Anda di halaman 1dari 43

1

PENGERTIAN WAJIB HAJI/UMRAH

WAJIB HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji/Umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, Haji/Umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syaratsyaratnya. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

1.1
1.

NIAT IHRAM DI MIQAT


Bakal-bakal haji/ umrah yang menuju ke Tanah Suci Makkah kerana menunaikan ibadat Haji atau Umrah apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat ihram atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah ia berniat ihram. Sekiranya mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya maka wajiblah ia kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya tidak berbuat demikian boleh juga berniat ihram di situ tetapi berdosa dan dikenakan dam.

2.

1.2 1.3

MIQAT LAFAZ NIAT UMRAH: " NAWAITUL U'MRATA WA AHRAMTU BIHA LILLAHI TA'ALA "

Ertinya ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah.

Niat dalam hati : " Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah ta'ala "

2
2.1

TAWAF
SYARAT-SYARAT SAH TAWAF
3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Suci daripada hadas Suci badan/ pakaian/tempat tawaf daripada najis Menutup aurat Bermula pada sudut Hajar Aswad dan berniat Tawaf, jika Tawaf Wada' / Sunat/ Nazar Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan Berjalan bertujuan tawaf Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin

Mengelilingi Kaabah 7 pusingan dengan mematuhi syarat-syarat sahnya

10. Dilakukan dalam Masjidil haram dan di luar dari Hijir Ismail / Syazarwan

2.2

JENIS-JENIS TAWAF
11. TAWAF RUKUN 12. TAWAF QUDUM 13. TAWAF AL-BAIT 14. TAWAF SUNAT 15. TAWAF NAZAR 16. TAWAF WIDA'

2.3

SUNAT-SUNAT TAWAF
17. Berjalan kaki 18. Ber'ittiba'a bagi Tawaf yang diiringi dengan Sa'ie ( Lelaki ) 19. Melakukan ramal ( berlari-lari anak ) bagi Tawaf yang diiringi Sa'ie ( Lelaki ) 20. Isti'lam Hajarul aswad dan mengucupnya / isti'lam Rukun Yamani dan tidak mengucupnya. 21. Membaca zikir dan doa 22. Berturut-turut 7 kali pusingan 23. Tawaf dengan kusyuk dan tawadhuk

2.4

SUNAT-SUNAT TAWAF, TAWAF ( RUKUN )


24. Mengelilingi Kaabah tujuh kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad. 25. Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat : 26. " Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala " 27. ( NOTA : - Tawaf Umrah dan Sai'e Umrah tetap dikira sah sekalipun tidak berniat di permulaan tawaf dan sai'e kerana hukumnya adalah sunat. ) 28. Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca : " Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin " 29. Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

30. Sampai sahaja di Hajarul Aswad, sayugialah mengucupnya ( jika ada kemudahan ). Jika tidak, bolehlah beristiqlam dengan tangan dan jika tidak boleh juga, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambaikan tangan sambil membaca Bismillah, Allahu Akbar Walillahil Hamd, dengan mengucup tangan yang melambai-lambai itu, dengan ini dikira satu pusingan, buatlah seperti itu

sebanyak enam kali lagi dan pastikan pusingan anda tujuh kali dengan yakin, di iringi bacaan doadoa. 31. Jika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doa-doa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain dan jika semuanya tidak boleh maka Tawaf dan Sai'elah tanpa apa-apa bacaan. Membaca doa semasa Tawaf dan Sai'e adalah amalan sunat sahaja.

2.5

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAF

Batal tawaf 32. Terbuka Aurat 33. Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah 34. Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah )

2.6

MAKRUH DALAM TAWAF


35. Makan / Minum 36. Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan 37. Baca doa dengan nyaring 38. Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone ) 39. Melakukan ramal pada semua pusingan

2.7

PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF

( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam ) Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan ) Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat, ( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie ) Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selesai tawaf )

2.8

LAIN-LAIN TIPS SEMASA TAWAF :

Menyentuh Kaabah atau Hijr Ismail semasa tawaf 40. Jika disentuh dengan sengaja maka akan terbatal pusingan tawaf tersebut. Jika tidak sengaja maka tidak batal pusingan tawaf, boleh teruskan tawaf seperti biasa. 41. Jangan sekali-kali menyentuh Kaabah ketika tawaf walaupun jemaah amat hampir dengan Kaabah semasa tawaf. Terdapat kes jemaah yang begitu teruja untuk menyentuh Kaabah ketika tawaf disebabkan kedudukannya amat hampir dengan Kaabah. 42. Sabar, ini mungkin ujian Allah, jika berhasrat hendak menyentuh Kaabah pastikan telah selesai tawaf dengan sempurna. Begitu juga dengan Hijr Ismail. Menyentuh Makam Ibrahim semasa tawaf 43. Jika disentuh Makam Ibrahim tidak membatalkan pusingan tawaf. Begitu juga berjalan melaluinya semasa tawaf. Keraguan berkaitan bilangan tawaf selepas tawaf 44. Jika perasaan keraguan yang timbul selepas selesai amalan haji atau umrah maka keraguan tersebut tidak boleh ambil kira.

45. Sila abaikan keraguan yang datang setelah sempurna amalan haji atau umrah kita, banyakkan baca surah al-Nas dan berdoa. 46. Sekiranya keraguan datang semasa tawaf, contohnya berapakah bilangan tawaf yang dilakukan? Maka berpegang pada kiraan bilangan yang kecil, contoh tujuh atau enam. Maka hendaklah berpegang pada enam dan hendaklah tawaf dengan satu pusingan lagi untuk cukupkan tujuh dengan yakin. Begitu juga semasa saie. Mula tawaf pada bukan penjuru Hajarul Aswad 47. Tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah tidak sah, jemaah perlu membuat tambahan pusingan tawaf, ini kerana tawaf yang dimulakan pada penjuru selain dari Hajarul Aswad adalah batal dan tidak diambil kira. Masuk dalam Hijr Ismail ketika tawaf 48. Semasa sedang tawaf jemaah haji tidak dibenarkan menyentuh, masuk atau hanya melalui laluan dalam Hijr Ismail kerana ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Begitu juga semasa tawaf tidak boleh menyentuh Kaabah (termasuk kelambu Kaabah) dan Syazarwan. Sekiranya berhajat hendak memasuki Hijr Ismail untuk bersolat atau berdoa dalamnya atau menyentuh Kaabah atau Syazrawan pastikan telah sempurna tawaf dengan yakin. # Peringatan untuk jemaah haji atau umrah bahawa kelambu Kaabah adalah wangi pastikan sekiranya masih dalam larangan ihram pastikan tidak terlalu asyik dengan bau wangian pada kelambu Kaabah. Jika berbuat demikian dikira berdosa dan dikenakan dam. Tawaf menggunakan kerusi roda 49. Jika tidak berupaya tawaf dengan berjalan kaki maka jemaah diboleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda. 50. Orang yang sihat juga boleh bertawaf dengan menaiki kerusi roda, ini kerana tawaf dalam keadaan berjalan kaki adalah termasuk dalam kategori amalan sunat semasa tawaf. 51. Rasulullah SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang binatang. Melakukan tawaf dalam keadaan menunggang tanpa uzur, hukumnya harus. 52. Pastikan sorongan yang dibuat hendaklah cukup tujuh pusingan. Keadaan tawaf adalah tidak sah jika orang yang disorong tidur dalam keadaan papan punggung yang tidak tetap dan tidak pula mengetahui bilangan sorongan yang dibuat. 53. pastikan orang yang akan membantu untuk sorongan tawaf tersebut boleh dipercayai dan dibuat urusan dengan jelas antara kedua belah pihak, ini bagi mengelak berlaku penipuan. 54. Pastikan aurat juga dijaga semasa tawaf menggunakan kerusi roda, khususnya jemaah wanita, pastikan tidak menampak aurat kaki atau betis semasa duduk di atas kerusi roda, pastikan stoking panjang dan sesuai untuk menutup aurat kaki. Tawaf dengan yakin cukup tujuh pusingan 55. Pastikan tawaf yang dilakukan adalah diyakini cukup tujuh pusingan. Sekiranya tidak yakin hendaklah membuat tambahan pusingan. 56. Sering berlaku jemaah tawaf tidak cukup tujuh pusingan kerana bimbang di tinggalkan kawan, atau suami/isteri maka jemaah terus meninggalkan tempat tawaf walaupun dalam keadaan raguragu mengenai bilangan tawaf yang telah dilakukan. 57. Suami/isteri dan sahabat handai hendaklah bertolak ansur dalam perkara ini, jangan mementingkan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan ibadat orang lain. 58. Untuk memberi keyakinan mengenai bilangan tawaf, jemaah dinasihatkan mencari kaedah atau formula memudahkan mereka mengingati bilangan tawaf yang dibuat. 59. Berdasarkan pengalaman penulis ada jemaah yang menggunakan kaedah lipatan pada buku doa yang dibawa semasa tawaf, ada yang menggunakan biji tasbih dan sebagainya. 60. Walaupun nampak remeh tetapi ia dapat membantu kita membina keyakinan terhadap bilangan tawaf yang dibuat.

Terpisah daripada sahabat selepas tawaf 61. Sebaiknya sebelum bergerak di tempat tawaf, jemaah dinasihatkan membuat perancangan di manakah tempat yang paling mudah bertemu jika terpisah dengan rakan dan keluarga. 62. Dinasihatkan carilah tempat yang mudah untuk berjumpa. Contohnya seperti di bawah kawasan lampu hijau yang bertentangan dengan penjuru Hajarul Aswad atau mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai dan dipersetujui oleh ahli keluarga atau rakan, tetapkan had masa menunggu dan bincang serta dapatkan persetujuan bersama. Makan dan minum ketika tawaf 63. Makruh makan dan minum ketika tawaf, kemakruhan minum lebih ringan daripada makan. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Rasulullah SAW pernah minum air ketika tawaf kerana sangat dahaga. Bercakap-cakap ketika tawaf 64. Tidak membatalkan pusingan tawaf. Sebaiknya elakkan, ini penting untuk mendatangkan ketenangan dan kekhusyukan semasa sedang beribadat . Inilah antara isu-isu berkaitan tawaf dan beberapa tips sebagai panduan tetamu Allah sekalian. Walaupun adakalanya nampak remeh dan telah disentuh berulang kali dalam siri kursus haji dan sebagainya tetapi ia jugalah yang sering menjadi perkara yang berbangkit berkaitan tawaf pada saban tahun.

3
3.1

SAIE
SYARAT-SYARAT SAH SA'IE
65. Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Qudum 66. Bermula di Bukit Safa, Berakhir di Bukit Marwah 67. Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa 68. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah 69. Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi ( Kawasan Sa'ie ) 70. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ie

PENGERTIAN: Berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.

3.2

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE


71. Keluar ke tempat Sa'ie melalui Babus-Safaa 72. Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga sampai batu-batu bukit. 73. Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah dengan kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah 74. Berlari-lari anak apabila sampai di tempat bertanda lampu hijau. 75. Dalam keadaan berwuduk. 76. Berjalan kaki 77. Berturut-turut 78. Ittiba' pada semua pusingan 79. Berdoa

3.3

SAI'E ( RUKUN )
80. Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. 81. Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e. 82. Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat :

" Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala " 83. Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. 84. Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika berkemampuan. 85. Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud : " Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah " 86. Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambai-lambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa sai'e yang kedua dan doadoa yang lain ( jika termampu ).

BERCUKUR ATAU BERGUNTING

PENGERTIAN: Menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya : 87. Masuk waktu 88. Rambut di kepala 89. Tidak kurang dari 3 helai rambut.

TAHALLUL

Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram. 6 TERTIB
90. Rukun Umrah wajib dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun seperti : 91. Didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, didahulukan Tawaf Rukun dan didahulukan dari Sa'ie.

Tertib pada kebanyakan rukun Umrah

PENGERTIAN WAJIB HAJI/UMRAH

WAJIB HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji/Umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, Haji/Umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syaratsyaratnya. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

7.1

NIAT IHRAM DI MIQAT


92. Bakal-bakal haji/ umrah yang menuju ke Tanah Suci Makkah kerana menunaikan ibadat Haji atau Umrah apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat ihram atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah ia berniat ihram. 93. Sekiranya mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya maka wajiblah ia kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya tidak berbuat demikian boleh juga berniat ihram di situ tetapi berdosa dan dikenakan dam.

7.2

PERKARA - PERKARA LARANGAN SEMASA DALAM IHRAM


94. Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI ) 95. Mengerat atau memotong kuku. ( LELAKI & WANITA ) 96. menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI ) 97. Menebang/ Memotong/ Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram 98. Menutup muka ( WANITA ) 99. Memburu binatang buruan. ( LELAKI & WANITA ) 100. Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA ) 101. Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin. ( LELAKI & WANITA ) 102. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. ( LELAKI & WANITA ) 103. Melakukan pendahuluan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA ) 104. Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA ) 105. Melakukan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA ) 106. Menagggalkan rambut atau bulu. ( LELAKI & WANITA )

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAH

Rukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji dan Umrah.

Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat Haji dan Umrahnya tidak sah. Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosajika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

TAWAF WADA'

10 ZIARAH MADINAH

ZIARAH MADINAH DAN KELEBIHANNYA

Kunjungan jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci tidak lengkap sekiranya tidak menziarahi Kota Suci Madinah. Malah sunat hukumnya sekiranya kita berziarah ke Madinah untuk mendapat fadhilat solat, menziarahi makam Rasulullah saw dan para sahabat serta lain-lain tempat bersejarah. Urusan ziarah Madinah biasanya dibahagikan kepada 2 iaitu ziarah dalam dan ziarah luar seperti berikut:-

KELEBIHAN ZIARAH MADINAH :

Antara kelebihan menziarahi Madinah terlalu banyak yang antaranya :


Kelebihan dalam beribadat :

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :


" Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram "

( Sahih Bukhari dan Muslim )


" Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas dari bahaya nifaq. "

( SahihSunan at-Tarmizi ) Jumhur ulama berpendapat : semua bangunan tambahan selepas zaman Rasulullah saw. adalah termasuk dalam " masjidku ". Ini bermakna sesiapa yang bersolat di mana-mana bahagian tersebut tetap akan mendapat ganjaran seribu kali ganda.
Kelebihan menanggung kesusahan :

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :


" Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya di Hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya. "

( Riwayat Muslim )
Kelebihan meninggal dunia di Madinah :

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :


" Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah "

( Riwayat Ahmad, Tarmizi dan ibnu Majah )

CATATAN : Untuk lebih jelas dan mendalam, sila rujuk lain-lain kitab panduan haji dan umrah dan belajar dengan guruguru agama yang bertauliah sebelum berangkat melaksanakan ibadah ini agar ibadah yang dilaksanakan nanti akan lebih sempurna.

11
1 2

ANTARA KELEBIHAN TANAH HARAM


Bumi kelahiran Rasulullah SAW. Tempat kemuliaan, keamanan dan keselamatan.

120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari. 60 rahmat untuk orang yang Tawaf 40 rahmat untuk orang yang solat 20 rahmat untuk orang yang memandang Kaabah

4 Digandakan 100 ribu kali bagi setiap solat yang dikerjakan di Masjidil Haram. 5 Tiada waktu ditegah untuk melakukan solat sunat.

6 Makkah terpelihara daripada wabak taun dan fitnah Dajjal 7 Banyak tempat mustajab untuk berdoa.

12 ANTARA TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB UNTUK BERDOA


Daripada Al-Hassan al-Basri Rahimatullahu Taala berkata tempat-tempat mustajab doa di Tanah Haram Makkah al-Mukarramah iaitu 15 tempat. Maka disunatkan berdoa dengan bersungguh-sungguh padanya pada tempat-tempat seperti di berikut :-

13 ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana senarai di bawah :13.1 NIAT YANG IKHLAS
107. Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar " Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya". 108. Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas. Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang amalan yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya lagi, apakah yang ikhlas dan betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul tetapi tidak ikhlas juga tiada diterima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah. Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman 109. Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguh-sungguh bertaubat dari segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berterusan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutang-hutangnya, mengembalikan segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hakhak hamba dan dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan membekalkan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi sehingga masa kepulangannya. 110. Mencari Keredhaan 111. Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah dari mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana ibubapanya sudah melakukan maksiat

dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari ihramnya. Walaubagaimana pun jika haji itu haji tatawwu' (sunat ) tiada harus baginya berihram dan jika ia berihram harus bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun suaminya berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali di didalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu tiada dengan segera. Punca Perbelanjaan 112. Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat kepadanya. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak salaf dan khalaf tetapi di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram. Bekalan Yang Lebih 113. Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orangorang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barang-barang yang bermutu baik dan halal serta diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)". Menjauhi Tawar Menawar 114. Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan 115. Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tidak dapat dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika kedua-duanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakan di bawah kadar haknya. 116. Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja makan adalah baik dan elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya jika ia percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak hendaklah makan mengikut keadaan habuannya. Mencari Rakan Dan Teman 117. Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya. Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang berlarutan di antara keduanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah disegerakan perpisahan

dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh dari dapat diterima oleh Allah. Sembahyang Sunat Musafir 118. Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua rakaat sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, Surah AlKafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas. Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir". Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada sebarang waktu terdapat perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya: " Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya". Terdapat juga perkataan Assalafussoleh berkenaan dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu maksudnya : " Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya". Mengucap Selamat Tinggal 119. Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabat-sahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masingmasing saling berdoa di antara mereka. Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan 120. Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan makan minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana jua. Memelihara dari percakapan yang kotor, maki-hamun, mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : " Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya " Berdoa Di Dalam Perjalanan 121. Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua ibubapanya, para kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya". Sentiasa Di Dalam Kebersihan 122. Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang dan orang yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya jika mencukupi syarat-syaratnya. Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji

123. Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia mempelajari khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada mengetahuinya. Sunat dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan orang-orang yang disangkakan mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian penduduk-penduduk Makkah, padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya hajinya tidak diterima.

Source : www.urusanhaji.com 14 ISTIQAMAH DALAM MELAKSANAKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN MENJAUHI SIFATSIFAT TERCELA
SIFAT-SIFAT TERPUJI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Sabar Syukur Ikhlas Redha Rajin Pemurah Ingat mati Bertimbang rasa Taubat Amanah Berjimat-cermat Penyayang Menepati janji Tolong-menolong Bertanggung-jawab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 SIFAT-SIFAT TERCELA Pemarah Takbur Riak Mungkir janji Penipu Pemalas Mengeji Bermegah Bermuka-muka

10 Mengumpat 11 12 Pembohong Mencerca

13 Sombong 14 Kufur nikmat 15 Kedekut 16 Tidak ingat mati 17 Hasad dengki 18 Tidak sabar

19

Mendoakan keburukan kepada saudara sesama Muslim

20 Khianat

15 ADAB-ADAB DI TANAH HARAM


124. Menunjukkan akhlak yang mulia. 125. 2Menyedari diri tetamu Allah, tuhan yang Maha Agung. 126. 3Menyedari perjalanan haji adalah ibadah ( JIHAD ). 127. 4Sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditentukan. 128. 5Menjauhi percakapan dan perbuatan keji. 129. 6Elakkan sikap sombong dan takbur. 130. 7Elakkan menyinggung perasaan orang lain. 131. 8Elakkan pertengkaran. 132. 9Perbanyakkan ibadat seperti tawaf, solat, membaca al-quran, iktikaf, taubat, istighfar, berdoa dan berzikir mengingati Allah. 133. 10semangat tolong-menolong dan berkerjasama

16 SEBAHAGIAN AMALAN-AMALAN YANG DISYORKAN SEWAKTU BERADA DI MASJIDIL HARAM


134. 1Perbanyakkan amalan soleh seperti tawaf dan solat. 135. 2Memandang Kaabah 136. 3Membaca al-quran. 137. 4Berzikir. 138. 5Berselawat ke atas Nabi. 139. 6Jauhi perbuatan makruh dan lagha ( sia-sia ) 140. 7Perbanyakkan ittikaf di dalam masjid 141. 8.Bertaubat

17

PEMASALAHAN JEMAAH WANITA


142. 1Keizinan suami / wali 143. 2Wanita dalam iddah 144. 3Perihal Aurat 145. 4Perihal solat ( solat berjemaah dan solat Jumaat ) 146. 5Perihal haid 147. 6Perihal Istihadhah 148. 7Perihal keputihan/ mazi/ wadi 149. 8Perihal keluar angin 150. 9Pil pencegah haid 151. 10Ibadat Haji dan Umrah ketika Haid

HURAIAN RINGKAS : ( Sila rujuk kepada guru-guru agama wanita yang bertauliah untuk huraian lebih terperinci )

AMI / WALI

Haji

gh

akal

rdeka

kuasa

endiri

ri segi kesihatan dan kewangan

olongan orang lain ( Badal Haji )

ngan izin suami / wali

abrani :

eorang wanita telah melakukan sembahyang wajib 5 waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan,

uah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai. "

yat Imam Ahmad)

Wali

ta berkahwin - izin suami

ta belum berkahwin - izin wali

uami / mahram tidak boleh temankan : gi dengan wanita thiqah us pergi seorang diri jika diyakini aman dan selamat sepanjang perjalanan ( atas diri dan harta ) -Terutama bagi Haji wajib

rgi Berseorangan :

riwayatkan oleh Imam Bukhari dari Adi bin Haitam r.a. bahawasanya Adi berkata: Pada suatu hari ketika saya berada di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang miskin mengadukan nasibnya. Kemudian datang pula yang lain mengadu dirompak orang semasa di dalam perjalanan. Maka baginda bersabda, Hai Adi! Tahukah kamu negeri Hijrah, jawab saya tidak, ya Rasulullah saya tidak tahu. Sabda Rasulullah s.a.w. seandainya umurmu panjang kelak, kamu bakal menyaksikan wanita di dalam haujad (sedekup) berjalan seorang diri dari negeri Hijrah kepada Tawaf ke Kaabah tanpa merasa takut selain hanya kerana Allah.

uzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 25 tahun 2009 :

AM IDDAH Quru'

epas melahirkan anak

mi

ari

Suami meninggal dunia sebelum berangkat ke Tanah suci : WAJIB TANGGUH pemergian.

Suami meninggal dunia dalam perjalanan : HARUS SELESAIKAN rukun & wajib haji

dijaga semasa dalam iddah :

Menyelesaikan ibadat haji dan umrah.

Menunaikan solat di Masjid Haram Dengan syarat bersama perempuan Thiqah dan tidak mendatangkan fitnah.

Membeli barang keperluan asasi.

Menziarahi kawan kerana hajat.

h Perundangan Islam Jld 7 ( Minit Mesyuarat Penyelarasan Guru Agama 1427H/2006 )

tidak boleh dilakukan semasa dalam iddah :

Memakai pakaian yang menarik perhatian dengan niat berhias.

Memakai perhiasan daripada emas, perak dan permata.

Memakai wangian di badan dan pakaian.

Memakai celak kecuali hajat ( seperti sakit mata dsb )

ersolek.

Memakai inai.

Memakai minyak rambut.

h Perundangan Islam Jld 7 ( Minit Mesyuarat Penyelarasan Guru Agama 1427H/2006 )

RAT

zhab :

up aurat kecuali muka dan dua pergelangan tangan ketika bersama dengan bukan muhrim kerana bimbang menimbulkan fitnah.

olat :

am Syafi'e : Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka, bahagian belakang tangan dan telapaknya.

t Perempuan :

dapan muhrim / wanita mu'minah Auratnya antara pusat dan lutut.

dapan lelaki ajnabi Auratnya seluruh tubuh kecuali dua pergelangan tangan dan muka.

dapan wanita fasik dan kafir. Auratnya seluruh tubuh kecuali dua pergelangan tangan dan muka.

ah tutup aurat :

Menjaga kehormatan dan maruah diri.

Menjaga tingkah laku dan perbuatan.

Mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Mewujudkan perhubungan yang harmonis sesama manusia.

Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

Menggambarkan umat Islam yg patuh dan taat.

up aurat :

ebal, tidak jarang dan tidak ketat Yang tidak kelihatan bentuk tubuh Kain tebal @ kulit @ kertas yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang tidak menjelaskan sifatnya.

endapat Imam Syafi'e : Syarat penutup aurat ialah yang tidak menjelaskan warna kulit

AT

aah

DARI IBNU UMAR R.A. BERKATA : Sabda Rasulullah, Sembahyang berjemaah lebih AFDAL daripada solat sendiri dengan 27 DARJAT.

HUKUM : sunat muakkad kecuali bagi orang yang uzur syarie

mam Nawawi : Harus wanita pergi ke masjid dengan syarat; Jangan memakai bau-bauan & perhiasan. Jangan memakai gelang yang berbunyi. Jangan berpakaian megah dan mewah. Jangan bercampur baur dengan lelaki. Tidak menyerupai lelaki atau seumpamanya yg mendatangkan fitnah. Aman dalam perjalanan.

llah s.a.w. : Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh setiap muslim dengan berjemaah kecuali 4 jenis manusia :

Hamba sahaya yang dimiliki.

Anak-anak.

Perempuan

Orang sakit

Hukum wanita adalah Harus & tidak perlu solat Zohor.

Walaupun pahala sembahyang berjemaah di Masjid Haram 100,000 kali ganda, tetapi kesesakan dan percampuran lelaki dan perempuan boleh kemabruran haji )

Mengalir

Darah tabi'ie yang keluar dari rahim wanita yang sihat dan sudah baligh, pada masa tertentu bukan disebabkan sesuat

WARNA DARAH Hitam Merah Perang / Coklat Kuning Keruh

SIFAT DARAH Tebal / Kesat / Busuk Busuk Kesat Tidak kesat Tidak busuk

a Saidatina Aisyah r.a :

nita menyalakan lampu di waktu malam untuk melihat darah dalam kemaluannya. Aisyah berkata; ' Semasa Rasulullah saw, kami tidak ditaklifk up sekadar dengan menyentuh darah, yakni tidak berlaku melainkan setelah darah keluar dari kemaluan."

Darah keluar dengan sendiri

Tanpa paksaan

Di permukaan kemaluan

anita :

ermula umur 9 tahun hijrah.

mur putus haid tidak ada ketentuan had masa. Selagi hidup selama itulah dia kedatangan haid, - kebiasaannya ialah pada umur 62 tahun.

mur putus haid berdasarkan kepada uruf setempat : Wanita Malaysia 45 hingga 55 tahun.

arah yang keluar selepas umur 55 tahun atau setelah putus haid 6 bulan berturut-turut. Hendaklah membuat pemeriksaan doktor pakar.)

( Imam Shafi'e ) :

EMPOH MINIMUM

- 1 hari 1 malam ( 24 jam )

EMPOH MAKSIMUM - 15 hari15 malam

EMPOH KEBIASAAN - 5,6,7,8,10 hari 5,6,7,8,10 malam

Sila catat dan simpan hari kitaran haid dalam buku catatan bermula dari 3 bulan sebelum keberangkatan...

ruhan :

" Warna kuning dan keruh pada hari-hari haid itu adalah HAID." asar al Muzani )

keruh

ukan dalam tempoh kebiasaan haid;

Boleh mandi dan melakukan tawaf.

ara haram semasa haid dan nifas:

m bersuci untuk tujuan ibadat ; sama ada hadas kecil atau hadas besar

ecualian ehkan mandi sunat seperti mandi untuk mengerjakan ihram, wuquf, melontar jamrah. ullah s.a.w. bersabda kepada Aisyah tentang haid. Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf.

m Solat : sama ada solat fardhu, sunat & qadha (Persepakatan fuqaha)

ullah s.a.w. bersabda : Apabila haidmu datang, hendaklah kamu tinggalkan solat. ullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada Aisyah : Adakah wanita haid mengqadha solat? Aisyah menjawab : Ada ng Huriyyah (nama kabilah). Sesungguhnya kami datang haid semasa hayat Rasulullah s.a.w. maka kami tidak mengqadhakan dan tidak diperin akannya.

m puasa ; sama ada wajib, sunat, qada, & nazar.

Hadis Seorang wanita bertanya kepada Aisyah r.a. : Kenapa wanita haid mengqadakan puasa dan tidak mengqadakan solat? Aisyah menjaw kian telah berlaku kepada kami, diperintahkan mengqadakan puasa dan tidak mengqada solat.

m melakukan tawaf

Hadis : Sesungguhnya haid itu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada wanita anak Adam, engkau buatlah perkara-perkara yang dilaku yang mengerjakan haji kecuali Tawaf di Baitullah.

m Membaca Quran

ha sepakat : Harus berzikir ayat-ayat al-Quran yang dijadikan zikir seperti basmallah, ayat kursi, mathurat, 3 qul dan lain-lain.

m Menyentuh dan Membawa al-Quran

ha sepakat tidak termasuk dalam pengertian mashaf adalah kitab fiqh, tafsir, quran terjemahan. Boleh membawa quran di dalam beg yang terd oleh menunjuk dan membuka quran dengan alatan seperti kayu, pensil dan lain-lain.

m Tinggal atau Duduk dalam Masjid

l-Quran surah An-Nisa : 43 n jangan pula kamu hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan junub kecuali bila kamu sedang melintas sahaja sehingga bersuci. lalu atau melintasi masjid ketika haid Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Aisyah : Ambillah untukku selendang dalam masjid. Aku menjawab se atang haid. Rasulullah bersabda haidmu bukan berada pada tanganmu.

ara boleh dilakukan semasa haid & nifas :

ndi sunat ihram / zikir

niat ihram

albiah

ahallul/ bergunting

e dengan syarat-syaratmya

quf di Padang Arafah

ontar Jamrah

malam di Muzdalifah & Mina

HADHAH

ah yang keluar dari kemaluan wanita

ah yang melebih tempoh maksimum haid 15 hari

nya :

b mandi selepas tempoh haid berhenti.

wudhuk setiap masuk waktu solat

uduk untuk 1 solat fardu dan beberapa solat sunat

u 7 pusingan tawaf ( rukun / sunat ) dan beberapa solat sunat selepasnya.

ah yang keluar dari kemaluan wanita selain dari ketiga-tiga jenis ( Haid/ Nifas/ Istahadhah ).

ah yang keluar sebelum tempoh haid atau sekurang-kurangnya masa suci antara dua haid.

etengah fuqaha berpendapat : Kedua-dua darah penyakit, bukan haid. Darah istihadhah mengiringi maksimum darah haid dan darah yang kurang dari minimum haid ( 24 jam ). Darah fasad ialah darah yang keluar bukan dalam tarikh sebenar masa wanita datang haid.

'

maksud : Tempoh suci hari-hari haid

dapat Imam Syafie : Bersih dari darah (tidak keluar darah) pada hari-hari haid adalah dikira sebagai suci dengan syarat tempoh suci mesti atau le am ( 24 jam )

sulitan yang akan timbul seperti:

k sempurna ibadat Tawaf tidak sah

anggar pantang larang dalam ihram

a bayar dam

ah :

Datang haid pada 23 Zulkaedah ( Zuhur ) Suci pada 2 Zulhijjah ( Maghrib ) - Tempoh haid selama 9 hari Boleh mandi wajib dan boleh sembahyang. Jangan tawaf dahulu, tapi tunggu selepas 24 jam - 03 Zulhijjah ( Isya' ) Kalau tiada haid : Boleh tawaf - Tengah malam ( 3 pagi ) Periksa kali kedua ( tiada )) Boleh bertahallul ( bergunting )

Soalan :

Seorang jemaah telah kering haidnya setelah 5 hari didatangi haid. Kemudian beliau mandi hadath pada 9.00 pagi da saie dan tahallul umrah. Setelah kembali ke hotel pada 10.00 malam, didapati ada kesan darah haid pada seluarnya.

Jawapan : -

Tempoh suci hanya 13 jam sahaja bukan 24 jam Rukun umrah tidak sah Bayar dam kerana langgar pantang larang ihram (tahallul) Ulang semula rukun umrah tawaf, saie & tahallul

UTIHAN / MAZI / WADI pekat berwarna putih yang keluar dari faraj wanita.

endapat : Hukumnya batal wudhu' sebab ianya najis termasuk :

( keluar apabila syahwat teransang )

( Keluar selepas buang air kecil kerana terlalu penat )

suci :

n, Daaim al-hadath & Darah Istihadhah :

an waktu solat telah masuk.

h faraj dengan bersih.

tuala wanita / Pantyliner wudhu'

haja aku berwudhu' wajib / menunaiikan fardhu wudhu' kerana Allah swt )

ntuk satu fardhu & beberapa sunat.

ntuk 7 pusingan tawaf & baca al-quran.

ud daripada Sayidatina Aisyah r.a. :

llah saw. " Mandilah, kemudian berwudhu'lah bagi setiap ( waktu ) solat, dan bersolatlah "

n:

Seorang jemaah wanita sedang melakukan tawaf. Ketika tawaf, beliau merasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya tetapi beliau mene saie haji. Kemudian beliau ke bilik air dan dapati tuala wanita tiada kesan darah tetapi lembab dengan cecair putih (keruh). Apakah hukumny

Rukun haji (tawaf & saie) tidak sah Wudhu batal kerana cecair keluar dari kemaluan (keputihan / wadi)

Basuh kemaluan & berwudhu semula Ulang semula rukun haji tawaf & saie

UAR ANGIN

daripada qubul wanita / zakar lelaki :

uar daripada permukaan faraj / zakar

tal wudhu'

ya berada di dalam tetapi tidak keluar

ak batal wudhu'

H HAID

digalakkan kerana ia tiada jaminan untuk menyelesaikan masalah.

wan kejadian Allah swt

bangi akan timbul kesan sampingan yang lain.

MASALAH :

trah (semula jadi) dari Allah. Kedatangan haid tidak mendatangkan masalah semasa mengerjakan haji dan umrah melainkan Tawaf. Seandainya ami masalah haid yang berlarutan adalah dinasihatkan berjumpa dengan Guru Agama wanita dan doktor yang bertugas. Jemaah juga diminta pe erzikir daripada Allah.

DAN UMRAH KETIKA HAID

dan wajib Haji/ Umrah boleh dilakukan kecuali :

waf di Baitullah

lat fardhu / sunat

rumitan :

Haid :

AN WANITA HAID :

NIAT IHRAM Wajib bagi wanita dalam Haid / Nifas Di Miqat di Qarnul Manazil / Bir Ali

KUF DI ARAFAH Boleh bagi wanita dalam Haid / Nifas - Buat amalan - Banyakkan zikir / doa - Baca al-Ma'thurat

WAF Haram bagi wanita dalam Haid / Nifas

E Boleh bagi wanita dalam Haid/ Nifas kerana kawasan Saie ( Safa dan Marwah ) bukan berada dalam kawasan Masjid

ALLUL Boleh bagi wanita dalam Haid / Nifas

BIT / BERMALAM DI MUZDALIFAH Boleh bagi wanita dalam Haid / Nifas Sunat kutip anak batu ( 7 + 63 biji ) Sembahyang Jama' Tamam - Maghrib & Isya ( 3 rakaat & 4 rakaat )

LONTAR JAMRAH KUBRA / MABIT DI MINA & MELONTAR KETIGA JAMRAH ( KUBRA, WUSTA & SHUGRA ) Boleh bagi wanita dalam Haid / Nifas Tidak boleh wakil tanpa uzur syar'ie ( Kebenaran doktor ) SOLAT QASAR, JAMA' DAN SOLAT MENGHORMATI WAKTU

SOLAT JENAZAH Hukum : FARDHU KIFAYAH

Wanita juga boleh menunaikan solat jenazah berjemaah bersama-sama lelaki.

Biasa ditunaikan selepas solat fardhu RUKUN SOLAT JENAZAH 1 2 3 4 5 6 7 Niat mendirikan solat jenazah. Berdiri bagi yang berkuasa. 4 kali takbir. Membaca al-Fatihah. Membaca selawat ke atas Nabi S.A.W ( Selepas takbir ke dua ). Doa ke atas mayat ( Selepas takbir ke tiga ). Salam.

IBADAH UMRAH MEMBAZIR

Friday, April 28, 2006 http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/04/ibadah-umrah-membazir.html

Sejak akhir-akhir ini ibadah umrah sudah menjadi trend melancung. Ia satu budaya melancung bentuk baru atas nama ibadah umrah. Ramai umat Islam menganggap melancung cara ini adalah yang terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata. Tetapi ada hal lain yang umat Islam tidak sedar betapa beribadah seperti ini satu permbaziran amalan. Kerana terlampau ghairah hendak melakukan ibadah dalam bentuk ini, umat Islam telah membelakangkan beberapa perkara asas di dalam Islam, asas fardu ain, asas fardu kifayah, asas bersedekah, asas amal jariah dan asas jihad atas nama Pokok Kebajikan. Puncanya tentulah kerana sebahagian besar umat Islam menerima ilmu ini kurang tepat, disalah tafsir oleh tuan-tuan guru kerana ada kepentingan, fahaman sekular agensi-agensi pelancung yang mengguna tanda nama ibadah umrah sebagai pancing dan umat Islam sendiri kurang pengetahuan falsafah ibadah, falsafah kebajikan, bertolongan dan jihad, mabuk dengan erti tafsiran kemuliaan Kaabah dan tersihir dengan nama jenama Mekah. Dalam ertikata yang lain, ribuan umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia menyongsang amalan ibadah; dari sunat menjadi wajib dan mabuk dengan ganjaran pahala yang sesekali tersalah sasar dengan syariat dan hadis sendiri. Ada kala soal bid`ah menjadi amalan adat lalu mendakwa kononnya adat itu sendi agama. Malah khurafat juga sering menjadi amalan tahunan, upacara perasmian, yang dianggap di sisi agama tidak apa-apa. Tulisan ini bukan bertujuan mengutuk umat Islam yang melakukan ibadah umrah, tetapi apabila ibadah umrah ini dilakukan setiap tahun dengan alasan ini wang aku atau engkau apa peduli maka inilah sebenarnya tulisan ini ditulis. Umrah ertinya mengunjungi Baitullah untuk melaksanakan ibadah Tawaf, Sa`ei serta amalan lainnya demi mematuhi perintah Allah dan mengharap keredaannya pada waktu yang tidak ditentukan. (1)Menurut Kamus Istilah Fiqh, hukumnya fardu ain bagi orang yang mampu, untuk pertama kali melaksanakannya atau kerana nazar. Dan hukum sunat apabila umrah itu dilaksanakan untuk yang kedua kalinya dan seterusnya.

(2) Umrah, mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang lebih diakui dalam Mazhab Maliki, ia adalah sunat mu`akad. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah dari riwayat Jabir bagaimana seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w. meminta penjelasan adakah umrah itu wajib? Rasulullah menjawab tidak tetapi jika dilakukan adalah baik (3)Di kalangan ulama Syafi`i dan ulama Hanbali, hukum mengerja umrah adalah fardu seperti fardu haji kerana berdasarkan firman Allah: Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah... Al Baqarah ayat 196. Selain dari berpegang pada firmah Allah di atas, ulama yang berpegang pada hukum tersebut pastinya berpegang juga pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah. Menurut riwayat, Aisyah telah bertanya kepada Rasulullah adakah orang perempuan wajib berjihad? Rasulullah menjawab ya tetapi tidak secara berperang sebaliknya mengerja haji dan umrah. (4)Apa yang sebenarnya berlaku tentang umrah ini? Mengenai turunnya ayat 196 surah AlBaqarah , beberapa peristiwa telah berlaku, di antaranya seorang lelaki memakai jubah yang harum semerbak dari wangian Zafaran mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah, apa yang harus aku lakukan dalam menunaikan umrah? Maka turunlah ayat tersebut dan Rasulullah pun bersabda menyuruh lelaki yang bertanya tadi menanggalkan baju wanginya, membersihkan hidung, mandi kemudian kerjakan apa yang biasa dikerjakan pada waktu haji. (5) Bagaimana pun dalam kitab empat mazhab, di dalam mana-mana tafsir, kitab-kitab hadis dan di dalam buku Tabung Haji dalam bab haji dan umrah: haji dan umrah adalah ibadah fardu ain sekali dalam seumur hidup, seperti juga wajib menunaikan haji sekali dalam seumur hidup. Tidak ada satu mazhab pun mengatakan umrah mahupun haji wajib diulang- ulang. Tetapi umat Islam mutakhir ini terutama dari golongan yang berpendapatan sederhana hingga golongan mewah, umrah sudah menjadi trend ibadah yang melampaui dari mengerja haji, menyonsang sunat kepada wajib. Golongan artis kerana rezeki show yang bertalu-talu, sering berbelanja mengerjakan umrah, kemudian pulang dengan cerita-cerita yang karut marut, yang menggambarkan mereka adalah insan istimewa menjadi tetamu Kaabah. Golongan korporat, elit sering juga berumrah kerana di sanalah tempat mereka meminta. Orang-orang politik yang hampir muflis politiknya juga menjadikan umrah destinasi bernazar dan pulang seolah-olah menjadi insan kamil. Sebenarnya golongan ini, jauh terkeliru antara sunat dan tuntutan, tanggung jawab sesama umat. Golongan ini berpegang dengan melakukan sunat individu lebih penting dari tuntutan sejagat. Dasar agama menurut Qur`an, haji dan umrah diwajibkan sekiranya mampu. Melalui surah Al-Imran ayat 97, Al-Haj ayat 27,28,29, Al-Baqarah ayat 196, 197 adalah hujahnya. Ada sembilan hadis yang menganjurkan mengerja umrah tetapi tidak disuruh mengulangi setiap tahun. Bagaimana pun ramai umat Islam telah tersalah sasar, keliru dengan hukum ini sehingga ternyata teralpa tentang keperihatinan, tidak bersifat ehsan, tidak merasa tanggung jawab.

Tuan-tuan guru masih bermain dengan ceramah dan kuliah bagaimana hendak melakukan ibadah ini untuk melipat gandakan pahala sedangkan pahala itu semuanya dalam bentuk pahala individu. Statistik Lembaga Tabung Haji, setiap tahun umat Islam menunaikan ibadah haji seramai 25 ke 26 ribu. Sebanyak 4.9 juta pendeposit di dalam Tabung Haji. Pendapatan Tabung Haji mencecah RM838 juta dan untung pula sebanyak RM500 juta. Umat Islam di negara kita mengerjakan umrah setiap tahun, melalui penerbangan MAS: Satu penerbangan 400 orang, 3 kali seminggu menjadikan 1,200 orang. Manakala penerbangan Arab Saudi dan lain-lain 2 kali seminggu. Satu penerbangan 400 orang, menjadikan 800 orang seminggu. Jumlah keseluruhan, lebih kurang 2,000 jemaah setiap minggu.Setahun ada 52 minggu. Apabila seramai 2,000 jemaah, bererti 104,000 jemaah Malaysia mengerjakan umrah setahun.Purata perbelanjaan mengikut pakej yang biasa, seseorang perlu membayar RM4700 (tidak termasuk membeli belah) Jika seramai 104,000 jemaah berbelanja RM4700 setiap orang, bererti umat Islam berbelanja mengerjakan umrah RM488.8 juta, iaitu hampirt setengah bilion. Jika selama lima tahun berturut-turut, umat Islam berbelanja RM5 bilion.Persoalan sekarang, apakah ibadah sunat ini selaras dengan tuntutan Islam, sedangkan Qur`an dan Hadis telah meletakkan kewajipan, tanggung jawab, keperihatinan, kepekaan, pertolongan, kerjasama, bersedekah, beramal, menderma, membantu, beramal jariah, mengatasi bencana, berjihad, membasmi fuqarak, masaakin? Perkara-perkara di atas adalah tuntutan-tuntutan yang melebihi sunat terhadap individu Muslim dan bersifat sejagat dan memenuhi konsep Ta`awun, Aun, amal jariah, khairat, bersedekah dan yang lebih utama berjihad, sama ada dengan harta atau nyawa. Ta`awun ialah sikap bertolong menolong. Manakala `Aun ialah memberi bantuan.Oleh yang demikian, di antara Ta`awun, `Aun, amalan dan tanggung jawab yang bersifat sejagat dengan ibadah sunat dalam bentuk individu, manakah yang lebih penting? Tuan-tuan guru, buku-buku agama, agensi-agensi pelancongan dan umrah, para dakwah malah Tabung Haji sendiri tidak melebarluaskan konsep ini, sebaliknya dikhabarkan pahalapahala yang banyak kalau mengerjakan umrah. Di dalam Islam, konsep Ta`awun, konsep `Aun ( tolong menolong dan memberi pertolongan) adalah dasar ketiga secara umum di dalam Islam. Surah Al-Baqarah ayat 177, melalui tafsirnya diberi tajuk: Pokok Kebajikan, berbunyi: Bukanlah termasuk golongan kebajikan yang mengadap muka ke arah timur dan barat, tetapi yang termasuk golongan kebajikan ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikatmalaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, memberikan bantuan harta yang disayangi kepada kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin, orang-orang yang terlantar dalam perjalanan, peminta-peminta dan memerdekakan hamba, mengerjakan solat, menukaikan zakat, menepati janji, sabar menderita terutama ketika perang. Itulah orang-orang yang benar keimanannya dan itu pulalah orang-orang yang taqwa

(6)Manusia yang perihatin tentang pokok kebajikan ini ditegaskan oleh Al-Quran sebagai orang yang berbuat kebajikan atau ihsan, yang dinamakan sebagai Muhsinun: Surah Asy Syafaat ayat 61, Al-Baqarah ayat 195, surah Al-Imran ayat 134, Surah Al-Maidah ayat 13,85,93 dan ada 12 surah lagi yang menyebut tentang bagaimana umat Islam perlu berbelanja kepada kebajikan yang bersifat manusawi, global atau sejagat. Pokok Kebajikan juga disebut oleh Al-Quran dengan istilah Munfiqin, iaitu orang-orang yang berinfaq, Abrar. Berbelanja harta ke jalan Allah adalah amalan sejagat, bersifat global. Pahalanya melebihi dari amalan berbentuk individu. Umrah adalah ibadah bersifat individu. Ia sama dengan solat sunat, zikir seribu kali dalam sehari. Amalan berbentuk individu pahalanya tidak berkembang. Dua rekaat solat sunat, pahalanya hanya sekadar dua rekaat atau ganda sepuluh. Akan tetapi kebajikan dalam bentuk global, seperti infaq ke jalan Allah, melakukan pokok kebajikan, ia seperti sebiji benih yang tumbuh, berbuah pada ratusan tangkai dan ratusan ranting dan menjadi pokok yang subur hasil dari benih infaq yang ditanam. Surah Al-Baqarah ayat 261 adalah buktinya: Perumpamaan orang-orang yang menafkah (infaq: meliputi belanja kepentingan jihad, pembangunan perguruan,rumah sakit, usaha penyelidikan dan lain-lain) hartanya ke jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang mengeluarkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha mengetahui. (7)Dalam terminologi Al-Quran disebut Khair, Thoiyibah. Manakala orang yang berhak menerima infaq ini termasuklah Waalidin, Aqrabin, Yataama, Masaakin, Ibn Sabil dan Fuqarak. Mendapat balasan dari Allah dalam hal pokok kebajikan ini bukan saja diperintah kepada golongan berada, kaya tetapi juga kepada orang-orang yang disempitkan rezekinya dengan cara tidak memboros, membazir dan kikir. Ia sama penting dengan perintah mengeluarkan zakat. Melalui hadis-hadis juga banyak dinyatakan tentang pokok kebajikan ini. Di antaranya dalam kitab Mustika Hadis jilid 3 terbitan Bahagian Hal Ehwal Jabatan Perdana Menteri dalam bab Hak Yang Diwajibkan Pada Harta Golongan Hartawan, kalau zakat harta masih tidak mencukupi keperluan fakir miskin, maka golongan hartawan, selain dari membayar zakat hartanya, diwajibkan lagi memberi satu jumlah yang tidak ditentukan yang dapat mencukupi keperluan kaum fakir miskin dalam masyarakatnya. Ada 34 hadis yang menerangkan betapa Pokok Kebajikan seperti ini perlu diinfaqkan. Tapi malang, golongan yang menganggap ibadah umrah saban tahun lebih penting dari ibadah bersifat nasional, internasional atau sejagat. Maka berbetulanlah seperti kata hadis, umat Islam akhir zaman hanyalah seperti buih, walaupun dunia sekarang memiliki 2 bilion lebih umat Islam. Tentulah umat Islam seperti ini tidak pernah sensitif untuk dibelanjakan ke arah tuntutan global atau untuk sebuah perjuangan, untuk sebuah khemah pelarian, untuk sehelai selimut mangsa tanah runtuh atau sekeping roti untuk kanak-kanak di Sudan, sedangkan pahalanya berkembang bagaikan air melimpah ruah membasahi seluruh tanah kering kontang. Mereka seperti tidak pernah terbayang bagaimana membiayai seorang pelajar yang terkandas, kemudian pelajar itu berjaya, ia akan menyibarkan ilmunya kepada seluruh anak bangsanya, sedangkan di antara saham hanyalah RM1000.

Bukankah pahala itu pahala yang hidup?Tapi realiti sebaliknya. Masih ramai menganggap Lu apa peduli, ini duit aku! Tulisan ini tidak sekali-kali menafikan betapa umrah satu ibadah yang statusnya fardu ain. Tetapi kita haruslah sedar letak duduknya hukum fardu ain. Umrah tidak seperti solat, tidak seperti puasa. Ia adalah kelendan haji. Apa yang kita persoalkan, dalam masa yang sama, tuntutan-tuntutan lain yang perlu umat Islam atasi tidak terlaksana, seolah-olah umat Islam tidak ada kaitan dan tanggung jawab antara satu sama lain. Sedangkan dalam Islam, manusia adalah sentral sasaran ajarannya, baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam. Tapi yang paling kompleks adalah yang kedua, iaitu antara manusia dengan manusia. Untuk itulah Islam mengajar konsep-konsep mengenai kedudukan, status, hak dan kewajiban, tanggung jawab bersama. Sungguh malang, umat Islam berbelanja disebalik nama ibadah tetapi isinya ialah membazir, kedekut, bakhil. Semua ini kerana kejahilan nilai dan kekeringan ajaran ihsan. Ajaran amal solleh tidak pernah ditafsir secara falsafah, ia hanyalah merupakan perwujudan prestasi seseorang atau individu. Empat amalan yang statusnya sunat(umrah), yang juga bukan tuntutan wajib berulang-ulang, ia hanyalah trelar kosong bersama sebuah lori membawa 8 amalannya (haji) jika dibanding dengan RM1000 x 2,000 jemaah sebulan untuk membiayai seorang anak nelayan untuk melanjutkan pelajaran. Perbezaan Amalan Umrah Dan Haji Umrah Berihram Dan Niat Umrah Mengerjakan Tawaf Sai Dari Safa Ke Marwah Tahallul (Memotong Rambut) Haji Berihram Dan Niat Haji Memasuki Mekah (Miqat), Tawaf Qudum Tawaf : Qudum, Ifadah Dan Wida Sai Antara Safa Dan Marwah Wukuf Di Arafah Bermalam Di Muzdalifah Melontar Jamrah Tahallul Sembelih Qurban Di mana cacatnya kefahaman ini. Kuasa berbelanja ke arah membazir yang dianggap ibadah diteruskan dengan harapan dapat mengukuhkan kontek vertikel: Hablum minanallah ( tali hubungan dengan Allah) sedangkan horizontalnya: Hablum minannas (hubungan sesama manusia) seperti bukan satu hakikat hidup yang penuh tanggung jawab. Pada hal itu adalah anjuran Allah, konsep ihsan dalam Islam.

Sangat-sangat malang kebanyakan umat Islam menganggap umrah adalah ibadah mahdhah atau sangat murni. Sememangnya ibadah umrah itu murni, tetapi apabila sebahagian umat Islam menafikan kemurnian amal yang lain, apa lagi dengan berbelanja untuk orang lain, ini sangatlah mendukacitakan, seolah-olah ia satu ibadah yang dikonotasikan sebagai yang tidak peduli terhadap nilai sosial. Siapakah yang bertanggung jawab merealisasikan hak kesamaran nilai Pokok Kebajikan dengan konsep Hablum minannas terhadap sebahagian umat yang mabuk dengan ibadah serampang dua mata ini? --------------------------------------------------------

Khazannah Istilah Al-Quran- Rachmat Taufiq Hidayat, Penerbitan Mizan (Rujuk surah 3 ayat 97, surah 2 ayat 196-203, surah 22 ayat 26-37:) Kamus Istilah Fiqh-M.Abdul Mujieb, Mabrusi Thoalhah, Syafi`ah Am, PT Pustaka Firdaus. Fiqh Perundangan Islam III- Wahbah Al Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka. Maksud hadis dari riwayat Ibnu Majah, Baihaqi dengan sanad yang sah. Asbabun Nuzul K.H.Qamaruddin Shaleh, H.A.A. Dahlan, Drs M.D.Dahlan, Diponogoro Bandung. Terjemahan & Tafsir Al-Quran Bachtiar Surin, Majlis Ulama Indonesia. Qur`an dan Terjemahannya Khadim Al-Haramain asy Syafirin. Posted by Tukya at 9:05 PM
MIQAT Ertinya ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada dua : 1- Miqat Zamani ( ketentuan masa ) MIQAT ZAMANI BAGI HAJI

Firman Allah yang bermaksud: " Masa untuk mengerjakan haji iru ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ( dengan niat mengerjakan ) ibadat haji itu maka tidaklah boleh menyetubuhi isteri dan tidak boleh berbuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji." ( Al-Baqarah : 197 ) Miqat zamani bagi Haji ialah bermula dari 1 haribulan Syawal hingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijjah. Ininah yang dinamakan bulan-bulan Haji. Tidak sah ihram Haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ihram Umrah. MIQAT ZAMANI BAGI UMRAH

Miqat Zamani bagi Umrah ialah sepanjang masa selain dari masa ia sedang berihram haji.

2- Miqat Makani ( ketentuan tempat ) Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a yang bermaksud Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah ialah Zulhulaifah, bagi penduduk Syam ialah Juhfah, bagi penduduk Najd ialah Qarnul Manazil, bagi penduduk Yaman ialah Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang-orang yang datang melaluinya dari negeri-negeri lain yang hendak menunaikan Haji dan Umrah. Bagi mereka yang tinggal di tempat yang kurang jarak jauhnya dari kawasan miqatnya yang ditentukan itu maka miqat mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Makkah miqat mereka ialah di Makkah juga.

MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH BAGI PENDUDUK DI LUAR MAKKAH

Miqat Makani Haji dan dan Umrah bagi penduduk di luar Makkah ialah : Yalamlam Miqat bagi penduduk Yaman, India dan negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia dan Indonesia yang dalang melalui kapal laut. Yalamlam ialah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah di dataran Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Makkah lebih kurang 89 kilometer. Zulhulaifah ( Bir Ali ) Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 450 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari Madinah. Al-Juhfah ( Berdekatan Rabigh ) Miwat bagi penduduk-penduduk Syam, Mesir, Maghribi ( Morocco ), negeri Sepanyol dan negeri-negeri dari arahnya, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 187 kilometer. Qarnul Manazil Miqat bagi penduduk-penduduk Kuwait, Najd, dan bakal-bakal Haji yang datang dengan kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jarak jauhnya dengan Makkah

lebih kurang 94 kilometer. Zatu Irqin Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Makkah lebih kurang 94 kilometer. MIQAT MAKANI BAGI HAJI DAN UMRAH PAGI PENDUDUK SETEMPAT MAKKAH

Bagi penduduk Makkah, miqat makani Haji mereka adalah di rumah mereka sendiri. Namun begitu, tempat berniat ihram umrah bagi penduduk Makkah dan juga bagi orang yang berada di Makkah ialah di Tanah Halal yang lebih baik, iaitu : Ja'ranah Lebih kurang 22 kilometer dari Masjidil Haram Tan'aim Lebih kurang 5 kliometer dari Masjidil Haram Hudaibiyah ( Syumaisi ) Lebih kurang 29 kilometer dari Masjidil Haram

PERINGATAN

Mana-mana bakal-bakal haji yang berangkat ka Tanah Suci sama ada dengan kapal laut atau kapal terbang atau melalui daratan dengan a. menyeberangi atau melintasi negeri-negeri lain hendaklah berniat ihram Miqat Makani bagi penduduk-penduduk negeri-negeri yang dilaluinya itu. Misalnya seseorang bakal haji Malaysia melalui negeri Najd hendaklah berniat ihram di Qarnul Manazil.

Disunatkan mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat ihram. Apabila tiba miqatnya teruslah berniat ihram, selepas itu b. wajiblah mereka menjaga pantang larang ihram sehinggalah selesai tahallul.

Jemaah haji yang menziarahi Madinah lebih awal ( tidak terus pergi ke Makkah ) tidaklah berihram di Miqat mengikut negerinya tetapi hendaklah c. berniat ihram di Zulhulaifah ( Bir Ali ) iaitu miqat bagi penduduk-penduduk Madinah dan kawasan yang sama dengannya.

Bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan terus ke Makkah eloklah mandi sunat ihram, memakai pakaian ihram dan sembahyang sunat ihram d. di mana-mana tempat sebelum menaiki kapal terbang kemudian berniat ihram untuk mengelakkan daripada tertidur atau terlupa apabila sampai di miqat.

Anda mungkin juga menyukai