Anda di halaman 1dari 37

Subject: valentine

<http://al-fikrah.net/News/article/web_data/images/valentine_day.jpg>

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE


Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Sumber: http://akob73.blogspot.com <http://akob73.blogspot.com/2009/02/hukummenyambut-hari-valentine.html>

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di meratarata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kenamengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya. Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini. Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun

dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan alSunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67 Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada keduaduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959. Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti

Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-'Utsaimin berkata: "Maka bila dalam

merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar." Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). al-Israa' : 32 Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: "Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil." Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". Al-Baqarah (2) : 120 Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasanganpasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah

sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". al-Hijr (15) : 39-40 Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsurunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam". Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine

BICARA AGAMA BICARA AGAMA


ARKIB : 17/02/2006

Haram sambut Hari Kekasih

Bersama: MOHD FARID RAVI ABDULLAH


1. Apakah hukum umat Islam turut menyambut Hari Valentine pada 14 Februari lalu dan bagaimana hendak menyedarkan golongan tersebut agar menghentikan perbuatan itu yang menjadi amalan kebanyakan remaja yang bercinta? JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.'' (al-Isra: 32) Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram. Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk. Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.'' Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masingmasing dapat memelihara kehormatan diri.

Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka. Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
2. Apakah cara atau kaedah untuk menyedarkan anak perempuan saya yang terlibat dalam Black Metal agar kembali mematuhi perintah Allah. Lebih sukar lagi, suami saya pula tidak mahu membantu kerana, katanya, anak kami sudah besar. Biarlah dia pilih jalan sendiri. Anak saya ini sebelum ini bernikah tanpa pengetahuan kami di negara jiran selepas terpengaruh dengan ajaran Black Metal semasa menuntut di UIA. JAWAPAN: Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang berpanjangan apatah lagi apabila mendidik anak yang telah dewasa. Sudah semestinya ia perlukan teknik dan kaedah yang berkesan supaya didikan tersebut benar-benar berhasil. Cara menasihati anak perempuan yang terlibat dengan Black Metal, pertamanya kita perlu mengajak mereka kepada beriman kepada Allah s.w.t., mencintai Allah dan RasulNya serta kembali mengamalkan segala suruhan Allah. Mendidik atau menjaga anak yang bermasalah adalah seperti menjaga orang yang berpenyakit kronik. Sudah pasti ia memerlukan rawatan yang rapi. Jangan dibuang mereka, jangan dipulau, jangan diungkit dan tunjukkan kasih sayang. Mungkin gadis itu terlibat kerana tidak ada perhatian daripada ibu bapa. Dalam hal ini ibu bapa perlu banyak berkorban dan mendampingkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa perlu merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak-anak supaya mereka tidak rasa bosan dan membuang masa di rumah. Ibu bapa perlu kreatif dalam mendekati dan memenangi jiwa anak-anak Jangan lupa banyakkan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Banyakkan membaca doa yang berikut: "Wahai Tuhan, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami imam (pemimpin) ikutan bagi orang-orang yang bertakwa." (al-Furqan: 74) 3. Apakah cara terbaik untuk kita memohon maaf kepada ibu bapa selepas kita bertengkar dengan mereka sehingga mengguris perasaan terutama ibu sedangkan kita tidak berniat sedemikian? JAWAPAN: Wajib bersegera memohon maaf daripada ibu bapa apabila kita berdosa kepada mereka. Firman Allah dalam surah al-Israk, "Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan 'ah'." (al-Israk: 23)

Jika ada sesuatu perkara yang ingin dijelaskan, cari masa dan ketika yang sesuai dengan menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan mereka. Kita perlu risau jika kita atau mereka meninggal dunia ketika kita tidak sempat memohon ampun maaf daripada mereka. Cara terbaik untuk meminta maaf ialah dengan mengakui kesalahan kita dan memohon maaf dengan ikhlas. Kita perlu menghormati ibu bapa dalam perbualan dengan tidak mengangkat suara atau tidak mendahului mereka dalam sesuatu perkara sebelum meminta izin. Kita juga hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat. ARKIB : 12/02/2008

Hari Kekasih - Elak termakan pujukan syaitan


<http://www.utusan.com.my/pix/2008/0212/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_01_big. jpg> Muhammad Subari Ramli. ________________________________

Umat Islam kini berhadapan dengan cabaran dan ujian yang semakin rencam. Biarpun penjajahan bentuk ketenteraan tidak lagi berlaku tetapi kita masih diserang kiri dan kanan setiap hari. Ini terutamanya melalui pelbagai promosi oleh golongan kufar yang tidak senang terhadap orang Islam. Ini termasuk mengkomersialkan sambutan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari agar orang Islam turut sama merayakannya. Sikap ingkar mereka dijelaskan menerusi firman Allah, Orangorang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)... (al-Baqarah: 120) Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Dekan Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS), Muhammad Subari Ramli mengulas hal ini. MEGA: Apakah konsep kasih sayang menurut Islam? SUBARI: Islam meletakkan cinta yang paling agung adalah kepada Khalik atau Pencipta iaitu Allah s.w.t. Bagaimanapun, pada masa yang sama Islam tidak menolak naluri kasih sayang yang diciptakan kepada makhluk. Namun, kasih sayang ini masih terbatas dan tidak boleh melebihi cinta kepada Pencipta. Dalam konteks cinta yang merata ini ia meliputi bukan sahaja kepada tuhan, manusia dengan manusia tetapi juga manusia kepada makhluk lain ciptaan Allah. Contohnya kepada haiwan dan tumbuhan juga perlu diberi kasih sayang. Cuma ia tentunya berbeza dengan kasih sayang sesama manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis yang bermaksud, rahmatilah apa yang ada di bumi maka yang di langit juga akan merahmati kamu. Dalam Islam, bandingan kasih sayang Muslim itu ibarat satu tubuh apabila dicubit paha kanan paha kiri pun terasa sakitnya. Para sahabat Rasulullah dahulu semuanya mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi diri sendiri. Mengapa perasaan begitu tidak ada lagi dalam diri kita hari ini? SUBARI: Antara sebabnya kita tidak lagi dibentangkan dengan kisah-kisah iktibar seperti cintanya khalifah Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w yang melebihi daripada cinta kepada diri sendiri. Demikian juga kerelaan Saidina Ali menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat tidurnya dalam peristiwa hijrah Baginda bersama Abu Bakar. Pada logik akal, sudah tentu menjadi pengganti Rasulullah s.a.w itu bakal berhadapan maut tetapi kerana kasihkan Baginda, Saidina Ali sedia berkorban.

Namun, kini kita sering dibentangkan dengan slogan seakan-akan keagungan cinta sesama manusia itu melebihi daripada yang lain. Ia disajikan kepada kita hampir setiap hari menerusi media massa terutamanya menerusi televisyen seperti filem-filem hindustan dan sebagainya. Pendek kata, kita tidak ada asuhan dalam konteks pembinaan akidah bagi merasai atau memberi kasih sayang dalam erti kata mentaati Pencipta. Malah, apa yang sering berlaku, apabila menonton filem hindustan ramai yang melewat-lewatkan solat dan mungkin juga ada yang terlepas solat dek asyik menonton. Lebih malang lagi, mungkin inilah sikap orang dewasa khususnya ibu bapa yang kemudiannya diteladani oleh anak-anak. Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan tentang orang kafir itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikuti mereka. Namun, masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan perbuatan golongan kafir antaranya menyambut Hari Kekasih. Kenapa ini masih berlaku? SUBARI: Pertama, kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine's Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M). St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu

Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang). Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih. Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain. Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti dirayakan setiap tahun. Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan. Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun. Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya... (al-Nisa': 116). Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini? SUBARI: Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu sematamata. Lazimnya, orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.

Ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah. Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka". (riwayat Imam Abu Daud) Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. (AlKafirun: 1-6) Tetapi kalau kebetulan kita membeli hadiah untuk isteri atau suami tanpa niat sambut Hari Kekasih itu tidak salah. Yang penting jangan ada niat walau sedikitpun untuk meraikan hari tersebut. Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama meraikannya, maka hendaklah cepat-cepat kita sedar dan beristighfar. Sebabnya, perkara ini walaupun nampak enteng tetapi menjejaskan akidah. Jangan kita diperdayakan oleh syaitan yang telah bersumpah memperelokkan maksiat kepada kita dalam usaha menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 39. Bagaimana pula Islam mengajar umatnya dalam berkasih sayang terutama kepada ibu bapa, suami isteri dan keluarga? SUBARI: Pertama, Islam tidak ada tempoh masa tertentu untuk kita pamerkan kasih sayang. Sayangnya, dalam masyarakat

Melayu ada kecenderungan hanya pilih waktu tertentu contohnya mohon maaf hanya bila tiba Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya, kasih sayang ini perlu ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih kepada isteri dan anak-anak. Orang muda mestilah mengasihi yang lebih tua dalam erti kata menghormati mereka. Kedua, motivasi berkasih sayang berdasarkan tuntutan agama. Kita mengasihani mereka kerana agama ini menuntut demikian. Bukan kerana harta mereka atau sebagainya. Malah, ketaatan kita juga tidak melampau sehingga sanggup melakukan kejahatan atau maksiat semata-mata memenuhi kehendak mereka. Ketiga, pamerkan kasih sayang kita. Tunjukkan melalui tutur kata dan tindakan yang baik. Pendek kata, tunaikan segala tanggungjawab yang dianjurkan oleh syarak kepada mereka. Lebih daripada itu, tidak salah mempamerkannya sekali-sekala melalui pemberian hadiah atau ucapan cinta. Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih Pencipta.
myMetro <http://www.hmetro.com.my/> Setempat

Minda: Sambutan Hari Kekasih cemar budaya Islam


Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

DALAM era penuh cabaran masa kini, umat Islam diserang pelbagai gejala yang cukup menggawatkan. Anak muda semakin hanyut dibuai budaya Barat yang semakin parah dan tiada menunjukkan graf penurunan. Mengambil contoh sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang akan diraikan beberapa hari lagi, ia bukti bertambahnya penghakisan peradaban Melayu. Nampaknya bagi sesetengah pihak, apa saja daripada budaya Barat dianggap moden dan seharusnya dijadikan ikutan tanpa melihat mengenai hukum halal dan haramnya. Saban tahun ulama dan cerdik pandai Islam memperingatkan umat Islam supaya menghindari daripada turut sama merayakan Hari Kekasih, tetapi ternyata, seruan itu seakan-akan tidak diendahkan langsung bagai mencurah air ke daun keladi.Kita sedih melihat anak muda Islam beria-ria menyambutnya penuh bangga, malah sentiasa menunggunya setiap tahun. Satu persatu budaya 'jahiliyah moden' Barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripada sumber Kristian. Jadi, ia sangat bercanggah dengan Islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh menggugat iman. Sejarah Hari Kekasih ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya anak muda jika turut sama meraikannya. Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.

Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol. Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan. Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat turut meraikannya? Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu." (Hadith) Sekarang kita tinjau beberapa fatwa berkenaan sambutan Hari Kekasih. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 menyatakan: "Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang Islam. Oleh itu, umat Islam dilarang membabitkan diri meraikan hari itu." Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya. Jelaslah, dua fatwa berkenaan menegah sama sekali umat Islam merayakan Hari Kekasih.

Marilah kembali kepada kehidupan selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri dijajah budaya asing yang memesongkan akidah. Sepatutnya budaya positif dari Barat wajar diteladani seperti aspek kebersihan, dedikasi bekerja dan budaya cintakan ilmu pengetahuan. Budaya 'berseronok' seperti menyambut Hari Kekasih tidak patut dimasukkan dalam takwim perayaan kita. Jangan biarkan diri terus menjauhi dengan budaya Melayu dan nilai agama. Kesannya sangat buruk kepada keperibadian bangsa dan identiti negara. Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan: "Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam. Tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan." Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam, terutama dalam meraikan hari tertentu boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan. Ingatlah firman Allah dalam Surah Faathir ayat 8: "Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik." Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat. Mereka mesti bangkit menjadi benteng kukuh untuk kemajuan negara dengan keteguhan iman, akhlak mulia dan intelek unggul. Adunan tiga elemen itu akan melahirkan warga muda yang dapat memacu negara ke arah kegemilangan.

Menurut Hasan Al-Bana: "Generasi muda adalah rahsia kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan." Kata Sasterawan Negara, Arena Wati menerusi novelnya Sukma Angin: "Keimanan manusia, intelek dan cita rasa manusiawi itu bergantung jadi tenaga dalam diri individu memilih dan membina tamadun."

ARKIB : 12/02/2004

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian


KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: ``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.'' Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. ``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam

sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya mudamudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.' Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. ``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. ``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau. Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. ``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Sejarah Hari Kekasih


<http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/02/14/sejarah-hari-kekasih/>

Versi 1 Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa. Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu). Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka. Versi 2 St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi. Versi 3 Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Hindari Hari Kekasih


elak-selak paper hari nie, maka ade jugak cerita yang menarik untuk diulas. Berkenaan dengan Hari Kekasih, Valentine Day. Dunia hari ini rata-ratanya menganggap Hari kekasih sebagai satu perayaan yang harus diraikan oleh setiap kekasih. Disebalik itu, Islam secara total menolak perayaan hari kekasih ats beberapa faktor yang penting iaitu, 1-menghampiri zina, 2asalnya, mengingati seorang paderi dan 3-bertentangan dengan syarak. Namun ramai umat Islam kini, terutama golongan muda tenggelam dan menerima perayaan hari kekasih yang disambut pada setiap 14hb Februari sebagai hari wajib setiap tahun. Pada hari itu, setiap kekasih bermesraan dan mengingati setiap detik percintaan mereka dan memberi hadiah dan melancong ke tempat2 menarik. Di India, Puak yang dikatakan sebagai pelampau hindu, atau Taliban India mendesak pihak berkuasa mengharamkan perayaan itu disebabkan bertentangan dengan adat dan budaya setempat, selain itu, perayaan itu menggalakkan maksiat dan seks bebas... Tetapi malang sungguh bila umat Islam di Malaysia ini semakin leka dan lena menyambut hari kekasih. Malang lagi, ceramah dan nasihat ulama' berkenaan dengan pengharaman hari kekasih ditolah mentah2 dengan alasan mereka tidak melakukan perkara yang haram. Hanya sekadar

memberi bunga dan mengucapkan tahniah. Padahal dari segi akidah dan prinsipnya, perayaan tersebut tetap haram.
On 2/5/07, Mohd Yaakub <akob73@yahoo. com <http://my.f312.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=akob73@yahoo.com> > wrote:

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE


Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di meratarata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 pendapat berkaitan dengan asal usul hari tersebut. ? Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan ? kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah lalu disapukan darah binatang tersebut ke badan mereka dan mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebutrebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. ? Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. ? Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanantawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat

diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. ? Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini ? bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE


Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan alSunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. ? V al-Hajj : 67 Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada keduaduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959. Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam

kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama orang kafir seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan dari baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang kafir dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir maka ditakuti dia akan tergolong ke dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya kafir. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan orang kafir. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-

tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). ? al-Israa' : V 32 Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya orang kafir ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari menguar-uarkan sambutan Hari Valentine ini kepada rakyat di sebuah negara Islam seperti Malaysia ini malah ianya sepatutnya dipergunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

KESIMPULAN
Justeru itu dapat kita rumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine adalah semata-mata bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden. Mereka yang terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan zaman. Maka kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut untuk mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, mewarnakan rambut mereka berwarna perang, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas,

mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi. Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju. Sedarlah wahai pemuda-pemudi Melayu, walau sehebat mana kamu meniru gaya hidup barat, mereka tetap melihat kamu sebagai orang Asia yang datang dari dunia ke 3 yang rendah martabatnya berbanding dengan mereka. Mereka tidak akan melihat kamu sekalian sebagai setaraf dengan mereka walaupun kamu bersungguh-sunguh ingin mencontohi cara hidup mereka. Oleh itu hendaklah bangsa Melayu berbangga dengan apa yang telah ada pada agama serta adat resam bangsa mereka dan janganlah kita terlalu dikelabui dengan kehidupan duniawi yang berkiblatkan barat seperti sambutan Hari Valentine ini. Firman Allah S.W.T.: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." ? Surah al-Ghaafir: 39 V
* MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS ialah Penolong Naib Presiden di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad. Untuk sebarang maklum balas berkaitan artikel ini sila hubungi beliau melalui e-mel akob73@yahoo. com <http://my.f312.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=akob73%40yahoo.com>

Hari Kekasih tradisi penganut Kristian

Hari Kekasih tradisi penganut Kristian


Oleh Fadzilah Musa

SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai 'Saint Valentine's Day' atau Hari Kekasih. Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini?Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini. Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh. Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi. Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom. St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh. Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu. Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine.Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini? Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu, untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan, Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari

sebagai 'St Valentine's Day'.Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno. Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya, orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka. Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan. Renungi firman Allah bermaksud: "Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).' Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah alBaqarah, ayat 120) Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. "Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah bermaksud : "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat

menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu." (Hadis riwayat Muslim) Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu. Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran serta keredaan seorang anak dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu." Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar." (Surah as-Saffat, ayat 102103)Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan, melainkan dengan keimanan kukuh dan kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya. Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : "Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar." (Surah as-Saffat, ayat 103107) Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah, lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji.Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah sematamata.

Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, terutamanya di bumi Aceh, Palestin, Iraq dan seumpamanya. Marilah, kita menghulurkan bantuan demi kasih sayang sesama insan. Pastinya bantuan kita itu tidak sia-sia kerana pahala sedekahnya akan dinikmati sepanjang hayat selagi insan yang menerima sumbangan itu memanfaatkannya. PENULIS boleh dihubungi wanitajim0@yahoogroups.com. Jawapan kepada permasalahan boleh layari di www.wantajimcerias.blogspot.com
myMetro <http://www.hmetro.com.my/> Hati darul_adil Feb 14 2005, 06:14 PM Berita Harian, 14/02/2005

Sambut Hari Kekasih Seleweng Akidah


Full Version: <http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=36139>

KUALA LUMPUR: Umat Islam terutama remaja di negara ini dinasihatkan tidak menyambut Hari Kekasih atau 'Valentine Day' yang diraikan penganut bukan Islam, hari ini. Selain boleh menyeleweng akidah, Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari itu juga bukan berasal daripada adat, tradisi dan budaya Islam. Malah, Hari Kekasih disambut sebagai memperingati bekas Paderi Besar Kristian, St Valentino. Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria, berkata dalam Islam tiada sambutan Hari Kekasih kerana budaya Islam menggalakkan umatnya kasih mengasihi setiap masa.

Katanya, dalam Islam, kasih sayang dan cinta terhadap isteri serta keluarga tidak bermusim malah tiada hari khas ditetapkan untuk berkasih sayang. "Islam mewajibkan umatnya berkasih sayang tetapi bukannya dengan meraikannya seperti yang dilakukan penganut Kristian. "Oleh itu, remaja Islam dinasihatkan tidak meniru budaya orang lain untuk menyambut Hari Kekasih ini. Tidak perlulah kita menirunya kerana kita bukannya ketandusan budaya," katanya dihubungi Berita Harian semalam. Beliau berkata demikian mengulas mengenai keghairahan remaja Islam yang ingin menyambut Hari Kekasih yang diraikan orang bukan Islam, hari ini. Di ibu negara, restoran, kedai cenderamata, kedai bunga dan hotel mengadakan pelbagai promosi termasuk hidangan khas untuk pasangan menyambut Hari Kekasih.
Home <http://selangor2u.com/blog/> Agama <http://selangor2u.com/blog/category/mazuki-corner/agama-mazuki-corner/> , Mazuki Corner <http://selangor2u.com/blog/category/mazuki-corner/>

Ubah Sikap Menyambut Hari Kekasih (Valentine Day)


Submitted by Admin <http://selangor2u.com/blog/author/Admin/> on Friday, 6 February 2009 Ubah Sikap Menyambut Hari Kekasih (Valentine Day)<http://selangor2u.com/blog/wpcontent/themes/arthemia-premium/scripts/timthumb.php? src=http://selangor2u.com/blog/wpcontent/uploads/2009/02/valentine1.jpg&w=150&h=150&zc=1&q=100>

Sebagaimana yang diketahui umum dan ada juga yang tidak tahu setiap tahun pada 14 Feb kebanyakan pasangan kekasih akan menyambut Valentine Day ini kononnya bertujuan untuk mengerat dan menguatkan kasih sayang antara satu sama lain.

Sebagai orang ISLAM sedarkan kita dan adakah kita benar-benar tahu sejarah disebalik sambutan hari kekasih ini? Bagaimana pula hukumnya dari segi agama islam? Secara kasarnya mengenai sejarah hari Valentine ini terdapat didalam 3 versi. Namun saya rasa tidak perlu untuk saya paste di sini kerana terlalu panjang untuk di baca nanti. Apa yang ingin saya ceritakan di sini Hukum bagi umat islam untuk menyambut hari kekasih ini adalah HARAM. Ini berdasarkan maklumat yang saya dapat alfikrah.net <http://alfikrah.net/News/article/sid=388.html> . Anda juga dapat membaca lebih mendalam mengenainya di situ. Kenapa pada 14 Feb baru kita untuk menyambut hari kekasih dengan pasangan anda? Mungkin anda boleh tetapkan sendiri hari istimewa anda tetapi tidak pada 14 FEB. Mungkin anda boleh menyambut hari kekasih dengan pasangan anda pada 30 dan 31 Feb setiap tahun kerana pada tarikh 30 dan 31 Feb tidak haram untuk menyambutnya. Jadi berilah hadiah yang menarik ketika menyambut hari kekasih anda. Haram hukumnya untuk umat Islam sahaja. Namun untuk penganut-penganut agama lain mungkin inilah masanya untuk yang sibuk bekerja untuk meluangkan sedikit masa bersamasama pasangan anda. Tidak pula umat islam di negara ini menghalang atau mengutuk penganut agama lain untuk menyambut Valentine Day ini. Kami hanya mengutuk di kalangan yang mengaku islam tetapi mengamalkan seperti mana yang dikehendaki.

Sepertimana Ustaz/Pensyarah saya "Untuk melihat Islam pada hari ini tidak lagi boleh melihat kepada orang melayu"

Anda mungkin juga menyukai