Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (PPBK) adalah pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang

dan akan menghasilkan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. PPBK merupakan alat bantu mengajar yang berkesan. Ini kerana penggunaan secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Penggunaan PPBK juga dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan Kelebihan PPBK di antaranya ialah dapat meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran, guru dapat mengaplikasikan teknologi komputer dengan lebih luas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, dapat menarik minat murid dengan elemen-elemen video, audio, teks, grafik dan animasi, murid dapat member tumpuan terhadap pelajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta mencabar dan dapat membentuk pembelajaran koperatif. Menurut Alessi & Trollip (1991), PPBK yang dilaksanakan dengan betul akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Sementara itu menurut Lockard et al. (1989) mendapati kanak-kanak yang menggunakan perisian kursus Berjaya mengekalkan tumpuan berbanding dengan kanak-kanak yang menggunakan kaedah biasa. Terdapat enam jenis PPBK iaitu tutorial, permainan, simulasi, tunjuk cara, ujian dan latih-tubi. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi. Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Kemudian komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas terhadap jawapan yang diberikan. Tutorial membolehkan para pelajar belajar mengikut kemampuan masing-masing. Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan unsur-unsur hiburan dan keseronokan semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran. Permainan merupakan jenis PPBK

yang melibatkan aktiviti berbentuk pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Melalui permainan ini, kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah dapat dikembangkan. Pelajar bermotivasi untuk menjadi juara. Latih tubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Selepas itu, komputer memberikan maklum balas kepada pelajar. Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Simulasi sesuai digunakan bagi pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian, eksperimen atau modul atau modul yang mahal, berbahaya atau mengambil masa yang lama untuk dijalankan. Tunjuk cara merupakan kaedah PPBK yang digunakan kepada pelajar untuk menunjukkan sesuatu prosedur. Melalui kaedah ini, pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan yang sebenar. Tunjuk cara boleh menggunakan gambar bersiri, animasi atau simulasi. Ujian dapat membantu guru mengukur serta menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Jenis-jenis soalan yang digunakan ialah soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar-salah dan sebagainya. Bagi soalan yang memerlukan jawapan berbentuk karangan atau ayat jarang digunakan.

Penyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk menilai kesesuaian perisisan kursus sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran (PPBK). Kajian juga dijalankan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perisian kursus yang digunakan di dalam kelas sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan perisian kursus dinilai dari aspek isi kandungan, aspek teknikal dan dokumentasi. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Amir Hassan Dawi (2006), kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berguna kepada mana-mana pihak. kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini juga, guru dapat melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan perisian kursus sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan dapatan kajian yang dijalankan, guru boleh menilai kesesuaian perisian yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 bagi tajuk mengenal suku kata terbuka dan tertutup. Bahan dan Kaedah Kajian Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik. Menurut Majid (2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Borang soal selidik ditadbirkan kepada 15 orang murid tahun 2M & 2J bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan 5 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sebanyak 20 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Soal selidik adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki. Soal selidik tersebut terdiri daripada empat bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat responden yang terdiri daripada 5 soalan yang berkaitan dengan diri responden.

Bahagian B, C dan D ialah soal selidik berkenaan tiga faktor yang diandaikan yang dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah. Soal selidik yang diedarkan kepada guru menggunakan skala likert di mana guru perlu bulatkan nombor jawapan mengikut skala yang diberikan, manakala soal selidik yang diedarkan kepada murid menggunakan cheklist di mana murid perlu memberikan jawapan sama ada Ya atau Tidak bagi setiap pernyataan yang telah diberikan.
0

Hasil Dapatan Kajian Responden kajian yang dipilih terdiri daripada 5 orang guru dan 15 orang murid tahun 2. Jumlah responden yang dipilih adalah seramai 20 orang. Kesemua responden adalah perempuan. Bagi responden yang terdiri daripada kategori guru, empat dari responden berbangsa Melayu manakala seorang responden berbangsa India. Dua responden mempunyai kurang dari lima tahun pengalaman mengajar manakala tiga lagi responden mempunyai pengalaman mengajar di antara 11-15 tahun. Bagi kategori umur, seorang responden berumur di antara 24-30 tahun manakala 4 lagi responden berumur di antara 31-40 tahun. Bagi responden yang terdiri daripada kategori murid, semua murid terdiri daripada murid perempuan kerana kajian dijalankan di SK Convent Sentul 2 di mana semua muridnya adalah perempuan. Sembilan responden berbangsa Melayu dan enam lagi berbangsa India. Semua murid berumur lapan tahun.

Klasifikasi Kategori Perisian

Klasifikasi perisian yang dipilih ialah perisian tutorial dan latih tubi. Reka bentuk perisian tutorial ini sesuai bagi menepati keperluan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi tajuk mengenal suku kata terbuka dan tertutup. Penggunaan perisian tutorial membantu guru menyampaikan pengajaran. Murid dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Menurut (Scheafermeyer, 1990), tutorial turut digunakan dalam latihan. Latih tubi merupakan latihan yang berikan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Perisian akan memberikan soalan dan merakamkan semua jawapan yang dan memberikan maklum balas betul atau salah kepada murid. Kekuatan Perisian Dari Aspek Isi Kandungan Hasil daripada dapatan kajian yang dijalankan, kesemua responden bersetuju mengatakan bahawa kandungan perisian sesuai dengan sukatan pelajaran dan isi kandungan yang hendak disampaikan disusun dengan teratur dan mudah difahami. Bahasa penyampaian yang mudah difahami membuatkan murid-murid mudah untuk memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Contoh yang mencukupi memudahkan murid untuk memahami tajuk yang diajar. Kekuatan Perisian Dari Aspek Teknikal Hasil daripada dapatan kajian yang dijalankan, responden mengatakan bahawa penyampaian yang tersusun rapi dapat menarik minat murid. Penggunaan animasi, audio, grafik dan gambar yang menarik dan tepat serta penggunaan saiz dan huruf yang jelas dan sesuai dengan murid adalah faktor yang menyebabkan murid terus berminat untuk meneroka perisian tutorial dan latih tubi ini. Perisian ini juga boleh dikawal penggunaannya memudahkan guru untuk mengendalikan kelas. Kelemahan Perisian Dari Aspek Teknikal Kelemahan dari aspek teknikalnya,responden mendapati perisian ini tiada kemudahan untuk mencetak latihan. Murid- murid hanya boleh membuat latihan di perisian. Murid-murid tidak dapat menyimpan hasil latihan yang telah yang telah dibuat. Kekuatan Perisian Dari Aspek Dokumentasi

Dari apek dokumentasi, perisian ini mengandungi contoh panduan kepada pengguna. Ini memudahkan guru untuk mengendalikan perisian ini. Selain dari itu, terdapat ringkasan mengenai kandungan perisian dan panduan yang jelas dan mudah difahami membantu murid untuk menggunakan perisian ini. Penilaian Reka Bentuk Perisian Tutorial dan Latih Tubi. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa reka bentuk perisian tutorial Bahasa Malaysia bagi tajuk mengenal suku kata terbuka dan tertutup ini sesuai dan menepati keperluan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer. Penggunaan perisian tutorial sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan. Guru juga boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Perisian tutorial ini juga memenuhi kehendak sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian. Isi kandungan disusun dengan teratur memudahkan murid untuk memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Penggunaan bahasa yang mudah difahami serta contoh yang mencukupi mendorong murid untuk mengikuti pengajaran yang dijalankan. Murid juga menunjukkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan perisian tutorial dan latih tubi ini. Soalan/latihan yang pelbagai menyebabkan murid bersaing untuk menjawab soalan/latihan yang dikemukakan. Perhatian murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dapat dikekalkan kerana penggunaan gambar, animasi serta grafik yang menarik. Arahan yang jelas serta penggunaan butang/ikon yang mudah merangsang murid untuk terus meneroka perisian ini.

Anda mungkin juga menyukai