Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR, PASIR HOR, 15100 KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM KOD SEKOLAH: DBA

1084 Tel: 09-7666411 Fax: 09-7666410 email: skpasirhordba1084@gmail.com ___________________________________________________________________________ Rujukan kami: SKPH 700-2/1/1(03) Tarikh : 02 SEPTEMBER 2012 Kepada, Ibu, Bapa, Penjaga, Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Tuan/Puan, MEMOHON SUMBANGAN BUKU TERPAKAI UNTUK PROGRAM WAKAF BUKU PUSAT SUMBER SEKOLAH. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Sumber SK Pasir Hor akan mengadakan Prorgam Wakaf Buku pada 17 September 2012. 2. Program ini bertujuan untuk memperbanyakkan jumlah buku di dalam perpustakaan Sekolah Kebangsaan Pasir Hor. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, jumlah buku di perpustakaan buat masa ini berkurangan berbanding dengan nisbah pelajar. 3. Oleh yang demikian, Pihak Pusat Sumber Sekolah memohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menyumbangkan buku-buku, majalah dan permainan yang berunsurkan akademik. Sila serahkan sumbangan tuan/puan kepada guru kelas masing-masing mulai 4 September 2012. Hadiah akan diberikan kepada kelas yang paling banyak menderma. 4. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, dimaklumkan. Saya yang menurut perintah,

(EN. WAN MAT RANI B WAN ISMAIL) Guru Besar SK Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai