Anda di halaman 1dari 4

Soalan 3 :

Percaya Dan Patuh Kepada Tuhan Selalu Energi Untuk Muridnya

Berilmu Pengetahuan

Peranan dan Usaha

Mempunyai Keterampilan Menguruskan Kelas

Mempunyai Harapan Tinggi Terhadap Muridnya

Memiliki Sahsiah Yang Seimbang Dan Sepadu

Rajah 2 : Peranan dan usaha untuk membina budaya ilmu Sebagai seorang guru yang akan berkhidmat di sekolah, terdapat banyak peranan dan usaha yang boleh saya lakukan dalam membina budaya ilmu dalam kalangan pendidik. Jadi, peranan dan usaha di atas adalah apa yang bakal saya lakukan dalam bidang pendidikan pada masa akan datang. Antara peranan dan usaha tersebut ialah : Berilmu Pengetahuan Orang yang berilmu pengetahuan merupakan orang yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Guru yang berilmu pengetahuan merupakan guru yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain serta sentiasa berfikiran terbuka, luas dan mendalam. Jadi, dengan adanya ciri-ciri ini dalam diri seorang guru, guru itu dapat membina jati diri pelajar yang mantap melalui ilmu pengetahuan yang dia miliki.

Mempunyai Harapan Tinggi Terhadap Muridnya Selain itu, seorang guru juga perlulah menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap muridnya. Harapan dan kepercayaan yang tinggi inilah yang mendorong guru dan murid untuk berusaha demi mencapai matlamat yang diingini. Sebagai contoh, seorang guru menaruh harapan dan kepercayaan terhadap seorang murid. Harapan guru ini adalah ingin melihat murid tersebut menjadi insan yang berguna. Walaupun murid tersebut tidak pandai, namun dengan adanya kepercayaan dan harapan yang tinggi daripada

gurunya, murid tersebut telah berjaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Dalam pada itu, tugas seorang guru juga ialah perlu sentiasa memberikan kata-kata peransang dan nasihat serta menunjukkan nilai-nilai murni kepada murid supaya murid dapat mengikut apa yang guru mereka inginkan. Manakala, harapan seorang murid pula biasanya ingin berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Melihatkan keadaan gurunya yang begitu bersemangat mendidiknya dan sentiasa menaruh harapan kepadanya, tidak mustahil murid itu akan berjaya mencapai cita-citanya. Semuanya hanya bermula dengan sedikit kepercayaan yang diberikan kepadanya. Justeru, ciri ini juga perlu ada dalam setiap guru supaya anak didiknya akan lebih bermotivasi untuk belajar. Percaya Dan Patuh Kepada Tuhan Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya dan hukum-hukum alam merupakan hukum-hukum Tuhan. Justeru, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan tanggungjawabnya kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Dengan adanya ciri-ciri ini, seorang guru yang berdedikasi dan berintegriti tinggi dapat dilahirkan. Hal ini seterusnya tidak akan mewujudkan lagi isu guru yang sekadar makan gaji sahaja. Memiliki Sahsiah Yang Seimbang Dan Sepadu Di samping itu, seseorang guru juga perlulah memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Hal ini penting supaya guru tersebut dapat menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup yang mendatang dengan ketabahan yang tinggi serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Justeru, ia akan dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki ini bukan sahaja bermanfaat pada dirinya. Malahan, ia dapat dilihat dalam hubungannya dengan orang lain seperti pelajar, alam sekitar dan Tuhan.

Mempunyai Keterampilan Menguruskan Kelas Seterusnya, seorang guru yang profesional juga harus memiliki keterampilan menguruskan kelas dengan cara yang amat efektif dan dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam suasana yang selesa dan kondusif. Ciri ini merupakan ciri yang amat penting kerana pengawalan kelas merupakan sesuatu yang amat sukar dilakukan. Hal ini kerana, terdapat lebih daripada 20 jenis kerenah murid yang dapat dilihat dalam sesebuah kelas. Oleh itu, bagi menjadi seorang guru yang profesional, proses pengawalan kelas amatlah penting dan kita hendaklah kreatif dalam menangani dan mengatasi apa-apa juga situasi yang berlaku dalam kelas. Dengan adanya penguasaan teknik pengawalan kelas, murid dan guru akan dapat melahirkan semangat kekitaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini seterusnya menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Selalu Energi Untuk Muridnya Selain itu, seorang guru yang professional juga perlulah memberikan sepenuh perhatian kepada muridnya. Sewaktu di sekolah, kita janganlah membawa masalah peribadi atau masalah di rumah kerana ia bakal menjejaskan tumpuan kita terhadap murid kita. Selain itu, guru juga perlu fokus kepada persoalan atau pandangan yang dikemukakan oleh murid dan harus menjadi pendengar yang adil bagi semua murid tanpa ada sebarang unsur pilih kasih. Guru yang baik akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh muridnya. Sebagai contoh, seorang guru mengetahui muridnya mempunyai masalah kewangan. Dalam hal ini, guru tersebut akan berusaha membantu murid tersebut bagi menyelesaikan masalah kewangan yang murid itu hadapi. Selain itu, seorang guru yang baik dan profesional juga tidak akan bersikap pilih kasih terhadap murid-muridnya. Sebagai contoh, walaupun guru itu mempunyai seorang anak yang belajar di kelas bawah jagaannya, dia tidak akan sekali-kali memberikan perhatian yang lebih kepada anaknya tersebut. Semua murid akan mendapat layanan yang sama dan tidak ada yang lebih walaupun anaknya kerana di sekolah dia merupakan seorang guru dan bukannya seorang bapa. Kesimpulannya, terdapat pelbagai persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menjadi guru yang sebenar. Ciri-ciri di atas merupakan antara perkara yang perlu saya miliki sebelum saya menjadi guru yang sebenar. Dengan kata lain, sekiranya saya mempunyai semua ciri-ciri di atas, barulah saya boleh menjadi seorang guru yang hebat. Justeru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk memiliki ciri-ciri ini supaya saya dapat menjadi seorang guru yang hebat yang mana dapat mendidik anak murid saya dengan sebaik yang mungkin.

Anda mungkin juga menyukai