Anda di halaman 1dari 22

MEMAHAMI PSIKOLOGI REMAJA

ABU BAKAR BIN MOHD HUSAIN


KAUNSELOR PELAJAR
SMK AGAMA PAHANG, MUADZAM SHAH
Statistik perlakuan negatif di kalangan remaja
yang melepak

Menghisap rokok 76.1 %


Menonton filem lucah 42.6 %
Membaca bahan lucah 38.1 %
Berjudi 29.7 %
Mencuri 28.0 %
Minuman keras 27.0 %
Mengadakan hubungan seks 26.3 %
Menagih dadah 21.7 %

• Kajian oleh Prof Madya Dr.Samsudin A.Rahim bersama 13


penyelidik – UKM - 1994.

• 83 % - Remaja Melayu
RUMAHK
U

SYURGAK
Yang manakah peranan anda
sebagai ibubapa kepada anak-
anak anda?
A. Anda memberi apa sahaja yang
diminta oleh anak.
B. Anda memberi apa diminta oleh
anak setelah dia menangis atau
memberontak.
C. Anda memberi apa yang diminta
oleh anak apabila anda terasa
mahu memberinya.
D. Anda memberi apa yang diminta
oleh anak apabila permintaaan itu
munasabah.
E. Anda tidak melayani permintaan
anak.
Pilihan Bahagian A
a) Ibu bapa terlalu menyayangi
anaknya.
b) Anak itu merupakan anak
tunggal atau bungsu.
c) Ibu bapa mudah kasihan
kepada anak.
d) Ibu bapa berkemampuan.

Kesannya:
Anak-anak menjadi “rosak”
Pilihan Bahagian B
a) Ibu bapa lemah dengan tangisan
anak.
b) Ibu bapa mengalah setiap kali
anak memberontak.
c) Ibu bapa tidak suka keadaan riuh
rendah berlaku.
d) Ibu bapa bimbang hilang
kesabaran.

Kesannya:
Anak-anak menggunakan kuasa
kerana mengetahuai kelemahan
Pilihan Bahagian C
a) Ibu bapa mempunyai hak.
b) Ibu bapa ikut “mood”
sendiri.
c) Ibu bapa buat keputusan.

Kesannya:
Anak-anak menjadi bingung
dan tidak dapat
memahami orang tuanya.
Pilihan Bahagian D
a) Ibu bapa bertolerensi.
b) Ibu bapa mengambil kira
pandangan anak.
c) Ibu bapa berfikiran terbuka.
d) Ibu bapa memahami perasaan
anak.

Kesannya:
Anak-anak lebih memahami dan
menyayangi orang tuanya dan
hubungan ibu bapa dengan anak
terbentuk.
Pilihan Bahagian E
a) Ibu bapa tidak sensitif dengan
perasaan anak.
b) Ibu bapa guna kuasa.
c) Ibu bapa tidak ada masa
melayani kerenah anak.
d) Ibu bapa sibuk.

Kesannya:
Anak-anak memberontak dan
memendam perasaan.
PASAL DUIT 48.00

Kalau abah ada hati, Wani pun


ada hati juga.Yang abah perli
Wani macam budak kat Wisma TV
tu buat apa. Macamlah Wani ni
teruk sangat. Terguris hati Wani.
Kalau Wani kurang ajar kenapa Wani
masa mak masuk klinik nak beranakkan
Syira, Wani mana boleh tidur. Kalau
tak caya tanya nenek. Kalau abah kata
Wani menyusahkan abah biar Wani
keluar dari rumah ni , tapi abah jangan
keluar kerana Syira memerlukan
seorang abah tetapi dia tidak
memerlukan seorang kakak yang
menyusahkan orang….
Sepucuk surat ‘wasiat’ yang ditulis oleh seorang
murid perempuan 12 tahun yang kecewa dengan
sikap ayahnya . Dia lari meninggalkan rumah……
KENALI ANAK ANDA?
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK
Beri galakan dan dorongan dengan
menumpukan kepada kekuatan diri
anak-anak supaya keyakinan diri
mereka dapat dipertingkatkan dengan
lebih mudah.

Beri tumpuan yang lebih kepada aspek-


aspek positif tentang diri anak anda
atau persekitarannya walaupun
terdapat beberapa kekurangan atau
kelemahan yang kadangkala
menggugat kesabaran anda.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK…

Terimalah beberapa kekurangan dan


kelemahan yang kadangkala
menggugat kesabaran diri anda.

Terimalah anak seadanya. Jangan


berikan kasih sayang dan penerimaan
kepada anak-anak hanya setelah
kelakuan yang mereka tunjukkan itu
memenuhi kehendak anda semata-
mata. Ksih-sayang dan penerimaan
mestilah tanpa syarat
.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK….

Beri peluang kepada anak-anak untuk


mengenal pasti kebolehan diri. Hargai
segala usaha dan kemajuan yang boleh
ditujukkan namun bukanlah sekadar
memberi tumpuan kepada
kejayaannya sahaja.

Hormatilah anak-anak anda. Hal ini


menjadi landasan kepada mereka
untuk belajar menghormati diri sendiri.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK…..
Pujian selalunya diberikan apabila anak-
anak melakukan sesuatu dengan baik.
Ia memberi semangat kepada mereka
untuk bersaing. Galakan pula
selalunya diberikan kepada setiap
usaha yang sedang dilakukan. Ia
memberi semangat kepada mereka
untuk bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara.

Menidakkan serta merendah-rendahkan


kebolehan anak boleh mendorong
mereka ke arah kegagalan.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK……
Kuasa yang paling besar mempengaruhi
hubungan ibu bapa dengan anak ialah
harapan. Ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap anak-anak
dengan terlebih dahulu mengubah
harapan yang diletakkan terhadapa
nak-anak mereka.

Elakkan bentuk dorongan yang membuat


perbandingan antara satu anak dengan
yang lain.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK…….

Ibu bapa yang meletakkan harapan


terlalu tinggi boleh menyebabkan
kegagalan dan patah semangat di
kalangan anak-anak disebabkan tidak
dapat menerima tekanan.

Elakkan penggunaan perkataan dan


tingkah laku yang boleh mematikan
semangat anak-anak seperti
memperkecilkan kebolehan mereka.
TIPS UNTUK MEMPERTINGKATKAN
KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANAK-
ANAK……..
Elakkan daripada membuat sebarang
ugutan supaya anak-anak memenuhi
kehendak anda atau membuat janji
tetapi tidak menepatinya.

Beri dorongan yang boleh meletakkan


diri anak-anak dalam keadaan yang
selesa seperti:
“ Mak suka cara Ina buat kerja itu.”
“ Mak Tahu Ina boleh buat kerja itu.”
“ Ina nampaknya bertambah maju. Ada
peningkatan. Bagus!”
Langkah bantu anak hadapi peperiksaan.
• Sebulan sebelum peperiksaan – fokus kepada anak.
• Bantu anak menyediakan keperluan belajar.
• Sediakan tempat belajar, ulangkaji yang kondusif.
• Sediakan makanan yang berkhasiat – vitamin tambahan.
• Simpan salinan jadual peperiksaan anak.
• Bantu anak bina jadual belajar/ulangkaji.
• Bersama anak semasa ulang kaji. – pantau.
• Hindarkan daripada meluahkan harapan yang terlalu
tinggi kepada anak.
• Hindarkan daripada berlakunya gangguan emosi.
• Banyakkan rangsangan positif / motivasi.
• Ambil cuti hari peperiksaan.
• Solat bersama , solat hajat, doa.
JIKA ANAK……

Jika anak sentiasa dikecam , dia belajar


jadi pengacau.
Jika anak sentiasa dimusuhi, dia belajar
jadi pendendam.
Jika anak sentiasa diaibkan, dia belajar
jadi rendah harga diri.
Jika anak sentiasa diberi peluang , dia
belajar jadi yakin diri.
Jika anak sentiasa dihargai , dia belajar
jadi orang budiman.
Jika anak sentiasa dilindungi , dia belajar
punyai kepercayaan diri.
Jika anak sentiasa didengari, dia belajar
jadi empati .
Jika anak sentiasa didampingi dan
Bilik Yang Paling Besar
Ialah Bilik Untuk
Perubahan