Anda di halaman 1dari 5

1. Butiran Temubual Kumpulan 1 : Mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Nama Umur Pekerjaan

: : :

Paul Ngita 55 tahun Bersara

Transkripsi Temubual

Saya

Pada pandangan encik, adakah Hari Natal adalah sambutan yang penting kepada anda?

Paul Saya Paul

: : :

Ya, sangat penting. Mengapa anda merasa sangat penting? Hari Krismas memang penting bagi kita yang beragama Kristian. Hari Krismas merupakan kedatangan Yesus untuk menyelamatkan masyarakat. Sebelum itu, kita akan menyebar berita baik iaitu kedatangan Yesus kepada masyarakat.

Saya

Bagaimanakah sambutan encik semasa zaman kanak-kanak, adakah ia berbeza dengan masa sekarang?

Paul

Ya memang ada berbeza. Semasa kanak-kanak kita tidak mempunyai alat muzik yang berkualiti dan tempat yang selesa untuk merayakan Hari Krismas. Sekarang, zaman sudah berubah menjadi zaman teknologi, maka lagu Krisma dinyanyikan dengan alat muzik yang berkualiti. Banyak aktiviti telah dianjurkan di setiap gereja. Sebelum Hari Krismas dan pada Hari Krisma, kita akan sembayang di gereja. Selain itu, kita akan menontong persembahan yang disediakan oleh gereja.

Saya

Adakah pertukaran hadiah sudah wujud semasa zaman kanak-kanak anda?

Paul

Tidak, semasa itu kita sangat miskin. Kita tidak mampu beli hadiah
1

untuk bertukar dengan orang lain. Tetapi sekarang sudah tidak sama. Kita akan mengajak saudara-mara kita merayakan Hari Krismas di rumah saya. Kita berdoa sebelum memulakan hidangan. Selepas itu, kita menyanyikan lagu Krismas bersama. Kita juga menukar hadiah di antara satu sama lain. Kanak-kanak paling seronok. Saya : Apakah yang akan berlaku bagi kemerosotan nilai ataupun amalan-amalan semasa sambutan tersebut? Paul : Adat dan nilai Hari Krismas adalah bagus kepada orang Kristian. Kita menggalakkan orang kristian menyebarkan Yesus kepada rakan yang di sekeliling kita. Saya pun tidak berani menyatakan amalan atau nilai orang lain telah hakisan. Ia berdasarkan kepercayaan masing-masing. Saya Paul Saya : : : Adakah nilai-nilai ini mesti dikekalkan? Memang mesti dikekalkan. Jadi, pada pandangan anda, untuk mengekalkan nilai-nilai dan amalan-amalan ini, apakah cara yang paling bagus untuk menurutkan nilai atau amalan yang ada kepada generasi yang akan datang? Paul : Gereja akan memberi ajaran tentang Yesus kepada Kristian semasa Sunday School. Selain merayakan Hari Krismas dengan tarian, nyanyian dan lakonan, mereka perlu ingat istilah yang paling penting semasa merayakan Hari Krismas. Saya : Sekian terima kasih.

2. Butiran Temubual Kumpulan 2 : Mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun.

Nama Umur

: :

Rose Kundu Ak. Bedindang 45 tahun


2

Pekerjaan

Suri rumah tangga

Transkripsi Temubual Saya : Kak, pada pandangan anda, adakah Hari Krismas adalah sambutan yang penting kepada anda? Rose Saya Rose Saya Rose Saya Rose Saya : : : : : : : : Kira penting. Kalau tidak kita tidak akan sambut. (Ketawanya) Kenapa anda rasa sangat penting? Kerana ingin mengingatkan Tuhan Yesus Kristus. Bagaimana anda menyambutkan Hari Krismas? Ada pergi gereja sembayang pada hari sebelum, semasa dan selepas. Jadi adakah anda sambut Hari Krismas di rumah? Ada buat sedikit jamuan. Bagaimanakah sambutan pada zaman kanak-kanak anda, adakah berbeza pada sekarang? Rose Saya Rose Saya Rose : : : : : Tidak ingat lagi. Dulu-dulu lain dekat rumah panjang. Bagaimana sambutan di rumah panjang? Sambut dengan ramai-ramai. Sana ada gereja? Tidak ada. Hanya dekat rumah panjang. Kita sambut dengan ramai-ramai. Ada ketua tolong membaca doa. Saya Rose : : Jadi sekarang dengan dulu ada perbezaan? Mungkin ada. Sekarang lebih moden, ada tarian. Sebab sekarang sini ada gereja, sambut di sini, dulu jauh-jauh. Saya : Pada pandangan anda, apakah nilai ataupun amalan-amalan bagi golongan remaja semasa sambutan tersebut? Rose Saya : : Tidak tahu. Taka pa, terima kasih.

3. Butiran Temubual Kumpulan 3 : Mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 18 tahun.

Nama Umur Pekerjaan

: : :

Cecelia Itie Lim 14 tahun pelajar

Transkripsi Temubual

Saya

Pada pandangan anda, adakah Hari Krismas adalah sambutan yang penting kepada anda?

Cecelia Saya Cecelia

: : :

Sangat penting. Kenapa anda rasa sangat penting? Sebab boleh merayakan Hari Krismas bersama dengan orang beragama Kristian.

Saya

Jadi, anda rasa perayaan ini bermakna atau hanya perayaan yang biasa?

Cecelia Saya Cecelia

: : :

Ada makna. Bagaimana anda menyambut Hari Krismas? Pagi pergi gereja, selepas itu berjalan-jalan pergi rumah saudara-mara dan kawan bersama dengan keluarga.

Saya Cecelia Saya

: : :

Perlukah amalan-amalan sambutan zaman dulu dikekalkan? Perlu. Bagaimana untuk mengekalkan sambutan Hari Krismas dengan nilai atau amalan?

Cecelia Saya

: :

Sambut dengan keluarga. Itu sahaja, terima kasih.

4. Kesimpulan Selepas bertemu bual dengan tiga kumpulan yang berlainan umur, mereka mempunyai pandangan yang sama iaitu mereka merasai sambutan Hari Krismas adalah sangat penting bagi mereka. Hal ini disebabkan mereka dapat mengingatkan kedatangan Tuhan Yesus. Berdasarkan pemikiran setiap kumpulan, kumpulan 1 mempunyai pengetahuan yang lebih dalam. Dia lebih mementingkan makna Hari Krismas daripada merayakan perayaan tersebut. Manakala kumpulan 2 merupakan golongan pengikut. Dia hanya mengikuti sambutan yang dibuat oleh gereja. Kumpulan 3 pula lebih pentingkan meraya di rumah kawan. Dalam perbualan, saya mendapati Kumpulan 1 menyampaikan maklumat kepada saya adalah berdasarkan pengalaman mereka. Malah kumpulan 2 dan kumpulan 3 pula hanya mempunyai sedikit pengetahuan tentang Hari Krismas.

5. Reflektif: Setelah menyiapkan tugasan ini, maka saya mendapati bahawa setiap agama mempunyai hakisan nilai atau amalan yang mungkin berlaku. Hal ini disebabkan pengaruh daripada budaya barat, internat dan kehilangan perasaan kepentingan terhadap agama sendiri. Maka kita harus berdaya upaya untuk mengekalkan nilai dan amalan yang sedia pada setiap agama. Sekiranya melihat agama saya, ia juga akan berlaku hakisan nilai dan amalan semasa menyambut Hari Raya agama saya sendiri. Kesemua ini mungkin tidak disedari. Maka, pada pendapat saya, ibu bapa boleh menerang kepentingan bagi setiapa perayaan masing-masing kepada anak-anak terlebih dahulu. Dengan ini, golongan yang muda boleh mengetahui istilah yang lebih jelas sebelum merayai setiap perayaan. Nilai dan amalan tersebut juga dipupuk daripada sekolah iaitu berdasarkan pendidikan agama Islam atau pendidikan moral. Saya sebagai salah satu anggota yang di masyarakat ini, saya juga bertanggungjawab untuk menyebarkan pengetahuan ini kepada rakan sekerja, murid-murid dan keluarga saya.
5