Anda di halaman 1dari 6

Kompentisi Kecerdasan Emosi (KKE): Emosi menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah perasaan jiwa yang kuat.

Kompentisi Kecerdasan Emosi (KKE) ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan dengan orang lain dengan baik. Menurut Young, 1996; Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Kecerdasan Emosi juga dipanggil EQ (Emotional Quotient) seperti IQ (Intelligence Quotient). mengikut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ. IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak rosak akibat daripada kecacatan emosi. EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu, termasuk aspek kesihatan dan sosial. Sejarah perkembangan KKE: Minat terhadap emosi telah bermula pada awal kurun ke-19. Ini bermula pada tahun 1920 oleh E.L Thorndike menggunakan istilah Kecerdasan Sosial (Social Intelligence). Pada tahun 1983, Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Pada tahun 1985, para penyelidik sasial telah mula menggunakan istilah Kecerdasan Emosi (emotional Intelligence, EI). Istilah Emotional Quotient (EQ) digunakan oleh Reuven Bar-On pada tahun 1988. Pada tahun 1990, artikel tentang EI telah diterbitkan dalam Jurnal Akademik oleh John Mayer dan Peter Salovey. Teori ini terus digunakan oleh Daniel Goleman dan beliau telah menulis buku Emotional Intelligence yang menjadi buku paling laris dijual di antarabangsa.

Kemudian, pada tahun 1997, Steiner dan Perry telah menggunakan istilah Literasi Emosi (Emotional Literacy) untuk mengkelaskannya sebagai satu kemahiran atau Kompentisi. Higgs dan Dulewicz telah menjalankan ujian psikometrik dan mengeluarkan sebuah buku menyokong kenyataan kecerdasan emosi (KE) pada tahun 1999. Geetu Bharwaney telah menunjukkan baawa KE boleh diukur, boleh dipelajari, berfungsi bersama dengan IQ (kecerdasan otak) dan boleh digunakan untuk membezakan antara prestasi cemerlang dan prestasi sambil lewa dikenalkan pada tahun 2000. Sekarang EI diangap penting bagi semua lapisan masyarakat dan mulai diterapkan dalam kurikulum pedidikan latihan guru dan juga menjadi komponen penting dalam latihan pembangunan sumber manusia pihak swasta dan kerajaan.

Soalan 1: Senaraikan emosi yang terdapat dalam filem ini. Filem Ayat-ayat Cinta merupakan satu filem yang telah dipilih bagi menilai tahap KKE setiap watak dan perwatakan yang terdapat pada setiap individu. Filem ini memaparkan banyak emosi yang boleh dikesan dan dijadikan teladan oleh para penontonnya. Fahri sebagai teraju utama dalam filem ini dihidangkan dengan masalah apabila diminati oleh Aisha, Maria, Nuorol dan Noura. Dia yang dilihat sebagai lelaki yang sempurna telah menjadi lelaki idaman bagi gadis-gadis ini. Sikapnya yang penuh dengan nilai positif membuatkan dirinya kelihatan lebih menarik. Fahri menyukai seorang gadis yang berjubah dan memakai purdah yang sentiasa menutup wajahnya yang cantik. Apa yang sering dilihat oleh Fahri hanyalah sepasang mata yang cantik milik sang gadis yang terus memikat hatinya. Tambahan pula, gadis itu juga mempunyai pengetahuan agama yang luas. Ini menyebabkan Fahri semakin menyukai gadis itu. Apa yang menjadi perkara pokok di sini ialah apabila Fahri membuat keputusan untuk menikah dengan seorang gadis. Keputusan yang dibuat oleh Fahri menyebabkan gadis-gadis yang meminatinya kecewa, hampa dan mengalami gelodak perasaan. Fahri sama sekali tidak mengetahui tentang perasaan cinta yang ada dalam diri mereka. Di sinilah timbul masalah KKE dalam diri mereka. Setiap watak dalam filem ini mengalami masalah terhadap emosi mereka. Masing-masing cuba menghadapi masalah yang dihadapi dengan cara yang tersendiri. Apabila keadaan menjadi semakin parah, tautan cerita mula bergerak dan masalah dikaitkan antara setiap watak, penonton dapat melihat dengan jelas emosi yang sedang bersarang dalam setiap watak. Fahri yang menikahi Aisha menyebabkan Maria kecewa sehingga jatuh sakit. Tindakannya juga menyebabkan Nuorol menjadi bukan dirinya serta Noura menjadi orang yang hilang pertimbangan apabila sanggup menuduh Fahri

merogolnya hingga hamil sedangkan Bahadhur (ayah angkatnya) yang melakukannya. Noura yang terlampau mencintai Fahri tidak dapat menerima kenyataan itu dan terfikir jika menuduh Fahri, mungkin Fahri akan menikahinya. Jangkaannya meleset sama sekali apabila Fahri menikahi Maria atas desakan dan pujukan Aisha. Fahri yang tertekan atas tuduhan itu turut hilang pertimbangan. Walaupun Fahri dikategorikan dalam golongan orang yang beriman, musibah yang menimpa dirinya mula membuatkan dirinya berasa marah, tertekan risau dan sebagainya. Fahri mula membentak dan tidak dapat bersolat dengan khusu. Setelah dinasihatkan oleh seorang banduan yang berkongsi sel dengannya, Fahri mula menerima kenyataan dan menganggap semua itu sebagai ujian dari Allah. Fahri mula pasrah dan redha. Akhirnya Noura mengakui perkara yang sebenarnya dan Fahri dibebaskan. Masalah yang lain timbul apabila Aisha dan Maria cemburu atas layanan Fahri terhadap mereka. Masing-masing mahukan perhatian yang lebih daripada Fahri. Namun, akibat penyakit Maria yang semakin teruk, Maria meninggal dunia. Selepas itu, Fahri dan Aisha pun hidup bahagia bersama restu Allah. Antara emosi yang terdapat dalam filem ini ialah: sedih gembira pasrah redha bahagia nikmat gelisah takut risau gementar keliru cemburu simpati rendah diri ghairah inkuiri teruja cemas tertekan tercabar kecewa malu bosan tidak percaya

marah penat angkuh

terkejut puas hati bersalah

Semua emosi ini ditonjolkan dengan baik oleh setiap pelakon. Antaranya ialah emosi kecewa. Emosi ini dapat dilihat melalui watak Maria yang mencintai Fahri telah mendapat berita perkahwinan Fahri dengan gadis pilihannya, Aisha. Berita yang diterima Maria menyebabkan dia berasa amat kecewa. Lantaran itu dia tidak henti-henti menangis dan tidak mahu makan. Ini menyebabkan Maria jatuh sakit. Semua ini berpunca daripada emosi kecewa yang tidak dapat dikawal oleh Maria. Rentetan itu, emosi sedih pula timbul akibat kekecewaan melampau. Seterusnya ialah emosi gembira. Emosi ini dapat dilihat melalui watak Fahri yang sangat gembira dan ceria semasa ingin berkahwin dengan Aisha. Sepanjang majlis perkahwinan berlangsung, ekspresi wajah Fahri jelas menunjukkan perasaannya yang sebenar. Wajahnya sentiasa tersenyum dan kelihatan sangat bahagia. Kegembiraan kerana dapat berkahwin dengan gadis yang benar-benar dicintainya juga terserlah. Emosi gelisah turut ditonjolkan dalam filem ini. Watak Aisha membawa emosi ini tatkala suaminya, Fahri ditangkap dan akan dibicarakan atas tuduhan merogol seorang gadis. Aisha sangat gelisah dengan pertuduhan terbabit dan takut tidak dapat menyelamatkan suaminya kerana Aisha tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh membebaskan suaminya berikutan Aisha tidak mengenali Fahri dengan lebih mendalam dan usia perkahwinan mereka juga terlalu muda untuk mengenal hati budi masing-masing. Emosi marah digarap melalui watak Nuorol yang turut mencintai Fahri. Ini dapat dilihat ketika Nuorol berbual dengan Aisha dan memuji kebaikan serta sifat terpuji Fahri tetapi pada masa yang sama, Nuorol yang sedang mengupas buah oren kelihatan sangat marah. Emosi marah Nuorol berjaya disembunyikan daripada raut wajah yang tenang, tersenyum serta tutur kata yang lembut. Tetapi

perlakuan tangannya yang sedang mengupas kulit oren kelihatan sangat kasar dan penuh kemarahan. Watak Noura yang beremosi bersalah selepas menuduh Fahri merogolnya sehingga hamil juga diselitkan. Noura mendapat kecaman yang hebat daripada rakan-rakan Fahri yang mengetahui Noura memfitnahnya. Noura takut untuk berhadapan dengan Aisha kerana perasaan bersalahnya. Rentetan peristiwa ini menyebabkan Noura mengaku kesalahannya kerana tidak dapat membendung perasaan bersalahnya terhadap Fahri dan Aisha setelah Maria hadir memberi keterangan sebagai saksi di pihak Fahri. Contoh-contoh diatas merupakan salah satu contoh huraian emosi yang terdapat dalam filem Ayat-ayat Cinta. Emosi yang sebenarnya telah pun jelas diperlihatkan melalui sinopsis yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai