Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan Hari Krismas merupakan perayaan kebudayaan yang berunsur keduniaan.

Perayaan Hari Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal iaitu perayaan besar bagi penganut agama Kristian untuk merayakan hari kelahiran Yesus. Perayaan ini disambut setiap tahun pada 25 Disember. Tarikh Hari Krismas ditetapkan oleh pendeta bangsa Scythian iaitu ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus. Perayaan ini bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agam Kristian.

1.1

Latar belakang Perayaan Hari Krismas berasal dari ajaran Gereja Kristian Roman Katholik bukan dari ajaran Bible. Menurut ajaran Bible, Yesus tidak pernah memerintah para muridnya untuk menyelenggarakannya. Perayaan yang masuk dalam ajaran Kristian Roman Katholik pada abad ke-4 adalah berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala. Merunut Kitab Bible Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Yesus ini menepati ramalan-ramalan agma Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannyaadalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin). Sarjana Kristian menyatakan bahawa tahun sebenar kelahiran Jesus ialah pada 6 atau 7 sebelum masehi. Yesus bukan lahir pada bulan December sebab masa itu merupakan musim dingin. Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Yesus sebagai berikut: Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan.. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, di kota Daud.
1

Menurut almanac Yulius, tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahir matahari Dewa Mithra. Maka terdapat beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Katholik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan Negara (Mesir Egypt), Habsyah Etiophia, Rusia dan sebagainya) menyembutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory). Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 menyatakan sebagai berikut: Menurut para ahli, pada abad-abad permulaan, Natal tidak pernah dirayakan oleh penganut Kristian. Pada umunya, penganut Kristian hanya merayakan hari kematian Yesus. Perayaan Natal yang dianggap sebagai hari kelahiran Yesus, mulai diresmikan pada abad kelima, Gereja Barat memerintah kepada penganut Kristian untuk merayakan hari kelahiran Yesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Roman yang merayakan hari Kelahiran Dewa Matahari.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin tetapi daripada Mesir yang dipengaruhi pleh ajaran paganism. Sejak agama Kristian berkembang pesat, para pemeluknya dikejar dan disiksa oleh penguasa Romawi. Setelah Konstantin naik tahta menjadi kaisar, kemudian memeluk agama Kristian pada abad ke-4 masehi dan menetapkan agama sejajar dengan agama kafir Roma. New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bahawa kaisar Konstantin tetap merayakan hari Sunday sebagai hari kelahiran Dewa Matahari. Pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan Anak Tuhan (Yesus) identik dengan Matahari, yang kemudian pada abad ke-4 Masehi kepercayaan itu masuk dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sungod (Dewa Matahari) yang jatuh pada tanggal 25 Desember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Anak Tuhan Yesus).

Demikianlah asal usul Christmas Natal yang dilestarikan oleh dunia Barat sampai sekarang.

2.0

Persiapan sambutan dan amalan perayaan 2.1 Sebelum Perayaan Masyarakat Kristian yang membentuk 7% populasi mengamalkan advent iaitu selang masa empat minggu sebelum Hari Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible dan berpuasa. Di Gereja Roman Katholik pula, terdapat upacara membakar lima batang lilin yang mewakili lima minggu sebelum Hari Krismas. Setiap lilin berwarna berlainan dan membawa maksud tertentu. Lilin pertama bermarna lilin berharapan, lilin kedua bermakna keamanan, lilin ketiga bermakna kegembiraan dan lilin keempat ialah kecintaan. Apabila Hari Krismas semakin hampir, rumah-rumah dihias indah dengan poko Krismas, kad ucapan diedarkan dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang terletak dibawa pokok Krismas. Penganut Kristian Negara barat akan menggantungkan kaos kaki di dinding dekat ruang perapian supaya keesokkan hari kaos kaki tersebut penuh dengan hadiah. Hal ini disebabkan menurut cerita orang tua, hadiah Krismas adalah dibawa oleh Santa Clause yang telah datang di malam Natal, melalui cerobong asap perapian. Pada 24 Disember iaitu sebelum Hari Krismas, hari tersebut dinamakan malam Krismas juga dipanggil Nochebueno atau Malam yang Baik. Pada malam Krismas, secara tradisinya masyarakat akan menyiapkan persiapan akhir. Kumpulan koir akan menyanyi di gereja atau dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam, keluarga akan berkumpul makan bersama.

2.2

Semasa Perayaan Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa.

Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Yesus. Aktiviti ini dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13.
3

Tradisi ini berasal dari Itali dan diperluaskan ke banyak Negara lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis. Biasanya diperbuat daripada kayu, tembikar, kertas, kain, jerami dan logam yang berwarna-warni. Selain itu, penganut Kristian juga akan bersembayang di gereja pada awal pagi. Mereka akan membaca Kitab yang menceritakan kisah kelahiran Yesus yang terkandung di dalam Kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia dan mengenai datangnya Penyelamat yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia. Di samping itu, kebanyakan gereja juga akan mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin. Adat resam moden pula merayakan Krismas dengan pemberian hadiah, menukar hadiah dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu berwarna-warni, duan mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus. Santa Claus merupakan tokoh mitos terkenal yang sering kaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.

3.0

Sajian perayaan Perayaan dan makanan dua perkara yang kerap bersatu ibarat isi dan kuku.

Selain Santa Claus dan hiasan pokok Krismas, pelbagai sajian tradisi Krismas akan di sediakan oleh penganut Kristian.

3.1

Tradisi Makanan Biskut Krismas Biskut Krismas ialah makanan yang tidak boleh dikecualikan. Biskut Krismas boleh dalam pelbagai rasa, warna, rupa dan bentuk. Sejarah Biskut Krismas bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila petani Neolithic suka menyediakan makanan mereka dengan kaedah membakar. Gandum yang dibentuk sebagai doh akan dibakar di atas batu panas. Resipi asal biskut Krismas bermula pada zaman pertengahan Eropah Lebkuchen atau ginger bread dikatakan biskut
4

atau kek pertama yang secara tradisinya dikaitkan dengan Krismas. Amalan membuat biskut Krismas telah disebar di seluruh dunia.

Ayam belanda panggan Ayam belanda panggang juga akan disediakan semasa meriah perayaan Hari Krismas. Penganut Kristian akan menggunakan ayam belanda yang semula jadi bersaiz besar. Bagi msyarakat Kristian, semakin besar hidangan disediakan, maka ia bermakna semakin meriah Hari Krismas disambutkan. Pada kurun ke-16, ayam belanda menjadi hidangan pilihan semasa Hari Krismas di Eropah. Ia hanya dihidangkan dalam keluarga bangsawan yang kaya. Sehingga hari ini, kelazatan tersebut boleh dirasai oleh ramai orang.

Kek Buah Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun ke-13, buah-buah kering telah dibawa ke Britian dari Portugal dan timur Mediterranean. Kek ini dihidangkan pada setiap perayaan semenjak awal kurun ke-18. Kek buah menjadi salah satu hidangan yang menarik pada Hari Krismas

Gula-gula Beratus tahun dahulu gula gangat mahal. Ia adalah hidangan istimewa terutamanya pada Hari Krismas. Hal ini disebabkan gula-gula pada zaman dahulu boleh dibuat untuk tujuan perubatan. Konsep ini dibawa oleh pakar perubatan Islam. Gula yang digunakan secara tidak ketara dalam perubatan oleh bangsa Arab memberikan idea kepada orang Eropah tentang kebaikan yang rersembunyi pada gula.

3.2

Tradisi makanan ikut Negara Tidak semestinya setiap hidangan tradisi akan disedia semasa malam natal, malah ia bergantung kepada setiap Negara. Setiap Negara memiliki khas hidangan makan malam dan tradisi menjelang Natal, iaitu:

Eropah Timur Di Wilayah Persemakmuran bekas Polandia-lithuania, dua belas hidangan ritual tidak menggunakan bahan dasar atau utama daging disajikan pada Malam Natal. Hal ini disebabkan musim tersebut adalah waktunya berpuasa, sampai hari terakhirnya adalah pada tanggal 24 Disember.

Finlandia Meja Natal adalah nama meja majan tradisional yang dipersiapkan saat Natal di Finlandia. Meja ini mengandungi pelbagai jenis hidangan. Hidangan utama biasanya adalah daging babi Natal yang besar, yang dimakan dengan moster atau roti bersamaan dengan hidangan lain. Ikan juga disajika. Minuman tradisionalnya ialah anggur beralkohol atau tidak beralkohol yang dihangatkan dengan bumbu.

Kanada Makan malam Natal tradisionalnya adalah kalkun isi, kentang yang dilembekkan, kuah daging, saus cranberry, sayur-sayuran dan pudding kismis untuk pencuci mulutnya. Eggnog minuman telur kopyor yang sering kali dimasukkan dengan alcohol akan dihidangkan.

Filipina Natal dirayakan dengan meriah dari beberapa minggu sebelumnya. Hal ini ditunjukkan dengan diadakannya misa khusus sejak tanggal 16 hingga 24 Desember pagi. Misa ini disebut dengan "Misa de Gallo", dan seusai misa biasanya disediakan berbagai makanan khas daerah yang terbuat dari beras. Malam harinya, setelah misa tengah malam, para keluarga Filipina berkumpul untuk menikmati makan malam bersama. Menunya pun cukup mengundang selera, mulai dari babi panggang utuh, daging asap, sampai aneka keju. Ini adalah saat di mana keluarga berkumpul untuk memohon kesihatan dan keselamatan bagi setiap orang sekaligus saling bertukar hadiah.

Australia
6

Natal jatuh pada saat musim panas, oleh itu biasanya menu yang disajikan sebagai makan siang di hari Natal adalah kalkun, ayam, dan ham yang biasanya dalam keadaan dingin. Untuk menu penutupnya, mereka biasa menyantap Pavlova yang terdiri dari buah berry di atas meringue panggang.

Rusia Sebagai Negara yang mayoritas penduduknya menganut agama Kristian Ortodoks, Rusia merayakan Hari Krismas pada tanggal 7 Januari. Bukan hanya perbedaan tanggalnya yang unik umat Kristian Ortodoks juga memiliki tradisi yang berbeda dalam merayakan Hari Krismas. Mereka biasanya menyajikan hidangan khusus berupa makanan tradisional Rusia seperti buah prem, kubis fermentasi serta bawang goreng dengan jamur. Selain itu, terdapat juga hidangan Krismas lain seperti pie dan pangsit daging akan dihidangkan.

4.0

Kesan perayaan 4.1 Kesan perayaan kepada masyarakat Perayaan Hari Krismas menjadi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Semasa menyambut perayaan, penganut Kristian akan menjemput jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga dan sahabat keluarga datang ke rumah mereka. Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, mereka dapat merealisasikan Motto Negara iaitu Konsep Satu Malaysia. Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

4.2

Kesan perayaan kepada negara Perayaan Hari Krismas merupakan perayaan yang disambut oleh global. Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Rujukan Asal-usul Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://media.isnet.org/kristen/Natal/AsalNatal.html Asal-usul Perayaan Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://voyagetodestiny-ns2.blogspot.com/2009/12/krismas.html Asal-usul Penetapan 25 Desember sebagai Hari Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://yakomapgi.org/asal-usul-penetapan-25desember-sebagai-hari-natal Ayam belanda lengkapkan aroma Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/ Dis04%2017f.htm Krismas. Retrieved November 12, 2012, http://ms.wikipedia.org/wiki/Krismas from the World Wide Web:

5 Makan Malam Natal & Tradisi Pra-Natal di Dunia. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://uniknya.com/2011/12/24/5-makan-

malam-natal-tradisi-pra-natal-di-dunia/
Sajian Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1225&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz2DBZ490Dl

Sejarah Hari Krismas. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Hari_Krismas Sejarah Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://artikeljogja.tripod.com/natal/yesus4.htm Sejarah Sebenar Hari Natal. Retrieved November 12, 2012, from the World Wide Web: http://aman.smskb.edu.my/?p=897