Anda di halaman 1dari 7

Artikel-Artikel Menarik

Kelainan Payudara Yang Tidak Merbahaya (Benign Breast Conditions)


Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom tersebut Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang keras di payudara anda? Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)? Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid? Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid? Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara? Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign) atau sistik mastitis kronic.

Payudara Anda
Payudara adalah kelenjar yang terdiri daripada banyak saluran (ducts) yang dikelilingi oleh lobus (lobes) tisu-tisu kelenjar dan tisu lemak. Peranan utamanya ialah membuat dan mengeluarkan susu. Payudara dipengaruhi oleh hormon seks wanita yang dikeluarkan oleh ovari. Hormonhormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan berubah mengikut kitaran haid dan juga keadaan mengandung. Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.

Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?


Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!

Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?


Kelainan ini adalah penyakit bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista. Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya. Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause). Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.

Apa yang menyebabkan kelainan ini?

Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).

Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapinya?


Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri. Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuk ujian radiologi seperti mamogram atau X Ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah menyedut keluar cecair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan mengunakan jarum. Doktor pakar mungkin akan melakukan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dari ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut. Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa, kalaulah anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda mengalami walaupun diagnosanya bukanlah barah/kanser.

Apakah rawatannya?
Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat. Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit. Rawatan tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu. Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.

Rumusan

Kelainan payudara yang tidak merbahaya adalah merupakan keadaan bukan kanser payudara yang paling kerap. Ia menyebabkan payudara berasa sakit atau terasa sakit bila disentuh. Kelainannya boleh berubah-ubah dari bulan ke bulan kerana keadaannya dipengaruhi oleh perubahan kadar hormon wanita. Ia biasanya dikesan semasa payudara diperiksa sendiri dan kemudian dipastikan dengan ujian perubatan. Kita bernasib baik kerana keadaan atau simptom ini boleh dihilangkan ataupun dikurangi dengan rawatan doktor. Kesakitan boleh hilang ataupun dilegakan. Kalau ketulan cecair yang terdapat di payudara anda tidak mempunyai simptom dan anda tidak terasa apa-apa kesakitan, kemungkinan besar, ini tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan semula pada waktu yang ditetapkan oleh doktor anda. Jadi jika anda ragu-ragu samaada anda mengidapi keadaan ini, sila berjumpa doktor anda. Bertanyalah tentang rawatan dan ubat yang boleh membantu. Walaubagaimanapun, bertenang. Anda akan rasa lebih selesa apabila mengetahui bahawa ini adalah keadaan yang tidak merbahayakan. Anda tidak keseorangan kerana agak ramai wanita juga mempunyai kelainan payudara yang tidak merbahaya ini!

Ulasan Khas Serba-serbi Payudara


Payudara Terasa Sakit? Ini Sebab-sebabnya
Merry Wahyuningsih - detikHealth Rabu, 07/11/2012 18:28 WIB Berbagi informasi terkini dari detikcom bersama teman-teman Anda

Info Penyakit Info Obat Aarskog


Deskripsi Penyebab Gejala Pengobatan

Blefaritis

ilustrasi (Foto: Thinkstock) Berita Lainnya


Benny Panbers Hingga Dahlan Iskan: Para Pesohor yang Kepincut Cuci Otak Terapi Cuci Otak, Kreasi Anak Negeri yang Penuh Kontroversi Maksud Hati Cegah Kebotakan, Risikonya Malah Libido yang Rontok Jangan Panik, Libido Pupus Bisa Diobati Biar Subur Kembali Lakukan Hal Ini untuk Meningkatkan Libido Anda

Jakarta, Setiap bulannya, ada masa-masa di mana organ payudara terasa sakit. Rasa sakit pada organ terseksi di tubuh wanita ini bisa jadi karena kondisi normal atau juga berbahaya.

"Payudara terasa sakit biasanya karena pengaruh hormonal (estrogen dan progesteron), seperti saat menjelang menstruasi. Tapi kalau sakitnya terus-terusan itu tidak berhubungan dengan hormon," jelas dr Shahnaz Nadia, SpKK dari FKUIRSCM, saat berbincang dengan detikHealth, seperti ditulis Rabu (6/11/2012).

Hal yang sama juga disampaikan dr Elida Sari Siburian, SpBP, dokter bedah plastik dari RS Pondok Indah, Jakarta. Menurutnya, bila payudara terasa sakit rutin setiap

bulan, maka hal tersebut tergolong normal dan hanya karena perubahan hormonal.

Namun bila payudara terasa sakit yang terjadi secara terus-menerus, bisa jadi menjadi pertanda kanker bila ditandai dengan adanya benjolan.

"Selama kondisi tersebut masih dalam batas wajar Anda tidak perlu takut, namun apabila sudah sangat mengganggu sebaiknya datang kepada dokter spesialis kandungan," jelas dr Budiman, SpBP, dari Perhimpunan Ahli Bedah Plastik Indonesia (PERAPI).

Ada beberapa penyebab lain di balik sakitnya payudara, seperti dilansir Boldsky:

1.

Kram

menstruasi

Penyebab paling umum nyeri pada payudara biasanya menstruasi. Ada retensi air dalam tubuh karena pengaruh hormon, yang membuat terasa semakin berat. Hal ini dianggap normal selama wanita mengalami menstruasi.

2.

Masa

subur

Banyak aktivitas hormonal terjadi di dalam tubuh selama ovulasi, yang salah satunya dapat membuat payudara terasa nyeri.

3.

Kram

otot

Bukan hal yang umum terjadi kram otot pada payudara, Anda karena organ ini bukan otot yang digunakan untuk bergerak. Namun, posisi tidur yang salah dapat memberikan kram buruk yang menyakitkan.

4.

Benjolan

payudara

Tidak setiap benjolan terasa sakit, namun beberapa menyebabkan nyeri payudara. Tidak semua benjolan payudara ganas (kanker), jadi jangan takut untuk memeriksakan diri. Periksa diri Anda secara teratur dan pergi ke dokter segera jika Anda merasa ada benjolan.

5.

Dada

kiri

pertanda

jantung

Kadang-kadang orang mengabaikan fakta bahwa payudara kiri sebenarnya tepat di atas jantung. Nyeri payudara juga bisa menjadi indikasi masalah jantung pada wanita.

Anda mungkin juga menyukai