Anda di halaman 1dari 2

Persaudaraan Islam

Jun 18, 2012 sulaiman

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda Jangan kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, janganlah kamu pura-pura menawar harga barang yang tinggi untuk memerangkap orang lain (supaya membeli dengan harga yang lebih tinggi), dan janganlah kamu benci-membenci atau bermusuhan, dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pula-memulau sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini(Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya (Riwayat Muslim) Jangan kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api memakan (menjilat) kayu kering. (Hadis riwayat Tarmizi). Di syurga persaudaraan Islam dipraktikan dan dihilangkan perasaan dengki itu. Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Ahli syurga itu seperti adik-beradik yang tingal dalam satu taman, saling mengasihi dan tolong-menolong tanpa sebarang perasaan hasad dengki.Masing-masing berpuas hati dan tidak merasa terkilan dengan mahligai yang diberikan oleh Allah swt., walaupun berbeza keluasan, besar dan ada yang diberikan mahligai daripada emas, perak.

Hasad dengki itu ditimbulkan oleh syaitan yang bertapak dalam darah yang kotor yang berada dalam jantung kita. Di syurga tiada syaitan, maka tiadalah perasaan hasad dengki. dan janganlah kamu benci-membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pula-memulau sesama sendiri Islam mengakui emosi kemarahan, namun hanya dihadkan selama 3 hari sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari ( Riwayat Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai