Anda di halaman 1dari 18

Soalan 1

Mengikut Teori Bandura, proses peniruan berlaku semasa proses perkembangan sosialisasi sekunder di sekolah. Anda dikehendaki menjalankan kajian sekolah pilihan sendiri,bagi menyatakan sejauhmana kebenaran teori tersebut. Rakaman video temubual dan sesi pengajaran akan memberikan markah yang baik untuk tugasan anda

Soalan 2
Anda perlu melaksanakan suatu analisis tentang pelajar anda sebelum melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran di bilik darjah di sekolah kajian. Nyatakan beberapa kriteria yang melibatkan pelajar anda perlu dianalisis a. Faktor usia,jantina dsbnya b. Faktor kognitif,afektif dan psikomoto Kepentingan faktor-faktor tersebut perlu dinyatakan dengan jelas melalui pengumpulan data dari pelajar sekolah kajian seperti mengedarkan borang biodata diri dan seumpamanya. Data-data tersebut perlu dilaporkan dalam bentuk geraf analisis atau yang berkenaan

3.

Dalam pendidikan, prinsip-prinsip pengajaran perlu ada pada seseorang guru. Sila nyatakan satu persatu prinsip-prinsip tersebut dan berikan bukti-bukti sokongan yang kukuh kenapa prinsip-prinsip tersebut perlu diamalkan. Sila buat perbandingan antara amalan pengajaran konservatif dengan amalan moden yang berlaku di tempat sekolah kajian. . Anda juga perlu menjalankan satu sesi pengajaran dengan memilih topik yang sesuai bagi menunjukkan prinsip pengajaran menjadi amalan guru masa kini.

Soalan 3

Soalan 4
Dalam pendidikan, beberapa prinsip pembelajaran perlu ada dalam pengetahuan seseorang guru. Sila nyatakan dengan memberi bukti-bukti sokongan yang kukuh kenapa prinsip tersebut perlu dijadikan sebagai panduan (guide) seseorang guru di sekolah kajian anda. . Anda juga perlu menjalankan satu sesi pengajaran dengan memilih topik yang sesuai bagi menunjukkan prinsip pembelajaran tersebut dapat dilaksanakan dengan kreatif dan inovatif

Soalan 5
Pendidikan dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu didik dan latih. Nyatakan dua bahagian utama tersebut dengan memberikan contoh-contoh dan perkaitannya dalam perkembangan kognitif, afektif dan psikomoto pelajar anda. Anda boleh mendapatkan data dan maklumat dari sekolah kajian anda dalam bentuk carta analisis menerusi temubual atau lain-lain data.

Soalan 6
Isu konflik: Kenapa sejak kebelakangan ini, pelajar sudah kurang atau tidak lagi menghormati seseorang guru. Buat kajian kes di mana-mana sekolah kajian dengan membuat rakaman temubual, soal selidik dan rakaman-rakaman video yang berkaitan sebagai bukti. Kaitkan juga dengan masalah vendalisme yang sedang menular dan mengugat proses pembentukan modal insan di sekolah-sekolah pilihan.
Copyright drhaz@fppm.upsi.edu.my Sem 1 2011/12

Soalan 6
Isu fungsionalisme: Beberapa cara pengajaran boleh dilaksanakan oleh seseorang guru. Anda perlu mencipta 3 situasi pengajaran berbeza berdasarkan keperluan pelajar visual, audiotori dan kineststik yang berbeza dalam satu kelas yang sama. Anda juga digalakkan mengambil rakaman video berkenaan perkara ini dengan guru terlatih. Lampirkan RPH anda sebagai rujukan

Soalan 7
Isu interaksi: Pelbagai cara interaksi dapat diwujudkan antara guru, pelajar dan bahan bantu mengajar ( BBM). Anda dipertanggunjawab ke atas beberapa siri interaksi untuk mencapai objektif pembelajaran. Huraikan dengan mengambilkira kesemua interaksi yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penekanan diberikan untuk pelajar bersifat audio visual. Lampirkan RPH anda berdasarkan interaksi di bilik darjah sekolah kajian

Soalan 8
Dalam pendidikan, prinsip-prinsip pembelajaran perlu ada pada seseorang guru. Sila nyatakan satu persatu prinsip-prinsip tersebut dan berikan bukti-bukti sokongan yang kukuh kenapa prinsip-prinsip tersebut perlu diamalkan. Sila buat perbandingan antara keperluan pelajar dengan kemampuan guru untuk menghasil pembelajaran yang kondusif. Anda juga perlu merakam satu sesi pengajaran bagi menunjukkan 3 prinsip tersebut yang dipilih dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran di sekolah kajian

Soalan 9
Isu kepelbagaian teknik dan penglibatan pelajar: * Memerlukan kreativiti guru *Mengekalkan tumpuan pelajar *Unsur kepelbagaian (ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan bantu mengajar , kesukaran dll) Berdasarkan isu di atas, anda dikehendaki menghuraikan bagaimana keperluan tersebut dapat dilaksanakan dalam pengajaran di sekolah kajian.

Soalan 10
Terdapat berbagai gaya kepimpinan dalam proses pengajaran guru. Nyatakan dengan jelas setiap satu gaya kepimpinan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai ( video). Bagi melaksanakannya pilih dua (2) daripada gaya kepimpinan tersebut dan masukkan ke dalam RPH anda. Jika ada bahan-bahan rujukan tambahan akan menambahkan markah anda.

Soalan 11
Organisasi sekolah dikatakan berbeza antara satu sama lain. Anda dikehendaki memilih dua buah sekolah kajian dengan menunjukkan carta organisasi,visi,misi dan falsafah sekolah yang berbeza. Nyatakan kenapa perbezaan ini berlaku. Anda juga perlu menghasilkan laporan dalam bentuk galeri gambar aktiviti sekolah-sekolah kajian tesebut ( carta aliran dan album)

Soalan 12
Isu Pengurusan Murid: Anda dikehendaki mencari sebuah sekolah kajian untuk mengenalpasti bagaimana maklumat murid direkodkan, dibuat tindakan susulan oleh badan disiplin dan kaitkan dengan isu terkini yang terdapat di sekolah berkenaan secara umum sahaja. Butiran secara terperinci tidak perlu diambil

Soalan 13
Isu Pengurusan Bilik Darjah: Anda perlu membuat satu kajian tentang pengurusan bilik darjah yang amat baik, sederhana dan lemah di sekolah kajian kes anda.Rakaman video digalakkan sebagai bahan bukti dan menyokong kajian anda. Jelaskan bagaimana ilmu, kemahiran dan strategi pengurusan bilik darjah berperanan menangani masalah-masalah pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Soalan 14
Isu Pengurusan Sumber: Anda perlu membuat satu kajian tentang pengurusan sumber atau bahan-bahan pengajaran yang terdapat di sekolahsekolah dalam kajian kes anda. Jika dapat buat rakaman sebagai bahan bukti dan menyokong kajian anda. Gunakan bahanbahan tersebut dalam laporan kajian yang anda akan bentangkan kelak.

Soalan 15
Isu Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin: Anda perlu membuat satu kajian tentang pengurusan tingkah laku dan disiplin yang terdapat di sekolah-sekolah dalam kajian kes anda mengikut perkara berikut: a. Bentuk peraturan dan disiplin murid. b. Jika ada masalah vandelism dan salah laku, bagaimana ia diuruskan. c. Laporkan data-data anda secara analisis geraf dan ditunjukkan dengan MS Powerpoint
Copyright drhaz@fppm.upsi.edu.my Sem 1 2011/12

Soalan 16
Isu Pengurusan Penasihatan Murid: Anda perlu membuat satu kajian di sekolah tentang perkara berikut: a. Terangkan apakah maksud bimbingan dan bentuk bimbingan yang menjadi amalan sekolah kajian. b. Corak penasihatan dan perbandingan dengan mentoring ( buat rakaman sesi yang berlaku) c. Lampirakan satu RPH dengan menjalankan mana-mana aspek yang berkaitan dengan pengurusan penasihatan murid pada satu tajuk pilihan anda