Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI : PENDIDIKKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN JANUARI / 2013

KOD KURSUS HBAE2103SMP

TAJUK KURSUS CORAK DAN REKAAN

TUTOR : EN. NOR ANUWAR BIN HAMAT

DI SEDIAKAN OLEH NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : : : : :

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800001 770805035800 0129601122 anizadib@yahoo.com KELANTAN LEARNING CENTRE

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

1.0

PENGENALAN Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman,

penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

~1~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk meluahkan emosi.

2.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam tugasan kali ini akan dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4 atau 5 orang murid yang sebaya umurnya. Murid-murid yang dipilih ialah seramai lima orang iaitu terdiri murid-murid tahun lima yang mana pada peringkat ini murid telah dapat melukis figura dalam saiz yang sebenar.

Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa ~2~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

dan pemikiran kanak-kanak. Tugasan kali ini ialah guru perlu berbual dan bertanya kepada kanak-kanak semasa aktiviti pendidikan seni kerana melalui pergerakan badan, guru dapat memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang ditunjukkan. Pergerakan badan menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-kanak. Komunikasi lisan dan bukan lisan memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi dalaman kanak-kanak. Pada umur 6 tahun, gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka menundukkan muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakukan secara spontan. Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada contengan hingga perwakilan sebenar.

Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang

mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil.

Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata 2. Corak berpusat 3. Corak cerminan ~3~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

4. Corak bertindih 5. Corak selang seli 6. Corak batu bata Tujuan utama membuat corak dan rekaan dalam kursus ini ialah dapat membentuk perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat tersebut. Berikut dijelaskan secara terperinci tujuan membuat corak dan rekaan berdasarkan hasil karya yang telah dibuat oleh lima orang pelajar tahun 5 Amanah.

Sebelum murid menghasilkan karya masing-masing, guru terlebih dahulu menetapkan tajuk, motif, teknik dan bidang. Yang lain terpulang kepada pelajar mengikut kreativiti mereka. Guru telah mendedahkan corak-corak yang terdapat dalam bidang mencorak ini. Kriteria seperti di bawah: Bidang Tajuk Motif Teknik : membuat corak dan rekaan : membuat pembalut hadiah : alam Flora/alam semula jadi : Capan dan Catan

2.1

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan

Berdasarkan pemerhatian terhadap lima orang pelajar tahun 5, didapati kelima-lima pelajar tersebut dapat memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi personaliti dan psikologi seseorang. Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna kegemarannya.

Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Dalam seni visual,warna dijadikan alat komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu

~4~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Pelajar A Pelajar B

Pelajar C

Berdasarkan hasil corak tiga pelajar ini di dapati pelajar banyak memilih warna-warna yang lembut seperti warna biru, kuning cair sebagai warna latar corak mereka. Warna biru menggambarkan ketenangan dan kedamaian manakala pelajar B banyak menggunakan warnawarna terang seperti hijau dan jingga yang menggambarkan kematangan dan kegembiraan. kesegaran, alam sekitar,

Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran merupakan perlakuan dalam tujuan membuat corak dan rekaan. Pelajar-pelajar tahun 5 ini telah memilih bahan-bahan dari alam semulajadi seperti kacang panjang, bendi, batang betik, lobak merah, petola, sayur sawi, kobis, bawang dan ubi kentang untuk menghasilkan corak mereka. Daripada bahan-bahan ini murid dapat mengolah dan mengubahsuai untuk dijadikan satu corak yang menarik. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, ~5~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

geometrical dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai namanama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. Pelajar biasanya melihat jenisjenis corak ini berdasarkan pemerhatian di sekeliling mereka seperti corak di kain batik ibu mereka, corak di wau dan juga corak di kertas pembalut hadiah. Berikut ialah corak yang dihasilkan oleh pelajar yang terdiri daripada bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka.

Pelajar D Penggunaan bahan semulajadi, seperti kobis yang di potong segitiga menyerupai corak pucuk rebung yang mereka biasa lihat pada kain batik sarung ibu mereka.

Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui corak, pelajar belajar mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Tujuan penghasilan corak kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang sesuai dan menarik. Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Corak dan rekaan melatih pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor tangan mereka. Ini kerana mereka akan membentuk corak daripada bahan semulajadi seperti ubi kentang, lobak dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang menarik.

~6~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

2.2

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi

Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.

Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun lima, di dapati pelajar tersebut secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Harmoni merujuk kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya memberi gambaran yang kemas, selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.

Harmoni dari segi bentuk dan susunan corak.

~7~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Kontra dari segi bentuk dan warna

Melalui gambar corak murid yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur dan objek yang dapat memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui penghasilan warna garang ( warna merah ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan tersebut.Bunga yang sedia ada mempunyai warna yang kontra jika dibandingkan dengan daun, dan ini menunjukkan wujudnya unsur penegasan. Oleh yang demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik, penggunaan warna yang betul serta sesuai dapat memberi unsur penegasan terhadap objek yang dihasilkan di samping kedudukan objek yang diletakkan pada bahagian hadapan.

Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan

~8~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu pelajar mencipta dan mencetuskan idea mereka masing masing. Kebebasan menggambarkan corak mereka sedikit sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna yang sesuai, teknik yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang menarik mengikut kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi corak adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi corak dan rekaan warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak mengikut gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan melalui motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif. ~9~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif yang ingin digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan.

2.3

Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya

Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada pengamatan pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak di dalam meningkatkan kepekaan pengamatan mereka.

Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-mo tif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan pengalaman mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket, corak di wau dan sebagainya. Daripada ~10~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat corak-corak tradisional mudah dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional.

Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis kumpulan iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan bercorak. Hasil corak dan rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan reka corak kain songket tetapi ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan selang seli. Selain itu susunan bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut corak siku keluang, bahagian berpetak disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak disebut corak berdiri.

Dengan mengenal dan menghayati corak-corak tradisional mudah ini, pelajar seterusnya dapat menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

3.0

Maklumat Sokongan ( Hasil Kajian )

Kajian ini telah dilakukan kepada 5 orang murid tahun 5 Amanah iaitu 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Guru telah menetapkan jenis corak yang akan dibuat iaitu corak terancang yang menggunakan teknik capan. Capan adalah satu teknik menghasilkan karya dari imej yang sedia ada. Teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan ~11~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

warna ( cat air / cat poster ) dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Melalui teknik capan, berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayur-sayuran) dan juga capan bahan buatan manusia seperti garfu, tudung pen, duit syiling dan sebagainya. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagai-bagai jalinan pada hasil capan. Sebelum menghasilkan corak dan rekaan menggunakan teknik capan ini, guru dan murid telah berbual-bual tentang corak dan rekaan yang mereka tahu dan faham. Hasil daripada perbualan itu, murid lelaki menyatakan pernah tengok corak dan bunga-bunga kerawang di wau bulan dan juga di kain batik sarung ibu mereka. Bagi murid perempuan pula, mereka menyatakan kefahaman mereka tentang corak ialah seperti corak yang ada pada kain batik sarung ibu mereka, baju batik yang di pakai oleh guru, kertas pembalut dan kesan corak di kain tudung yang di pakai oleh kakak-kakak, ibu-ibu dan guru-guru perempuan di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa sebelum murid meneroka dan membuat corak, murid telah ada pengetahuan sedia ada mengenai corak dan rekaan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. Seterusnya guru meminta murid menyenaraikan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan corak menggunakan teknik capan. Antara bahan-bahan yang disenaraikan ialah batang pelepah pisang, batang pelepah betik, bendi, ubi kentang, lobak merah dan buah belimbing. Guru juga mencadangkan beberapa jenis bahan-bahan lagi iaitu kacang panjang, bawang merah, bawang besar dan kobis. Daripada hasil bahan-bahan yang disenaraikan ini,

guru meminta murid meneroka bentuk-bentuk yang boleh dihasilkan. Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan

~12~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Walau bagaimana pun, corak dan rekaan kanak-kanak dikaitkan dengan makna dan simbol.

Simbol dalam karya seni adalah makna yang terkandung dalam sebuah karya seni. Ia boleh wujud berupa garisan, bidang, ruang dan warna.

Daripada pemerhatian yang telah dibuat pada hasil karya murid, didapati murid-murid ini menyukai warna yang terang seperti warna merah, kuning dan oren. Warna juga mempunyai komposisi tertentu sebagai peranan dalam berkarya. Dalam perkembangan dunia seni lukis barat, pelukis menggunakan warna sebagai menimbulkan objek yang dilukis. Dalam catan relisma warna digunakan sebagai memperkenalkan objek yang dilukis agar menepati bentuk asal, misalnya melukis buah-buahan, warna-warna di campur agar menimbulkan rupa objek sebenar. Warna juga digunakan sebagai alat representasi pelukis dalam menterjemahkan makna. Oleh yang demikian, warna mempunyai peranan sebagai menentukan komposisi artistik dalam sesebuah karya. Antara lain tujuan warna ialah: 1. Memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni. 2. Menghasilkan kesan suasana dan idea yang tersirat.

3. Memberi kesan ekspresi dari perasaan dan emosi diri pelukis. 4. Untuk menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi komposisi dan organisasi pengkaryaan. 5. Bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna. 6. Memberi kesan penampilan objek yang dilukis.

Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al, 2004). Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak dalam pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian.

Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu: 1. 2. Warna sebagai warna Warna sebagai representasi alam ~13~
CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

3.

Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1.

Warna sebagai warna - memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2.

Warna sebagai represtasi alam -bermaksud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3.

Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. - Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya; a) warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara b) warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim c) warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri d) warna Biru: perpaduan, keagungan, keriangan e) warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk f) warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain

Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dan dititik beratkan. selain perkara yang dibincangkan, paling penting mengetahui tentang teori warna dan psikologi warna. Walau bagaimana pun manusia mempunyai latar budaya yang berbeza mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004). Misalnya, merah dikaitkan dengan kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan Islam (Azhar et al, 2004).

~14~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

Dalam corak dan rekaan murid, simbol garis digunakan. Garisan adalah cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu. Terdapat banyak jenis garisan yang menarik di alam sekeliling, pada objek alam semula jadi dan juga benda buatan manusia. Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan. Garisan dapat memberikan kesan pergerakan dan simbol tertentu.

Garisan

menegak Garisan memberi

melintang Garis

tegak

yeng

menimbulkan

kesan membengkok memberikan kesan

perasaan teguh dan ketenangan, stabil.

kedamaian dan hal sedih, lesu dan duka. yang tak bergerak

Horizontal berirama Garis-garis memberikan malas, dan

Garis

lengkung

kesan memancar memberi memberi makna kesan pemusatan, gerakan tiba-tiba, mengembang

ketenangan letusan bertenaga

menyenangkan.

Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang terbentuk akan memberi makna. Pucuk rebung yang terdapat dalam karya pelajar amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila

~15~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti contoh, bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran ataupun sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang lain.

4.0

KESIMPULAN. Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.

~16~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.

~17~

CORAK & REKAAN

ANIZAN BT CHE MAT 770805035800 ~HBAE2103SMP~

APENDIKS RUJUKAN / REFERENSI Baha Zain, Dr Zakaria Ali, Nur Hanim Khairuddim, Sharifah Zuriah AlJeffri dan Rosihan Juara ( 1997 ), Alam, Seni dan Perjalanan Pekan Seni Ipoh. Perak : Yayasan Kesenian Perak.

Haslinda Madon ( 2007 ), HBAE 1403 Menggambar. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.

Kathleen Chee (2004) .Fokus e-masteri SPM Pendidikan Seni Visual, Bangi, Selangor : Penerbitan pelangi Sdn Bhd.

Mohd Zaihidee Hj Arshad ( 2011 ), HBAE 2103 Corak Dan Rekaan. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd

Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com (08.03.2009).

http://bangdey.blogspot.com/2009/11/unsur-unsur-seni.html

http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/04/capan.html

~18~

CORAK & REKAAN

Anda mungkin juga menyukai