Anda di halaman 1dari 1

Sebagai umat Islam kita sepatutnya memahami dan menghayati konsep pahala dan dosa yang telah ditetapkan

oleh Allah kepada umat manusia, melihat betapa rahmat Allah SWT begitu luas kepada kita mengatasi kemurkaanNya. Namun masih ramai dalam kalangan umat Islam melakukan dosa bahkan ada yang melakukan perkara yang merosakkan keimanannya kepada Allah SWT seperti syirik, kufur, riddah, khurafat, nifak dan sihir.

Berdasarkan kenyataan ini: (a) Huraikan perkara-perkara khurafat; kepercayaan-kepercayaan karut yang masih

dilakukan oleh masyarakat Islam di zaman globalisasi dan era teknologi ini. Huraian anda hendaklah disokong oleh bahan-bahan rujukan yang ilmiah dan diiktiraf. (b) Analisis dalil-dalil naqli dengan merujuk huraian Kitab Tafsir atau Hadis Sahih

berkaitan tugasan yang diberikan. Tugasan anda hendaklah mengandungi perkara yang berikut: (i) Pengenalan anda perlu menulis maklumat tentang pengertian khurafat serta menjelaskan amalan khurafat yang berlaku dalam kehiddupan masyarakat Arab Zaman Jahiliyyah

sebelum kebangkitan Rasul SAW. (ii) Menganalisis anda perlu menganalisis sekurang-kurangnya LIMA dalil naqli serta mengemukakan bukti rujukan yang jelas daripada buku-buku atau tafsir daripada kitab tafsir yang muktabar atau hadis-hadis yang sahih. (iii) Menghurai anda perlu memberikan LIMA cadangan dan menghuraikan dengan jelas beserta contoh bagaimana guru-guru Pendidikan Islam boleh berperanan sebagai daie bagi menangani masalah amalan khurafat dalam kalangan penduduk Islam setempat. (iv) Rumusan anda perlu membuat rumusan/ kesimpulan lengkap dengan menyentuh tentang kepentingan para guru Pendidikan Islam dalam memelihara akidah umah.