Anda di halaman 1dari 10

Plumbum (Plumbum) Definisi

Plumbum adalah nama ilmiah dari logam plumbum (atau dalam kehidupan sehari-hari lebih dikenal dengan nama timah hitam). Logam ini termasuk ke dalam kelompok logam-logam golongan IV-A pada tabel periodik unsur kimia dan disimbolkan dengan Pb. Plumbum mempunyai nomor atom (NA) 82 dengan berat atom (BA) 207,2 (Palar, 2008). Plumbum merupakan bahan kimia yang termasuk kelompok logam berat. Menurut Palar (2008) logam berat merupakan bahan kimia golongan logam yang sama sekali tidak dibutuhkan oleh tubuh dan jika masuk ke dalam tubuh organisme hidup dalam jumlah yang berlebihan akan menimbulkan efek negatif terhadap fungsi fisiologis tubuh.

Di mana plumbum ditemui?

Secara ringkas sumber plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperolehi daripada:

* Tanah yang tercemar dan serpihan-serpihan cat * Debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan. * Air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum. * Menyimpan makanan, buah-buahan terutama yang berasid di dalam bekas berplumbum. * Asap dari kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum. * Sesetengah barangan kosmetik. * Ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri daripada keluaran bahan-bahan radisional. * Relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbum. * Pembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu serta perabot kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum. * Pensil warna dan warna air apabila dimakan.

Punca punca pencemaran. Antara punca pencemaran logam terbahagi dua bahagian iaitu proses semulajadi dan aktiviti manusia.Sumber pencemaran oleh aktiviti manusia dikenali sebagai sumber antropogenik.pada keadaan semulajadi,pencemaran boleh terjadi daripada proses hakisan batu,tanah,biologikal dan atmosfera. Sunber pencemaran air kerana aktiviti manusia dilihat dalam bentuk kumbahan dan buangan domestik,air larian,buangan sisa perindustrian dan pembangunan tanah yang menyebabkan hakisan dan kelodakan.kumbahan dan buangan domestic merupakan punca utama masalah pencemaran air terutama dikawasan ramai penduduk seperti bandar-bandar besar.

Jenis Plumbum.

Penyebaran logam plumbum di bumi sangat sedikit. Jumlah plumbum yang terdapat di seluruh lapisan bumi hanya 0,0002% dari seluruh jumlah kerak bumi. Jumlah ini sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah logam berat lainnya yang ada di bumi. Di alam, terdapat 4 macam isotop plumbum, iaitu: 1. Plumbum-204 atau Pb204, diperkirakan berjumlah 1,48% dari seluruh isotop plumbum yang terdapat di alam. 2. Plumbum-206 atau Pb206, diperkirakan berjumlah 23,6% dari seluruh isotop plumbum yang terdapat di alam. 3. Plumbum-207 atau Pb207, diperkirakan berjumlah 22,6% dari seluruh isotop plumbum yang terdapat di alam. 4. Plumbum-208 atau Pb208, diperkirakan berjumlah 52,32% dari seluruh isotop plumbum yang terdapat di alam.

Melalui proses-proses geologi, plumbum terkonsentrasi dalam deposit seperti bijih logam. Persenyawaan bijih logam plumbum ditemukan dalam bentuk galena (PbS), angelesit (PbSO4) dan dalam bentuk minim (Pb3O4). Hampir tidak pernah ditemukan plumbum dalam bentuk logam murninya. Bijih logam plumbum ini bergabung dengan logam-logam lain seperti perak (argentums-Ag), seng (zincum- Zn), arsen (arsenicum-Ar), logam stibi (stibium-Sb), dan dengan logam bismuth (bismuth-Bi) (Palar, 2008). Bijih-bijih logam plumbum yang diperoleh dari hasil penambangan hanya mengandung sekitar 3-10% plumbum. Hasil ini akan dipekatkan lagi hingga mencapai 40% sehingga didapatkan logam plumbum murni. Produksi logam plumbum dunia sampai 1974 telah mencapai 3.844.687 ton logam plumbum murni. Semua itu sebagian besar diperoleh dari penambangan logam plumbum di Amerika Serikat, Uni Soviet, Australia, Kanada, Peru, Meksiko, Yugoslavia, Korea, Cina dan Moroko (Palar, 2008).
3

Ciri-ciri Logam Plumbum

Logam plumbum adalah logam berat berwarna kelabu kebiruan yang mempunyai sifat-sifat khusus, antara lain: 1. Merupakan logam lunak sehingga dapat dipotong dengan menggunakan pisau atau dengan tangan dan dapat dibentuk dengan mudah. 2. Merupakan logam yang memiliki krtumpatan yang tinggi dan tahan terhadap peristiwa korosi atau pengkaratan sehingga bahan plumbum sering digunakan sebagai bahan pelapis atau coating. 3. Mempunyai titik didih 17400C dan titik lebur 327,40C. 4. Mempunyai kerapatan yang lebih besar dibandingkan dengan logam-logam biasa, kecuali emas dan merkuri. 5. Merupakan penghantar listrik yang tidak baik.

Keracunan Plumbum Keracunan yang ditimbulkan oleh persenyawaan logam plumbum dapat terjadi karena masuknya persenyawaan logam tersebut ke dalam tubuh. Proses masuknya Pb ke dalam tubuh dapat melalui beberapa jalur, yaitu melalui makanan dan minuman, udara dan perembesan atau penetrasi melalui kulit. Senyawa Pb organik relatif lebih mudah diserap tubuh melalui selaput lendir atau lapisan kulit bila dibandingkan dengan senyawa Pb anorganik. Hanya 5-10% dari jumlah Pb yang masuk melalui makanan dan atau sebesar 30% dari jumlah Pb yang terhirup yang akan diserap oleh tubuh. Dari jumlah tersebut, hanya 15% yang akan mengendap pada jaringan tubuh dan sisanya akan terbuang bersama bahan sisa metabolisme seperti urine dan feces.

Sebagian besar dari Pb yang terhirup pada saat bernafas akan masuk ke dalam pembuluh darah paru-paru. Tingkat penyerapan itu sangat dipengaruhi oleh ukuran partikel dari senyawa Pb yang ada dan volume udara yang mampu dihirup pada saat bernafas. Konsentrasi Pb yang diserap oleh tubuh akan semakin besar jika ukuran partikel debu semakin kecil dan volume udara yang mampu dihirup semakin besar. Logam Pb yang masuk ke dalam paru-paru akan berdifusi dan berikatan dalam darah untuk kemudian diedarkan ke seluruh jaringan dan organ tubuh. Lebih dari 90% logam Pb yang terserap oleh darah berikatan dengan sel darah merah (eritrosit). Senyawa Pb yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan dan minuman akan ikut dalam proses metabolisme tubuh. Logam Pb yang masuk bersama makanan dan atau minuman masih mungkin ditolerir oleh lambung kerana asam lambung (HCl) mempunyai kemampuan untuk menyerap logam Pb. Namun, pada kenyataannya Pb lebih banyak dikeluarkan melalui tinja. Pada jaringan atau organ tubuh, logam Pb akan terakumulasi pada tulang kerana bentuk ion logam ini (Pb2+) mampu menggantikan keberadaan ion Ca2+ (kalsium) yang terdapat dalam jaringan tulang. Pada wanita hamil, logam Pb dapat melewati plasenta dan kemudian ikut masuk ke sistem peredaran darah janin dan selanjutnya setelah bayi lahir, Pb akan dikeluarkan melalui air susu. Senyawa Pb umumnya masuk ke dalam tubuh melalui jalur pernafasan dan atau penetrasi melalui kulit. Penyerapan lewat kulit ini dapat terjadi karena senyawa ini dapat larut dalam minyak dan lemak. Senyawa seperti Pb dapat menyebabkan keracunan akut pada sistem saraf pusat meskipun prosesnya terjadi dalam waktu cukup panjang dengan kecepatan penyerapan yang kecil. Pada pengamatan yang dilakukan terhadap para pekerja yang bekerja menangani senyawa Pb, tidak ditemukan keracunan kronis yang berat. Pada keracunan plumbum kronis yang ringan dapat ditemukan gejala berupa insomnia dan beberapa macam gangguan tidur lainnya, sedangkan gejala pada kasus keracunan akut ringan adalah menurunnya tekanan darah dan berat badan. Keracunan akut yang cukup berat dapat mengakibatkan koma bahkan kematian. Meskipun jumlah Pb yang diserap tubuh hanya sedikit, logam ini ternyata mampu menjadi sangat berbahaya. Hal ini disebabkan senyawa-senyawa Pb dapat memberikan efek racun terhadap banyak fungsi organ tubuh (Palar, 2008).
5

Langkah mengatasi

1) Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu. a Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai. b Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut. c Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.

2) Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar. a Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat. b Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat. c.Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. 3) Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai. a Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. b.Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah pencemaran sungai. c Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai kita.

Cara Rawatan dan Pencegahan

Penentuan kandungan plumbum dalam tubuh boleh dilakukan dengan pelbagai cara yang melibatkan beberapa bentuk sampel untuk dianalisis. Antara sampel yang pernah digunakan untuk menganalisis kandungan plumbum dalam tubuh ialah rambut, kuku, urin dan darah. Sesetengahnya adalah lebih peka daripada yang lain. Setakat ini penentuan dengan cara menggunakan darah merupakan salah satu tatacara yang berkesan untuk menentukan sekiranya terdapat pengumpulan plumbum dalam tubuh. Cuma satu kelemahan utamanya yang telah dikenalpasti ialah ia mungkin memberikan satu bacaan yang tinggi sekiranya sampel darah diambil sebaik sahaja pendedahan berlaku. Ini disebabkan perseimbangan dengan tisu-tisu dalam badan belum berlaku. Terdapat satu teknik terbaru yang diperkenalkan untuk mengukur kandungan plumbum dalam badan yang diberitakan dapat memberikan kandungan plumbum yang lebih tepat lagi. Cara ini melibatkan pengukuran kandungan plumbum di dalam tulang kering dengan menggunakan tekanik sinar-X yang amat peka.

Dari segi rawatan, terdapat beberapa jenis agen pengkelatan yang sering digunakan dalam menangani masalah keracunan ini. Agen-agen yang dimaksudkan ialah dimerkaprol (atau nama lain BAL), kalsium disodium versenat, penisilamin serta asid dimerkaptopurik. Walau bagaimanapun rawatan mestilah dijalankan dengan berhati-hati kerana agen-agen ini sendiri mempunyai kesan sampingan yang serius kalau pemberiannya tidak diawasi dengan teliti. Tahap kepekatan plumbum diperiksa dengan teliti sebelum sebarang bentuk rawatan perubatan diberikan. Selalunya pada peringkat awal, pengawalan dibuat dengan cuma mengenalpasti sumber plumbum dan mengasingkannya daripada mangsa. Program-program pendidikan diberikan sebagai salah satu usaha untuk mengawal agar pendedahan plumbum dapat dikurangkan. Kajian susulan yang lebih terperinci diperlukan sekiranya mangsa menunjukkan kepekatan plumbum yang tinggi dalam tubuhnya.

KESIMPULAN

Banyak langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah ini. Tidak kira apa-apa langkah yang diambil, langkah itu tidak akan mendatangkan hasil tanpa kejasama dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran yang buruk ini. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan generasi pada masa akan datang. Langkahlangkah tersebut dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah in

RUJUKAN

1. http://yana-alamsekitar.blogspot.com/2010/08/pembuangan-sisa-toksik.html 2. mohdzulkarnainba030062d07ttt pdf. 3. (4)_Nana_dyah_siswati pdf 4. http://www.sabahdaily.com/2011/03/abatan-alam-sekitar-cuai-32-juta-rakyat.html 5. http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/images/common/pdf/MQLI99_12.Environment .pdf 6. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/racun/1996/plumbum3.html.

10