Anda di halaman 1dari 24

Tugasan B Jalankan eksperimen dan jawab semua tugasan dari aktiviti 5,6,8,10 dan 11.

Aktiviti 5 Eksperimen : Jam Matahari

Pernyataan Masalah : Sebelum jam direka, manusia menggunakan bayang-bayang untuk mentafsir masa Tujuan eksperimen : Untuk menyiasat panjang dan kedudukan bayang-bayang

Bahan dan peralatan : Pensil, kertas putih, plastisin Hipotesis : Panjang bayang-bayang adalah paling pendek pada pukul 12 tengah hari. Inferens : Panjang bayang-bayang pada jam 12 tengah hari adalah paling pendek kerana matahari betul-betul tegak di atas kepala.

Pembolehubah: Dimanipulasi : Masa Bergerak balas : Panjang bayang-bayang Dimalarkan : Jenis pensel

Kaedah / Langkah : 1. Panjang pensel diukur dan pensil didirikan menggunakan plastisin dibahagian tengah kertas putih 2. Tandakan pada kertas putih, panjang bayang-bayang pada setiap jam sehingga anda mendapat 6-8 bacaan 3. Rekodkan data dalam bentuk jadual dan sediakan graf yang menunjukkan perhubungan diantara masa dan panjang bayang-bayang 4. Rekod panjang pensil dan jalankan eksperimen ini di kawasan lapang dari waktu pagi sehingga petang (6-8 jam) Dari graf , jawab soalan berikut. 1. Tentukan masa bila bayang-bayang tidak kelihatan 2. Tentukan dari graf bilakah bayang-bayang lebih panjang dari panjang pensil

Keputusan : Panjang pensel ialah 17.5 cm 1. Masa ( j ) Panjang bayang-bayang ( cm )

8 pagi 9 pagi 10 pagi 11 pagi 12 tengah hari 1 petang 2 petang 3 petang 4 petang

20 cm 15 cm 10cm 5 cm 1 cm 5 cm 10 cm 15 cm 20 cm

Jadual 1 Panjang bayang-bayang dari jam 8 pagi hingga 3 petang

Panjang arah bayang-bayang


25 Panjang bayang-bayang ( cm ) 20

15

10

0 8 pagi 9 pagi 10 pagi 11 pagi 12 tengah hari Masa ( j ) 1 petang 2 petang 3 petang 4 petang

Panjang arah bayang-bayang

Graf 1 Panjang bayang-bayang melawan masa dibina berdasarkan data yang diperolehi.

Perbincangan 1. Pada waktu bilakah bayang-bayang tidak kelihatan ? Pada jam 12 tengah hari sewaktu matahari berada tegak di atas kepala. 2. Pada waktu bilakah bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel? Bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel pada pukul 8 pagi dan 4 petang,iaitu 20 cm.

Kesimpulan Panjang dan kedudukan bayang-bayang dipengaruhi oleh masa dan kedudukan matahari.

10 pagi

11 pagi

12 tengahari

Aktiviti 6 MEMBUAT INFERENS Baca pemerhatian dibawah. Selepas itu buat inferens untuk menerangkan setiap pemerhatian. Terdapat lebih dari satu penerangan yang logik ke atas sesuatu pemerhatian. Inferens yang anda buat mungkin betul dan mungkin salah dan ia perlu diuji.

Pemerhatian 1: Anda perhatikan langit semakin gelap. Inferens anda : 1. Jerebu yang tebal 2. Gerhana Matahari berlaku 3. Pembakaran terbuka Pemerhatian 2: Pengetua memanggil dan ingin berjumpa bseorang pelajar dari kelas anda Inferens anda: 1. Murid itu ditawarkan biasiswa 2. Murid itu mendapat keputusan yang cemerlang 3. Kes kecemasan Pemerhatian 3: Semua pelajar membawa bekalan makanan ke sekolah Inferens anda: 1. Kantin ditutup 2. Amalan / Kempen berjimat cermat 3. Kempen kitar semula Pemerhatian 4: Bekas ahli pemusik rock pemain mempunyai masalah pendengaran serius Inferens anda: 1. Muzik yang terlalu kuat 2. Gegendang telinga rosak 3. Kerana kes kemalangan

Pemerhatian 5 : Anda meninggalkan panggung wayang dan mendapati kawasan persekitarannya basah Inferens anda: 1. Saluran paip di kawasan itu pecah 2. Lori membawa tangki air mengalami kemalangan 3. Banjir kilat Pemerhatian 6: Bila berjabat tangan dengan pekerja sekolah itu, anda dapat merasa tapak tangannya kasar dan keras. Inferens anda: 1. Tidak menggunakan losyen 2. Kerap melakukan kerja kasar 3. Masalah kulit Pemerhatian 7: Lampu dalam bilik kelas padam. Inferens anda: 1. Bekalan elektrik terputus 2. Masalah pendawaian wayar 3. Enjin jenerator kehabisan minyak

Pemerhatian 8: Kedengaran bunyi siren sedang melalui kawasan sekolah Inferens anda: 1. Ada kemalangan berlaku 2. Adengan kejar mengejar polis dengan penjenayah. 3. Membawa orang kenamaan.

Aktiviti 8 Eksperimen : Whirly Bird ( Helicopter Happening ) Pernyataan Masalah : Adakah masa untuk whirly bird sampai ke lantai bergantung kepada bilangan klip kertas. Tujuan Eksperimen : Untuk menyiasat hubungan antara masa untuk whirly bird sampai ke lantai dengan bilangan klip kertas yang dilekatkan. Bahan / Peralatan : Gunting, pembaris, klip kertas, jam randik, sampel whirly bird, kertas A4, surat khabar, kertas sijil Hipotesis : Semakin bertambah bilangan klip kertas, semakin bertambah masa untuk whirly bird sampai ke lantai. Pembolehubah Dimanipulasi : bilangan klip kertas

Bergerak balas : masa untuk whirly birds sampai ke lantai Dimalarkan : ketinggian whirly birds dilepaskan

Kaedah / Langkah 1. Gunting bentuk whirly bird daripada kertas A4 yang disediakan dengan berhati-hati. 2. Lipatkan bahagian yang akan digunting itu ke depan dan satu bahagian lagi ke belakang. 3. Lekatkan klip kertas di bahagian bawah whirly bird. 4. Pegang whirly bird di ketinggian yang ditetapkan dan lepaskan whirly bird itu. 5. Ukur masa whirly bird itu sampai ke lantai dan rekodkan keputusan anda di jadual yang disediakan. 6. Ulangi langkah 4 dan 5 dua atau tiga kali dan rekodkan pemerhatian anda. 7. Lekatkan 2 klip kertas dan ulangi langkah 4,5 dan 6. 8. Lekatkan 3 klip kertas dan ulangi langkah 4, 5 dan 6. 9. Ulang eksperimen dengan membuat semula whirly bird dengan kertas suratkhabar dan kertas sijil. 10. Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual yang disediakan.

Keputusan / Pemerhatian Ketinggian 250 cm Whirly Bird Kertas A4 Masa terbang ( s ) Bilangan Klip Kertas 1 2 3 1 1.4 1.5 1.8 Cubaan 2 1.4 1.5 1.8 3 1.3 1.9 1.7 1.4 1.6 1.8 Purata

Pembolehubah a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai kel lantai c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas Whirly Bird Kertas Suratkhabar Masa terbang ( s ) Bilangan Klip Kertas 1 2 3 1 2.4 2.6 2.2 Cubaan 2 2.5 2.6 2.2 3 2.4 2.7 2.3 2.4 2.6 2.2 Purata

Pembolehubah a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai ke lantai c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas

Whirly Bird Kertas Sijil Masa terbang ( s ) Bilangan Klip Kertas 1 2 3 1 1.2 1.0 1.2 Cubaan 2 1.3 1.1 1.3 3 1.2 1.1 1.1 1.2 1.1 1.2 Purata

Pembolehubah a) Dimanipulasi : bilangan klip kertas b) Bergerakbalas : masa untuk whirly bird sampai ke lantai c) Ditetapkan : ketinggian , jenis kertas

Kesimpulan Semakin bertambah bilangan klip kertas, semakin bertambah / laju masa untuk whirly bird sampai ke lantai.

Aktiviti 10 MEMBINA DAN MENGUJI HIPOTESIS Tulis hipotesis untuk perkara berikut. 1. Pembolehubah Dimanipulasi: Panjang bilah helikopter Pembolehubah Bergerakbalas : Kelajuan putaran Hipotesis : Semakin panjang bilah helikopter, semaki berkurang keljuan putaran 2. Pembolehubah Dimanipulasi: Panjang tali talipon Pembolehubah Bergerakbalas : Kejelasan suara Hipotesis : Semakin panjang tali telefon, semakin kurang kejelasan suara. 3. Pembolehubah Dimanipulasi: Latihan pukulan bola lisut Pembolehubah Bergerakbalas : Purata pukulan Hipotesis : Semakin kerap latihan pukulan bola lisut, semakin tinggi purata pukulan. 4. Pembolehubah Dimanipulasi: Suhu larutan Pembolehubah Bergerakbalas : Masa untuk susu campuran larut Hipotesis : Semakin tinggi suhu larutan, semakin cepat masa untuk susu campuran larut. 5. Pembolehubah Dimanipulasi: Kedalaman tasik Pembolehubah Bergerakbalas : suhu air Hipotesis : Semakin bertambah kedalaman tasik ,semakin menurun suhu air. 6. Pembolehubah Dimanipulasi: Kepadatan penduduk Pembolehubah Bergerakbalas : sampah dihasilkan Hipotesis : Semakin bertambah kepadatan penduduk, semakin banyak sampah dihasilkan.

Aktiviti 11 Mengeksperimen : Ayunan Bandul Aktiviti : Ayunan Bandul

Pernyataan masalah : Adakah panjang bandul mempengaruhi bilangan ayunan bandul? Tujuan eksperimen : Untuk menyiasat hubungan antara panjang tali bandul dengan masa ayunan bandul dalam 30 saat. Bahan / Peralatan : Benang, kaki retort dan penyepit, bandul (pelbagai saiz dan bentuk ), pembaris meter, jam randik, jangka sudut Hipotesis Pembolehubah Dimanipulasi : panjang tali bandul : Semakin panjang tali bandul, semakin kurang bilangan ayunan bandul

Bergerakbalas : bilangan ayunan bandul dalam 30 saat Dimalarkan : saiz bandul, tempoh masa, jenis tali, bentuk bandul

Langkah / Kaedah 1. Sediakan satu bandul yang diikat dengan benang yang panjangnya 20 cm. 2. Ikatkan benang di kaki retort dan pegang bandul pada sudut 90 itu. 3. Kirakan berapa ayunan bandul dalam 30 saat dengan menggunakan jam randik. 4. Rekodkan bilangan ayunan bandul di dalam jadual yang disediakan. 5. Ulang langkah 1 hingga langkah 4 dengan menukarkan atau memendekkan tali bandul kepada 15 dan 10 cm. 6. Rekodkan keputusan eksperimen di dalam jadual atau graf.
0

dan lepaskan bandul

Keputusan Sudut ayunan : 90 0 Panjang Tali (cm) 20 15 10 Masa ayunan ( saat) 30 30 30 Bilangan ayunan 28 33 39

Pembolehubah yang dikenalpasti : 1) 2) 3) Pembolehubah dimanipulasi : panjang tali bandul Pembolehubah bergerakbalas : bilangan ayunan bandul dalam 30 saat Pembolehubah dimalarkan : masa ayunan bandul,saiz bandul,tempoh masa, jenis tali,bentuk bandul.

Graf bilangan ayunan bandul lawan panjang tali bandul

Graf bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat


45 40 35 Bilangan Ayunan ( s ) 30 25 20 15 10 5 0 20 15 Panjang Tali ( cm ) 10 5

Perbincangan Daripada eksperimen yang telah dijalankan, bilangan ayunan bandul dipengaruhi oleh pembolehubah yang dimanipulasi. Dalam eksperimen ini, pembolehubah yang dimanipulasi ialah panjang tali bandul. Didapati semakin pendek tali bandul, semakin bertambah bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat. Selain daripada panjang tali bandul, bilangan ayunan juga boleh berubah dengan mengubah pembolehubah dimanipulasi, iaitu kita boleh mengubah berat bandul dan sudut ayunan bandul.

Kesimpulan Apa yang dapat dilihat dari eksperimen ini, dengan mengubah beberapa pembolehubah manipulasi, kita akan mendapat kesan yang berbeza. Dalam eksperimen yang telah dijalankan, didapati semakin pendek tali bandul, semakin bertambah bilangan ayunan bandul dalam masa 30 saat, maka hipotesis dapat diterima.

Tugasan C Rancang dan laksana eksperimen berdasarkan konsep yang dipilih dari sukatan pelajaran sains sekolah rendah dan laksanakan aktiviti penyiasatan dalam kelas. Laporan aktiviti hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut : Tajuk Persoalan kajian Objektif eksperimen / penyiasatan Bahan / peralatan Hipotesis Prosedur Keputusan dan interpretasi data Kesimpulan Tulis laporan dan sertakan gambar sebagai bukti perlaksanaan penyiasatan di peringkat sekolah

Tajuk Persoalan kajian

: Geseran : Adakah jenis permukaan mempengaruhi daya geseran ?

Objektif eksperimen : Untuk menyiasat daya geseran pada permukaan yang berbeza. Bahan / Peralatan : kereta mainan, papan landasan, pita pengukur, pembaris ,pasir, tiga blok batu bata. Hipotesis : Jika permukaan berbeza, maka daya geseran adalah berbeza.

Prosedur / Langkah : 1. Letakkan papan landasan di atas permukaan simen di dalam bilik darjah anda. 2. Angkatkan hujung papan landasan dan letakkan di atas tiga blok batu-bata. 3. Tandakan garis permulaan di papan landasan itu. 4. Letakkan kereta mainan itu di garis permulaan papan itu dan lepaskan kereta mainan. 5. Tandakan tempat kereta mainan itu berhenti. 6. Ukur jarak kereta mainan itu bergerak dari garis permulaan sehingga ke tanda kereta mainan itu berhenti dengan menggunakan pita pengukur. 7. Rekodkan jarak kereta mainan itu di dalam jadual yang disediakan. 8. Ulang aktiviti ini dengan meletakkan papan landasan itu di tiga jenis permukaan yang berikut : a) Permukaan yang berjubin b) Permukaan berpasir c) Permukaan bertar d) Permukaan bersimen

Keputusan

Jenis permukaan 1 210 Bersimen 147 Berjubin 95 Berpasir 123 Bertar

Jarak yang dilalui ( cm ) 2 3 Purata 209 153 98 130 213 159 92 132 211 153 95 128

Di atas permukaan bersimen

Di atas permukaan berpasir

Di atas permukaan berjubin

Di atas permukaan bertar

Interpretasi data / Perbincangan Berdasarkan jadual diatas, didapati jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi kadar geseran di setiap permukaan. Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul, jenis permukaan yang bersimen menghasilkan daya geseran yang paling lemah, manakala jenis permukaan berpasir menghasilkan daya geseran yang kuat. Jarak yang dilalui juga paling pendek pada jenis permukaan yang berpasir iaitu 92 cm manakala jarak yang paling jauh ialah pada permukaan bersimen iaitu 213 cm. Semasa eksperimen dijalankan, guru mengarahkan setiap kumpulan mengambil tiga kali percubaan. Ini adalah untuk mempastikan kejituan dan ketelusan keputusan eksperimen yang dijalankan.

Permukaan bersimen

Jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah paling jauh di atas permukaan bersimen

Permukaan berpasir

Jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah paling dekat/pendek di atas permukaan berpasir. Setelah membuat eksperimen, didapati permukaan yang bersimen dapat menghasilkan daya geseran yang kurang. Inferens bagi kenyataan ini ialah jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah yang paling jauh. Maksudnya permukaan bersimen adalah mudah untuk kereta

itu mengelonsor ke atas permukaan yang licin dan mempunyai daya geseran yang kurang atau lemah. Manakala bagi permukaan berpasir pula, ia dapat menghasilkan daya geseran yang paling kuat. Inferensnya ialah kerana permukaan berpasir adalah sangat kasar dan dipenuhi oleh batu-batu halus. Apabila tiba di permukaan berpasir, kereta itu tidak dapat bergerak dengan laju akibat daripada permukaan pasir dan tidak rata. Ini menghasilkan daya geseran yang paling kuat di mana daya geseran yang kuat itu telah menghalang pergerakan kereta mainan itu dari bergerak dengan lebih jauh lagi.

Kesimpulan Daripada eksperimen yang telah dijalankan, didapati jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi daya geseran pada setiap permukaan. Jenis permukaan yang berbeza mempunyai daya geseran yang berbeza.

Tugasan D Refleksi kendiri terhadap tugasan A, B dan C. Refleksi Tugasan A. Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatNya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian sebagai seorang guru di sekolah. Menjadi seorang guru dan pelajar dalam masa yang sama adalah memang sesuatu yang amat mencabar dan banyak menguji minda dan akal fikiran saya. Tidak lupa juga saya sebagai seorang yang sudah bekeluarga, memang agak sulit dan sukar bagi saya pada mulanya untuk meneruskan tugasan ini. Tetapi, dengan azam dan semangat untuk mempertingkatkan ilmu dan potensi diri, saya tetapkan juga usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Apa yang perlu saya lakukan ialah membahagi masa untuk membuat tugasan dengan kerja sekolah bagi memastikan saya tidak mengabaikan tugas-tugas saya di sekolah. Saya juga ingin berterima kasih kepada Pensyarah kami, iaitu Cik Kamariah Hj Jini kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di kelas PPGSN2611, khasnya Cikgu Lias,Cikgu Aliem dan juga Cikgu Gerald kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kami telah diberi tugasan ini pada tutorial yang kedua iaitu 28 Julai 2012. Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan ini, saya berasa agak risau kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya dengan sempurna.Ini kerana bukan setakat tugasan ini sahaja yang saya terima, tetapi banyak lagi tugasan lain dan juga kerja sekolah yang perlu saya lakukan. Bagi tugasan A, masalah yang saya hadapi pada mulanya ialah kurang yakin dengan penulisan ilmiah dan cara hendak mendokumentasikan maklumat yang telah dikumpul ke dalam bentuk peta minda. Dengan pengalaman yang saya ada sebagai seorang guru sains sekarang dan juga berbekalkan pengalaman pada semester 1 dan 2, serba sedikit dapat membantu dan memulihkan keyakinan saya dalam membuat tugasan ini.Saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Lantaran daripada itu, saya telah bertekad dan membuat sasaran untuk membuat semua tugasan dengan baik dan cemerlang.

Langkah pertama yang saya ambil, ialah membuat pelan tindakan sendiri bagi memastikan saya dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan dengan teratur dan sistematik. Seterusnya, langkah yang saya ambil ialah mendapatkan sumber rujukan seperti buku-buku rujukan Sains sekolah rendah, mencari maklumat di Internet, di perpustakaan dan juga berbincang sesama rakan sekelas secara online. Sebagai seorang guru sains, saya perlu tahu tentang kemahiran-kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan juga kemahiran berfikir. Saya akui bahawa selama ini pengetahuan saya dalam bidang kemahiran proses sains ini agak rendah dan kurang, tetapi apabila membuat tugasan A ini, telah membuatkan saya sedar bahawa banyak lagi ilmu-ilmu tentang semua kemahiran ini yang belum pernah saya ketahui. Jadi, untuk itu saya berasa sangat bertuah dan berbangga sekali kerana dapat berkongsi ilmu untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang semua kemahiran sains dan juga kemahiran berfikir sains. Sambil saya mencari bahan, sambil itu juga saya belajar benda yang baru tentang kemahiran proses sains. Ternyata banyak cabang-cabang dan kegunaan tentang kemahiran proses sains ini. Selain daripada itu, saya juga telah berjaya membuat sedikit perubahan tentang cara penyampaian pembelajaran saya semasa mengajar mata pelajaran sains. Dengan dibantu oleh bahan rujukan, maklumat dari Internet dan juga hasil kolaborasi dengan rakan-rakan secara online, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan dengan baik dan saya yakin apa yang saya buat adalah yang terbaik dari diri saya sendiri tanpa menciplak dari mana-mana sumber. Apa yang pasti, setiap kerja yang dilakukan dengan penuh minat dan ikhlas serta usaha yang gigih,akan pasti menghasilkan kerja yang baik dan bermutu tinggi. Dengan ini, untuk tindakan saya yang akan datang, saya akan pastikan ianya adalah lebih baik lagi dari hari ini. Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menyiapkan tugasan yang akan datang.

Refleksi Tugasan B Untuk Tugasan B, SCE 3016 kami dikehendaki melakukan aktiviti dan menjawab latihan yang diberi kepada kami. Kami dikehendaki membuat aktiviti 5, 6, 8, 10 dan 11. Dalam membuat tugasan B ini,saya dapati apa yang kami buat ialah tentang aktiviti kemahiran proses sains. Semasa membuat tugasan B ini, saya tidak banyak mengalami masalah kerana ada sebahagian aktiviti yang pernah saya buat di sekolah seperti Jam Matahari dan Ayunan Bandul. Bagi aktiviti yang lain, saya dapati penggunaan kemahiran proses sains ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Saya berpendapat begitu kerana setelah membuat aktiviti 6 iaitu membuat inferens, di mana kami dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang pemerhatian dan memberikan inferens bebas. Jadi, dalam kehidupan ini kita penuh dengan inferens. Kita hidup bermasyarakat sering kali membuat inferens apabila memerhatikan sesuatu. Jadi, secara tidak langsung kita mempelajari ilmu sains dan sebab itulah sains itu sangat luas skopnya dan berbentuk globalisasi. Walaupun kemahiran proses sains ini bukanlah sesuatu yang baru bagi saya, tetapi dengan mempelajarinya semula pada peringkat ijazah ini, dapat menambahkan pengetahuan saya lagi dalam bidang ini dan saya sangat menghargai ilmu yang saya pelajari dari semua pensyarah kerana ilmu yang dipelajari itu memang tinggi nilainya yang mungkin tidak dapat dirasai oleh rakan rakan guru lain. Jadi, saya berasa amat bertuah dan berbangga sekali untuk membuat tugasan ini. Setiap tugasan yang saya buat, saya anggap sebagai penambahbaikan dan ilmu yang baru bagi diri saya. Akhir sekali, saya harap dapat melakukan yang terbaik dan mencari lebih banyak bahan lagi dari pelbagai sumber daripada bergantung kepada sumber internet semata-mata.

Refleksi Tugasan C Untuk tugasan C pula, kami dikehendaki merancang dan melaksanakan satu eksperimen berdasarkan konsep yag dipilih dari sukatan pelajaran sains sekolah rendah dan laksanakan aktiviti penyiasatan dalam kelas. Bagi tugasan C ini, saya telah memilih tajuk geseran di tahun 6. Sekali lagi, terus terang saya katakan bahawa dalam membuat tugasan C ini tidaklah menjadi masalah bagi saya kerana sememangnya selalu membuat aktiviti dan eksperimen pada setiap tajuk sains yang diajar. Hampir semua tajuk dalam tahun 4, 5 dan 6 sudah saya buat sejak saya berpindah ke sekolah ini pada tahun 2008. Saya mempunyai prinsip dalam mengajar sains, iaitu saya percaya kepada aktiviti hands on yang dilakukan sendiri oleh murid-murid saya. Jadi, dalam membuat tugasan C ini, saya telah merancang terlebih dahulu dan membuat kajian yang lebih terperinci di pelbagai sumber sebagai persediaan untuk melaksanakan aktiviti eksperimen itu. Seperti biasa, halangan dan kekangan yang saya telah hadapi ialah dari segi masa dan bahan serta peralatan eksperimen. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminta bantuan seorang guru senior di sekolah saya, iaitu cikgu Abdul Majid untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Usaha saya berjaya dan saya dapat melaksanakan eksperimen geseran dengan baik. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak ilmu yang telah saya pelajari terutamanya tentang kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir. Apa yang saya pelajari juga ialah ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting dalam mengajar ilmu sains. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya menganggap kemahiran manipulatif itu tidak penting, tetapi andaian saya itu salah setelah saya membuat beberapa tugasan yang berkaitan dengan kemahiran manipulatif ini. Ternyata kemahiran manipulatif juga penting semasa melakukan eksperimen kerana ia berguna kepada keputusan dan hasil eksperimen. Jika kita tidak mengamalkan kemahiran manipulatif dengan baik, kemungkinan kita akan mendapat keputusan eksperimen yang tidak tepat, tidak jitu dan tidak telus serta tidak jujur. Saya sedar pengetahuan saya dalam bidang ini sebelum ini memang agak kurang, tetapi itu bukan menjadi kerisauan saya untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu ini.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kursus ini. Dengan membuat tugasan ini, saya telah mendapat satu pengalaman yang baru yang tidak ternilai kerana dapat berpeluang mempelajari kemahiran kemahiran proses sains dan juga kemahiran berfikir dengan lebih mendalam lagi. Yang nyatanya dengan membuat kesemua tugasan dari A hingga C telah memberikan saya imu dan kemahiran yang baharu dalam mempelajari ilmu sains sekolah rendah.

Sumber Rujukan / Bibliografi Buku

1)

Yeong Pak Foo, 1995. BUKU SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH JILID 2 MEMPELAJARI KEMAHIRAN PROSES SAINS. Kuala Lumpur : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

2)

Internet 1) 2) 3) 4) 5) http://www.experiment-resources.com/pendulum-experiment.html http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kemahiran-proses-sains-kemahiran.html http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_kemahiran proses sains.html http://www.sains aktiviti.com.my\SCE 3106 KPS\Eksperimen Whirly Birds.html

Anda mungkin juga menyukai