Anda di halaman 1dari 6

Sebelum saya menerangkan tentang kaitan perkembangan tamadun dan peradaban

manusia dan kaitannya dengan kebudayaan dan kesenian terlebih dahulu saya ingin

menerangkan definesi tamadun secara etimologi, pandangan barat dalam pendifinisan

tamadun dan juga pengertian tamadun secara umum.

Dari sudut etimologi perkataan tamadun adalah berasal dari perkataan Arab yang

membawa maksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Menurut M.A.J

Beg, tamadun adalah melambagkan pencapaian manusia didalam kehidupan seperti

pembangunan kota dan seni bina, penciptaan skrip tulisan, kesenian, agama undang-

undang dan juga politik. Edward L. Farmer pula mendefinisikan tamadun sebagai satu

unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan istitusi yang diwarisi dari

satu generasi ke satu generasi. Arnold J. Toynbee, mentafsirkan tamadun sebagai satu

pencapaian pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-

undang, kesenian, kesusanteraan, agama dan polotik.

Setelah meneliti semua pendifinisian-pendifinisian tersebut maka dapatlah saya

simpulkan bahawa secara umum pergertian tamadun membawa konsep yang sangat luas

dan kompleks kerana ia merujuk kepada pencapaiaan menyeluruh manusia dalam

pembangunan pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, kepimpinan dan

undang-undang, agama, moral dan adat resam, kesusasteraan, sistem tulisan dan juga

perbandaran.

1
Sejarah telah membuktikan akan kewujudan tamadun-tamadun besar yang masyur

seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani dan tamadun

Islam. Kesan sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang ciri-ciri tamadun yang

sebenar. Setiap tamadun yang masyur mempunyai kemahiran daya reka cipta bagi

menyempurnakan lagi keselesaan hidup serta menyumbang kepada kemajuan teknologi.

Setiap tamadun juga mempunyai sistem pemerintahan yang teratur dalam sistem nilai

serta moral yang berwibawa bagi mengatur perlakuan masyarakatnya dalam kegiatan

kehidupan.

Sistem urbanisasi terancang juga merupakan ciri utama tamadun. Kewujudan

penempatan masyarakat dari beberapa penempatan disatukan dan membentuk bandar dan

kota. Setelah masyarakat tidak lagi hidup secara nomad atau berpindah randah dan mula

hidup dalam satu kelompok masyarakat maka terhasillah sistem organisasi yang teratur

seperti insitusi sosisl dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang

sempurna.

Budaya dan kesenian juga tidak lari dari menjadi salah satu ciri utama

sesebuah tamadun. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghjayati

falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estitika yang dimiliki oleh setiap tamadun

membuktikan lagi penyataan ini. Untuk melengkapi jurang komunikasi bahasa maka

lahirlah satu bahasa serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri bagi setiap tamadun.

Kemajuan bahasa dan tulisan menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian

dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

2
Setelah memahami pengertian tamadun dan cicri-cirinya, kita telah mengetahui

bahawa budaya dan kesenian tidak dapat dipisahkan dalam kewujudan sesuatu

tamadun, malah kebudayaan dan kesenian telah dibuktikan adalah merupakan kompenan

asas bagi pembentukan sesuatu tamadaun yang masyur dan terbilang. Dalam erti kata

lain, tanpa budaya dan kesenian yang tinggi tidak mungkin sesuatu pencapaian hidup

masyarakat dalam segala aspek kehidupan tanpa budaya dan kesenian akan dianggap

sebagai tamadun yang terbilang.

Seterusnya untuk memahami lebih lanjut tentang kaitan tamadun dan peradaban

manusia dengan budaya dan kesenian kita juga perlu memahami dengan jelas apakah itu

konsep budaya. Menurut E.B. Tylor budaya adalah merujuk kepada perkembangan dan

pencapaian ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan

adat resam. Malinowsky mendifinisikan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap

keperluan manusia. Maka jelaslah bahawa budaya merupakan keseluruhan aspek

kemanusiaan yang merangkumi aspek sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik,

lukisan, falsafah dan agama atau kepercayaan. Secara umum cara/gaya hidup sesebuah

masyarakat/bangsa adalah budaya. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia.

Apakah hubungkaitnya antara tamadun dan Kebudayaan dan kesenian? Saya akan

cuba menerangkan dengan lebih ringkas dan mudah. Walaupun setiap tamadun

mempinyai ciri-ciri peradaban manusia yang sama namun, kebudayaan dan kesenian

yang lahir dari setiap cara dan gaya hidup sesebuah bangsa dalam setiap tamadun adalah

berbeza.

3
Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti harian) yang

melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu

tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya.

Walaubagaimanapun, pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai

yang ada pada sesuatu tamadun.

Mari kita cuba memahami perhubungan antara tamadun dan kebudayaan dan

kesnian dengan melihat kepada tamadun dan budaya dan kesenian Melayu. Sebenarnya

tamadun melayu dapat dilihat dari dua dimensi iaitu rumpun bangsa (kelompok

Austronesia-Nusantara) dan kawasan atau wilayah (Kampuchea, Myanmar, Pattani,

Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan

kepulauan kecil yang lain). Namun saya akan cuba menerangkan dalam konsep dimensi

kawasan dan wilayah.

Ketamadunan Melayu adalah merupakan peradaban manusia yang sangat unik

kerana budaya dan tamadun Melayu telah mencapai tahap kematangan akibat daripada

adunan dan pengaruh berbagai-bagai tamadun dunia seperti India, Islam dan Barat hasil

dari interaksi perdagangan, perkahwinan dan penjajahan.

Tamadun melayu mempunyai sistem politik sejak zaman kesultanan Melaka,

sistem ekonomi yang bersifat trdisional dan sara diri, kepercayaan primitif dan agama

Hindu, Buddha dan Islam. Bahasa dan kesusasteraan (Peribahasa, pantun, syair) dan juga

budaya dan kesenian yang lahir dari cara hidup masyarakat tamadun Melayu. Sebagai

contohnya (dari aspek seni persembahan melayu) masyarakat melayu dapat diselami

melalui keindahan hasil karya seni persembahan.

4
Kebanyakan lahir dari kepercayaan primatif seperti Mak yong. Melihat dari sudut

cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang bertamadun mereka mempunyai sistem

kepercayaan primatif yang mempercayai kepada benda ghaib, semangat, penunggu dan

sebagainya yang boleh membawa kesan baik dan buruk kepada mereka. Mak yong

asalnya merupakan ritual menyembah semagat dan roh. Walaupun kini aspek ritual

dalam seni persembahan mak yong telah tiada namun nilai estitika yang terdapat pada

mak yong bukan sahaja melambangkan falsafah budaya dan kesenian Melayu malah

ianya mampu menjadi satu wakil kepada kesenian melayu yang serba lengkap kerana

persembahanya merangkumi teknologi pembuatan pakaian yang sangat indah, kemahiran

penggunaan alat muzik yang merdu, bahasa dan kesusasteraan yang halus yang terdapat

pada setiap cerita, lagu dan lawak yang dipersembahkan.

Kesimpulanya, sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau

masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang

daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains,

masyarakat sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang

mewakili ketemadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau

masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan

yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat.

“masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah

masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketemadunan mereka sendiri”

5
A.Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Budaya Malaysia, Kuala Lumpur:

Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.

Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd.

Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn. Bhd., 2000.

Tamadu Islam Dan Tamadun Asia, 2001. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.