Anda di halaman 1dari 8

SENARAI KANDUNGAN

No. 1.

TAJUK PENGENALAN

MUKA SURAT

2.

3 JENIS DADAH BESERTA GAMBAR

3.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

4.

PENUTUP

PENGENALAN

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

JENIS DADAH BESERTA GAMBAR


1)Jenis-jenis opiat

Candu

Morfin

Heroin

Kodein

Opiat Sintetik

2) Jenis-jenis Stimulan

Amfetamin

Methamphetamine(Syabu/Ice)

Kokain

4. MDMA

3)Jenis Halusinogen

Ubat "Depresen"

Alkohol

GHB

Ketamin

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan. 2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka 3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya. 4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan) 5. 6. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalankhayalan kesan dadah yang mereka ambil. 8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami. 9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

PENUTUP