik ini amat diperlukan ketika waktu waktu tertentu dan saat saat genting seperti sebelum masuk dewan peperiksaan. Dan kalau anda mempunyai masalah terlalu lambat membaca contohnya, apabila kongsi baca Jauhar dengan kawan sebelah, anda baru baca pendahuluan kawan dah habis satu muka surat, jangan risau dan sedih, Insha Allah langkah langkah di bawah mungkin boleh membantu. Tahu berapa kadar pembacaan anda. penting untuk memberi gambaran awal dan target sebelum anda memulakan langkah yang lain. Anda boleh lakukannya dengan set jam sebelum memulakan bacaan. Kira berapa banyak perkataan yang boleh di baca selama seminit atau pun dalam seminit berapa jumlah perkataan yang mampu anda baca. Ataupun dalam sejam, berapa muka surat boleh habiskan. Elakkan gangguan. Walaupun ada yang selesa membaca dalam keadaan bising, hakikatnya muzik ,bunyi sekitar, dan tempat yang terlalu ramai orang boleh mengganggu bacaan anda dan membuat bacaan anda lebih perlahan. Tahu tujuan dan apa info penting yang anda inginkan daripada bacaan tersebut. jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Nak baca cepat cepat, tapi isi bacaan tak dapat langsung. Rugi dan buang masa. Bila dah tahu tujuan, anda boleh pilih mana teknik yang sesuai untuk digunakan sama ada skimming atau scanning. Rujuk jadual. Membuat jangkaan masa dan target awal dalam setiap bacaan. Selepas anda tahu kadar bacaan anda sendiri (rujuk step satu) dan tujuan anda membaca (rujuk step 3), anda boleh membuat target jumlah masa yang diperlukan untuk setiap bacaan dan ini bergantung pada jenis buku dan bahan bacaan. Bahan bacaan yang penuh dengan fakta fakta penting ( buku medic) dan bergenre falsafah lebih memerlukan masa untuk dihabiskan berbanding bacaan berben7

FOKUS: SPEED READING tuk santai seperti novel. Apabila ada target, kita akan lebih bermotivasi untuk menghabiskan bacaan dan cuba untuk ikut target tersebut. Elakkan baca semula . Ada sesetengah orang yang gemar membaca berulang kali supaya dapat meningkatkan kefahaman. Dan perkara ini jika selalu dilakukan boleh jadi habit dan kita sendiri tidak sedar kita lakukannya pada setiap pembacaan kita walaupun pada buku yang tidak memerlukan pada kefahaman yang tinggi. Jadi, jangan buang masa! Elakkan membaca sambil menyebut bacaan tersebut. Bukan sahaja mengganggu orang sekeliling tetapi akan memperlahankan bacaan kita. Baca sambil mengarah tulisan dengan jari. Bukan sahaja dapat membersihkan buku kita daripada debu debu, malah membantu kita lebih fokus. baca lompat lompat. Fokus satu satu ayat bukan pada satu satu perkataan. Kalau anda dah biasa dengan bahasa tersebut , hanya fokus pada beberapa perkataan pada satu ayat pun, Insha Allah dah tahu ayat tu nak cerita pasal apa. Jadi, buat apa buang masa baca setiap perkataan. Sebenarnya, kaedah ni sudah biasa kita lakukan terutama pada bacaan yang berbentuk santai. Dan tak pelik jika ada yang mampu membaca hanya beberapa ayat dalam satu perenggan tanpa berlaku salah faham pada isi perenggan tersebut. Ini memerlukan praktis dan ketajaman minda. Berehat. Selepas sejam membaca, moleklah ambik 5 minit rehat, minum kopi ke. Supaya otak lebih fokus dan mengurangkan tekanan pada mata. Praktiskan. Semua kaedah di atas memerlukan latihan lebih lebih lagi pada mereka yang jarang membaca dan tidak biasa membaca laju. Penting : jangan terlalu memaksa. Jika anda perlu juga mengulang bacaan satu ayat beberapa kali baru faham, tidak mengapa begitu. Praktis secara perlahan dan konsisten. Selepas beberapa minggu atau sebulan berlatih, cuba kira balik kadar masa bacaan anda seperti di dalam langkah satu. Adakah semakin laju atau pun semakin lambat. Jika makin laju tahniah!. Jika makin lambat, sila cuba lagi. >,< Merujuk pada langkah ke 3, ada dua teknik yang boleh diaplikasikan berdasarkan jenis bacaan dan tujuan bacaan.

*kesesuaian speed reading ini bergantung pada waktu, tujuan, dan jenis bacaan. Akhir kalam, selamat mencuba!. 8

FOKUS: SPEED READING skimming Baca sekali imbas untuk mendapatkan idea utama sesuatu bacaan Sebelum mula membaca sebuah buku atau artikel. Untuk mengulangkaji apa yang pernah baca. Untuk bacaan yang tak perlukan perincian. Baca tajuk. Baca ayat pertama dalam setiap perenggan. (biasanya ayat pertama dah menceritakan gambaran perenggan terebut.) Baca ayat terakhir setiap perenggan(jika, ayat pertama banyak dimulakan dengan persoalan dan anekdot) Baca perenggan pertama sahaja. Cari perkataan yang mempunyai klu boleh memberi gambaran mengenai isi. Contoh- siapa, apa, bagaimana, bila, perkataan yang diboldkan, italic. Baca perenggan terakhir. Mungkin terjebak dengan masalah salah faham isi kandungan atau tertinggal point dan isi penting scanning Mencari maklumat penting dan spesifik di dalam sesuatu artikel atau koleksi data. Mencari spesifik data contohnya tarikh, nama, warna baju atau jumlah kasut tanpa perlu kita membaca seluruh artikel atau buku. Sentiasa fokus pada apa yang anda mahu cari. Kalau nak nombor, lihat nombor sahaja. Abaikan tulisan lain. Mungkin perlukan step skimming dulu sebelum mulakan scanning. Contoh data mengenai warna baju perlulah cari di bahagian tajuk pakaian. Gerakan mata yang laju dan fokus pada pencarian. Apabila dah jumpa, baca ayat penuh untuk mengelakkan kesalahfahaman. Terpaksa tinggalkan banyak muka surat tanpa membaca dan memahaminya.

maksud

tujuan

Langkah langkah.

kekurangan

Nurul Atiqah Binti Mohd Azman. AJKT PERUBATAN sesi 2013/2014.Baru sahaja berpindah rumah dan kini menetap di Sayyeda Zainab. Suka amalkan teknik skimming terutamanya apabila membaca akhbar dan novel. 9

FOKUS

Oleh Siti Maryam binti Mohd. Sallehuddin

kecemerlangan Jepun dalam perniagaan melalui Trust: The Social Virtues and the Creation of Prosperity. Sesudah beberapa lama bangkit dari letupan Hiroshima, Barat menabik Jepun, memanggilnya negeri masa hadapan. Kita takutkan penamat setelah bergantung sepenuhnya kepada tenaga luar lebih berilmu demi mengerjakan kekayaan kita. Kita terlalu tahu bahawa banyak bidang kajian belum ditawarkan oleh negara. Apa kata mulakan dengan sebuah buku, kemudian sebuah lagi, dan lagi, hingga sempurna gugusan idea, modal memperbaiki perjalanan negara?

Rakyat Malaysia cuma baca dua buah buku setahun, bicara warga prihatin. Sepuluh tahun beredar. Statistik pinjaman bahan bacaan di Perpustakaan Negara pada 2011 merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 1.03 juta buku dipinjam oleh pembaca tempatan, berbanding 776, 347 buku pada 2010.

Jalan Keilmuan
Belum tiba masa bertempik-sorak. Yang dikatakan peningkatan tabiat membaca ini hanyalah angka mentah melainkan genre buku pilihan ditilik agar masyarakat bukan sahaja suka membaca, malah cintakan ilmu tanpa stereotaip. Apa jenis buku yang biasa kita baca? Novel sahaja atau juga merentasi lautan biografi pemimpin keamanan, kesusasteraan Melayu, perincian sistem sosial acuan Islam, perbankan, adat resam pelbagai negara dan ruang astrologi? Malaysia patut mencipta indikator jelas dalam mengukur budaya membaca. Tanpa orang tua mereka sedari, anakanak jika dibacakan cereka dongeng semata-mata berkemungkinan besar dua atau tiga dekad nanti menjadi pembohong. Oleh itu, variasi genre buku yang dibaca harus ada. Keseimbangan antara kebolehan imaginasi dan logik perlu menghias pemikiran si anak untuk memperoleh butir-butir permata negara yang menghargai dan mampu menyumbangkan semula sejumlah infiniti ilmu.

Dampak Teknologi Maklumat


Detonasi populariti e-book mencambah pendapatan ramai penulis. Kemeriahan ekonomi ini tidaklah mengeroyok jualan buku konvensional. Bahkan, penerbit yang bijak boleh menguji pasaran maya sesebuah penulisan sebelum memasuki urus jual beli di kedai-kedai buku. Pengguna semakin cerewet dan berkehendak semuanya senang dicapai oleh jemari. Jangan pula kemudahan teknologi maklumat membuatkan tangan janggal menyelak helaian kitab sedang keseorangan mahupun di khalayak. Tidak pernah sama rasa asyiknya tenggelam ke dasar ilham sebuah buku dengan kepantasan enjin carian di internet.

Noktah Kalam
Berkali-kali aku memesan Tengok-tengokkan jendela naskhah Kalau-kalau terdapat akal bagus Meninggikan empayar tanah kita Kata kamu Ini usia berpesta senja. Perlawanan antara perekayasaan budaya membaca dan muslihat hedonisme makin memuncak. Kita mesti lekas bersedia dengan paduan intelek dan sebaik-baik usaha.

Picu Kemajuan
Budaya membaca, budaya kemajuan. Francis Fukuyama membuktikannya bersempena

10

LIPUTAN : SEMINAR PWTC

Oleh : Muhammad Hafiz Bin Nazri

Ramai bertanya kepada saya kenapa naik pentas sebagai Panel Akademik tapi tak cakap apa-apa. Rasa bersalah juga. Jadi saya mengambil inisiatif berkongsi catatan berkenaan seminar ini dari sisi pandang saya sebagai ahli Panel Akademik, peserta seminar, ahli PERUBATAN dan sebagai seorang insan. Seminar PERUBATAN kali ke 5 pada 26 dan 27 Januari 2013 lalu merupakan satu turning point kepada saya. Kerja yang mencabar ini membuat saya rasa tercabar, kadang -kadang tertekan. Tetapi, tugasan ini meluaskan lagi horizon pemikiran dan penaakulan saya terhadap satu-satu isu. Seakan-akan kurniaan dalam samaran oleh Allah untuk saya. Saya tak tahulah berapa banyak Saudara Farhan dapat manfaat menguruskan dan mengetuai pelaksanaan program seperti ini. Yang paling penting sebenarnya moga-moga manfaat ini mendapat berkat dan membuahkan amal. Sebab itu kita pilih tema 5 Star Muslim Professionals. Terma 5 Star ini ialah satu gagasan dan wawasan yang mencakupi segala aspek kehidupan kita sebagai muslim atau pun mahasiswa. Pada masa yang sama kita ingin juga tahu senario semasa yang digembar-gembur, ramai graduan, sistem hospital Islam dan sebagainya. Seminar kali ini ringkasnya membawa kita bermuhasabah diri dan komuniti agar langkah kita selepas ini lebih bertenaga. 7 Resolusi Seminar Resolusi atau satu bentuk kesimpulan umum telah diikrarkan oleh semua peserta. Tapi sebenarnya resolusi ini bukan untuk peserta sahaja malah untuk semua ahli komuniti PERUBATAN Mesir. Selepas ini Unit Teras Seminar yang kerjanya diambil alih oleh Panel Akademik akan mencadangkan satu rangka kerja (framework) untuk dilaksanakan oleh MTP/AJKT. 11

LIPUTAN:SEMINAR PWTC
Resolusi yang telah dicapai adalah seperti berikut:

Kepemimpinan Vs Kepimpinan Percaya atau tidak setiap patah kata yang wujud dalam resolusi ini didebat dan dianalisis. Samalah seperti kepimpinan atau kepemimpinan. Dalam Bahasa Inggeris, duadua bermaksud leadership, tapi kita orang Melayu memaksudkan kepimpinan sebagai leader atau sistem itu sendiri manakala kepemimpinan merujuk kepada nilai atau ciri. Ada 2 slot untuk kepemimpinan ini. Slot daripada Encik Amin dan daripada Ustaz Hadi Jusoh. Saya naqalkan 3H yang perlu ada dalam diri kita (yang sebenarnya pemimpin) iaitu; humble, hardworking dan hungry (thirst for knowledge and skills). Ustaz Hadi pula berkongsikan kualiti kepemimpinan Rasulullah yang wholesome meliputi 5 tingkat iaitu; 1) diikuti arahannya 2) dicintai pengikutnya 3) berintegriti 4) berjaya mencetak generasi 5) pengaruhnya kekal sehingga kini. Kedua-dua slot ini sebenarnya menekankan kita sebagai umat Rasulullah telah ada role model yang mencakupi aspek ibadah, dakwah mahupun siasah. Kehebatan Rasulullah ini pula adalah hasil daripada keunggulan peribadi dan jati diri. Maka kitalah yang sepatutnya mengambil ibrah agar khaira Ummah menjadi realiti. Kalau dah semua nak jadi sekular, orang macam John Maxwell pula yang kaji sunnah, jadilah kita seperti hari ini. Strategi Laut Biru Blue ocean strategy (BOS) bukanlah konsep baru tapi satu analisis konsep oleh W. Chan Kim and Rene Mauborgne. Malah dalam Islam konsep ini telah lama wujud, seperti kaedah fiqh,

12

LIPUTAN:SEMINAR PWTC
jika satu perkara telah wujud jika dibuat lagi sekali sia-sia jadinya. Contohnya, kalau satu mayat telah disolatkan, tak perlu ada lagi yang solatkan kalau tidak sempat dan sebagainya (bukan solat jenazah ghaib tapi lambat datang atau sebab lain). Kita boleh aplikasikan konsep ini dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan (R&D), pengurusan dan pentadbiran, pendidikan serta promosi kesihatan, media teknologi dan banyak lagi. Mengambil kata-kata Dr Syed Khaliq, sebenarnya laut biru ini sangat luas, hanya kita yang hendak atau tidak meneroka ruang dan peluang yang ada. Lagi satu hal, kerja Islam ini terlampau banyak dan memerlukan ramai orang. Siapa dia yang kita perlu? Tidak lain tidak bukan, 5 Star Muslim Professionals. Kebanjiran Graduan Sains Kesihatan Sekarang kita ada masalah. Tapi adakah ini benar-benar masalah? Apa masalah sebenarnya? Kritikan dan analisis 2 ahli panel (Dr Omaima bekas ahli Perlimen Mesir dan Pensyarah Community Medicine Kasr el-aini dan Dr Syed Khaliq) sebenarnya membuka perspektif yang lebih luas berkaitan sistem kesihatan secara keseleruhan. Strateginya mudah iaitu implementasi konsep yang kita peroleh dari seminar ini tapi sekali lagi perlukan kolaborasi bukan sekadar sesama sektor kesihatan malah semua sektor lain.

Strategi 5 P yang Dr Omaima pesan; Policy and political will, Proper projection and planning, Public awareness, Proper specialty or interest selection dan Professionalism. Kitalah Ke Arah Hospital Berkebajikan yang mesti mencetus dan mengambil bahagian Hospital Kebajikan (atau lebih tepat dalam setiap hal ini kerana perubahan terletak Non- Profit Hospital) malah berkebajikan merudi tangan kita. pakan satu wawasan yang realistik tetapi perluAnjakan Paradigma kan komitmen sejak dari sekarang. Contoh daripada Hospital Islamic Medical Association Selesai seminar, semangat memang (IMA) menampakkan bagaimana 10 orang dok- berkobar-kobar (macamlah saya apabila menutor pelatih dari Kasr el-Ainy yang mempunyai lis artikel ini). Sekarang perlu istiqamah dan aspirasi untuk mengubah sistem kesihatan dan saling berpesan. Saya yakin konsep ini bakal menyebarkan dakwah menerusi kesihatan membuka lembaran baru dalam menghasilkan membuahkan hasil yang begitu membanggagelombang positif yang jika membanjiri kan. pasaran kerja bidang kesihatan mampu memMalah, inilah manifestasi jihad kesihatan yang dilihat begitu serius dan diberi perhatian oleh pihak IMA. Sayangnya konsep hospital kebajikan ini walaupun wujud di Malaysia tetapi dipelopori oleh organisasi Non-Muslim. Kelompongan inilah yang harapnya dapat kita sama-sama isi di samping kelompongan dalam diri kita sendiri. beri dampak positif dan berkesan (remarkable). Akhirnya, sama-sama islah diri untuk mengislah komuniti. Seeru ala barakatillah.
Penulis merupakan bekas Ketua Editor yang telah berkhidmat selama 2 isu. Baharu sahaja dinaikkan kuasa sebagai AJKT Perubatan Cawangan Kaherah. Salah seorang ahli panel semasa Seminar PWTC baru-baru ini.

13

14
Tuesday
1 [bday] Badriyyah 2

Sunday

Monday

Wednesday

Thursday

Friday

Saturday

3 [bday] Munir & Hafiz Mazlan 12 13 14 15 [PERUBATAN] MAT 9 [bday] Aizzuddin

[bday] Afifi Syamil

10

11

16

[Program Batch] Festival Amal Islami (FAIS) 19 [bday] Zubair Zukeri 20 21 22 23

17

18

[bday] Syiham

24

25

26

27 End round Ophtal

28

29 [bday] Najah

30 [bday] Amir Asymunir

31

TAKWIM

FIKRAH

Oleh : Muhammad Ikram bin Shahrom & Nur Alyaa binti Abdul Majid

Isu membaca , isu lapuk.Acap kali isu ini disentuh, sensitivitinya tidak menyeluruh. Sedarnya seketika,hasilnya tiada.Namun itulah realitinya, bila mana roh budaya iqra kian hilang dalam generasi kini. Masalah kurangnya budaya membaca tidak seharusnya dianggap remeh. Singkap kembali sejarah permulaan ilmu, suruhan membaca daripada Allah melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW bermula dengan satu kalimah, iqra! Islam sangat menekankan budaya iqra. Masih ingatkah anda betapa gahnya tamadun islam dahulu? Kaya dengan perkembangan ilmu, unggul dengan tokoh-tokoh ilmuan. Semangat cintakan ilmu dan budaya membaca serta mengkaji menjadi formula mencetuskan era keemasan Islam. Sehinggakan al-Jahiz mati tertindih buku-buku di sekelilingnya. Mahasiswa dewasa kini lebih bersemangat mengejar ilmu akademik sahaja. Membaca buku itu dianggap sekadar satu jalan untuk lulus dalam peperiksaan dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Sedih! Lingkungan budaya iqra seolah-olah dihadkan hanya kepada ilmu akademik sahaja. Setiap kali buku dibaca, kita sebagai pembaca bagaikan menitiskan air ke dalam gelas kosong. Jika pembacaan itu banyak, maka makin banyak titisan air ke dalam gelas sehingga penuh. Saya lebih senang gelarkan generasi sekarang sebagai Generasi G.Generasi Gadget, seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Kemudahan berhubung, berkomunikasi, hiburan dan macam-macam lagi terletak di hujung jari sahaja. Namun apa yang saya lihat, kemajuan seperti ini tidak digunakan secara total dalam meningkatkan budaya membaca. Sebaliknya, apa yang membiak subur adalah gejala menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Agak memalukan, maju dalam teknologi, lumpuh intelektual diri. Masih belum terlambat untuk umat Islam kembali mengungguli tamadun dunia jika generasi muda Islam kini menerapkan budaya membaca dan mencintai ilmu pengetahuan. Jujurnya, kita perlukan satu solusi dalam membudayakan iqra sebagai terapi ilmu. Dan ingatlah, sebaik-baik terapi ilmu adalah al-Quran. Baca buku, buka dunia! Mari membaca!

15

SEPINTAS:JAULAH BAHNASA

Oleh : Siti Nabihah Shalah Huddin


Bersempena dengan PERUBATAN Winter Carnival (PwtC '13) yang lalu, PERUBATAN sekali lagi menganjurkan jaulah ke bumi Bahnasa, selepas jaulah kali pertama yang diadakan pada cuti musim panas yang lepas. Seramai 13 orang akhawat gen 09 turut serta dalam jaulah tersebut bersama peserta-peserta lain dari tiga universiti; Kaherah, Ainshams dan Azhar. Antara kelebihan yang terdapat di bumi Bahnasa ialah menjadi tempat bersemadinya hampir 400 orang pemimpin/tokoh Islam dalam kalangan para sahabat RA; antaranya Saidina Ali bin 'Akhil bin Abi Thalib RA, Saidina Ja'afar bin 'Akhil bin Abi Thalib, Saidina alHusain bin Soleh bin al-Husain bin Ali bin Abi Thalib RA, dan Saidina Ziyad bin Abi Sufyan RA. Di Bahnasa juga terdapat tempat-tempat yang mustajab doa seperti tempat bernama Majra Hasha dan Majra as-Sail yang menempatkan banyak maqam para syuhada'. Berdekatan dengan perkuburan syuhada' di kaki bukit pula terdapat tempat ibadah (ma'bad) Nabi Isa bin Maryam AS, juga salah satu tempat mustajab doa. Bumi Bahnasa pernah diziarahi oleh golongan solihin dari bumi Iraq dan antaranya ialah Abu Ali an-Nawawi. Disebutkan bahawa apabila beliau sampai di bumi berkat Bahnasa, beliau menanggalkan bajunya dan berguling di tanah serta berkata: Wahai (bumi Bahnasa), betapa tingginya kedudukanmu kerana debudebumu yang sentiasa berterbangan fi sabilil-

lah. Terdapat juga segolongan ulama' menyebutkan bahawa sesungguhnya sesiapa yang menziarahi bumi Bahnasa akan dipelihara di bawah rahmat Allah S.W.T sehinggalah dia pulang. Dan sesiapa yang menziarahinya, Allah akan membebaskan dia dari kesedihan dan kerunsingan sekiranya dia dalam kesedihan, serta Allah akan menunaikan hajatnya sekiranya dia mempunyai hajat tertentu. Melingkungi bandar Bahnasa adalah sebatang sungai dinamakan Bahru Yusufi, yang melahirkan banyak keajaiban. Di sekitar sungai inilah dikatakan bersemadinya jasad Nabi Yusuf AS. Sungai ini terhasil setelah digali/dikorek oleh malaikat Jibril dengan sayapnya setelah diarahkan oleh Allah untuk Nabi Yusuf AS. Dengan keberkatan sungai itu juga, ia berpecah ke bumi Fayyun dan menumbuhkan kebun-kebun dan tanaman pertanian yang banyak sama ada di musim sejuk atau panas. Dikisahkan pada zaman Nabi Yusuf, apabila seorang wanita keluar membawa raga di kepalanya dan melalui kebun-kebun di tepi sungai tersebut, dia akan pulang dengan bakulnya penuh dengan buahbuahan tanpa perlu memetiknya. Namun disebabkan perbuatan Bani Israel yang melakukan maksiat, nikmat tersebut telah ditarik balik oleh Allah Taala. Sememangnya, ziarah ke bumi barakah Bahnasa ini merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun agak memenatkan. Menurut seorang peserta jaulah, perjalanannya pulang dari Bahnasa diiringi dengan perasaan tenang dan lebih bersemangat untuk mengejar pahala ibadah dalam kehidupan seharian.

16

SEPINTAS:JAULAH LA

Oleh : Muhammad Asyraf Mohamad Kamil Seramai 30 orang ikhwah telah menyertai Jaulah ke Aswan Luxor yang dikelolakan oleh Unit Sukan dan Aktiviti Luar. Yang menariknya untuk jaulah kali ini adalah kerana ia melibatkan percutian di atas cruise yang menjadi antara sebab ia mendapat sambutan. Percutian bermula pada malam 1 Februari ke Luxor dan berakhir pada petang 5 Februari dari Aswan dengan kedua-dua perjalanan melibatkan kereta api yang memakan masa hampir 12 jam setiap satu. Lawatan dimulakan di Luxor sesampai sahaja di stesen kereta api dengan melawat Karnak Temple di West Bank. Seterusnya kami dibawa ke cruise yang diperkatakan untuk berehat setelah penat menempuh 12 jam perjalanan menaiki kereta api. Keesokannya, kami dibawa melawat pula ke East Bank melawat Temple of Hatshepsut, Valley of the Kings dan Uncompleted Obelisk. Cruise mula bertolak ke selatan pada pukul 2 petang. Sepanjang perjalanan ke Aswan, kami berhenti di Edfu dan Komombo untuk melawat kuil-kuil kuno yang ada di situ. Kami sampai di Aswan pagi 5 Februari di mana kami memulakan perjalanan dengan melawat Abu Simbel yang memerlukan kami menempuh 4 jam perjalanan lagi ke selatan dari Aswan. Selain melawat kuil Abu Simbel, kami dapat menghayati kemegahan Tasik Nasser yang menjadi simbol kehebatan Mesir hasil era kegemilangan Nasser. Dikatakan banyak perisik yang cuba mencuri teknologi empangan ini selain cuba untuk menjatuhkannya. Sebelum bertolak pulang, kami melawat pulau Nubia di Aswan. Pasca pembinaan empangan Nasser, orang Nubia yang pernah mencipta kerajaan purba di selatan Mesir suatu ketika dahulu kehilangan tempat tinggal. Oleh itu, kerajaan Mesir telah memperuntukkan sebuah pulau di tengah-tengah sungai Nil khas untuk menempatkan bangsa Nubia. Mereka boleh dibezakan dengan orang Arab dan Qibti Mesir dengan berkulit gelap persis orang Negro. Antara kisah menarik mengenai bangsa ini adalah bahasa mereka digunakan sebagai kod rahsia ketika zaman perang Mesir.

17

TOP 10

Oleh: Abul Akmal Arif bin Anuar Hai semua ! berjumpa lagi kita dalam edisi ini (ihik). Sekarang kan tengah buat kempen membaca, jadinya aku nak cadangkanlah beberapa buku yang nak tak nak, kena habiskan juga baca (grrr). Lagi-lagi kalau nak mengaku diri sendiri mahasiswa! Ada di antara buku-buku ini saya tak baca pun lagi, tetapi dicadangkan oleh abang dan kakak senior bukan sahaja daripada bidang perubatan bahkan juga dari bidang pengajian islam (fuh!). setelah ditimbang-timbang dengan minda separa sedar, bukubuku berikut adalah buku-buku yang berjaya masuk ke pusingan terakhir daripada berpuluh-puluh buku yang lain (>.O). Memandangkan kita adalah budak medik yang tegar, buku pertama kita adalah The Life of A Doctor: A Career Guide oleh HT Ong. Buku ini berkisar tentang jalan-jalan yang bakal ditempuh oleh para doktor. Nasihat tentang kepakaran yang harus diambil berdasarkan pengalaman sebenar doktor-doktor yang hebat. Risalah Talim oleh Imam Hassan AlBanna yang merupakan buku asas dalam setiap jemaah islam di dunia. Tersangat penting untuk mereka yang ingin mengetahui apakah batu asas yang membawa kepada ledakan jemaah Islam seluruh dunia (fuh!). tambah-tambah, mesir yang kita diami merupakan bumi kelahiran dan bumi kesyahidan Imam Hassan, kalau ingin mengetahui tokoh gerakan Islam yang ada selepas selesai membaca buku ini, maka aku cadangkan membaca buku tulisan Ustaz Riduan Mohd Nor, Tokoh -Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 1&2. Kalau rasa masih tak cukup, bacalah Menerjang Badai juga karya Ustaz Riduan Mohd Nor Bagi mereka yang ingin meneroka Mesir, suka saya cadangkan untuk membaca buku Cairo: The Family Guide karangan Lesley Lababidi dan Lisa Sabbahy. Buku ini menyentuh tempat-tempat yang boleh dilawati di Mesir dengan teliti dan sedikit catatan seperti boleh atau tidak mengambil gambar di tempat tersebut Kalau anda ingin tahu bagaimana sosio-budaya dan sosio-ekonomi

18

TOP 10 Malaysia yang terdiri dariapda pelbagai kaum, bacalah buku Multiethnic Malaysia: Past, Present and Future hasil tulisan Alberto Gomes , Azly Rahman dan Lim Teck Ghee. Pernah terfikir bagaimana seharusnya kita berfikir? Buku Think!: Before It's Too Late hasil tulisan Edward De Bono dapat memberikan gambaran bagaimana untuk mengatasi kecacatan proses pemikiran orang zaman sekarang. Karya fiksyen yang berkisar tentang wisdom, The Alchemist tulisan Pablo Cuelho adalah buku sesuai bagi selfproclaimed pencinta buku di mana mana sahaja. Ingin membaca buku fiksyen yang agak nostalgia? Pilihlah daripada karya-karya tulisan Enid Blyton. Anda pasti tidak menyesal Apa itu sekularisme? Buku Islam and Secularism karya Syed Muhammad Naquib al-Attas membincangkan dengan teliti tentang isu ini. Buku ini boleh menyebabkan anda merasa epiphany berlaku dalam kuantiti yang banyak dan kerap.

Dalam perhubungan sesama manusia, buku 5 Love Languages hasil tulisan Gary Chapman boleh dibaca kalau anda ingin mengetahu teknik berkomunikasi antara lelaki dan perempuan. Namun, jika anda ingin meningkatkan kualiti komunikasi lebih kepada dalam konteks kerja, buku How to Win Friends & Influence People karya Dale Carnegie sesuai untuk dihadam sampai lumat

Terasa lalai? Bacalah buku karya Imam Abu Laits As-Samarqandi yang berjudul Tanbihul Ghafilin : Nasehat Bagi Yang Lalai (I). Bagi yang tidak mengetahui, penulis buku ini merupakan tok guru kepada Imam Banyak lagi buku-buku yang anda patut Syafie RA ketika beliau berada di habiskan lagi-lagi di zaman mahasiswa ini. Baghdad jadi kepaduannya memang Maka, mulakan membaca dari sekarang. tidak dapat disangkal lagi. Minda anda dibina daripada apa yang Ingin mengetahui sejarah kepulauan diberikan. Pemikiran sampah akan terhasil melayu dengan lebih mendalam? akibat daripada input yang sampah. Ingat, Tidak dapat tidak karya Syed sehelai-sehelai lama-lama jadi buku(?) Muhammad Naquib al-Attas, (suka hati aku buat pepatah sesat) Historical Fact and Fiction adalah buku yang wajib dihayati. Buku yang ditulis oleh pemikir kepulauan melayu ini pasti dapat mengubah cara minda anda memandang sejarah 19

Q&A

Oleh : Muhammad Hanif Imran Bin Muhammad Ariff Fadhillah


Apakah itu Perang Ain Jalut? Perang Ain Jalut (Spring of Goliath) ialah satu perang antara tentera Tartar dan tentera Islam yang tercetus untuk menebus kembali martabat umat Islam setelah tentera Islam dikalahkan oleh tentera Tartar dalam satu siri peperangan pada tahun 617 hingga 628 Hijrah. Tentera Tartar yang ketika itu diketuai oleh Hulagu Khan telah berjaya menawan beberapa kota Islam termasuk Baghdad, Syria dan Asia Tengah. Mengapakah dinamakan sebagai Perang Ain Jalut? Peperangan ini berlaku di sebuah lembah bernama Ain Jalut yang terletak kira-kira 60 kilometer daripada Yarmouk. Lembah Ain Jalut ini adalah satu kawasan tanah lapang yang luas dan dikelilingi oleh bukit kecuali di bahagian utara tempat tersebut. Bukit-bukit tersebut dipenuhi oleh pokok-pokok kayu besar di sekelilingnya.

kira-kira 20 ribu orang. Apakah strategi yang dilakukan oleh tentera Islam dalam peperangan Ain Jalut? Pada zaman itu, tentera Tartar sangat digeruni oleh pihak lawan dengan kekuatan fizikal dan kehebatan tentera berkuda mereka. Menyedari hakikat itu, Sultan Qutuz telah menyusun strategi dengan mengarahkan sebahagian besar tentera berkuda yang diketuai oleh Baibars untuk bersembunyi di sebalik pokok-pokok besar di lembah Ain Jalut. Ketika pertempuran sedang sengit berlaku antara tentera Islam dan tentera Tartar, pasukan berkuda Baibars telah melakukan serangan mengejut dan mengepung tentera Tartar di lembah Ain Jalut. Taktik ini telah berjaya melumpuhkan kekuatan tentera Tartar setelah kematian leftenan Kitbuqa dan telah memberikan kemenangan kepada tentera Islam. Apakah yang berlaku setelah berakhirnya perang Ain Jalut?

Setelah memperoleh kemenangan terhadap tentera Tartar, Sultan Qutuz telah bergerak ke Syria yang telah ditinggalkan oleh pasukan Tartar untuk menyatukan semula wilayah-wilayah Islam pada tanggal Ramadhan 658 Hijrah. Wilayah-wilayah Islam kembali tenang setelah Siapakah yang mengetuai barisan tentera Tar- 40 tahun pemerintahan Tartar dan telah bertar dan tentera Islam? satu di bawah panji-panji kerajaan Mamluk Tentera Tartar berjumlah 20 ribu orang diketuai Mesir. oleh seorang leftenan yang bernama Kitbuqa. Beliau merupakan orang kanan kepada pemerMuhammad Hanif Imran berasal daripada intah Tartar, Hulagu Khan dan telah banyak Negeri Terengganu dan merupakan membantu dalam mengepalai beberapa siri peperangan dalam usaha untuk menawan antara pelajar terbaik negeri tersebut Timur Tengah. semasa zamannya. Sekarang memegang Tentera Islam pula diketuai oleh seorang panglima bernama Baibars yang telah diberi kepercayaan oleh pemerintah Mamluk Mesir ketika itu iaitu Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Bilangan tentera Islam ketika itu juga mencecah

jawatan Unit Kebajikan Batch 2012/2013. Beliau juga bertanggungjawab bagi tabung ILIC.

20

SANTAI
~For.Tox.Com.Oph~

Across Clues 1. Vitamin E 7. Antidote of acetaminophen 8. Removal of lacrimal sac 10. Degenerative condition occur in elderly due UV 12. Removal of poisons from the blood according concentration gradient 13. Equitable distribution of services 14. Iodine deficiency

Down Clues 2. Decomposition of soft tissues 3. Fingerprints 4. Moist burn 5. Loss of fluids and NaCl in sweating 6. Incomplete closure of lids 9. Silent killer gas 11. Hordeolum externum

Jawapan Di Mukasurat 23 21

PROMOSI

Oleh : Nur Nabilah `Atiqah Binti Abd Wahid

Anda ingin membaca, namun tiada bahan bacaan? E-Lip boleh membantu! Ketiadaan bahan bacaan bukan lagi menjadi sempadan dan halangan untuk kita tidak membaca. Bertemakan Satu buku sejuta idea, segalanya bermula dengan membaca, PERUBATAN mewujudkan satu medium berkonsepkan pinjaman buku secara on-line daripada rakanrakan sama ada universiti sendiri atau universiti yang lain. Jom kita ikuti temu ramah bersama Timbalan Pengarah E-Library PERUBATAN (ELiP), saudari Nur Fathiah Binti Asari, pelajar PERUBATAN Tahun 4 Universiti Azhar tentang serba sedikit mengenai ELiP. Apakah sejarah dan tujuan penubuhan ELiP? Seperti yang kita tahu, amalan membaca perlu disemai dan dipupuk dalam segenap sudut masyarakat lebih-lebih lagi dalam kalangan mahasiswa. Namun demikian, amalan membaca ini kurang diaplikasikan atas beberapa faktor yang melanda para mahasiswa itu sendiri. Antaranya, kekangan untuk memperoleh sumber bacaan yang diingini tidak tergapai. Masalah kestabilan ekonomi juga antara sebab terhalangnya seseorang siswa itu mendapatkan bahan bacaan yang terkini dan sesuai dengan pemikiran mahasiswa. Oleh itu, atas dasar keperihatinan pihak persatuan, Biro Akademik PERUBATAN terpanggil untuk merangka dan merencana satu ikhtiar dalam mengatasi masalah yang timbul dengan menubuhkan perpustakaan maya atau lebih dikenali sebagai E-Library PERUBATAN. Tambahan pula, idea projek ini dikemukakan oleh saudara Ahmad bin Abdul Rahim, pelajar Tahun 3 Universiti Kaherah ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-8 (MAT). Bagaimanakah proses untuk mencari dan meminjam buku? Mudah sahaja, ahli PERUBATAN hanya perlu mengikuti beberapa langkah. : Layari PERUBATAN ONLINE www.perubatan.org/v3/ Klik KHIDMAT > E-Library > E-Library Perubatan Kaherah Klik pada link senarai buku > Database ELiP Di database ELiP, akan dipaparkan senarai buku. 22

PROMOSI Hubungi pemilik buku yang berkenaan untuk bertanya tentang status buku tersebut (available atau tidak) dan untuk meminjamnya. Bertemu pemilik buku, meminjam, serta memulangkannya sendiri Berapa banyakkah buku yang telah didaftarkan setakat ini? Buku-buku yang didaftarkan oleh pelajar perubatan Universiti Kaherah adalah yang terbanyak setakat ini iaitu 1325 buah buku. ELiP Universiti Azhar pula mencatatkan jumlah buku sebanyak 327 buah berdaftar dan 186 buah buku bagi ELiP Universiti Ain Shams. Saya difahamkan ELiP juga menyediakan ruangan ulasan buku. Boleh saudari beri sedikit penerangan mengenai ruangan ini? Benar, ELiP juga mewujudkan satu medium bagi para pembaca menulis ulasan mengenai buku-buku yang dibaca. Tujuan ruangan ini diselitkan adalah untuk memberi peluang kepada para mahasiswa berkongsi ilmu dan idea yang diperoleh hasil daripada pembacaan buku, memberi rating kepada buku, mengkritik atau mempromosi buku ke seluruh ahli PERUBATAN. AJK ELiP akan postkan ulasan tersebut secara berkala di laman Facebook ; Cairo University Official Group Apakah harapan saudari? ELiP merupakan salah satu inisiatif PERUBATAN dalam melahirkan para mahasiswa yang cintakan ilmu. Maka, saya sangat berharap agar ahli-ahli PERUBATAN dapat menggunakan ELiP sebaik mungkin dan saya juga berharap agar penubuhan ELiP ini dapat memudahkan ahli-ahli PERUBATAN meminjam buku, secara tidak langsung sebagai satu galakan kepada mereka membaca walaupun tidak memiliki buku-buku selain buku pengajian. Answer Down : 2. putrefaction 3. dactylography 4. scald 5. heat cramp 6. lagophthalmos 9. carbon monoxide 11. stye 23

Jawapan CROSSWORD m/s 21

Across : 1. tochopherol 7. cimetidine 8. dacrocystectomy 10. pinguecula 12. hemodialysis 13. social equity 14. cretinism

ULASAN BUKU

Berlatarkan masa lampau, buku ini mengisahkan kehidupan seorang budak bernama Mafatu. Dia hidup dalam satu puak di sebuah pulau yang bernama Pulau Hikueru di Polynesia Perancis. Pada waktu itu, pulaupulau masih didiami puak orang asli. Puak Hikueru amat menyanjungi keberanian. Kaum lelaki seharusnya menjadi ketua yang disegani, mampu meredah lautan dan bertarung dengan puak lain. Walau bagaimanapun, Mafatu seorang yang penakut. Peristiwa kematian ibunya ketika belayar di lautan membuatkan dia takut untuk turun ke laut. Dia lebih selesa duduk di daratan dan melakukan kerja yang hanya dilakukan kaum wanita seperti membuat lembing dan mengait jala. Mafatu merupakan anak lelaki kepada Ketua Besar Hikueru. Sifat penakutnya membuatkan bapanya merasa segan untuk mengakuinya sebagai anak. Tambahan pula, Mafatu sering diejek oleh kaum lelaki yang lain. Ketakutannya menjadi satu keaiban di Pulau Hikueru.

puak kanibal dan dia akhirnya berjaya melarikan diri daripada pulau tersebut. Mafatu pulang sebagai seorang wira.

Tema utama yang dibawa oleh pengarang ialah keberanian. Pengarang cuba menyampaikan mesej bahawasanya keberanian terbina apabila kita berhadapan dengan ketakutan dalam diri. Mesej lain yang ingin disampaikan ialah kita tidak akan sedar potensi diri sehinggalah kita melakukan sesuatu Satu hari, Mafatu bercadang untuk menghentikan perkara. segala kritikan terhadap dirinya. Senyap-senyap, dia mendapatkan sebuah sampan dan memutuskan Pada mulanya, pengarang novel ini risau tema keberuntuk belayar berseorangan ditemani anjingnya yang anian yang ingin dibawa dalam karya ini terlalu bernama Uri dan burung peliharaannya yang ber- dewasa untuk digarap kanak-kanak. Namun begitu, nama Kivi. karya ini masih mendapat sambutan dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Secara peribadinya, saya Malangnya, ribut melanda ketika dia sedang belayar. meminati karya ini kerana penceritaannya yang beMafatu tersadai di sebuah pulau yang tidak berpengitu terperinci dalam bentuk sudut pandang pertama ghuni. Dia kemudiannya mendapati pulau itu digunaMafatu. Tambahan pula, bilangan muka surat yang kan oleh puak kanibal daripada pulau berdekatan sedikit memudahkan pembacaan. Sekiranya untuk tujuan ritual korban manusia. berkeinginan, boleh sahaja dimuat turun daripada Sepanjang terdampar di pulau tersebut, dia telah internet dalam bentuk PDF. berjaya menewaskan jerung, babi hutan dan sotong Oleh: Ahmad Shahir bin Mohamad Nazri kurita. Mafatu bertambah berani dan tidak lagi pengecut. Pertembungan terakhirnya adalah dengan

24

ULASAN BUKU

ovel ini dimulakan dengan pertemuan antara Rini dan Nizam di dalam kereta api. Masingmasing punya destinasi yang berbeza. Perjalanan yang agak jauh memakan masa yang banyak dihabiskan oleh mereka dengan membincangkan perkara-perkara mengenai Islam. Rini, si gadis Ateis banyak mempersoalkan mengenai konsep hidup bertuhan. Soalan-soalannya dikira maut oleh Nizam. Tuhan itulah, tuhan inilah. Awak percaya pada tuhan? Seandainya kalian adalah Nizam, apa yang kalian jawab? Rini juga agresif dalam meminta penjelasan, Buktikan!

Penjelasan dari Nizam bukan ibarat tin kosong. Semua hujahnya berisi dalil dan argumen yang boleh diterima logik akal. Dari segi pengolahan isi dan penyusunan fakta, saya kira kemas. Setiap soalan Rini dijawab oleh Nizam dengan ayat-ayat Quran dan hadis. Pembaca akan mendapati setiap jawapan Nizam yang diiringi dengan ayat Al Quran disusun dengan kemas untuk kemudahan pembaca. Penulis novel ini juga membawakan fakta sejarah seperti sejarah penyelewengan ajaran Kristian dan kitab-kitab terdahulu, konsep Trinity, kandungan epik Mahabharatta dan kandungan kitab Injil (sekadar menyebut beberapa perkara) untuk mengukuhkan hujah Nizam. Antara isu-isu yang dikupas dalam novel ini ialah keperluan menyembah Allah, penyelewengan kitab-kitab terdahulu, konsep poligami dalam Islam dan diskriminasi terhadap wanita dalam pembahagian harta. Hidup Rini sebenarnya terumbang-ambing dan selalu tertanya-tanya akan arah hidupnya. Beliau mengaku pada akhir novel ini bahawa beliau sebenarnya dalam perjalanan menemui seorang bekas paderi, dan Allah telah mengubah hidupnya dengan menemukan beliau dengan seorang anak muda bernama Nizam yang berambut panjang dan membawa gitar kapok di belakangnya. Siapa sangka watak Nizam yang sebegitu penuh dengan ilmu di dada! Benarlah pepatah Inggeris, Dont Judge a Book by Its Cover! Saya cadangkan pada kalian peruntukkan masa yang cukup dan khusus untuk membaca buku ini. Tidak dinafikan ada yang beranggapan buku ini berat. Namun, rugi sekali jika buku ini dibaca sekali lalu tanpa dihadam isinya selumatnya. Secara peribadi, saya sangat teruja setiap kali membaca penjelasan dan fakta Nizam yang saya sendiri tidak terfikir hinggakan saya mencatat perkara tersebut. Perbincangan Rini dan Nizam sangat dinamik dan menajamkan daya analitik kalian. Kehadiran novel ini sesuai untuk mengubat situsai tenat umat yang hampir kalah dengan perang saraf terhadap akidah Islam kala ini. Sangat disarankan untuk dibaca. Selamat membaca!

Oleh: Adilah Binti Zulkifly.

25

CERPEN BERSIRI

dam mengenakan jeans lusuh dengan kemeja kotak-kotak berwarna biru. Dia melihat cermin sekali lagi. Tangannya mencapai snowcap dan disarungkannya ke atas kepala. Dia mengambil winter coat hitam yang tergantung di dalam almari dan memakainya sambil berjalan menuju ke pintu beranda. Langsir bilik diselak membiarkan cahaya matahari pagi memenuhi ruang bilik. Dia menjenguk ke arah luar. Cantik cuaca hari ni. Jangan tiba-tiba tengahari nanti hujan sudahlah. Phone dan dompetnya diselitkan ke dalam poket seluar. Dia menyangkut label Do not disturb pada tombol pintu luar dan bergegas menuju ke lobi untuk menyerahkan kunci bilik kepada receptionist. Ternyata, cuaca di Granada tidaklah terlalu sejuk berbanding di Barcelona. Tetapi cukup untuk membuatkan wajah si anak kacukan cina itu menjadi kemerah-merahan. Paginya berkabus, setiap kali menghembuskan nafas, kelihatan seperti kepulan-kepulan asap keluar daripada mulutnya. Bas mini merah yang datang dari arah Camino de Ronda berhenti di stesen bas berdekatan. Tertulis pada kotak badannya Alhambra. Adam yang ingin ke Al-hambra mempercepatkan langkahnya menuju ke stesen bas tersebut untuk menaiki minibas itu. Uno, kata Adam kepada pemandu bas. Dia menghulurkan wang tambang dan pemandu bas itu mengem-

balikan baki berserta tiket. Adam berdiri menghadap ke luar tingkap. Tangannya berpaut pada tiang di sisinya. Fikirannya melayang teringatkan kejadian semalam. Frust dengan diri sendiri. Frust dengan Maya. Walaubagaimanapun, pagi itu hatinya terasa senang. Bagai ada sesuatu yang menyuntik semangatnya untuk menikmati harihari terakhirnya di Sepanyol. Dua keping tiket masuk ke Al-hambra masih tersimpan di dalam dompetnya. Satu untuk dia. Satu lagi extra. Dia tak ingin mensia-siakan peluang yang ada. Paling tidak dia ingin menjejakkan kakinya ke tempat yang paling terkenal dan penuh bersejarah di Sepanyol. Bas berhenti secara tiba-tiba menyebabkan badannya terlajak kehadapan. Adam memandang ke luar tingkap. Dia tersedar yang dia sudahpun berada di kaki bukit Al-hambra. Langkahnya perlahan menyelusuri jalan yang agak mendaki, menuju ke pintu masuk utama. Tulisan rumi La Alhambra dan tulisan jawi di atasnya Al-hamraa terukir di atas tembok besar. Kelihatan orang ramai sedang beratur di hadapannya. Adam tersenyum sendirian. Bukan tersenyum kerana melihat mereka yang terpaksa beratur tetapi tersenyum mengenangkan dirinya yang telah melalui nasib yang sama, beratur hampir 2 jam untuk mendapatkan tiket pada pagi semalam. Ketika mata Adam leka melihat suasana di luar Al-hambra, tiba-tiba pandangannya

26

CERPEN BERSIRI
tertarik kepada seorang lelaki yang memakai sweater kelabu, berdiri di akhir barisan. Kelihatan dia sedang ralit membelek-belek buku di tangannya. Adam cuba mendekati lelaki itu. Dalam jarak dua langkah, tangannya teragak-agak menyentuh bahu kanan lelaki itu. Err.. Lelaki itu menoleh ke arahnya. Hei Adam! Wajahnya kelihatan ceria dan gembira sekali apabila melihat Adam. Mereka bersalaman. Sorry, tak ingat nama lah. Adam tersengih sambil menggaru kepalanya. Rasul. Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Oh ye! Tak sangka boleh jumpa kat sini, kata Adam. Rasa bahagia bila berjumpa dengan orang sebangsa. Lagi-lagi di perantauan. Itulah. Hari tu dalam flight tak sempat nak borak panjang, Rasul membalas. Awak nak beratur beli tiket jugak ke? tambah Rasul. Eh tak lah. Saya dah beli tiket semalam. Awak? Beratur beli tiket ke? tanya Adam. Ye lah. Takkan beratur nak beli burger pulak. Adam tergelak besar dengan loyar buruk si Rasul. Saya ada satu tiket lebih. Nak? Adam mengeluarkan tiket extra daripada dompetnya. Dihulurkannya kepada Rasul. Lebih? Berkerut wajah Rasul. Terasa pelik dengan kenyataan Adam. Jangan banyak tanya. Ambil je tiket ni. Jom masuk sekali. ***** Jalan masuk ke Al-hambra dihiasi dengan pohon pine cypress yang tinggi-tinggi, dedaunnya masih lebat dan tetap berwarna hijau walaupun pada musim dingin. Terasa seperti berada dalam filem Fantaghiro-The Cave Of The Golden Rose. Atmosfera yang redup, sejuk, dikelilingi pohon-pohon hijau, sangat menyejukkan mata. Udaranya yang nyaman menenangkan jiwa setiap manusia yang bertandang ke kota itu. Ini baru kat luar bro. Belum masuk dalam lagi. Suara Rasul memecahkan kesunyian pagi itu. Adam yang leka menikmati kehijaun alam semula jadi tersentap apabila mendengar kata -kata Rasul. Dia melihat Rasul sedang ralit mengambil gambar dengan kamera DSLR di tangannya. Awak berdiri kat tepi pokok tu. Saya nak ambil gambar. Adam hanya menuruti. Dia berdiri di sebelah pohon pine cypress yang dibentuk menjadi arca pintu gerbang berwarna hijau. Jarijemarinya menyentuh halus permukaan dedaun pine itu, takjub dengan ketelitian dan keunikan seni topiari yang dihasilkan. Nice. Kata Rasul sambil melihat pada gambar di kameranya. Eh dah ambil dah ke gambarnya? Adam seakan-akan terkejut. Dah. Candid, kata Rasul dengan riak wajah yang bersahaja. Cis. Beria-ia aku berdiri tepi ni. Tak sempat senyum tak sempat apa. Rasul hanya tergelak mendengarkan sungutan Adam. Mereka berdua terus berjalan sehingga bertemu dua persimpangan ; ke kanan untuk ke Generalife, dan ke kiri untuk ke Alcazaba. Adam mengambil arah ke kanan. Semakin ke dalam mereka menempuh laluan itu, semakin jelas pemandangan kota Al-hambra dapat dilihat. Adam mengagak Generalife seperti taman bunga yang besar, luas, dan terletak di atas bukit tinggi. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia berasa tak sedap hati. Kenapa kita je yang ada kat sini? Mana pelancong-pelancong lain?

27