Anda di halaman 1dari 2

HUKUM NEWTON KEDUA

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. iaitu F = daya paduan; m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F; v = halaju akhir objek; u = halaju awal objek; t = masa. Disebabkan pecutan objek diberi oleh Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan

HUKUM NEWTON KETIGA

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh: Apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Berat buku itu bertindak ke atas meja. Meja itu bertindak balas dengan daya yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan iaitu ke atas.