Anda di halaman 1dari 12

Kepentingan perkembangan emosi dan cara-cara mengurus emosi dalam menghadapi situasi mencabar dan tuntutan masakini

Apakah yang dimaksudkan denagn kompetensi kecerdasan emosi serta contohnya dari pelbagai perspektif.Terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Yang kedua kompetensi social, iaitu kesedaran sosial (empati) dan kemahiran sosial. Kompetensi personal terdiri daripada subkompetensi-subkompetensi berikut, iaitu kesedaran kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri.Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar emosi yang dirasakan dan biasanya. Individu ini juga sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya. Individu ini juga mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup dan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri. Bersikat reflektif dan belajar dari pengalaman serta terbuka kepada maklum balas yang jujur atau perspektif baru atau pembelajaran berterusan atau perkembangan diri atau semuanya. Individu yang memliki kompetensi juga biasanya berupaya menunjukkan unsure kecindan dan perspektif-perspektif lain tentang diri sendiri. Mereka juga berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya seta berani mengeluarkan pandangan yang

kurang popular dan mempertahankan sasuatu yang betul disamping berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan. Faktor-faktor pengurusan bilik darjah kondusif yang mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar. Memang tidak boleh dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Jadi suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kompetensikompetensi kecerdasan emosi selain daripada suasana keluarga di rumah. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut. Apakat aktiviti pengurusan bilik darjah yang dapat membina komptensi personal dan kompetensi sosial? Pada amnya faktor-faktor berikut mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi ini. Antara faktor-faktor pengurusan bilik darjah yang mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar yang pertama ialah iklim Bilik darjah. Iklim bilik darjah bererti suasana dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Iklim termasuk keadaan fizikal dan social serta emosional. Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan cahaya dalam kelas, cukup tempat duduk atau menjalankan aktiviti. Keadaan kelas yang gelap dan sempit akan menggangu suassana emosi dan fizikal pelajar. Ini secara tak langsung akan menjadikan pelajar lebih cemas atau dalam stress. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi mood dan minat serat kecerdasan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad, dengki,

memfitnah dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar kan berkembang dari segi sosial dan emosi dalam atmosfera yang positif dan membina. Pihak sekolah dan guru kelas harus sentiasa cuba menyediakan suasana yang ceria dalam kelas supaya pelajar seronok dan bekerja dalam keadaan optimum yang mendorongkan pemikiran bernas dan kreatif. Faktor yang kedua ialah rutin bilik darjah. Adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa peraturan dan pensisteman dalam menjalankan sebarang aktiviti menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Ini berbanding dengan individu yang kelam-kabut atau tiada ikut satu sistem dalam urusannya. Biasanya rutin atau tabiat harian membawa perasaan penting, bertanggungjawab atau berguna kepada individu berkenaan. Satu cara baik untuk menyemai perasaan tanggungjawab dan kerajinan ialah menyediakan satu jadual tugas kelas. Dengan demikian setiap pelajar diberikan tanggungjawab serta kewibawaan untuk menjaga kebersihan kelas dan mengendalikan kelas. Secara langsung dan tidak langsung Kompetensi Kecerdasan Emosi dapat dibina melalui interaksi yang berlaku semasa menjalankan tugas. Pelajar harus memotivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu dan memandang ke arah guru serta menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis. Faktor yang ketiga yang mempengaruhi tahap pembinaan Kompetensi Kecerdasan Emosi pelajar ialah disiplin bilik darjah. Individu yang berdisiplin tentu akan mempunyai kompetensi personal seperti kesedaran emosi kendiri, penghormatan kendiri, keyakinan diri dan kesedaran ketepatan kendiri. Di samping itu dia juga

mempunyai kawalan emosi dan kebolehsuaian. Disiplin harus mula di rumah dan dikembangkan di bangku sekolah. Suasana bilik darjahpaling sesuai untuk

menanamkan cirri-ciri disiplin yang baik dalam diri pelajar. Pihak sekolah dan guru harus menyediakan peraturan bilik darjah serta membantu pelajar mengikutnya. Gunakan segala situasi dan peluang untuk menekankan kepentingan disiplin dan peraturan dalam hidup.

Seterusnya saya ingin menerangkan mengenai cara-cara mengurus emosi dalam menghadapi situasi mencabar dan tuntutan masa kini. Ketika emosi dan marah memuncak maka segala sifat buruk yang ada dalam diri kita akan sukar dikendalikan dan rasa malu akan hilang berganti dengan segala sifat buruk demi melampaskan kemarahannya pada benda, binatang, orang lain dan persekitarannya.

Ramai orang berkata jika menyimpan emosi secara terus-menerus dalam jangka waktu yang lama akan mnyebabkan keadaan bertambah teruk dan boleh melakukan hal-hal yang lebih teruk dari orang yang biasa emosinya. Oleh sebab itu sebaiknya apabila ada rasa marah, eloklah segera dihindarkan atau disalurkan pada hal-hal yang tidak melanggar hukum dan tidak merugikan manusia lain. Beberapa ciri-ciri orang yang tidak mampu mengandalikan emosinya ialah berkata kasar pada orang lain,marah dengan merosakkan atau melemparkan barang-barang di sekitarnya, melakukan tindak kriminal / tindakan yang jahat, melarikan diri dari rumah, minum minuman keras dan melakukan pergaulan bebas, menangis dalam kekesalan yang mendalam serta

berdendam dan ada hasad dengki pada orang lain.

Cara lain untuk kita mahu bersemangat ketika emosi negatif menyerang adalah merubah perhatian kepada sesuatu yang menyeronokkan. Ketika emosi negatif menyerang, ia menjadikan kita marah, menahan geram, sakit hati atau melayan rasa tidak puas hati. Maknanya, kita sedang berada dalam kesakitan (pain). Bukan kesakitan cam luka tu, tapi kita berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak suka, yang membuat kita jadi tertekan. Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan (pain), ubah perhatian kepada keseronokan (pleasure).

Keseronokan adalah apabila kita bertemu dengan apa yang kita suka. Untuk ada keseronokan, kita hendaklah membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi kita. Selain membuat, kita juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan. Contohnya macam syok sendiri la ni. Syok sendiri tidak salah jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi. Bagi sesetengah orang, apabila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, selepas itu dia jadi bersemangat. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja. Ada orang, nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kawan-kawan dia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tiba-tiba timbul inspirasi, kemudian dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang sudah tidak mengantuk semasa bekerja.

Contoh-contoh tadi kita boleh aplikasikan pada diri kita. Tujuannya untuk membuat kita boleh mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal kita. Apabila kita telah mahir mengawal emosi, tanpa kita ketahui kita telah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan kita boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja tujuan yang kita mahu, seperti mana kita memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat.

Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi kita untuk muncul menjadi orang yang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi kita serta merta.

Rujukan

Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim :Quantum Books.

Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.

Utusan Malaysia, 20 Sept.2000 . Seks Bebas.

Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Utusan Malaysia, 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.

Berita Harian, 31 Mei 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius.

Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Kompetensi Kecerdasan Emosi saya. Saya Mohd Aidil Bin Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai kompetensi kecerdasan emosi. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari teks di dalam majalah yang berkaitan dengan emosi untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Zaharudin, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam esei saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota yang telah diberikan oleh En. Zaharudin telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Petikan ilmiah saya telah perolehi daripada perpustakaan dan telah saya cetak untuk memahami tajuk yang diverikan di dalam soalan kompetensi kecerdasan emosi. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Kompetensi Kecerdasan Emosi yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En. Zaharudin.

Isi kandungan ...................................................................................................

BAHAGIAN 1 ~ Pengenalan
1. 0 Pengenalan ...............................................................................................

BAHAGIAN 2 ~ Ulasan Artikel (kerja kumpulan)


2.0 Buli, Betulkan Pemikiran Lapuk Ini .................................................... 2.1 Suami simpan kekasih .......................................................................

BAHAGIAN 3 ~ (individu)
3.0 Kepentingan perkembangan emosi dan cara-cara mengurus
emosi dalam menghadapi situasi mencabar dan tuntutan masakini ................................................................................

BAHAGIAN 4 ~ Penutup
5.0 Kesimpulan / Refleksi..........................................................................

BAHAGIAN 5 ~ Bibliografi
6.0 Sumber Rujukan.......................................................................................

BAHAGIAN 6 ~ LAMPIRAN

Pengenalan
IQ, EQ dan SQ. IQ atau dalam bahasa melayu, dipanggil sebagai kecerdasan intellectual, di temui pada tahun 1905 oleh Binet di Paris. Manakala EQ atau kecerdasan emosi ditemui pada tahun 1995 oleh Danie Golman yang ditulis melalui buku beliau yang bertajuk Working with Emotional Intelligence.Manakala pada tahun 2000 SQ atau kecerdasan spiritual ditemui oleh VS Ramachandran di universiti California,dengan penemuan beliau fungsi saraf God Spot. Selepas itu dijumpai oleh Michael persinger yang dikenali sebagai Binding Problem. Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan sejahtera dalam hidup. ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.

Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses

pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai kecerdasan emosi pada entry yang akan datang.

Kecerdasan spiritual sangat penting kerana mempengaruhi sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang lain. Oleh kerana itu, seseorang yang hebat mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik sehingga mampu mencapai makna dan hakikat tentang manusia. Dengan yang demikian, kemanusiaan seseorang manusia itu dapat dihargai.Perkara utama dalam kecerdasan spiritual adalah pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri. Spiritual itu memandu manusia pada pencarian hakikat kemanusiaannya. Sehingga memperolehi kejayaan yang sebenar di dalam pencarian tujuan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai