Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran di mana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti

harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa sebarang gangguan dan kemalangan.Setiap sekolah perlu menjalankan langkah-langkah keselamatan Langkah-langkah keselamatan dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak, sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah keselamatan. Kemalangan boleh berlaku ke atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin keselamatan. Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran, tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Kesemua ini bolehlah dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian. Terdapat tiga faktor yang boleh dijadikan asas kepada punca berlakunya kemalangan iaitu, faktor manusia, faktor persekitaran dan faktor semulajadi. Kelemahan manusia merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap tidak menghormati kepentingan orang lain, angkuh, cuai, lalai dan ditambah pula sifat jahil, mudah panik dan mementingkan diri sendiri memudahkan lagi keadaan-keadaan yang tidak diingini berlaku. Kegagalan manusia untuk mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu mengenai keselamatan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga membahayakan keselamatan orang lain. Faktor persekitaran sebagai satu punca berlakunya kemalangan sebenarnya tidak dapat diasingkan sama sekali daripada faktor manusia. Ini disebabkan manusia juga turut bertanggungjawab membentuk persekitaran. Misalnya kadangkala terdapat di sekolah keadaan di mana susunan kerusi meja murid tidak sedikitpun memperlihatkan kesedaran bahawa langkah

keselamatan sudah dipertimbangkan. Begitu juga di makmal sains atau di bengkel pertukangan tidak dipaparkan dengan jelas peraturan-peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi. Selain itu, keadaan padang yang tidak dijaga rapi, bahagian-bahagian usang bangunan sekolah yang perlu dibaikpulih, bahan-bahan mudah terbakar yang diletak sewenang-wenangnya di dapur kantin adalah di antara yang kerap tidak diberi perhatian. Begitulah juga halnya jarang terdapat sekolah yang menyediakan tempat menanti yang selamat bagi murid terutama yang sampai terlalu awal atau terpaksa pulang lewat sementara menanti kenderaan. Faktor alam semulajadi sering diabaikan kerana manusia menganggapnya tidak begitu penting. Walau bagaimanapun apabila berlaku kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa manusia akan berusaha untuk mengatasinya. 2. Peranan Sekolah Menjaga Keselamatan Di Sekolah 2.1 Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan selamat. 2.2 Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur, pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. 2.3 Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan misalnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup, setor sukan dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut tidak diengkari. 2.4 Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. 2.5 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan, mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran. 2.6 Menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatan sentiasa dapat dikawal.

2.7 Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumat mengenai keselamatan di sekolah. 2.8 Menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yang bertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan di atas. (Dicadangkan jawatankuasa dipengerusikan oleh GPK(HEM) dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru kanan yang menjalankan pelbagai aktiviti sekolah. Elok jika ada seorang ahli PIBG dan GB/Pengetua berfungsi sebagai penasihat). Berdasarkan kenyataan di atas ternyata keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar. Oleh yang demikian setiap sekolah dimestikan melaksanakan Program Sekolah Selamat sebagai agenda penjagaan keselamatan di sekolah. . Di harapakan menerusi Program Sekolah Selamat dapat menjadi langkah pencegahan sebelum berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini.

3.

MATLAMAT

Matlamat Program Sekolah selamat adalah bertujuan ewujudkan budaya selamat di dalam kawasan Sekolah secara berterusan dengan kerjasama semua warga sekolah dan sokongan daripada keluarga khasnya dan masyrakat umunya 4. OBJEKTIF Objektif Program Sekjolah Selamat adalah mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah,memastikan hak individu/warga di dalam setiap sekolah

selamat,dihormati dan dijaga ,meningkatkan keberkesanan pengajaran dan Pembelajaran.Selain itu bagi memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil. Di samping itu, program ini juga Meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam bidang akademik, ko-

kurikulum dan aktiviti lain. Program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga sekolah bagi menghadapi sebarang isu Keselamatan, kecemasan, kemalangan dan

malapetaka serta mewududkan semangat kekitaan dalam kalangan warga setiap sekolah.

5. PENGURUSAN STOR SUKAN Stor sukan ataupun dikenali sebagai stor peralatan adalah perlu untuk setiap buah sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpan alatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan; simpanan yang baik mengurangkan kos pembaikan dan pemeliharaan alatan. Pengekalan alatan juga memberi peluang kepada guru-guru merancang pelajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi kanak-kanak pula, bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnya semasa waktu pendidikan jasmani atau waktu di luar daripada waktu pendidikan jasmani. Kewujudan stor boleh menentukan bilangan alatan yang boleh dibeli oleh sesebuah sekolah. Setelah segala alatan asas telah dibeli, perkara yang penting ialah bagaimana untuk menyimpan peralatan itu.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI STOR SUKAN.

5.1

Tatacara Am.

Sentiasa menjaga kebersihan stor. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan

peralatan sukan. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan. Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk

alat-alat sukan. Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada

dalam keadaan selamat.

5.2

Tatacara Murid.

Dilarang masuk ke dalam stor sukan.

5.3

Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Guru.

Menjaga kebersihan stor sukan. Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci. Memadamkan suis apabila keluar dari stor. Mempunyai pelan keselamatan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan. Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

6. LANGKAH-LANGKAH SUKAN.

KESELAMATAN

PENGGUNAAN

PERALATAN

6.1

Tatacara Am

Peralatan sukan mestilah mempunyai jaminan ( Warranty ) Peralatan sukan mestilah mempunyai kelulusan piawai dan pengiktirafan daripada undang-undang persatuan sukan.

Peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

6.2

Tatacara Murid. kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan kepada alatan

Melaporkan

yang digunakan. Sentiasa berwaspada meenggnakan peratan. Mengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

6.3

Tatacara Pengurusan / Jurulatih /Guru.

Memastikan peralatan sukan mempunyai jaminan ( Warranty ).

Memastikan

peralatan

yang

sudah

tamat

tarikh

luput

dihapuskan

mengikut

prosedur yang ditetapkan. Mengambil tindakan segera atas laporan kerosakan peralatan yang berlaku. Memberi taklimat tatacara penggunaan peralatan yang betul.

7. KESELAMATAN DI KANTIN Dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang sangat penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping ia memberikan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003). Pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya dapat memberikan kesempurnaan kesihatan hidup. Makanan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi penyebab dan pencegahan dalam pelbagai jenis penyakit (Mary Stewart, 2000). Oleh itu, kita semua bertanggungjawab dalam menjamin keseluruhan nilai makanan yang diberikan kepada kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana saja (FOMCA, 2007). Isu berkaitan kebersihan makanan di kantin sekolah sentiasa diberi perhatian yang serius oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu. Malahan, ia menjadi keutamaan bagi pihak kerajaan untuk mengawasi kesihatan pelajar-pelajar di sekolah (Jurnal Pengguna Malaysia, 2002). Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajarpelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Dengan itu, pihak sekolah tidak boleh mengabaikan kebersihan dan keselamatan kantin. Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya. Ini kerana kantin bukan sekadar tempat makan, tetapi sebagai tempat di mana pelanggan harus mendapat apa yang dihajati dan berpuas hati dengan adanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan (Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004). Oleh itu, perkhidmatan makanan di sekolah perlu menyediakan makanan yang selamat, sesuai dan berkhasiat (Neill, 1980). Pernyataan ini disokong oleh Cleland et al (2004), menyatakan bahawa makanan yang dijual di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat makanan yang seimbang, berkhasiat, bersih serta selamat. Jeannies (2002), juga mengatakan bahawa kebersihan dan keselamatan makanan merupakan perkara penting dalam menyediakan makanan yang sesuai,selamat dan berkhasiat kepada pelajar sekolah.

7.1 POLISI DAN TATACARA TINDAKAN JAWATANKUASA KANTIN 7.1.2 Merujuk kepada: a. Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995 - Keracunan makanan di sekolah-sekolah. b. Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968 - Menjaga kesihatan pelajar sekolah.

7.1.3 Tindakan Jawatankuasa Kantin( Guru)

Memantau dan memastikan pengusaha kantin Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.

mematuhi peraturan dan Pekeliling

a. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. Senarai harga hendaklah dipamerkan b. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. c. Memastikan pengusaha menyediakan keadaan dan persekitaran dalamam dan luar kantin yang bersih, kemas dan ceria. d. Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. e. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi. f. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. g. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa. h. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin. i. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa. j. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih seperti alas kepala, apron dan lain-lain. k. Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH. l. Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

7.2. Tatacara Penggunaan Murid Baca, fahami dan Patuhi peraturan penggunaan kantin. Beratur semasa membeli makanan. Ikut arahan guru dan pengawas bertugas. Gunakan sabun dan tuala yang disediakan. Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan. Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat. Tidak dibenarkan masuk keruangan penyediaan makanan. Dibenarkan makan danm minum pada waktu rehat sahaja.

7.3 . Tatacara Penggunaan Guru Bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga. Bertanggungjawab memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal. Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya kepada Ahli Jawatankuasa Kantin jika terdapat kerosakan. Memastikan murid disediakan. Guru Disiplin bertanggungjawab menyediakan pengawas bertugas semasa rehat. Guru Kantin bertangunggungjawab menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan di kantin. masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang

7.4. PERATURAN DI KANTIN Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah. a. Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin. b. Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan di dalam bilik kelas. c. Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli makanan dan minuman di kantin. d. Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. e. Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.

8.

KESELAMATAN DI BILIK KOMPUTER

Menyedari hakikat akan kepentingan peranan teknologi khususnya teknologi maklumat dan perkomputeran ke arah menjana menjadi negara maju menjelang abad 21, pemimpin negara kita terpanggil untuk merancang dasar dan wawasan negara. Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir di dalam ucapan beliau sempena Persidangan 1, Majlis Perdagangan Malaysia, telah melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benarbenar maju pada tahun 2020. Maka, wujudlah Wawasan 2020 dengan matlamat membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Mahathir Mohamad,1991).2 Cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan. Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1995 diwujudkan untuk tujuan ini. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi pendidik terutama dalam teknologi pendidikan dan pengurusan.Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pelbagai dasar atau pun langkah -langkah untuk memajukan bidang pendidikan negara. Justeru bagi merealisasi hasrat ini setiap sekolah telah disediaka prasarana Bilik Komputer untuk kegunaan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

8.1 Tatacara Penggunaan Guru 1. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal TMK sebelum menggunakan makmal. 2. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa. 3. Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal TMK sebelum menggunakan kemudahan makmal.

4. Membuat tempahan awal, kebenaran bertulis atau mengisi borang permohonan penggunaan kemudahan makmal TMK. 5. Meninggalkan kasut dan beg di rak yang disediakan di bahagian luar makmal TMK. 6. Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. 7. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer. 8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal TMK tanpa kehadiran guru mereka. 9. Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru. 10. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan. 11. Pelajar-pelajar di larang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server). 12. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar). 13. Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal TMK kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA. 14. Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal TMK tanpa kebenaran daripada guru penyelaras. 15. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

8.2.Tatacara Penggunaan Murid. 1. Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa kebenaran guru penyelaras. 2. Penggunaan kemudahan makmal mestilah di bawah pengawasan guru. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa. 3. Dilarang membawa keluar segala perkakasan dan perisian dalam makmal tanpa kebenaran guru penyelaras. Terdapat label pada setiap peralatan di makmal TMK. 4. Dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar atau bergaduh di dalam makmal komputer. 5. Dilarang membawa sebarang media pengstoran sendiri seperti disket, cakera padat dan sebagainya ke dalam makmal tanpa kebenaran guru penyelaras. 6. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.

7. Dilarang membuat installasi perisian ke dalam komputer di makmal tanpa kebenaran guru penyelaras. 8. Dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap setting komputer yang sedia ada. 9. Dilarang mengusik sebarang sambungan kabel di dalam makmal komputer. 10. Makmal mesti sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tidak digunakan. 11. Kunci hanya disimpan oleh pihak pentadbir dan guru penyelaras sahaja. 12. Setiap kunci perlu ada label yang jelas. 13. Memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal. 14. Makmal perlu mempunyai alat pemadam api jenis gas (CO2) 15. Menggunakan laluan kecemasan mengikut pelan kebakaran yang ditetapkan.

0. PERATURAN DI BILIK KHAS DAN DEWAN SRI KENANGA 10.1. Pelajar-pelajar mesti diiringi dan diawasi oleh guru sepanjang masa ketika bilik itu

digunakan. 10.2. Pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan bilik berada dalam keadaan

yang kemas selepas digunakan. Semua peralatan dan kelengkapan dalam bilik hendaklah berada pada kedudukan yang asal. 10.3. Pelajar-pelajar dilarang makan atau minum di bilik khas dan Dewan Sri Kenanga