HASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Tajuk seterusnya ini kita akan melihat dengan lebih terperinci dari
aspek kurikulum tiga kemahiran yang asas dalam pergerakan fizikal
kanak-kanak. Ketiga-tiga kemahiran yang akan kita akan lihat adalah
kemahiran motor halus, motor kasar dan penggunaan manipulatif
gerakan anggota badan. Seperti yang telah dijelaskan dalam topik
sebelum ini, kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-
kanak menggunakan anggota seperti tangan dan kaki untuk membuat
gerakan. Antara contoh gerakan ini adalah seperti memegang,
mengenggam dan menggunakan jari mereka.
Oleh itu kita juga dalam bab ini akan melihat perkembangan
manipulatif kanak-kanak. Kemahiran ini amat penting bagi kanak-
kanak dapat memanipulasi kemahiran, koordinasi, keseimbangan dan
kestabilan bagi membuat gerakan. Pergerakan kanak-kanak bukan
hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga
kemahirannya memanipulasikan otot dan anggota untuk membuat
gerakan.
AKTIVITI 3.1
Perbincangan seterusnya kita akan lihat motor halus dari aspek ciri,
contoh aktiviti bagi kemahiran ini dan matlamat dalam kurikulum.
Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan
pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari
tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot
kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan
koordinasinya dengan mata.
Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami
perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru
juga harus mengetahui ciri. Guru perlu tahu faktor-faktor yang harus
dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-
kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah
penting kita memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan
pensil untuk kanak-kanak ini menulis. Guru harus tahu cara
pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya guru
mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan
kemahiran mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa
penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini
menulis dengan baik. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz,
bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula
menulis.
Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda
Kellogg, khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati
bakat artis kanak-kanak bermula dengan lakaran simbol yang tertentu.
Pada peringkat awal kanak-kanak akan melukis simbol sepert bentuk
bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini berumur 3
tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis
gambar orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan
TOPIK 3 KURIKULUM 5
lukisan kaki dan tangan yang lebih lengkap beserta baju dan seluar.
Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain seperti
rumah, haiwan dan pokok.
Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga
dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki
dan badan ini sangat penting dalam melaksana tugas yang
memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001), menyatakan
.kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan
punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan
badan mereka agak ke depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku
ketika tangan mereka dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan
kaki mereka tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa
kanak-kanak dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.
tangan.
(Diadaptasi dari
http://www.shrewsburyma.gov/schools/beal/readiness/finemoto
ractivities.html)
- Mengoyak
- Mencubit
- Menguli
- Memicit
- Merenyuk
- Melipat
- Menguntai
- Menjentik
- Merenjis
AKTIVITI 3.2
(a) Apakah ciri-ciri kemahiran motor halus yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak berumur 6 tahun dalam pembelajaran di kelas tadika
/ prasekolah?
Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran motor adalah tindakan yang
melibatkan pergerakan otot-otot badan. Bagi motor halus, seperti yang
telah dijelaskan sebelum ini ia melibatkan tindakan otot kecil yang
minima seperti mengenggam jari tangan atau mengerakkan lidah bagi
merasa sesuatu. Pada bahagian ini kita akan membincangkan lebih
lanjut tentang pergerakan bagi motor kasar.
AKTIVITI 3.3
Memukul bola Boleh memukul bola dengan tepat dan kelajuan yang
sesuai. Pada peringkat permulaan kayu pemukul
yang lebih besar atau tebal saiznya boleh digunakan.
Kita juga boleh menggunakan pelbagai bentuk kayu
pemukul seperi raket tenis, raket badminton, kayu
kriket dsbnya.
SEMAK KENDIRI
1.4
3.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF
• Kemahiran motor halus dan motor kasar penting dalam perkembangan gerakan
kanak- kanak
• Motor halus penting bagi kanak-kanak membuat aktiviti yang melibatkan otot
kecil seperti pada tangan, jari tangan, pergelangan tangan, kaki, mulut dan lidah
• Motor kasar penting khususnya yang melibatkan otot besar seperti pada tangan,
kaki dan badan.
Motor halus
Motor kasar
Kemahiran manipulatif
Koordinasi tangan-mata
Koordinasi kaki-mata
‘Dexterity’
• Berk, l.E. (2005) Infants, Children and Adolescents (5th ed.) Boston : Pearson
Allyn and Bacon.
• Craig, G., Kermis, M. & Digdon, N. (2001) Children today, 2nd Ed. Prentice
Hall: Toronto
• Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London:
Routledge
• http://www.shrewsbury-
ma.gov/schools/beal/readiness/finemotoractivities.html