Anda di halaman 1dari 19

1.0 PENGENALAN Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas.

Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi. Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.

7.0Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanakkanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan

emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikari

3.0

KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta

mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964), sangat memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif. Objektif yang disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk mempertingkatkan kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Nilai-nilai positif yang akan diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah berbeza kerana bergantung dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti ini. Melalui pergerakan kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat sekiranya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Meningkatkan kecergasan Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami masalah otot lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan rasa lebih gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak langsung mereka dapat membina kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik serta

pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan kecergasan berat badan. Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi implikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian dalam tubuh yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini kerana aktiviti yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang besar serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping membina semula tulang-tulang. Alat teraputik Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanakkanak. Pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk di jadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi sosial yang positif dengan membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka

meneroka dan mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika. Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri, mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran dan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional. Pergerakan kreatif sangat penting untuk memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin. Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya. Sosialisasi Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di berikan dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak dan menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan mengikut.

Fokus

konsep

sosialisasi

dalam

program

pergerakan

kreatif

dengan

menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kempimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanakkanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.

Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif kanak-kanak kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Kanak-kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi untuk membina personality mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti, tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di kawal. Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan namun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang dilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara nonverbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untuk

mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan. Kemahiran bertutur Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan dengan betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan sebaliknya dengan aktiviti pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan kanak-kanak tersebut. Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan beranggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan lebih terhibur dan menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanakkanak, aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturan mereka. Meningkat kreativiti Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanakkanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik darjah yang bersifat mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan kreatif merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan pengalaman mereka. Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan kreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan pergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa dihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui. Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas. Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin (Leventhal, 1980).

9.0Kesimpulan Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangn

emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan individu.Menekankan kepada aspekmotor halus dan motor kasar. Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi danbekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input ang sangat berguna kepada mereka

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

Disediakan oleh: Wan Mohd Muizzudin Wan Ibrahim Mohd Akmal bin Siti Fadhilah binti Kamarudin Norfauziatul Akma binti Mohd Noor Nurul Fatihah binti Che Rashid TERAPI PERGERAKAN KREATIF http://www.youtube.com/watch?v=RTSHDC3U2b8&feature=endscreen PENGENALAN <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang melahirkan secara simbolik melalui pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memberikan penekanan terhadap elemen <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Tubuh badan <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Masa <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Ruang <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->Tenaga <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Elemen ini merupakan perbendahaaran pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> Ritma <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kreativiti <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Untuk membentuk <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->sifat-sifatfleksibel <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->mempelajari cara-cara mengawal pergerakan

<!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> mempertingkat keupayaan <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> kapasiti pergerakan <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> menggunakan anggota dan minda <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->sebagai alat mencapai tahap pergerakan berseni. SEJARAH Terapi ini bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Terapi ini wujud hasil daripada gabungan antara tarian moden dan psikiatri yang dipelopori oleh Marian Chace. Beliau telah menyediakan kelas tarian yang memberi peluang yang unik untuk ekspresi diri, komunikasi dan interaksi kumpulan. Terapi pergerkan yang juga dikenali sebagai terapi tarian merupakan penggunaan gerakan improvisasi sebagai satu cara merawat sosial, emosi, kognitif dan masalah fizikal. Sejak tahun 1940-an, ahli terapi gerakan telah membangunkan kaedah untuk kegunaan klinikal dengan pelanggan yang mewakili kebanyakan bidang penjagaan kesihatan. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan terapi tarian / gerakan sebagai model rawatan untuk pesakit yang bukan sakit kronik dan pelanggan psikosomatik. (Lewis et al 1995, Ambra 1995, Theorell et al 1998, Cohen et al 1999, Boris 2001, Ellis 2001, Nystrom 2002). Menurut kepercayaan turun-temurun, pergerakan dan tarian boleh menggalakkan penyembuhan badan dan minda. Ini kerana, melalui terapi pergerakan, kita dapat meneroka semua jenis pergerakan dengan idea bahawa tubuh dan minda saling berkaitan. Terapi pula adalah berdasarkan tanggapan bahawa segala-gala dalam alam semester ini adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan unit asas pergerakan asas adalah melalui badan-badan kita sendiri. Masyarakat di seluruh dunia telah menggunakan terapi pergerakan sejak awal masa dahulu lagi untuk meluahkan perasaan, menggalakkan kesuburan serta mewujudkan kesejahteraan. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia dan merupakan bahagian penting dalam tradisi, walaupun sesetengah tradisi tidak dapat mengenalpasti aktiviti tersebut sebagai terapi. Di Timur, terapi pergerakan bermula sebagai sebuah gerakan kerohanian termasuk amalan mempertahankan diri. Contohnya tai chi dan gigong, yang diajar dalam kalangan sami-sami Tao. Ia memberi penekanan kepada meditasi dan corak pernafasan

tertentu di mana masih diamalkan secara meluas sehingga hari ini untuk menggalakkan kesihatan dan panjang umur. Manakala di Barat pula, terapi pergerakan dilakukan untuk pemulihan dan kekuatan fizikal terutama selepas sukan dan terapi fizikal. Ia juga digunakan untuk mambantu dalam penyembuhan dan mengelakkan kecederaan. Seorang penari koreografer, Pilates telah memperkenalkan satu kaedah yang popular di mana ia dilakukan di atas lantai dengan / atau peralatan khusus. Kaedah ini memberi tumpuan kepada pembangunan teras dalaman yang kukuh dan kekuatan fizikal. Untuk maklumat lanjut mengenai Pergerakan Pilates, sila rujuk kepada: <!--[if !vml]--><!--[endif]--> http://pilates.about.com/od/whatispilates/a/WhatIsPilates.htm http://kidshealth.org/teen/food_fitness/exercise/pilates.html# http://www.sophiaoh.com/pilates/what_is_pilates.htm DEFINISI DAN KONSEP PERGERAKAN KREATIF <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Latihan dalam melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan menigkut rentak muzik bagi membantu murid-murid pendidikan khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Laban ( 1975 ) menulis bahawa dalam setiap pergerakan asas, tema melambangkan idea pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang membesar terhadap aktiviti pergerakan, dan diperingakt-peringkat kemudiannya perkembangan mental kanak-kanak membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang terlibat (Laban , 1980:28) <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Rudolp Laban iaitu salah seorang pelopor pendidikan pergerakan memberikan definisi dengan mengenalpasti apa yang dianggap sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-kanak untuk melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan satu bentuk saluran dengan penuh sedar <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sybil Huskey ( 1979 ) dalam buku Facilitating Creative Growth of Children menyatakan tarian kreatif sebagai tarian yang boleh

menjadikan semudah seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudiaan berhenti kaku dengan membentuk tubuh dalam bentuk tertentu atau bentuk kompleks yang merangkumi dan menghubungkan semula aspek penglaman manusia. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Gladys Andrew Fleming mendefinisikan istilah pergerakan kreatif ini untuk pendidikan gerak tari kanak-kanak dan sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancar melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponan utama dalam gerak tari <!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->untuk tujuan-tujuan ekspresi <!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Komunikasi atau kepuasan peribadi ( Fleming, 1976 ) <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->H. Doubler berpendapat gerak tari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang meransang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini membolehkan sesorang individu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan. ( HDoubler, 1925 ) TUJUAN <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakna yang berunsur seni <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan gerak- geri anggota badan sebagai media <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->melahirkan perasaan dalaman <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->mengintegrasikan motor dan kognitif <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->meninjau hubungan antara personality dan pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan MATLAMAT <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Responsive terhadap keperluan dan minat setiap individu

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Diterap dalam pendidikan formal kepada semua peringkat umur. KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan koordinasi kaki dan tangan semasa bergerak dalam tarian. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan keyakinan diri. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan ketahanan dan kekuatan tubuh badan. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan keseimbangan badan kanak-kanak melalui tarian <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan kelenturan badan. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan interaksi sosial dengan rakan semasa menari dalam kumpulan. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menimbulkan rasa gembira. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan bebas dalam tarian. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengenali potensi diri. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memupuk kanak-kanak berfikir dan bergerak secara kreatif <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Boleh bergerak mengikut gerak hati. PERALATAN TERAPI Antara alat yang digunakan dalam terapi pergerakan kreatif ialah ialah : Gelung (manipulasi alatan gelung) Bergerak Ke Sisi Kanan Dan Kiri Dengan Menggunakan Gelung

Gelung Di Atas Kepala Dan Digerakkan Ke Kanan Dan Ke Kiri

Melompat Setempat Dengan Menggunakan Gelung Menggelekkan Badan Sambil Duduk Dengan Gelung Mengerakkan Gelung Ke Dalam Dan KeLuar Pergerakan KembangKuncup Mengangkat Gelung Dari Luar Ke Dalam Mengetuk Gelung Ke Lantai Memusing Gelung Mengikut Arah Pusingan Jam Sambil Mengimbang Badan

Peralatan lain yang boleh digunakan ialah cermin, tali, dan pundi kacang, dan manamana alat mengikut kekreatifan guru asalkan sesuai dengan aktiviti. CARA PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERGERAKAN KREATIF DRAMA Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik Emile Jaques Dalcroze. Walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, kita dapat mengenalpasti bahawa kanakkanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan. Contoh : <!--[if !vml]--><!--[endif]--> <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak boleh

menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama nenek kebayan ketika menjadi penonton. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Daripada contoh di atas, kita dapat perhatikan bahawa kanak-kanak seronok ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung untuk menggunakan pergerakan untuk mengekspresikan emosi mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk mengenalpasti seterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut. Muzik <!--[if !vml]-->http://t0.gstatic.com/images? q=tbn:ANd9GcTujppTL67LsgOp5MxX4B9fECoN3eVj1JQYuQJ7WjnNwZgXjfaEg<!--[endif]-->Seni kinestetik- Pergerakan kreatif dalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik seperti irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian manusia. Keadaan ini memudahkan kanak-kanak memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Jika dapat dikendalikan dengan baik, keadaan ini akan memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari aspek kognitif, murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=OktdSbsMozQ Contoh <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->http://t0.gstatic.com/images? q=tbn:ANd9GcQyaCYC6Enx3IHXr5j79zGgm1bQphVeLeexNN0WSnlLUJ2cfz9-<!-[endif]-->Bagi murid Tahap 1, aktiviti muzik dan pergerakan kreatif bukan sahaja

membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mer eka memahami konsep muzik yang abstrak. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni Tarian Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi <!--[if !vml]->http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSdEkCidAB3_dmcK9IFYJcJZ8PEcyfYm5Ayhd08gEkmIjOp3KEZQ<!--[endif]->pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tarian. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->untuk mengungkapkan idea-idea <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->perasaan dan pengalaman kepada orang lain Seni tari ini dapat di lihat pada <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->pergerakkan tangan, <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->kaki <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> badan <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]--> mata <!--[if !supportLists]-->* <!--[endif]-->anggota tubuh badan Contoh aktivti 1

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->bergerak seperti seekor burung semasa muzik perlahan dipasangkan. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi konsep kendiri murid. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak. Contoh aktiviti 2 <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru banyak mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik dan nyanyian. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Setelah mereka mempersembahkan persembahan mereka, kanak- kanak tersebut akan menerima tepukan yang gemuruh. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai . Contoh aktiviti 3 <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Murid duduk di depan cermin dan membuat air muka yang berlainan. <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta rakan membuat air muka yang sama dengannya. MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF MASALAH KOMUNIKASI <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Murid sukar untuk mengikut arahan yang diberikan guru <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Murid tidak faham cara untuk melakukan pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Masalah dalam memberi tindak balas <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Murid tidak melibatkan diri dengan aktif MASALAH FIZIKAL (TUBUH BADAN)

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Murid sukar untuk menggerakkan badan mengikut arahan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Pergerakan terbatas <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Respon untuk melakukan sesuatu pergerakan lambat <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memerlukan bantuan/guru untuk membimbing melalukan pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Selalu keliru dengan pergerakan tertentu MASALAH PERALATAN <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memerlukan peralatan yang sesuai <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Masalah dalam pemilihan peralatan mengikut aktiviti <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Peralatan yang mahal untuk aktitvi yang menarik <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Peralatan dan bahan yang tidak mencukupi <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keselamatan peralatan MASALAH BILIK TERAPI <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kelengkapan bilik terapi yang kurang sesuai <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bilik terapi yang padat dan kurang ruang untuk melakukan pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bilik terapi yang tidak kondusif <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keselamatan pergerakan yang dilakukan serta keselamatan kawasan yang digunakan MASALAH GURU <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan dalam terapi pergerakan kreatif <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan tentang psikologi murid <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru kurang berpengetahuan tentang teori pembelajaran <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kemahiran yang rendah dalam mengendalikan terapi <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru tidak kreatif dalam melaksanakan aktiviti terapi <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Guru tidak mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi semasa proses terapi dijalankan MASALAH TINGKAH LAKU

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sukar untuk menguruskan tingkah laku murid <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sukar untuk membentuk kerjasama semasa menjalankan pergerakan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Interaksi antara guru tidak berlansung secara berkesan disebabkan tingkah laku PENUTUP Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " . (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Sebagai kesimpulan, penggunaan terapi amat perlu dalam kalangan individu berkeperluan khas. Semua aspek yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dapat diaplikasikan apabila terapi-terapi ini dijalankan. Murid dapat mengembangkan aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sekali gus apabila menjalani terapi.

Anda mungkin juga menyukai