Anda di halaman 1dari 5

Manggunakan bahasa badan - Bahasa badan merujuk kepada gelagat kinestetik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan

air muka, pergerakan mata, cara bertindak, cara berpakaian, cara berjalan, bahasa isyarat. - Ruang atau jarak antara dua orang yang sedang berkomunikasi dianggap sebagai bahasa badan kerana setiap orang mempunyai jarak tertentu semasa berkomunikasi. - kajian oleh Albert Mehrabian, beliau menyatakan bahawa 60% 70% komunikasi
yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan masyarakat.

Definisi bahasa badan: Bahasa badan merupakan komunikasi tentang perasaan, emosi, dan sikap seseorang menerusi pergerakan badan seperti gerak isyarat, postur, ekspresi muka, cara berjalan, kedudukan dan jarak. Dalam kata lain, bahasa badan adalah cara seseorang menyampaikan emosi menerusi pergerakan badan. Melalui bahasa badan, orang lain boleh tahu siapa kita, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan kerana mereka membaca maklumat-maklumat itu lebih baik daripada kata-kata yang kita ucapkan. Daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita, orang boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan diri kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan dir. Ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja akan menyebabkan orang menilai sama ada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya atau tidak. Gerak-geri dalam bahasa badan mempunyai lima jenis iaitu emblem, penggambar, pelukis rasa, pengawal dan penyesuai.

KEPENTINGAN BAHASA BADAN -Pengetahuan mengenai bahasa badan berguna untuk melancarkan perjalanan komunikasi. -Ia membantu memahami orang yang berbual dengan kita. -Belajar membaca bahasa badan membantu kita membaca orang lain luar dan dalam. -Belajar mengawal bahasa badan kita sendiri dapat membantu kita berkomunikasi dengan efektif.

Peranan bahasa badan Peranan bahasa badan adalah amat meluas dalam dunia komunikasi sebenar. Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bahasa badan juga dapat membantu diri kita untuk mempengaruhi orang lain supaya mempercayai kita. Misalnya jika kita terlambat untuk menghadiri mesyuarat penting. Kita boleh mempamerkan riak wajah yang menggambarkan bahawa kita berada dalam keadaan yang bermasalah terutama sekali apabila berhadapan dengan majikan. Hatta, bahasa badan boleh diaplikasikan mengikut suasana dan situasi sesuatu keadaan. Personaliti seseorang individu dapat dilihat dengan memerhati komunikasi badan ataupun bahasa badan yang ditunjukkan oleh mereka. Selain itu, bahasa badan berupaya meningkatkan karisma seseorang sama ada dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya. Tambahan pula, bahasa badan turut digunakan sebagai medium untuk memperlihatkan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain ataupun individu dan masyarakat pada amnya. Ini membuktikan bahawa komunikasi badan memainkan peranannya yang tersendiri dalam kehidupan seharian manusia. Rentetan daripada itu, penerimaan dan penolakan individu dalam masyarakat dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui pergerakkan mata dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan individu lain mengetahui permasalahan yang berlaku. Komunikasi badan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi tangan, komunikasi bersalaman, komunikasi senyuman, komunikasi kepala dan komunikasi renungan mata. Peranan bahasa badan ini dimainkan oleh setiap anggota badan. Komunikasi tangan berperanan menunjukan sikap seseorang individu terhadap dirinya mahupun orang lain. Contohnya pergerakkan tangan ke muka dengan cara meraup mukanya mungkin menggambarkan bahawa seseorang individu itu malu ataupun mengeluh tentang sesuatu keadaan. Antara komuniksi tangan lain yang membawa maksud tersendiri adalah seperti kedudukan tangan terbuka, kedudukan tangan bersilang, kedudukan tangan bersilang di hadapan muka dan kedudukan tangan bersilang ke belakang. Begitu juga dengan komunikasi kepala. Apabila kepala seseorang mula senget atau condong, ia menunjukkan bahawa seseorang itu berminat atau tertarik kepada sesuatu. Tetapi apabila kepala seseorang menunduk semasa melihat

sesuatu pebentangan, ia adalah tanda negative seterusnya membina impresi pertama yang tidak baik kepada si penyampai bahawa sesi pembentangan tersebut adalah membosankan. Antara lain, komunikasi bersalam juga merupakan salah satu bahasa badan yang digunakan untuk mengetahui personaliti seseorang. Terdapat beberapa kaedah bersalam seperti bersalam dengan kedudukan tangan menadah, bersalam apabila kedudukan tangan mengadap lantai dan bersalam dengan kedudukan tangan yang seimbang. Selain itu, semasa bersalam juga, kedudukan tangan kiri turut membawa maksud tertentu. Memahami komunikasi mata dalam komunikasi bukan lisan amat penting kerana personaliti seseorang individu juga dapat dilihat dan dikenalpasti melaluinya. Kita perlu mengambil berat terhadap komunikasi badan yang ditunjukkan walaupun hanya pergerakan mata. Hal ini kerana, di situ kita akan tahu bahawa bagaimana mereka menerima orang lain dalam persekitaran mereka. Dalam erti kata lain, mereka yang bertentangan mata ketika bercakap dapat mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dengan situasi pada waktu tersebut. Contohnya, dalam perbualan antara seorang ejen insuran dengan seorang pelanggan, tindakan bertentangan mata boleh membuatkan pelanggan rasa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian melalui soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga bagi pihak yang mendengar dan mahu mengekspresikan bahawa mereka sedang mendengar dan cuba untuk menumpukan perhatian terhadap topik yang sedang dibincangkan. Menurut Miller (1974 : 265), dalam kajian yang dijalankan olehnya, beliau mendapati bahawa, foto seorang gadis cantik yang mempunyai anak mata besar kelihatan lebih menarik berbanding foto gadis yang mempunyai foto yang sama yang diambil dengan anak mata yang lebih kecil. Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa, bukan sahaja tubuh badan kita berkomunikasi bahkan anak mata juga memainkan peranan yang sama. Selain itu, mimik muka turut memainkan peranan yang besar dalam komunikasi bukan lisan. Ekspresi muka yang sentiasa tersenyum menggambarkan bahawa seseorang itu mungkin sedang berbahagia dengan kehidupan yang dilaluinya. Walau bagaimanapun, mimik muka yang senantiasa tersenyum tidak

semestinya mengambarkan kegembiraan tetapi disebaliknya. Hal ini kerana, mimik muka juga digunakan oleh seseorang untuk melindungi perasaannya yang sebenar daripada diketahui oleh orang lain.oleh itu, bahasa badan dikatakan dapat menjadikan sesorang individu itu bak seorang pelakon di layar perak serta menjadikannya seorang yang suka berpura-pura jika digunakan dengan cara yang salah. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan apabila kita menghadiahkan senyuman kepada pihak lain walaupun hati tidak membenarkan. Selain dapat melegakan hati yang rungsing, ianya juga akan memberi ketenangan buat si pemerhati. Setiap pergerakan tubuh badan manusia membawa maksud yang cuba disampaikan oleh seseorang individu itu sendiri. Memiliki dan menguasai kemahiran bahasa badan ini juga membolehkan seseorang individu menguji tahap keyakinan diri. Misalnya, pergerakkan tangan dengan yakin semasa bercakap atau memberi pendapat di hadapan orang ramai menggambarkan bahawa individu tersebut merupakan seorang yang berani, bijak dan yakin pada kemampuan diri. Namun begitu, pergerakan tangan yang begitu kerap adalah petanda yang tidak baik. Anda mungkin dinilai sebagai seorang yang gugup dan kurang keyakinan diri. Oleh itu, elakkan pergerakan tangan yang berlebihan semasa berucap dan kawal pergerakan tersebut dengan bijak. Natijahnya, pemahaman terhadap bahasa badan memberi banyak manfaat kepada setiap individu. Ianya berperanan sebagai unsur yang menambah baik pemahaman bagi seseorang yang sedang menjalinkan hubungan tidak kiralah sama ada hubungan tersebut berbentuk kekeluargaan mahupun persahabatan. Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai perselisihan faham, bahasa lisan sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan sebenar yang cuba disampaikan.Oleh itu, bahasa badan seperti isyarat pandangan mata dapat memainkan peranan supaya sesuatu keadaan boleh diperbaiki. Selain itu, apabila seseorang mengetahui bahawa gerakgeri tubuhnya diperhatikan, secara tidak langsung, individu tersebut akan membuat persediaan diri sebelum berjumpa dengan orang ramai terutamanya apabila dia akan menemui seseorang

yang belum dikenali seperti bertemu dengan pelanggan atau menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Pada masa yang sama, seseorang itu boleh mengisyaratkan badannya supaya bertenang dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Ini dapat menjelaskan bahawa kategori bahasa bukan lisan ini membawa tanggungjawab yang besar dalam proses komunikasi. Tambahan pula, bahasa badan membolehkan seseorang menimbulkan keserasian antara kedua belah pihak yang sedang berkomunikasi. Gerak-geri isyarat badan yang ditonjolkan semasa satu sesi perbincangan menunjukkan bahawa seseorang individu itu mudah didampingi dan konsisten tehadap kerja apa yang dilakukan walaupun orang lain tidak mengenali anda. Oleh itu, posisi badan membolehkan seseorang menggunakan kelebihan bagi kepentingan diri sendiri.