Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A STRUKTUR ( 40 MARKAH) Arahan : Jawab semua soalan.

1.

Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampong tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan; Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang, (Petikan puisi teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

a. Nyatakan jenis puisi di atas. b. Berdasarkan puisi di atas nyatakan nasib malang Pak Kaduk.

(1 markah) (3 markah)

2.

Hai kadi, adapun nama anak baginda itu Caya Langkara. Maka Kadi pun membuka kitabnya dan tafsirnya seperti membilang-bilang al-Mubin. Maka sembah kadi, Ramainya . Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukur Alhamdulillah Rabbil alamin . Maka sembah Kadi , ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah taala. ( Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara, dalam Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a. Nyatakan dua unsur Islam yang terdapat dalam petikan di atas


1

(4 markah)

3.

Bagaimana? Kalian setuju dengan rancangan aku itu? Rosli inginkan kepastian setelah ledakan ketawa ketiga-tiga rakannya mualai reda. Kalau setuju, 20 ekor burung ruak-ruak yang ada di dalam sangkar di bawah rumah aku itu boleh dijadikan baka. (Dipetik daripada Cerpen Melakar Impian, teks Anak Global)

a. Nyatakan perwatakan Rosli melalui petikan di atas. b. Huraikan nilai yang terdapat di dalam petikan di atas.

(2 markah) (2 markah)

4.

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung dan nama menggunung di dada mereka ada khalid di tangan mereka pedang keberanian di hati mereka berkubu keyakinan seorang mati seribu lagi bingkas mengipas bara perjuangan.

(Dipetik daripada sajak Di dada mereka ada Khalid di dalam Anak Global)
a. Nyatakan satu unsur bunyi berserta contoh berdasarkan petikan sajak di atas. ( 2 markah ) b. Huraikan bentuk sajak di atas beserta contoh. ( 2 markah )

5. KEBAYAN : Nenek tidak tahu yang selama ini anak nenek itu bekerja di nite club dan akhirnya menjadi isteri kepada kerabat diraja. Terlalu ramai yang tergila- gilakan akan kecantikan ibu puteri, datang melamar. Akhirnya kerabat diraja, ayahanda Puteri yang menjadi suami kepada anak nenek itu. PUTERI : Apa jadi kepada bonda selepas itu, terjadi kepada kita, macam sekarang ni nek? KEBAYAN : Bonda Puteri dihalau keluar istana, nenek juga dihalau keluar. (Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri, karya Wan Ismail dalam Anak Global)

a. Namakan nama ayahanda Puteri? Apakah hubungannya dengan Kebayan? (2 Markah ) b. Nyatakan dua nilai negatif berdasarkan petikan di atas. (2 Markah )

6. a. HAJI PAHLAWAN: ..... nasib bangsa kita hanya dapat dikekalkan dengan kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan. Kita hendak meninggi dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita ... kita mahu tanah air dan bangsa kita selamat ... selamat jika kita kuat dan kekuatan itu jika kita bersatu! (Menangis) Mana Dato Onn? Aku nak Dato Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman! (Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru.. oleh Hatta Azad Khan) a. Nyatakan dua harapan haji pahlawan dalam petikan. b. Berikan dua perwatakan haji pahlawan. ( 2 Markah ) ( 2 Markah )

7.

Aku menggeleng. Permainan computer itu telah menelan roh dua jasad kedua- dua cucuku itu. Kedua-duanya masih belajar di menengah rendah. Nampaknya cuti pertengahan semester benar-benar dimanfaatkan oleh kedua-duanya untuk bertualang di dunia maya itu. Betul kamu berdua tidak Nampak? (Dipetik dari cerpen Tagung Antologi Madu Ilmu) Berdasarkan petikan di atas: a. Siapakah Aku dan nyatakan satu perwatakannya berdasarkan cerita tersebut (2 Markah ) b. Betul kamu berdua tidak nampak? Apakah maksud pertanyaan Aku kepada kedua-dua cucunya itu? ( 2 Markah )

8.

Apabila merasakan tiupan angin yang mengacah-acah dan mendengar deru pohonan yang kian nyaring dia didatangi rasa pilu dan kesal lagi. Segala-galanya seolah-seolah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah malah terapung-apung menghiris-hiris relung hatinya. (Dipetik daripada cerpen Bah Urei dalam Anak Global)

a.Nyatakan maksud gaya bahasa personifikasi. b.Berdasarkan petikan berikan dua contoh gaya bahasa tersebut.

(2 markah) (2 markah)

9. Dia bercita-cita untuk mengkormesialkan dan memberi peluang orang ramai turut menikmatinya suatu hari nanti. Lebih dari itu dia bercita-cita menjadikan taman pertanian itu sebagai pusat pelancongan dan penyelidikan kepada yang berminat dalam bidang pertanian. (Dipetik daripada Novel Jeriji Kasih ) a. Siapakah dia dalam petikan di atas dan nyatakan dua perwatakannya. ( 2 markah ) b. Nyatakan persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut. ( 2 markah )

10. Mengucap Pak! kata Jalil menenangkan Pak Teh yang berdiri di hujung sawah. Kelibat Ah Tong tidak kelihatan lagi. Mujur juga Jalil menjerit tadi. Jika tidak, tentu Ah Tong menjadi mangsa Pak Teh. ( Dipetik daripada Novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh)

Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan novel tersebut ( 4 markah )

BAHAGIAN B ESEI (10 MARKAH)

1. Berdasarkan Novel Jeriji Kasih, Jawab soalan berikut. a) Watak Anuariza merupakan seorang pemuda contoh dalam novel Jeriji Kasih. Huraikan lima keistimewaan watak Anuariza yang boleh diteladani. (10 markah)

Disediakan Oleh: ( ) (

Disemak Oleh: .. )