Anda di halaman 1dari 41

MODUL 9

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN GURU II

SINOPSIS

Kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka akan membantu


membentuk generasi akan datang dan cara bagaimana generasi tersebut
mempengaruhi dunia di sekeliling mereka. Selain daripada itu guru prasekolah juga
perlu membantu usaha ini dengan memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak
serta menyemai harga diri yang tinggi dalam diri mereka. Modul ini mengandungi
tiga unit (7.5, 7.6 dan 7.7 masing-masing) berkaitan keibubapaan, kehendak dan
keperluan kanak-kanak dan konsep harga diri kanak-kanak. Unit Keibubapaan
menghuraikan konsep keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak,
kemahiran mengawal diri dan pemahaman tentang keluarga bahagia yang amat
penting dan mempengaruhi keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak. Garis
panduan untuk membantu keluarga memilih pusat pendidikan awal kanak-kanak
yang bersesuaian dengan falsafah keluarga dan keperluan kanak-kanak juga
dibincangkan. Keperluan dan kehendak kanak-kanak menjelaskan perbezaan
antara keperluan dan kehendak kanak-kanak. Huraian juga menyentuh bagaimana
keperluan dan kehendak kanak-kanak perlu ditangani dengan baik oleh guru
prasekolah. Unit akhir dalam modul ini menyentuh tentang konsep, kepentingan dan
kesan harga diri kanak-kanak, indikator harga diri dan bagaimana guru dapat
meningkatkan harga diri kanak-kanak.

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Sebelum menggunakan modul sila jawab semua soalan dalam ujian pra.
2. Cuba fahami dan hayati objektif modul ini.
3. Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Anda
digalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah mata
pelajaran anda semasa anda hadir untuk kuliah/sesi interaksi di maktab.
4. Setelah membaca nota, sila jawab soalan ujian pasca.
5. Anda digalakkan untuk membuat refleksi semasa menggunakan modul ini.
7.5 KEIBUBAPAAN

HASIL PEMBELAJARAN

1
Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat :
1. menjelaskan konsep keibubapaan
2. mengetahui prinisp-prinsip keibubapaan
3. memahami matlamat & objektif keibubapaan
4. merancangkan pemerhatian ke atas kanak-kanak
5. memahami konsep kawalan diri
6. memahami cara mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga
7. memahami cara dan kriteria memilih pusat penjagaan/prasekolah untuk
anak-
Anak

Ujian Pra

1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak?


Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah.
2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga
bahagia?
3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanak-
kanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.

7.5.1 Konsep Keibubapaan

Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalam
proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong
perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti
positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar
kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-
anak di bawah jagaan mereka.

Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat penting
dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga
yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa
sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited.

2
Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam
usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep ‘melentur
buluh biar dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unit
dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan
kemanusiaan.

Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa
menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran
keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang
mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang berkesan
dan telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan untuk para ibu
bapa.

Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka. Ahli
profesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentingan
mewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga.

Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks.
Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein menghuraikan
kerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat.
Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatu
kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesional
pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein
ialah :

• Jenis 1 : Keibubapaan – membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan


dan memahami perkembangan kanak-kanak.
• Jenis 2 : Komunikasi – mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di
antara sekolah dan keluarga

• Jenis 3 : Kesukarelawan – menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela


dengan pelbagai cara.
• Jenis 4 : Pembelajaran di rumah – melibatkan keluarga menyokong aktiviti
pembelajaran di rumah.

3
• Jenis 5 : Membuat keputusan – melibatkan keluarga dalam pengurusan
prasekolah dan organisasi berkaitan.
• Jenis 6 : Kolaborasi dengan masyarakat – menyelaras perkhidmatan masyarakat
untuk kebaikan bersama.

Proses keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran
keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.
Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan
kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.

7.5.2 Prinsip-Prinsip Keibubapaan

Keibubapaan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta mencabar


kerana ibu bapa perlu menemui cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan
mendidik anak-anak mereka. Terdapat beberapa prinsip keibubapaan yang boleh
digunakan untuk membantu ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Amalan prinsip-prinsip ini akan mendatangkan kesan positif terhadap kanak-kanak.

• Mengurus diri dengan baik (Take care of yourself)

Mengurus diri dengan baik haruslah menjadi perkara utama dalam diri ibu bapa.
Sekiranya ibu bapa mengabaikan diri maka kebolehan mereka mengaplikasikan
prinsip-prinsip yang seterusnya akan terbatas. Ibu bapa yang mengamalkan
prinsip ini akan berusaha menguruskan tekanan dalam kehidupan mereka.
Mereka memiliki identiti tersendiri dan menggunakan kebolehan untuk diri dan
keluarga. Mereka akan berusaha mendapatkan ahli keluarga dan kawan yang
boleh memberikan sokongan emosi dan praktikal. Mereka akan berusaha
mengamalkan ciri-ciri dan aktiviti tersebut dalam kehidupan supaya anak-anak
mereka akan meniru dan mengamalkannya apabila dewasa nanti.
• Kasihi anak-anak (Nurture your children)

Jika kanak-kanak tidak merasa dihargai dan disayangi maka semua usaha ibu
bapa tidak akan memberikan pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kanak-kanak
perlu merasa mereka disayangi dan dikasihi oleh ibu bapa mereka.

4
• Bimbing anak-anak (Guide your children)

Kanak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk
membantu mereka menguruskan kehidupannya. Bimbingan adalah lebih baik
daripada hukuman, Seorang ibu atau bapa yang membimbing anaknya mengajar
anaknya bahawa kesan positif atau negatif akan menyusuli sesuatu tingkat laku.
Bimbingan membantu kanak-kanak mendapatkan sesuatu dengan cara yang
dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang membimbing akan mengajar
melalui teladan, menetapkan had yang berpatutan serta melibatkan kanak-kanak
dalam menetapkan had bersesuaian dengan umur mereka.

• Membela anak anda (Be your child’s advocate)

Bronfenbrennner mencadangkan bahawa ibu bapa hendaklah menunjukkan rasa


kasih sayang yang amat kuat terhadap anak mereka. Ibu bapa harus
menunjukkan mereka merasa anak mereka lebih baik daripada kanak-kanak
yang lain.

• Memotivasikan anak anda (Motivate your child)

Ibu bapa adalah guru pertama kepada anaknya. Ibu bapa hendaklah
menggalakkan anak mereka mempelajari dengan mewujudkan suasana
pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan buku dan pelbagai bahan rujukan di
rumah. Ibu bapa harus membaca supaya menggalakkan anak-anak mereka
membaca.

• Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak

Apa-apa perkara yang ibu bapa bincangkan di depan anak-anak, ia mungkin


mempengaruhi persepsi anak terhadap dirinya. Sesuatu perkara negatif yang
didengari mungkin dianggap benar. Sebaliknya perkara positif yang didengari

5
mereka boleh memberikan keyakinan dan menggalakkan tingkah laku positif.

• Melindungi kanak-kanak secara keterlaluan

Walaupun kanak-kanak perlu dilindungi, namun perlindungan yang melampau


akan menggalakkan tingkah laku pergantungan dan kanak-kanak yang terlalu
sensitif. Ibu bapa boleh menunjukkan bahawa mereka baik hati tanpa terlalu
bersimpati. Kanak-kanak perlu mempelajari menangani perasaan kekecewaan,
kegagalan dan kehilangan dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak yang
mempunyai sikap berdikari akan akhirnya dapat mengatasi pelbagai halangan
dalam kehidupan mereka kelak.

• Bersatu, bertolak ansur & bersikap positif terhadap suami/isteri

Tingkah laku suami isteri yang selalu tidak sependapat/sehaluan akan


mengelirukan anak-anak mereka. Anak tidak akan menghormati ibu bapa yang
tidak menghormati satu sama lain.

• Menghargai guru, pendidikan & pembelajaran

Pendidikan guru harus dititikberatkan. Kanak-kanak akan memahami


mengenainya dengan jelas jika bapa, datuk dan nenek, misalnya menghargai
pembelajaran. Ceritalah mengenai guru yang anda hormati dan tunjukkan
penghargaan anda terhadap guru anak anda. Ibu bapa harus memberitahu anak
bahawa mereka mengharapkan anak mereka mencapai pendidikan sehingga
peringkat tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak mengabaikan
pendidikan dan tercicir daripada persekolahan terlalu awal.

• Bersikap positif terhadap kerjaya

Ibu bapa yang merungut tentang kerjaya akan menggalakkan anak mereka
mempunyai sikap negatif terhadap kerja. Anak-anak akan merungut terhadap
kerja rumah dan tanggungjawab yang diberikan di rumah. Ibu bapa yang tidak

6
menyukai kerjaya harus berikhtiar menukar kerjaya mereka supaya anak-anak
mereka akan menyedari bahawa pendidikan membuka peluang yang luas
kepada mereka yang berpendidikan tinggi.

• Menjadi teladan kepada anak

Kanak-kanak selalu memerhati tingkah laku ibu bapa dan ahli-ahli keluarga yang
lain. Orang dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan
dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu
bapa yang beretika, bersemangat dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.

• Mempelajari bersama dengan anak-anak

Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang


mempelajari bersama-sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman
lawatan, perkhemahan dan aktiviti lain suatu pengalaman untuk belajar bersama
dengan anak-anak.

• Luangkan masa untuk berseronok

Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan anak-
anak mereka. Seperti manusia lain, orang dewasa perlu meluangkan masa
makan atau bercuti dan menikmati kehidupan mereka. Pada masa tersebut
anak-anak akan berpeluang menguruskan aktiviti masing-masing dengan sendiri.
Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak mempelajari banyak perkara dan
menjadi matang.

7.5.3 Matlamat & Objektif

Kajian menunjukkan semua kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai potensi yang


akan berkembang jika digalakkan dengan betul. Perkembangan otak, misalnya,
banyak bergantung kepada pengaruh persekitaran dalam perkembangan awal

7
kanak-kanak. Sekiranya faktor-faktor tersebut tidak disediakan pada masa–masa
tertentu maka perkembangan kanak-kanak mungkin tidak berlaku.

Kajian juga menunjukkan bahawa pendapatan dan status sosial kurang


mempengaruhi prestasi pencapaian murid dalam sekolah berbanding dengan
tindakan keluarga murid dari segi :

• mewujudkan suasana rumah yang menggalakkan pembelajaran


• menetapkan jangkaan yang tinggi tetapi realistik terhadap pencapaian dan
masa depan anak
• terlibat dalam pendidikan anak dalam sekolah dan masyarakat

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah kemahiran dan


pengetahuan keibubapaan dapat mempengaruhi kanak-kanak di rumah?

Matlamat Keibubapaan

Kajian menunjukkan terdapat beberapa kemahiran yang ibu bapa perlu miliki supaya
mereka dapat membentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Antara
kemahiran keibubapaan adalah seperti berikut :

• Membentuk dan menjelaskan jangkaan


• Mengawal perasaan apabila anak menunjukkan tingkah laku yang tidak
diingini
• Melaksanakan sesuatu tindakan positif atau negatif
• Menjadi teladan yang positif
• Membentuk tingkah laku
• Memotivasikan anak yang bertingkah laku positif

Keibubapaan ialah satu proses yang kompleks dan ibu bapa memerlukan
pengetahuan dan kemahiran keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan
sebaik mungkin dalam aspek-aspek berikut :

8
• Perkembangan Kanak-Kanak

Memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang serta


keperluan-keperluan mereka pada setiap perkembangan dalam kehidupan.

• Mengenali Diri Sendiri

Memahami diri dari segi dorongan, nilai, dan bagaimana cara mereka dapat
menangani kenakalan anak, pertelingkahan dan sebagainya.

• Kemahiran & Strategi Keibubapaan

Memahami kemahiran & strategi keibubapaan spesifik untuk memenuhi


keperluan kanak-kanak dan menangani tingkah laku anak sepanjang proses
keibubapaan.

• Cara Berkomunikasi

Memahami cara berkomunikasi dengan anak, pasangan suami isteri dan guru
secara berkesan.

• Cara Mengajar

Mempelajari cara bagaimana mengajar sesuatu konsep dan kemahiran kepada


anak.

• Mengurus Keluarga

Memahami cara menyara keperluan keluarga dan menguruskan sebuah


keluarga.

• Mendapatkan Bantuan

Menyedari pentingnya mendapat bantuan daripada orang lain serta cara

9
mendapatkan bantuan tersebut apabila memerlukannya.

7.5.4 Pemerhatian ke Atas Kanak-Kanak

Lingkungan umur di antara 4-6 tahun memperlihatkan satu tahap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berlaku begitu pesat. Kajian kecerdasan ke atas
remaja pada umur 17 tahun ke bawah menunjukkan bahawa 50% kecerdasan telah
berkembang apabila kanak-kanak mencapai umur 4 tahun.

Pertambahan 30% berlaku apabila kanak-kanak mencapai umur lapan tahun.


Hampir 80% kecerdasan yang terdapat pada umur dewasa, iaitu 17 tahun.
Perkembangan pesat berlaku dalam lingkungan umur prasekolah.

Implikasi daripada dapatan kajian ini sungguh penting bagi ibu bapa menilai apa
yang perlu dilakukan supaya pertumbuhan dan perkembangan dalam semua aspek
fizikal, mental dan sosioemosi dapat dioptimumkan dalam lingkungan umur
prasekolah.

Sebelum seseorang ibu bapa boleh memerhati dan mentafsir mengenai


perkembangan anaknya beliau perlu memahami ciri-ciri kanak-kanak pada tahap
umur tertentu. Berikut adalah ciri kanak-kanak berumur di antara 3-5 tahun.

Ciri Fizikal

• Kanak-kanak prasekolah amat aktif. Mereka dapat mengawal pergerakan badan


dan melakukan aktiviti untuk keseronokannya semata-mata.
• Kanak-kanak memerlukan waktu rehat lebih kerap. Mereka tidak sedar
keperluan untuk berehat.
• Perkembangan otot besar berlaku lebih cepat daripada otot kecil. Kanak-kanak
prasekolah agak kekok dan kurang cekap melakukan aktiviti seperti mengikat tali
kasut dan membutang baju.
• Koordinasi tangan dan mata tidak cekap kerana sukar melihat objek kecil.
• Badan kanak-kanak fleksibel, tetapi tulang di bahagian kepala lembut.
• Kanak-kanak lelaki lebih besar daripada perempuan, tetapi perkembangan
kanak-kanak perempuan lebih cepat dalam banyak aspek perkembangan,

10
misalnya kemahiran motor halus.

Ciri Sosial

• Kebanyakan kanak-kanak mempunyai seorang hingga dua orang rakan karib,


tetapi persahabatan tidak berkekalan. Kebanyakannya bersedia bermain dengan
kanak-kanak lain. Kawan karib biasanya dari jantina yang sama, tetapi
persahabatan lelaki dan perempuan mula berlaku.
• Permainan secara kumpulan kecil dan tidak terancang dan akan berubah dengan
cepat.
• Kanak-kanak kecil menunjukkan beberapa jenis tingkah laku semasa bermain
seperti bermain sendiri, bermain bersama rakan atau sebagai pemerhati sahaja.
• Corak bermain berbeza mengikut kelas sosial dan jantina
• Perselisihan sering berlaku, tetapi tidak kekal lama dan cepat dilupai
• Menyedari peranan jantina dan perbezaan jantina.

Ciri Emosi

• Meluahkan emosi secara bebas dan terbuka.


• Perasaan iri hati sering berlaku di kalangan rakan kerana kanak-kanak ingin
mendapat perhatian dan sokongan guru.

Ciri Kognitif

• Kanak-kanak agak mahir dengan bahasa, kebanyakannya suka bercakap


terutama sekali di depan kumpulan.
• Menggunakan peraturan bahasa sendiri semasa bertutur
• Kecekapan bertambah melalui interaksi, minat, peluang dan galakan.

Hasil daripada pemerhatian, ibu bapa akan mengetahui antaranya :

• Bagaimana kanak-kanak belajar


11
• Tahap perkembangan kanak-kanak
• Tahap perkembangan kanak-kanak seterusnya
• Bagaimana menggalakkan perkembangan kanak-kanak
• Bagaimana kanak-kanak membentuk hubungan
• Apa yang kanak-kanak ingin pelajari

Maklumat yang dikumpul akan membantu ibu bapa mendapat suatu gambaran
sebenar tentang anak mereka. Ia dapat membantu mereka menentukan apa
masalah yang dialami oleh kanak-kanak dan bentuk bantuan yang diperlukan.
Pemerhatian ke atas kanak-kanak akan memastikan tidak ada masalah berlaku
secara terus menerus tanpa tindakan diambil.

7.5.5 Kawalan Diri

Kawalan diri merujuk kepada kemahiran seseorang untuk mengawal emosi dan
tingkah laku secara positif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi dalam
kehidupannya. Kemahiran mengawal diri berkait rapat dengan psikologi seseorang.
Seseorang yang mempunyai kemahiran mengawal diri tinggi akan melihat dirinya
sebagai mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran.
Apabila persepsinya terhadap situasi adalah positif maka dia dapat bertindak
dengan penuh keyakinan, tenang dan membuat keputusan dengan berkesan.

Perubahan berlaku dengan begitu pesat dalam masyarakat. Dalam keadaan


demikian keluarga akan sentiasa berhadapan dengan cabaran baru dan lebih
kompleks. Ibu bapa perlu bertindak dengan yakin, tenang dan membuat keputusan
yang wajar. Respon ibu bapa terhadap cabaran akan mempengaruhi kebahagiaan
keluarganya. Masalah dalam kerja yang tidak diuruskan dengan baik, mungkin akan
dibawa ke dalam keluarga dengan cara tidak disedari dan menjejaskan hubungan
dalam keluarga.

Kemahiran mengawal diri amat penting dipelajari oleh ibu bapa kerana ia dapat :

• membantu seseorang mengawal emosinya dan bertindak dengan penuh

12
keyakinan.
• membantu seseorang mengekalkan komunikasi secara positif dengan ahli-ahli
keluarga lain.
• membolehkan seseorang membuat keputusan yang berkesan
• mengelakkan seseorang daripada merasa tertekan

Kemahiran mengawal diri boleh dipelajari dan dipertingkatkan melalui cara-cara


berikut :

• memahami kelebihan dan kekurangan dalam diri seseorang.


• membuat refleksi tentang pengalaman atau pembelajaran yang lepas. Amalan
refleksi membantu seseorang meneliti tindakan yang telah diambil dan kesannya.
• melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan dalam pelbagai situasi supaya
seseorang mendapat pengalaman yang luas. Seseorang yang berpengalaman
luas dan sering kali berjaya akan yakin dengan kebolehan diri dan mempunyai
kawalan diri yang tinggi.

7.5.6 Mengekalkan Kebahagiaan

Semua ibu bapa mempunyai hasrat dan cita-cita untuk menjadi ibu yang cemerlang
tetapi pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa merasakan
prestasi mereka sebagai ibu bapa tidaklah secemerlang yang diharapkan. Malah
ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk
menjadi ibu bapa yang cemerlang dan mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga.

Usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia memerlukan ibu bapa yang
cemerlang. Apakah maksud ibu bapa yang cemerlang? Ibu bapa yang cemerlang
akan mempunyai personaliti berikut :

13
• Matlamat hidup berkeluarga yang jelas.
• Tegas
• Berakhlak mulia
• Mengambil berat terhadap keluarga
• Komitmen yang tinggi
• Yakin terhadap diri sendiri
• Berketrampilan dalam pelbagai bidang
• Konsisten dalam melakukan sesuatu
• Pemikiran yang kreatif dan positif
• Boleh diharap
• Sentiasa bertenaga
• Kemahiran berkomunikasi
• Mudah mesra dan penyayang
• Kuat bekerja
• Pandai bergurau

14
Ibu bapa perlu mendidik anak supaya menjadi insan berakhlak mulia
Rahsia Membentuk Rumah Tangga Bahagia
• Landasan ilmu yang kukuh
• Amalan berkasih sayang & kasih-mengasihi
• Penyuburan bakat
• Kejujuran & keikhlasan
• Membentuk suasana kondusif
• Memainkan peranan & tanggungjawab
• Membuat keputusan bersama
• Mempamerkan kasih sayang
• Mengawal emosi & tindakan
• Memberikan tumpuan masa kepada keluarga
• Tidak mementingkan diri sendiri
• Sentiasa berdoa untuk keluarga
• Mendedahkan ajaran agama kepada anak-anak
• Bersikap adil terhadap ahli keluarga

7.5.7 Memilih Pusat Penjagaan Prasekolah Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa menganggap prasekolah akan menyediakan peluang untuk anak-anak

15
mereka berkembang sebagai seorang pelajar. Hal ini akan berlaku jika ibu bapa
merasa yakin dengan kualiti guru dan prasekolah.

Terdapat 3 langkah yang perlu diambil oleh ibubapa untuk memastikan kanak-kanak
prasekolah mendapat pengalaman positif iaitu :

• Memilih pusat prasekolah yang betul


• Menyediakan kanak-kanak untuk prasekolah
• Menyokong kanak-kanak semasa belajar di prasekolah

Pemilihan pusat prasekolah untuk anak hendaklah dilakukan beberapa bulan


sebelum sesi persekolahan bemula. Terdapat 4 langkah dalam memilih prasekolah,
iaitu :

(a) Meneliti falsafah pusat prasekolah

Terdapat ibu bapa berpendapat prasekolah adalah tempat untuk membolehkan


anak-anak mereka mengembangkan kemahiran asas dalam akademik. Ibu bapa
yang lain mungkin melihat prasekolah sebagai tempat yang menyediakan peluang
untuk kanak-kanak membentuk hubungan yang baik dengan rakan sebaya.

(b) Mendapatkan senarai pusat prasekolah tempatan.

Selepas menentukan falsafah prasekolah, dapatkan senarai pusat prasekolah untuk


dipertimbangkan.

(c) Mengumpul maklumat tentang pusat prasekolah

Sebelum melawat ke prasekolah, dapatkan maklumat tentang prasekolah. Ibu bapa


perlu bertanya kepada pengelola prasekolah mengenai falsafah, lokasi, kos,

16
bilangan hari pembelajaran dan sebagainya. Berdasarkan maklumat tersebut ibu
bapa boleh menentukan pusat prasekolah yang sesuai dengan kehendak mereka
dan melawat untuk meninjau lebih lanjut.

(d) Melawat & memerhati pusat prasekolah

Tetapkan temujanji dengan pihak prasekolah untuk melihat dan menemubual


stafnya. Semasa lawatan, perhatikan persekitaran, bilik darjah, jadual, aktiviti
pembelajaran, dan interaksi guru dan murid. Semasa sesi temu bual, pertimbangkan
peraturan disiplin, tahap penglibatan ibu bapa dan kelayakan staf dan sekolah.

Semasa lawatan ibu bapa boleh menggunakan garis panduan berikut untuk
membantu mereka :

• Guru Prasekolah
Kelayakan, pengalaman & latar belakang guru
Samada guru menghadiri latihan professional secara berterusan
Jangkaan berbeza untuk kanak-kanak berlainan umur & minat
Adakah kanak-kanak & guru nampak mesra
Adakah kanak-kanak mendapat perhatian individu
Adakah guru bertindak secara positif terhadap kanak-kanak dan
berkomunikasi pada tahap kanak-kanak
Adakah guru mendengar percakapan murid dan bertindak balas secara
aktif
Adakah guru menekankan kekuatan dan kejayaan murid
Samada guru menunjukkan ciri kecindan
Samada guru mempunyai falsafah mendidik kanak-kanak yang sama
dengan ibu bapa

17
Adakah ibu bapa merasa mesra dan yakin dengan guru prasekolah
Samada guru pandai menyelesaikan konflik di kalangan murid

• Interaksi Kanak-Kanak
Adakah kanak-kanak merasa selesa dan gembira
Adakah kanak-kanak berpeluang meluahkan pandangan
Adakah kanak-kanak mempercayai guru untuk bantuan
Adakah guru membantu kanak-kanak bertimbang rasa semasa asertif

• Aktiviti Harian
Adakah jadual tetap untuk kanak-kanak
Bagaimana cara guru mengurus waktu rehat
Apa jenis aktiviti disediakn untuk kanak-kanak dan samada aktiviti sesuai
dengn umur kanak-kanak
Apakah fokus aktiviti – pembelajaran, permainan kreatif atau kedua-duanya
Keseimbangan aktiviti fizikal luar dan dalam
Samada kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti yang disukai mereka
Adakah guru menghargai nilai main dan menggalakkan kreativiti
Kepelbagaian bahan permainan yang disediakan
Adakah aktiviti main melambangkan masyarakat pelbagai budaya tanpa
diskriminasi

• Disiplin
Bagaimana kanak-kanak dikawal
Adakah kawalan disiplin berpatutan dan menekankan pengajaran tingkah laku
yang bersesuaian
Adakah 'time out' memberi peluang kanak-kanak membuat refleksi kendiri dan
bukan sebagai hukuman
Adakah kanak-kanak dilibatkan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah

• Nisbah orang dewasa dan kanak-kanak

18
Apakah nisbah yang dibenarkan untuk prasekolah
Berapa bilangan kanak-kanak di bawah jagaan dan umur kanak-kanak
Adakah bilangan orang dewasa mencukupi untuk melayan kanak-kanak

• Persekitaran
Ruang mencukupi untuk kanak-kanak bergerak bebas
Ruang untuk kanak-kanak bermain, belajar secara senyap dan aktif
Bilik selesa, menggalakkan, menarik dan ceria
Hasil kerja murid dipamerkan

• Makanan & minuman


Makanan berzat dan pelbagai disediakan pada masa sesuai
Guru dapat menyediakan makanan khas untuk kanak-kanak yang
memerlukannya
Penyimpanan dan penyediaan makanan dalam keadaan memuaskan

• Layanan khas
Adakah guru dapat melayan kanak-kanak dengan keperluan khas
• Penglibatan ibu bapa
Galakan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah
Adakah ibu bapa digalakkan untuk hadir atau memerhati semasa kelas
dijalankan

• Keselamatan
Cahaya lampu, dan pengudaraan mencukupi
Peralatan selamat dan dalam keadaan baik
Ubat-ubatan dan bahan merbahaya disimpan dengan baik
Alat keselamatan disediakan
Pelan pemindahan kecemasan disediakan dan dilatih dari masa ke semasa
Maklumat kecemasan disimpan dalam fail untuk setiap orang kanak-kanak

19
• Sakit
Peraturan jika kanak-kanak jatuh sakit
Samada pembantu yang bertauliah ada untuk membantu sekiranya guru jatuh
sakit atau mengalami kecemasan

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian, ibu bapa boleh membuat keputusan


mengenai prasekolah yang sesuai untuk anak masing-masing.

Kesimpulan

Untuk menjadi seorang ibu bapa yang berkesan, seseorang perlu mempunyai
dedikasi, kasih sayang dan mengelakkan diri daripada suka memberi hukuman.
Keibubapaan adalah kerja dan peranan yang mungkin paling penting bagi
seseorang. Seseorang perlu meluangkan banyak masa, tetapi ia mendatangkan
ganjaran yang amat berharga pada jangka masa panjang. Generasi akan datang
(anak-anak kita) akan berkembang secara positif apabila kita memberi sepenuh
perhatian dan usaha dalam mendidik mereka.

Ujian Pasca

1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak?


Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah.
2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluarga
bahagia?
3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanak-
kanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.

20
Unit 7.6 : KEPERLUAN & KEHENDAK KANAK-KANAK

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat :


1. Memahami keperluan dan kehendak kanak-kanak
2. Membezakan antara keperluan dan kehendak kanak-kanak dan bagaimana
menanganinya

Ujian Pra

1. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?


2. Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun
3. Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani kehendak
kanak-kanak yang tidak terbatas?

7.6.1 Memahami Keperluan Kanak-kanak

21
Keperluan adalah kehendak atau kemahuan individu untuk mengurangkan atau
membetulkan keadaan kekurangan, kekacauan atau keadaan tidak seimbang
berhubung individu tersebut. Keperluan boleh wujud dalam bentuk fisiologi dan
psikologi.

Keperluan fisiologi lebih kuat, lebih tetap dan memberi motivasi dalaman kepada
seseorang individu. Ini juga dipanggil dorongan. Keperluan psikologi pula lahir
akibat hubungan antara manusia dengan pelbagai aspek persekitaran. Kedua-dua
bentuk keperluan fisiologi dan psikologi ini mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Oleh kerana perkaitan yang rapat itu, makna sesuatu keperluan juga dilihat melalui
cara memenuhi keperluan tersebut. Sebagai contoh, makanan adalah satu
keperluan fisiologi tetapi disebabkan oleh faktor budaya dan agama, makanan bagi
sesuatu kaum tidak menjadi makanan bagi kaum lain. Contoh paling mudah bagi
keadaan ini adalah daging lembu yang boleh dimakan oleh kaum Melayu beragama
Islam tidak boleh dimakan oleh kaum India beragama Hindu.

Setelah memahami konsep keperluan, kita akan melihat dan mengaplikasi konsep
tersebut kepada kanak-kanak. Konsep keperluan menjadi asas untuk kita
memahami keperluan kanak-kanak. Keperluan makanan bagi kanak-kanak mungkin
berbeza dengan keperluan makanan bagi orang dewasa. Begitu juga dengan
keperluan-keperluan lain.

7.6.2 Jenis-jenis Keperluan

Jenis-jenis keperluan manusia digambarkan dengan jelas oleh Maslow (1954) yang
memperkenalkan Hieraki Keperluan Manusia seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.

Kesempurnaan
Kendiri

Estetik

Pengetahuan
22
Keperluan Penghargaan

Kasih Sayang dan Rasa Dimiliki

Keselamatan : perlindungan

Fisiologi : makanan, air, oksigen, tidur, kepuasan


deria

Rajah 1 : Hieraki Keperluan Maslow

Kita akan membincangkan keperluan manusia yang ada dalam Hieraki Maslow itu
berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak.

• Keperluan fisiologi
Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, aktiviti
(yang diserlahkan dalam bentuk gerakan atau bermain), dan kepuasan deria
(seperti merasa makanan yang digemari, melihat gambar berwarna-warni atau
mendengar lagu gembira)

• Keperluan keselamatan
Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatan selepas keperluan fisiologi
mereka dipenuhi. Mereka memerlukan penjagaan ketika sakit, ibu bapa sebagai
tempat bergantung, jaminan ketenteraman (fizikal dan emosi) dan dunia rutin
yang teratur.

• Keperluan kasih sayang dan rasa dimiliki


Setelah keperluan fisiologi dan keselamatan dipenuhi, keperluan seterusnya
adalah menerima dan memberi kasih sayang, juga rasa dimiliki iaitu penerimaan
orang lain terhadap mereka. Kanak-kanak mahu diterima dan diberi perhatian
23
dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini merupakan permulaan kepada keperluan
psikologi. Kekurangan perhubungan kasih sayang boleh menjadi punca
psikopatologi atau kecelaruan personaliti yang mungkin mengakibatkan tingkah
laku agresif dan antisosial.

• Keperluan penghargaan
Keperluan ini menghendaki seseorang itu menghormati dirinya sendiri, mendapat
penghargaan daripada orang lain dan juga dapat menghormati orang lain.
Penghormatan dan penghargaan yang diperlukan adalah hasil daripada
pencapaiannya. Keperluan ini dipuaskan dengan cara yakin diri dan mendapat
pengakuan, pemerhatian atau penghargaan daripada orang lain.

• Keperluan pengetahuan
Rasa ingin tahu, penerokaan dan keinginan mendapatkan pengetahuan
tambahan lebih nyata bagi sesetengah kanak-kanak sahaja. Apabila keperluan
ini sangat kuat maka kanak-kanak akan mula menyusun, mengatur, mencari
perhubungan di antara perkara-perkara yang dilihat atau didengarnya.

• Keperluan Estetik
Keperluan ini biasanya ditunjukkan oleh sesetengah individu yang telah matang
tetapi boleh juga diperlihatkan secara ketara oleh sebahagian kanak-kanak.
Keperluan ini merupakan keinginan yang mendadak untuk kecantikan,
keindahan, keadaan teratur/kemas dan simetri.

• Kesempurnaan Kendiri
Keperluan kesempurnaan kendiri berlaku apabila seseorang itu berkebolehan
menjadi apa yang ia mampu. Pada tahap ini potensinya harus disempurnakan.
Sebelum tahap keperluan ini dicapai, keperluan-keperluan lain sebelumnya
harus dipuaskan terlebih dahulu. Apabila keperluan ini tercapai, seorang individu
yang sihat dari segi mental dan emosi yang telah berjaya mempunyai
pencapaian potensinya akan terhasil.

24
Selain daripada keperluan seperti yang dinyatakan oleh Maslow, kanak-kanak juga
mempunyai keperluan untuk :

• mendapat kepercayaan
Kanak-kanak mengharapkan orang lain dapat mempercayai mereka.
Kepercayaan ini termasuk dari aspek keupayaan menjalankan aktiviti dan
kepercayaan terhadap kejujuran mereka.

• berdikari
Kanak-kanak perlu berdikari untuk memberi ruang kepada mereka berkembang
dan menunjukkan potensi diri. Peluang untuk memenuhi keperluan ini boleh
diberikan dalam bentuk melakukan aktiviti rutin seperti menyusun barangan
peribadi, mengikat tali kasut atau dalam aktiviti pembelajaran.
• kawalan diri
Keperluan kawalan diri lebih merujuk kepada keupayaan kanak-kanak mengawal
emosi mereka. Keperluan ini akan membolehkan kanak-kanak mempunyai
emosi yang sihat dan mengurangkan tekanan perasaan dalam proses
tumbesaran mereka.

Perlukah kita memenuhi semua kehendak yang disuarakan oleh kanak-


kanak?

7.6.3 Kehendak Kanak-kanak

Sebagai guru prasekolah, kita perlu memahami kehendak kanak-kanak. Kehendak


meliputi apa sahaja yang disuarakan oleh kanak-kanak secara verbal atau non-
verbal. Kehendak berbeza daripada keperluan. Kehendak kanak-kanak biasanya
tidak terbatas dan melampaui daripada keperluan. Perbezaan antara keperluan dan
kehendak berdasarkan Hierarki Keperluan Maslow dapat digambarkan dengan lebih
jelas seperti dalam Jadual 1.

25
Jadual 1 : Perbezaan Keperluan dan Kehendak Kanak-kanak

Hieraki Keperluan Keperluan Kehendak Implikasi kepada guru


(Teori Maslow) kanak-kanak kanak-kanak
Keperluan fisiologi Makanan seimbang Makanan manis, Menyediakan makanan
snek, makanan seimbang dengan
segera dengan hiasan yang menarik
mainan, minuman dan berwarna-warni
bergas

Keperluan Keselamatan diri Mencuba sesuatu 1. Memastikan alat


keselamatan dan tempat belajar aktiviti mencabar permainan selamat
dengan gembira dan tidak
tanpa sedar aspek menyebabkan
keselamatan kecederaan.
2. Menyediakan
tempat bermain
yang selamat

Hieraki Keperluan Keperluan Kehendak Implikasi kepada guru


(Teori Maslow) kanak-kanak kanak-kanak
Keperluan kasih Perhatian dan kasih Perhatian Guru adil dalam
sayang dan sayang, diterima berlebihan, sentiasa memberi perhatian,
penerimaan tanpa syarat ingin dimanjakan, bersikap mesra dengan
cemburu bila guru semua murid
mendekati orang
lain, nakal kerana
ingin menarik
perhatian

Keperluan Keupayaan, usaha Pujian berlebihan, Guru memberi


penghargaan dan pencapaian mahu sentiasa penghargaan atas
diakui dan diberi diberi keupayaan sebenar,
pujian/penghargaan ganjaran/hadiah bukan semata-mata
berbentuk material memuji tanpa sebab
yang jelas.
Penghargaan
diseimbangkan, tidak
hanya berbentuk
material, tidak
mengkritik kesilapan,
sebaliknya memberi
dorongan untuk
memperbaiki usaha

Keperluan Mendapatkan Pertanyaan Guru merancang aktiviti


pengetahuan pengetahuan baru, berlebihan sehingga pembelajaran berbentuk
cuba mengganggu permainan yang
menghubungkait pengajaran dan menarik dan
pengetahuan sedia pembelajaran merangsang pemikiran
ada dengan (P&P), membuat mereka serta
pengetahuan baru, aktiviti untuk menimbulkan sifat ingin

26
ingin tahu bermain semata- tahu.
mata tanpa
mengambil kira
unsur pengetahuan

Keperluan estetik Menyusun peralatan Inginkan peralatan Guru menggunakan alat


dengan kemas, peribadi yang bantu mengajar (ABM)
mengemas diri, mempunyai karektor yang menarik dan
melihat gambar yang digemari berwarna-warni,
berwarna-warni mereka (seperti menghias bilik darjah,
”Garfield”), menyusun peralatan
menghias diri dengan kemas, guru
secara berlebihan, sentiasa ceria, bersih
berpakaian dan kemas.
mengikut fesyen
terkini

Hieraki Keperluan Keperluan Kehendak Implikasi kepada guru


(Teori Maslow) kanak-kanak kanak-kanak
Kesempurnaan Menyerlahkan Berbangga dengan Membimbing murid
kendiri potensi diri potensi diri, sentiasa supaya gemar mencuba
mahu mendahului dan pada masa yang
dalam sama memberi peluang
melaksanakan kepada orang lain,
setiap aktiviti hingga merancang aktiviti
tidak memberi pengayaan untuk murid
peluang kepada yang berpotensi,
orang lain memberi keyakinan
kepada murid tentang
kebolehan dan bakat
mereka

KESIMPULAN

Setelah kita memahami perbezaan keperluan dan kehendak kanak-kanak, sebagai


guru prasekolah kita perlu lebih berusaha memenuhi keperluan mereka, bukan
sentiasa mengikut kehendak mereka. Keperluan kanak-kanak yang dipenuhi akan
menghasilkan individu yang sihat dan tampil sebagai manusia sempurna yang
mempunyai keseimbangan diri.

27
Ujian Pasca
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak?
2. Senaraikan 5 keperluan kanak-kanak pada umur 5 hingga 6 tahun
3. Sebagai seorang guru prasekolah, bagaimanakah anda menangani kehendak
kanak-kanak yang tidak terbatas?

Unit 7.7 : HARGA DIRI


HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat :


1. menjelaskan konsep harga diri
2. menjelaskan bagaimana konsep diri terbentuk
3. menghuraikan kepentingan dan kesan harga diri
4. menyatakan indikator bagi harga diri tinggi dan harga diri rendah
5. menyatakan strategi untuk meningkatkan harga diri kanak-kanak

Ujian Pra

1. Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda mendapat
harga diri anda?
2. Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu
mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?
3. Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu pembentukan
harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak?

7.7.1 : Konsep Harga Diri

28
Harga diri melibatkan perasaan dan penilaian yang menyeluruh ke atas diri sendiri.
Ada pakar-pakar psikologi yang mengatakan harga diri ialah sejauh mana seseorang
itu dapat menerima diri sendiri sebagaimana yang sebenarnya. Maksudnya
dapatkah seseorang itu menerima bahawa dia mempunyai crri-ciri yang istimewa
pada dirinya dan juga ciri-ciri yang tidak istimewa. Dia juga menerima bahawa dia
bukan hanya sudah melakukan banyak perkara yang baik dan bijaksana, tetapi juga
pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh dan tidak bijaksana. Dia dapat
mengakui ada masanya dia berjaya, tetapi ada masanya dia gagal kerana tersilap.
Harga diri juga memberitahu sejauh mana seseorang itu berasa dirinya seorang
yang baik dan berguna, tanpa mengira apa yang sudah berlaku pada dirinya selama
ini. Contohnya walaupun seseorang itu sudah gagal mendapat gred yang baik di
sekolah, apabila dia tidak pula berasa dirinya seorang yang bodoh di sekolah malah
dia berasa dia seorang yang berbakat dan istimewa, maka itu adalah tanda-tanda
dia mempunyai harga diri yang sihat.

Bagaimanakah harga diri kita terbentuk?

Harga diri ialah sebahagian daripada unsur dalam konsep kendiri di mana harga diri
adalah bahagian yang menilai diri sendiri. Harga diri mempunyai kaitan yang amat
kuat dengan keyakinan diri dan kejayaan. Kanak-kanak tidak lahir dengan konsep
diri atau harga diri tetapi harga diri terbentuk melalui cara orang lain di sekeliling
mereka bertutur, bertindakbalas dan melayan mereka. Sebelum kanak-kanak
menjejakkan kaki mereka ke sekolah, ibu bapa atau pengasuhlah yang sangat
mempengaruhi pembentukan harga diri mereka. Apabila kanak-kanak mulai ke
sekolah, guru juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pembentukan harga diri
kanak-kanak. Guru boleh mengurangkan harga diri kanak-kanak tanpa disedari.
Kanank-kanak yang dicap malas, bodoh, lembab dan bermasalah akan
mengurangkan harga diri kanak-kanak. Guru akan menjadi penghalang kepada
pembentukan harga diri yang tinggi apabila mereka membanding-banding,
mengkritik atau memberikan perlindungan yang yang berlebihan kepada kanak-
kanak. Sebaliknya kalau mereka sering diberi pujian dan galakan harga diri akan

29
terbentuk dan harga diri inilah yang akan menjamin kesejahteraan sepanjang hidup
mereka.

Setiap kanak-kanak adalah istimewa. Mereka mempunyai bakat dan kebolehan


yang unik yang membezakannya dengan kanak-kanak lain. Tanggungjawab ibu
bapa dan guru ialah menolong mereka mengetahui kenyataan ini. Sekiranya kanak-
kanak membesar dengan harga diri yang tinggi, mereka akan mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk mencuba perkara baru, menghormati idea orang
lain dan menghadapi cabaran kerana mereka tahu bahawa mereka akan berjaya
sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.

7.7.2 Kepentingan Dan Pengaruh Harga Diri Yang Tinggi

Harga diri kanak-kanak adalah sangat penting dalam menentukan perkembangan


kanak-kanak yang sihat dalam semua aspek. Harga diri yang rendah akan
mengakibatkan pembentukan personaliti yang kurang menarik sebaliknya harga diri
yang tinggi akan menjamin kesejahteraan hidup dan kejayaan.

• Seseorang kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan


mempunyai prestasi yang lebih baik dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana
beliau berani mencuba, bertanya dan meneroka.
• Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah tidak berani melibatkan
diri dan tidak mahu bertanya. Mereka sentiasa takut akan pandangan orang lain
terhadap diri mereka.
• Kanak-kanak dengan harga diri tinggi juga akan lebih pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan sosial mereka. Mereka tidak senang tersinggung oleh komen
atau pendapat rakan sebaya.
• Disebabkan oleh keberanian untuk mencuba dan meneroka, kanak-kanak
dengan harga diri tinggi juga lebih kreatif dalam pemikiran dan hasil kerja
mereka.
• Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah akan cenderung
mengalami keciciran dalam persekolahan mereka.
• Kanak-kanak yang tidak dihargai tidak berani melibatkan diri dalam aktiviti

30
pembelajaran dan tidak berani bertanya sekiranya mereka tidak memahami
sesuatu. Bila prestasi mereka tidak baik, guru akan mengkritik atau menghina
mereka ataupun mengabaikan kanak-kanak sedemikian. Akhirnya mereka akan
tercicir dalam pelajaran mereka.
• Ada juga yang membentuk kumpulan dan menunjukkan kenakalan mereka
kerana mereka telah hilang minat untuk belajar. Akibat kenakalan mereka ,
mereka mungkin didenda atau dimarahi. Masalah ini akan berlarutan sekiranya
tidak diatasi pada peringkat awal.
• Kanak-kanak yang sering tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
akan menjadi pasif dan akhirnya mereka sering tidak berupaya melaksanakan
tugasan yang mudah.

Oleh yang demikian harga diri yang tinggi adalah sangat penting dalam memastikan
kanak-kanak berkembang secara sihat baik dari aspek emosi, kognitif atau sosial.

Pernahkah anda memarahi atau memberi komen negatif kepada kanak-kanak di


bawah jagaan atau didikan anda?

7.7.3 Kesan Harga Diri Yang Rendah Kepada Kanak-kanak

Kanak-kanak dengan harga diri yang rendah akan mempamerkan sifat-sifat berikut:

• Pesimis
Mereka akan melihat sesuatu secara negatif dan tidak bersemangat dalam
aktiviti harian mereka. Kesan daripada sikap ini akan menyebabkan kanak-kanak
hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana melihatnya
sebagai sesuatu yang tidak bermakna.

• Keliru
Kanak-kanak akan sering keliru kerana tidak faham apa yang sedang berlaku di
sekelilingnya. Keengganan mereka bertanya kerana malu atau takut akan
memburukkan keadaan ini. Sekiranya mereka sering diejek dan disindir ini akan
menambahkan kekeliruan mereka.

31
• Bimbang
Kanak-kanak akan cenderung bimbang dan mempamerkan tingkah laku yang
menunjukkan kebimbangan mereka. Ini disebabkan mereka tidak yakin tentang
kebolehan diri mereka dan situasi di sekelilingnya.

• Terlalu mengharap
Golongan ini tidak berinisiatif, tidak mahu berusaha atau mencuba sesuatu
dengan kemampuan diri mereka. Mereka sering mengharapkan pertolongan
orang lain dan akan rasa mereka tidak berupaya melaksanakan sesuatu yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka.
• Kesilapan menerima mesej
Harga diri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan
kepada apa yang disampaikan oleh guru. Akibatnya mereka sering tidak dapat
menerima mesej dengan cekap.

7.7.4 Indikator Harga Diri Tinggi

Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan menunjukkan tingkah laku
berikut :

• Mempamerkan kebolehan
Kanak-kanak demikian tidak akan segan silu untuk menunjukkan kebolehan
mereka sama ada dalam aktiviti nyanyian, lakonan, aktiviti fizikal dan
sebagainya. Ini disebabkan oleh keyakinan mereka terhadap diri mereka kerana
penghargaan yang diberikan oleh orang lain kepada mereka.

32
Contoh kanak-kanak dengan keyakinan diri yang tinggi

• Mampu mempengaruhi orang lain


Dalam pergaulan dengan rakan sebaya, kanak-kanak yang mempunyai harga diri
yang tinggi sentiasa berinisiatif dan menonjolkan sifat kepimpinan mereka dan
cara mereka mempengaruhi kawan-kawan yang lain. Kanak-kanak sedemikian
sering menjadi pemimpin dan kanak-kanak lain akan mendengar cakap atau
arahan mereka.

33
Sifat kepimpinan merupakan indikator harga diri tinggi

• Suka belajar perkara baru


Kanak-kanak dengan harga diri tinggi akan sentiasa riang dan gembira serta
bersemangat apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru. Apa juga pelajaran
baru yang diajar oleh guru akan berjaya menarik minat mereka. Mereka tidak
akan takut dengan cabaran yang harus ditempuhi.

• Sabar
Golongan kanak-kanak ini juga sabar dalam menunggu giliran , sabar dengan
karenah kawan-kawan, tidak banyak bergaduh. Harga diri tinggi menyebabkan
mereka yakin giliran mereka akan sampai dan hak mereka tidak akan ke mana.
Mereka juga tidak perlu menunjukkan karenah mereka bagi menarik perhatian
orang lain. Sifat tolak ansur juga menyebabkan mereka tidak banyak bergaduh.
• Bertolak ansur
Mereka sedia bekerjasama dan bertolak ansur dan tidak takut diri mereka akan
rugi sekiranya mereka bertolak ansur. Ini adalah disebabkan oleh cara mereka
menghargai orang lain dan menghargai diri mereka sendiri.

• Bertanggungjawab
Kanak-kanak dalam golongan ini juga sentiasa melaksanakan sesuatu yang

34
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tugasan seperti menolong mengemas
kelas, menolong kawan dan sebagainya dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab.

• Memberi respon
Mereka akan sentiasa memberi respon sekiranya ditanya atau diajak bercakap.
Kanak-kanak yang tidak mahu memberi respon ialah mereka yang tidak yakin
pada diri sendiri dan takut respon mereka akan disindir atau diperkecil-kecilkan.

Pada pendapat anda adakah murid anda mempunyai harga diri yang sihat? Sekiranya
tidak bagaimankah anda dapat membantu mereka?

7.7.5 Strategi Membantu Kanak-kanak Membentuk Harga Diri Tinggi

Guru prasekolah perlu membantu kanak-kanak membina harga diri yang tinggi.
Antara strategi yang boleh digunakan :

• Bentuk peraturan yang jelas dan nyatakan tingkah laku yang diharapkan.
Apabila kanak-kanak ada batasan dan tahu tingkah laku yang diharapkan
daripada mereka, mereka akan membentuk harga diri yang tinggi.

• Galakkan kebebasan dalam diri kanak-kanak. Guru perlu tahu masa yang
sesuai untuk memberi kebebasan kepada mereka.

• Berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bergembira, menjelajah,


meneroka, ketawa dan mempamerkan kreativiti mereka.

• Izinkan kanak-kanak membuat keputusan senidiri serta memikul


tanggungjawab.

• Sediakan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak untuk menyatakan


perasaan dan pendapat mereka.

• Tunjukkan rasa hormat kepada semua kanak-kanak di dalam kelas tanpa

35
mengira bangsa, jantina, agama dan latar belakang.

• Sediakan banyak peluang untuk kanak-kanak menikmati kejayaan.

• Galakkan kanak-kanak mencuba perkara-perkara baru dan sanggup


menerima cabaran.

• Elakkan daripada mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi pada kanak-kanak.


Guru harus tahu kebolehan setiap anak muridnya.

• Sering gunakan galakan dan pujian daripada kritikan dan pernyataan negatif.

• Bantu kanak-kanak melihat diri mereka sebagai unik dan istimewa.


Bincangkan ciri-ciri fizikal, personaliti, bakat dan minat yang berbeza.

• Jangan harapkan yang kanak-kanak itu sempurna. Tunjukkan kepada


mereka bahawa sekiranya mereka gagal, itu bukanlah suatu kesalahan.
Bantu mereka belajar menyelesaikan kesilapan serta belajar melalui
kesilapan.

• Jangan menegur kanak-kanak secara negatif atau dalam keadaan yang


menyakitkan hati mereka di khalayak ramai dan jangan benarkan kanak-
kanak memperkecil-keclkan diri sendiri ataupun orang lain.

• Jalani kehidupan ini dengan penuh semangat dan dengan harapan yang
tinggi. Fikirkan tentang diri anda, situasi anda dan kanak-kanak di bawah
jagaan anda secara positif.

• Berikan banyak senyuman dan peneguhan positif kepada kanak-kanak


supaya mereka tahu diri mereka dihargai.

36
7.7.6 Aktiviti-aktiviti Menggalakkan Harga Diri Tinggi

Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dikendalikan oleh guru sebagai galakan
peningkatan harga diri seperti :

• Minta kanak-kanak melihat diri mereka dalam cermin dan nyatakan perkara
yang mereka suka berkenaan diri sendiri.

• Pilih seorang kanak-kanak setiap minggu. Buat poster besar yang


mengandungi gambar, kegemaran, binatang kesayangan dan sebagainya
tentang kanak-kanak berkenaan.

• Minta kanak-kanak bercakap berkenaan kebaikan kawannya.

• Kerap meminta kanak-kanak memberi peneguhan kepada diri sendiri tentang


keunikan dan keistimewaan diri sendiri.

• Galakkan kanak-kanak melukis gambar dan bercerita tentang diri sendiri.

• Simpan gambar kanak-kanak dalam album kelas.

• Galakkan kanak-kanak membuat buku “Diri Saya’. Kandungannya ialah


lukisan gambar keluarga, rumah, kawan, sekolah, perkara yang disukai dan
tidak disukai dan sebagainya.

• Minta kanak-kanak melengkapkan ayat : “Saya istimewa kerana…………….”

• Buat satu poster “Saya boleh”. Suruh kanak-kanak melukis atau menulis ayat
berkenaan perkara-perkara yang dapat mereka lakukan.

• Minta kanak-kanak beratur dalam dua barisan dan berhadapan satu dengan
yang lain. Seorang demi seorang berjalan dalam lorong. Secara bergilir-gilir

37
kanak-kanak yang sedang berbaris akan menyentuh kanak-kanak tersebut
dan nyatakan sesuatu yang positif.

KESIMPULAN

Persekitaran yang menggalakkan, iaitu suasana yang mesra, penuh rasa hormat
dan peneguhan positif akan membuat kanak-kanak merasa disayangi dan dihargai.
Pembentukan harga diri yang tinggi merupakan hadiah yang paling ‘tahan lama’ dan
berkesan yang dapat diberikan oleh seseorang guru kepada kanak-kanak pada
peringkat ini. Oleh yang demikian guru yang komited dan bertanggungjawab tidak
akan mengabaikan tanggungjawab ini kerana mereka sedar bahawa apa yang
mereka lakukan pada peringkat ini akan memberi kesan yang mungkin berlarutan
sepanjang hidup kanak-kanak yang dididik mereka.

Ujian Pasca

1. Apakah yang anda tahu tentang harga diri dan bagaimana anda mendapat
harga diri anda?
2. Mengapakah terdapat kanak-kanak yang pasif, pesimis dan terlalu
mengharapkan bantuan orang lain di dalam kelas?
3. Apakah yang dapat seorang guru lakukan untuk membantu pembentukan
harga diri tinggi dalam diri kanak-kanak?
BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd. (2004). Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja.


Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Krulik, N. (2005). Raise Your Child’s Self-Esteem! 99 Easy Things To Do.


New York : Scholastic Inc. Pvt. Ltd.

Maslow, A.H. (1954). Motivation and Personality. New York : Harper & Row

38
Publishers. Ms 80-106.

Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1997 ). Kecemerlangan Kekeluaragaan.


Menjadi ibu Bapa Cemerlang. Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Mohd Fadzilah Kamsah & Rahmat Ismail ( 1999 ). Kecemerlangan Mendidik Anak.
Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah. Edisi 3.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah.
Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.
Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

PANEL PENGGUBALAN MODUL

Bil. Nama Kelayakan / Pengalaman

1. En. Tan Lay Yen BA (Hons)


Institut Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan
Miri, Sarawak Diploma Pengurusan (MIM)
Diploma Pengurusan Pentadbiran (UK)
MSc. (Pengurusan)
Pengalaman Sekolah : 4 tahun
Pengalaman IPG : 18 tahun

39
2. Pn. Low Siew Fah BA (Hons)
Institut Perguruan Tunku Bainun, Diploma Pendidikan
Bukit Mertajam, Pulau Pinang MEd. (Psikologi Pendidikan)
Pengalaman Sekolah : 10 tahun
Pengalaman IPG : 6 tahun

3. Pn. Rashidah Elias BSc. (Hons)


Institut Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan
Miri, Sarawak MSc. (Pembangunan Sumber Manusia)
Pengalaman Sekolah : 7 tahun
Pengalaman IPG : 5 tahun

4. Nor Fauziyana Mohd. Yusof Sijil Tinggi Pelajaran


Pusat Latihan KEMAS, Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kepala Batas, Jurulatih : 11 tahun
Pulau Pinang

PANEL PEMURNIAN MODUL

Bil. Nama Kelayakan / Pengalaman

1. Pn. Low Siew Fah BA (Hons)


Institut Perguruan Tunku Bainun, Diploma Pendidikan
Bukit Mertajam, Pulau Pinang MEd. (Psikologi Pendidikan)
Pengalaman Sekolah : 10 tahun
Pengalaman IPG : 6 tahun

2. Pn. Rashidah Elias BSc. (Hons)


Institut Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan

40
Miri, Sarawak MSc. (Pembangunan Sumber Manusia)
Pengalaman Sekolah : 7 tahun
Pengalaman IPG : 5 tahun

3. Pn. Nor Fadhilah Kamahijaz Sijil Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-kanak


KEMAS Daerah Kuala Muda, Sijil Teknologi Pendidikan USM
Kedah. Jurulatih : 22 tahun
Pengetua Pusat Latihan KEMAS : 2 tahun
Pegawai KEMAS Daerah : 2 tahun

41