Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN MENGAJAR YANG BERKESAN

PENDAHULUAN Setiap jurulatih atau tenaga pengajar mengharapkan apa yang disampaikan kepada pelatihnya dapat dihayati., diterima, difahami dan berkemampuan menlakukan secara amali. Adalah sesuatu yang ajaib jika apa yang diharapkan itu ada pada semua pelatihnya secara 100%. Ini kerana setiap pelatih itu mempunyai kebolehan berbeza dan gaya pembelajaran yang berlain di antara satu sama lain. Perkara ini menunjukkan tiada satu kaedah aktiviti mengajar yang terbaik yang untuk semua keadaan. Sesuatu kaedah itu adalah bergantung kepada beberapa pekara lain. Ada 3 gaya pembelajaran iaitu:i. Visual pelatih golongan ini suka belajar dengan melihat ; a. huruf atau perkataan b. benda, gambar atau gambarajah c. demonstrasi, tindakan dan lakonan Audio suka belajar dengan mendengar dan bercakap; a. mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh jurulatih atau pelatih lain b. menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan. Kinestatik suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu; a. menulis atau melukis sesuatu b. membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau projek.

ii.

iii.

Perkara-perkara yang dinyatakan dalam nota ini adalah sebagai garis panduan dan rujukan bagi kemudahan mengatur strategi mengajar. PERMULAAN Beberapa perkara perlu diambilkira dalam memulakan sesuatu kelas atau subjek yang hendak disampaikan itu, ini melibatkan semua subjek samada teknikal, non-teknikal atau keagamaan sekalipun. Ini bagi menarik minat pelatih terhadap apa yang hendak disampaikan itu. Pekara-pekara tersebut adalah:a. Dorongan Untuk mendatangkan minat atau kesedaran terhadap apa yang dikehendaki terhadap pelatih perlu mengaitkan sesuatu dengan perkara yang diajar, tumpuan ini terutamanya kepada yang kurang minat terhadap perkara yang akan disampaikan. Menenangkan kelas Berbagai kaedah digunakan untuk menenangkan kelas, ini bergantung kepada jenis pembelajaran dan tahap pelatih.

b.

c.

Menarik perhatian kelas Waktu kelas petang kadangkala menjadi masalah kepada jurulatih, bagi pelatih teknikal kebiasaannya akan menjalankan amali di bengkel, makmal ataupun woksyop. Jika waktu ini diadakan kelas perlu kreativiti jurulatih bagi mengelakkan pelatih kurang tumpuan atau mengantuk atau khayal. Tajuk yang jelas dan spesifik Terdapat sebahagian jurulatih tidak mengambil berat dengan tajuk yang diajar, kerana dengan tajuk itu sendiri akan menjurus kepada kefahaman pelatih. Contohnya tajuk matapelajaran adalah Tetikus (Mouse), semasa di dalam kelas hanya menunjukkan buka dan pasang tetikus sahaja. Tajuk yang sepatutnya adakah Tetikus : Buka dan Pasang ataupun Buka dan Pasang Tetikus. Pembentukan tujuan matapelajaran Ini dibuat bagi mengelakkan jurulatih tersasar dari landasan yang sepatutnya. Ini bagi memudahkan jurulatih menyampaikan sepertimana kehendak matapelajaran tersebut. Pelatih dapat menerima dengan mudah jika tujuan matapelajaran diadakan. Mengambil tahu pengetahuan pelajar Kaedah yang biasa dibuat ialah mengadakan ujian atau peperiksaan pada awal kemasukan pelatih. Ujian secara oral juga boleh dilakukan ataupun berdasarkan keputusan dari sijil, diploma atau ijazah yang dimiliki.

d.

e.

f.

PENYAMPAIAN ISI KANDUNGAN Matlamat mengajar yang utama adalah supaya segala yang telah dirancang dan disediakan disampaikan kepada pelatih. Beberapa aspek perlu dititikberatkan dalam penyampaian pembelajaran yang diajarkan. Aspek-aspek tersebut adalah:a. Mengajar dengan aturan logikal. Aturan mengajar perlu diikuti satu persatu dari mula hingga ke penutup. Jika diajar mengikut sesuka hati jurulatih tanpa diajar dari permulaan kepentingannya, ini akan mengelirukan dan membahayakan pelatih dan jurulatih itu sendiri. Contohnya dalam Pelajaran Tembak Pistol, jurulatih hanya arahkan pelatih ambilkan pistol, isi peluru dan tembak sasar. Jika langkah keselamatan diajar seperti arah muncung dan kunci keselamatan mungkin berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Menegaskan pekara-pekara mustahak. Segala kandungan matapelajaran mestilah disampaikan kepada pelatih terlebih dahulu. Ini kerana matlamat utamanya pelatih dapat apa yang dikehendaki diterima oleh pelatih. Pekara sampingan yang lebih mendalam atau keadaan semasa tidaklah ditekan dalam penyampaian jurulatih.

b.

c.

Menegakkan keperluan pelajaran. Kepentingan matapelajaran yang diajar perlu diperjelaskan kepada pelatih supaya difahami kenapa matapelajaran itu diajar. Menegaskan keselamatan bila perlu. Keselamatan bukan sahaja penting semasa menggunakan senjatapi atau di bengkel sahaja, keselamatan meliputi semua aspek semasa pembelajaran. Keselamatan adalah satu pekara yang subjektif, sekalipun semasa mengajar teori didalam kelas. Contohnya kaedah penggunaan multimedia dengan betul, susunatur kelas dan sistem pengudaraan kelas. Mengajar mengikut taraf pelajaran. Setiap pelatih itu pengetahuannya berbeza, kemungkinan ada pelatih yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari pelatih lain. Contohnya ada pelatih yang memiliki ijazah di dalam bidang yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar, jurulatih tidak boleh memenuhi kehendak sesuatu pihak dan mengabaikan kehendak yang terkandung dalam matapelajaran diajar. Jika ini dilakukan menyebabkan kerugian kepada pasukan dan kegagalan perancangan yang dibuat. Penentuan tiap-tiap bahagian Susunan mengajar perlu diikuti bagi memudahkan pembelajaran diterima oleh setiap pelatih, jika tiada penentuan pelatih terpaksa berusaha sendiri ataupun dalam kekeliruan. Contoh mudah ada pada anak-anak kita di tadika, jika terus disuruh mengeja ayam tanpa di ajar A, B, C, hingga Z. Menggunakan alat bantuan mengajar dengan betul. Jurulatih adalah seorang menyampaikan kehendak matapelajaran atau fasilitator, bukannya seorang pemidato atau memberi syarahan. Hanya bercakap dihadapan pelatih dengan gaya, jenaka dan intonasi suara tidak akan mendatangkan imput yang sepenuhnya kepada pelatihnya. Keperluan alat bantuan mengajar seperti OHP, komputer, model, aktiviti, simulasi dan berbagai lagi peralatan terkini. Menggunakan white board dengan betul. Sebarang tulisan yang dibuat atau gambar tunjukkan atau ditampal mestilah dapat dilihat oleh semua pelatih yang berada di dalam kelas, jangan hanya boleh dilihat oleh pelatih di hadapan dan jurulatih sahaja. Elakkan menulis ayat yang lengkap di white board kerana ini akan menggangu masa dan tumpuan pembelajaran. Menggunakan cara menyoal dengan baik. Keterbukaan dalam menyoal adalah mustahak bagi semua pelatih bersedia terhadap soalan tersebut, kemudian barulah soalan tersebut diajukan kepada pelatih yang berkaitan. Sesuatu soalan yang dikemukan adalah menguji

d.

e.

f.

g.

h.

i.

kepintaran dan kemahiran seseorang pelatih bukannya untuk menekan atau menjatuhkan air mukanya. j. Mengalakkan penyertaan pelajar. Dalam kaedah pembelajaran dewasa adalah berbeza jika dibandingkan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah. Pelatih tidak menerima sepenuh maklumat dari jurulatih, perlu mendapatkan dari pembacaan dan perbincangan. Jurulatih lebih kepada menjadi fasilitator bukannya seorang guru sekolah. Membetulkan kesalahan dengan segera. Kesalahan atau kesilapan yang disedari berlaku samada oleh pelatih atau jurulatih itu sendiri hendaklah diperbetulkan dengan segera bagi mengelakkan silap faham dan mungkin membabitkan keselamatan pelatih atau bahan yang digunakan

k.

SIKAP UMUM Keperibadian yang unggul adalah teras penyampaian berkesan dan sempurna. Diantara sikap yang perlu ada adalah seperti berikut:a. Mempunyai daya dan keyakinan. Kalau seorang jurulatih tidak tahu benar apa yang hendak diajar akan menyebabkan kekeliruan kepada pelatih-pelatih. Keadaan ini jangan dibiarkan berterusan Bercakap dengan jelas dan berkesan. Penyampaian sesuatu pekara perlu jelas maksudnya tanpa perlu menggunakan kiasan atau bidalan, dalam pelajaran teknikal fakta dan ketepatan adalah pekara utama. Kebiasaan jawapan atau penerangan akan berakhir dengan YA atau TIDAK. Mempunyai pengetahuan yang baik. Ilmu yang dimiliki oleh seorang jurulatih seharusnya lebih mendalam dari pelatih itu sendiri bagi mengelakkan jurulatih itu diperlekehkan atau pelatih berada dalam kebosanan semasa pembelajaran diberikan. Keminatan Sesuatu pelajaran tidak dapat diselesaikan dengan sempurna tanpa minat. Seorang yang tidak berminat tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatiannya terhadap apa yang hendak disampaikan kepada pelatih. Mempunyai suara yang baik. Suara yang baik bukan bermakna harus mengeluarkan suara yang memekik yang membingitkan siapa pendengarnya atau sangat perlahan sehingga tidak

b.

c.

d.

e.

didengari oleh sesiapa pun ataupun merdu seperti seorang penyanyi. Ia bergantung kepada suasana pembelajaran, jika didalam kelas yang hanya tak lebih 20 orang sahaja, tidak perlu mengeluarkan suara yang lantang. Suara yang agak tinggi dalam suasana kelas akan menggangu kosentrasi penerimaan pelatih terhadap pelajaran. f. Mempunyai isyarat-isyarat yang baik. Jurulatih adalah seorang yang akan menjadi panduan dan mungkin juga sebagai ikutan oleh pelatih, sebarang isyarat seperti memuji menggunakan ibu jari atau berhenti dengan menggunakan tapak tangan dan sebagainya. Tegas dan saksama Tegas bukan berertinya garang tapi adil dalam melaksanakan tugas tanpa memilih jantina, warna kulit, bangsa, pangkat atau kekayaaan dimiliki. Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan, apa yang dilakukan oleh jurulatih itu dapt dinilai oleh pelatih itu sendiri walaupun penilaian itu tidak hampir 100%. Berfikir sebelum membuat atau mengarahkan sesuatu pekara. Dapat mengawal kelas Kawalan kelas mustahak bagi memudahkan pembelajaran diterima dengan sebaiknya oleh pelatih, sebarang ganguan samada dari dalam kelas itu sendiri atau dari luar akan menarik perhatian pelatih kepada ganguan tersebut dan tumpuan kepada jurulatih itu sendiri akan berkurangan. Contohnya ada pelatih membuat bunyi-bunyian, menyanyi atau bunyi telefon bimbit. Senang bersoal jawab Jurulatih yang berketerampilan adalah mudah melakukan soalan spontan dan berkemampuan menjawab soalan dari pelatih semasa pembelajaran dijalankan. Jawapan atau soalan yang dibuat adalah tidak mengelirukan dan menjadi bebanan terhadap pelatih. Mengekalkan keminatan pelajar kepada pelajaran Jika memang pada asalnya pelatih minat pada matalajaran itu adalah mudah bagi jurulatih mengekalkan keminatan mereka. Bagi yang mula meminati atau kurang minat adalah menjadi kreativiti jurulatih untuk menarik perhatian pelatih terhadap matapelajaran. Berbagai cara boleh dilakukan, antaranya dengan memberi motivasi, penggunaan carta, multimedia dan permainan yang berkaitan dengan matapelajaran tersebut.

g.

h.

i.

j.

PENUTUP Sebelum menghabiskan sesuatu subjek itu, keperluan mengenalpasti bahawa pelajaran telah difahami dan diterima oleh pelatih :a. Menentukan pelajaran difahami Berbagai kaedah digunakan oleh jurulatih bagi mengenalpasti pelatih memahami apa yang dipelajari, kaedah yang mudah adalah hanya bertanya kepada semua pelatih samada FAHAM atau TIDAK pelajaran tersebut. Antara kaedah lain adalah mengadakan soalan berbentuk ujian ringkas, kuiz dan menyoal beberapa orang pelatih dengan spontan. Jurulatih yang baik adalah dapat mempelbagaikan kaedah. Soalan dari kelas Bukakan ruang bagi pelatih menyoal jurulatih jika ada sebarang kemuskilan, kurang kefahaman atau inginkan penjelasan lanjut. Ulasan yang logik Dalam mengupas semula kandungan matapelajaran, pastikan apa-apa yang diperjelaskan tidak terkeluar dari kehendak matapelajaran tersebut. Bagi memastikan isi yang diulas berada dalam landasannya, adalah sebaiknya dibawa catitan terhadap apa yang akan disampaikan. Pengukuran pencapaian tujuan pelajaran. Pencapaian tujuan pelajaran dapat diketahui jika pelatih memahami apa yang disampaikan. Caranya boleh menggunakan sepertimana dalam kaedah menentukan pelajaran difahami atau ujian ringkas atau aktiviti amali. Ringkasan pelajaran akan datang. Penerangan matapelajaran akan datang perlu sekiranya apa yang diajar bersambung, dinyatakan dengan ringkas dan jelas tujuannya supaya pelatih lebih bersedia Kata-kata penutup. Perkaitan isi dan objektif matapelajaran seharusnya ada. Nilai keberkesanan sesuatu mata pelajaran dapat diketahui.

b.

c.

d.

e.

f.

Disusun & disediakan oleh:ASP Abd. Kadir b. Hj. Osman Bahagian Pengajian Automobil/Marin MT PDRM 21 Mei 2009

Anda mungkin juga menyukai