Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK PENGAJARAN PEMULIHAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai

kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidak betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis. CARA MELAKSANAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas. Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untuk memastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid

jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

PEMULIHAN TULISAN SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibacanya. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisantulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah. 1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut: (a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja. (b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid. 2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.

3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut. 4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut: (a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. (b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa. (c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). 5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. (a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan. (b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak menghadkan masa. (c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat. (d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh skel ini ialah Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis. Setelah murid yang memerlukan

pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagaibagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca itu adalah seperti berikut:

1. perkataan terlalu rapat 2. terlalu condong 3. perkataan berpecah 4. huruf-huruf terlalu dekat 5. barisan terlalu dekat 6. a seperti u 7. e tertutup 8. a seperti o 9. a seperti oi 10. b seperti Ii 11. b seperti l 12. b seperti k 13. b seperti f 14. n seperti u 15. c seperti e 46. r seperti u 16. c seperti i 47. r seperti e 17. c seperti a 48. s tidak jelas 18. d seperti cl 49. s seperti r 19. d seperti l 50. s seperti c 20. d seperti a 51. t seperti l 21. e seperti o 52. t tangkai jauh 22. e terlalu tinggi 53. t tiada tangkai

23. e seperti c 54. t tangkai di kanan 24. f seperti b 55. t tangkai di kiri 25. of seperti of 56. u seperti oi 26. g seperti y 57. ur seperti w 27. h seperti li 58. v seperti n 28. h seperti p 59. v seperti r 29. h seperti b 60. w seperti v 30. h seperti l 61. w seperti m 31. i seperti c 62. wr seperti ur 32. i tanpa titik 63. D tidak tertutup 33. k seperti h 64. I seperti cl 34 .l tertutup 65. T seperti l 35. m seperti w 36. n seperti v 37. n seperti s 38. o seperti a 39. o seperti r 40. o tidak tertutup 41. o seperti u 42. r seperti s 43. r seperti i 44. r terlalu kecil 45. r seperti n 46. r seperti u 47. r seperti e 48. s tidak jelas 49. s seperti r 50. s seperti c 51. t seperti l 52. t tangkai jauh 53. t tiada tangkai 54. t tangkai di kanan 55. t tangkai di kiri 56. u seperti oi

57. ur seperti w 58. v seperti n 59. v seperti r 60. w seperti v 61. w seperti m 62. wr seperti ur 63. D tidak tertutup 64. I seperti cl 65. T seperti l

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t. menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contohcontoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kadkad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru

dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: 1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja. 2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul."

LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentukbentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat Oleh murid. LATIHAN MENULIS Murid yang sudah dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka dengan menggunakan Latihan berikut sebagai panduan. Huruf-huruf yang lebih kurang sama harus diajar bersama, kecuali huruf b dan d yang harus jangan diajar bersama, kerana kedua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. Huruf q harus diajar lewat sedikit, bersama-sama dengan huruf u. Sebaik-baiknya beberapa kumpulan huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari seperti dalam contoh berikut. I. Murid boleh juga disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang telah disediakan. 2. Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid, dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakan langkah-langkah yang dibuatnya ketika menulis seperti ("Turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p"). 3. Setelah murid menulis huruf yang besar di kertas besar, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Dalam ruang, atau kotak kecil ini disediakan titik permulaan, dan murid diingatkan supaya jangan melintasi garisan di antara ruang. Ini akan mengelakkan huruf yang terbalik juga. 4. Murid yang mempunyai masalah persepsi visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia dipotong yang ditampalkan pads sehelai kertas untuk panduannya.

HURUF BESAR 1. Biasanya, huruf besar diajar setelah murid tahu menulis huruf kecil, kerana huruf besar kurang digunakan jika dibandingkan dengan huruf kecil. 2. Biasanya, di sebelah huruf besar, murid disuruh menulis huruf kecil yang sama. Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk melembutkan tangan murid, supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok. 1. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu. 2. Latihan ini boleh ditunjukkan di papan tulis dengan menggunakan berbagai-bagai kapur warna, atau di atas buku tulisan murid dengan menggunakan berbagai-bagai pensil warna, atau krayon. 3. Latihan seperti ini juga harus diikuti dengan keterangan oleh guru mengenai perjalanan kapur, atau pensil ketika guru menulis. Cara seperti ini sangat menarik perhatian murid. Contohnya adalah seperti berikut berpandukan gambarajah yang mengikuti ini. (a) Bukit dan lembah: Mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik bukit, turun dsn. (b) Ombak: Ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah dsn. (c) Tali disimpul: Naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dsn. (d) Gigi gergasi: Gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masil baik dan belum rongak; gigi bawah gergasi yang tidak rongak juga. (e) Mencantum manik: Cantumkan manik, manik dan benang, manik dan benang, dsn. (f) Apel: Pusing, naik dan hayun, dsn. (g) Ekor: Naik dan beri ekor, naik beri ekor, dsn. 4. Apabila murid telah diajar huruf yang tidak bersambung terlebih dahulu, maka tulisan sambung hanya merupakan lanjutan dari tulisan tidak bersambung, iaitu untuk menyambungkan semua huruf supaya cepat ditulis. Murid harus diberitahu perkara ini. Setengah huruf perlu ditukar, atau perlu dipanjangkan `ekornya' supaya menyentuh huruf di sebelahnya, atau perlu dibuat gelung dan lingkaran supaya cepat ditulis. 5. Semua huruf sambung harus dibandingkan dengan huruf tidak bersambung, dan perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru. 6. Apabila seseorang murid rasa terlalu susah hendak menulis huruf sambung yang

sangat berbeza dari huruf tidak bersambung yang sama, maka guru boleh menunjukkan tulisan sambung yang hampir sama dengan yang tidak bersambung. Cara ini diberi nama tulisan manuskrip yang disambung. 7. Guru boleh menggunakan warna, anak panah, atau pangkah untuk titik permulaan, dan arah perjalanan pensil, atau pen. 8. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidak bersambung, iaitu huruf-huruf yang cara menulisnya hampir sama diajar bersama, satu demi satu.

MENULIS PERKATAAN DALAM TULISAN SAMBUNG Latihan menulis perkataan dalam tulisan sambung harus dimulakan sebaik sahaja murid dapat menulis huruf sambung satu demi satu yang kecil atau yang tidak terlalu besar. Murid yang rasa susah hendak menulis tulisan sambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf yang tidak bersambung. Guru boleh mengurangkan kesusahan ini dengan membuat garisan condong di antara setiap huruf dan menutup huruf lain dengan pensil supaya setiap huruf dapat dikenal oleh murid. Untuk mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh murid meletakkan jari kecil (jari kelengkeng) dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis di hujung perkataan, dan menandakan jarak ini dengan titik. Perkataan baru boleh dimulakan di titik ini. Prinsip-prinsip pengajaran tulisan yang telah dikemukakan ini boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan menulis. Contohnya, apabila seseorang murid itu didapati tidak dapat mengenal keseluruhan sesuatu huruf, ia boleh menggunakan huruf yang telah sedia dipotong sebagai panduan. Jika seseorang murid itu menulis terbalik, ia boleh disuruh menulis dalam ruang-ruang tertentu (atau grid) yang telah disediakan dengan titik permulaan dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk mengajar murid yang harus sudah pandai menulis, tetapi masih kaku, ialah dengan cara menyalin. Mula-mula murid boleh disuruh menyalin tulisan sambung yang besar (1/2 inci atau 3/4 inci) yang telah disediakan oleh guru, ke atas kertas yang nipis (supaya jelas kelihatan tulisan yang disalin). Kemudian tulisan induk boleh dikecilkan. Dengan cara ini, murid dapat dilatih kecepatan menulis di samping memudahkan tugasan menulis.