Anda di halaman 1dari 74

ORANG HANYUT

(PELARIAN VIETNAM)
‘ORANG HANYUT’
 Orang Hanyut merupakan orang yang
menjadi pelarian (orang vietnam) semasa
negara mereka mengalami pergolakan dan
krisis komunis.

 Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar


tahun 1950-an dan berlarutan selepas
beberapa tahun berikutnya.
 Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa
peristiwa hitam ini bermula pada tahun 1975.

 Pelarian vietnam mula mendarat di Pulau


Perhentian,Terengganu apabila sekumpulan
pelarian yang berjaya tiba dari vietnam.

 Pulau Bidong juga menjadi sebuah tempat


pelarian vietnam pada masa itu.
 Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa siri
pendaratan lain sehingga meningkat
kepada 1,400 pelarian pada 1977.

 Pada Ogos 1978, melalui pewartaan PU(A)


227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju
mengistiharkan pulai Bidung sebagai pusat
penempatan pelarian Vietnam.
 Orang Hanyut ini juga dikatakan mula
mendarat di Pantai Seri Tujoh,Tumpat pada
tahun 1950-an.

 Ini diperkuatkan lagi dengan pembinaan


tugu peringatan pelarian vietnam yang
terdapat di sini.

TUGU PERINGATAN ORANG HANYUT


 Pada masa itu,mereka melarikan diri melalui jalan
darat dan jalan laut.

 Kebanyakannya mereka menaiki tongkang,dan


bot nelayan kecil untuk sampai ke negara-nagara
lain termasuk Malaysia.

 Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu


pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di
Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan
sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEDATANGAN
ORANG HANYUT

 PERGOLAKAN DI NEGARA SENDIRI


-kejatuhan kerajaan demokratik vietnam
yang disokong oleh Amerika ke tangan
komunis vietnam utara pada tahun 1975.

-kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir.


MENCARI KEHIDUPAN BARU
-disebabkan kehidupan tidak terurus,mereka
sanggup merantau ke negara lain untuk membina
hidup baru di sana.

 NYAWA MEREKA TERANCAM


-pergolakan yang besar berlaku di negara mereka
menyebabkan ratusan nyawa terkorban.
-mereka yang terselamat telah meninggalkan
negara sendiri untuk menyelamatkan nyawa.
KESAN KEPADA NEGARA
 Pulau Bidung telah diisytiharkan sebagai
‘pulau larangan.’
 Negara kita menerima lebih banyak
pendatang tanpa izin setiap tahun
 nelayan tidak dibenarkan menggunakan
perairan Pulau Bidung untuk menjalankan
kegiatan mereka.
 Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan
pelarian Vietnam ke Malaysia adalah
252,390 dan seramai 4,535 bayi
direkodkan kelahirannya.

 Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya


pada 1991.
PENDATANG TANPA IZIN
DEFINISI :

Pendatang tanpa izin atau pendatang haram adalah mereka


yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram
iaitu tidak mengikut undang – undang imigrasi, contohnya
memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan dengan
melalui pintu masuk utama.
SEJARAH MIGRASI KE MALAYSIA

o FASA PERTAMA (1969 - 1979)


Dari Indonesia ke Eropah (Belanda)

o FASA KEDUA (1979 - 1989)


¾ migrasi dari Indonesia ke Timur Tengah
(Arab Saudi)

o FASA KETIGA (Akhir tahun 1980 - an)


Asia Tenggara (Malaysia dan Singapura)
menjadi destinasi utama
CARA MENCEROBOHI :
 Melalui sempadan - pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang
mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran.

Melalui perairan - PATI memasuki sesebuah negara dengan menaiki


kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan
para penumpangnya (PATI) akan berenang untuk tiba di pantai atau
daratan.

Melalui pintu utama - PATI memasuki sesebuah negara sebagai


pelancong. Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi
tarikh visa yang diberikan.

Melalui perkahwinan- berkahwin dengan orang tempatan atau


warganegara sesebuah negara.
SEBAB – SEBAB :
Perang

Penyatuan semula keluarga

Kemiskinan

Perkembangan populasi

Peluang pekerjaan

Sumber pendapatan penting bagi negara – negara miskin


KESAN DARIPADA KEMASUKKAN PATI

KEBURUKKAN

TERHADAP PATI

Pencabulan hak asasi manusia bagi PATI yang belum mahir

Perhambaan / penyeksaan

 Pemenjaraan tidak adil

Diskriminasi

Pelacuran/rogol

Kematian
TERHADAP NEGARA

Negara menjadi huru – hara

Kegiatan merompak semakin menjadi – jadi

Jenayah bunuh semakin meningkat

Peluang pekerjaan di sesetengah sektor semakin


berkurangan untuk penduduk tempatan
KEBAIKAN KEMASUKKAN PATI

BAGI PENDATANG TANPA IZIN

Ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang tidak


ditawarkan di negara asal

 BAGI NEGARA MEREKA


-Ia menawarkan peluang bagi mereka yang menganggur serta punca
pendapatan asing bagi negara penerima pula

-Ia menawarkan aliran tenaga pekerja murah yang mengekalkan gaji


pada tahap yang rendah dan kadar pertumbuhan pada tahap yang tinggi
SEKUMPULAN WARGA VIETNAM MENZIARAHI
KUBUR RAKANNYA YANG TERKORBAN
KESELAMATAN SELAT MELAKA

 Malaysia telah melakukan kerjasama serantau bersama-sama dua


negara jiran di pesisir Selat Melaka iaitu Singapura dan Indonesia.

 Selat ini bukan sahaja penting kepada ketiga-tiga buah negara ini
tetapi juga penting untuk seluruh dunia.

 Selat Melaka adalah laluan utama kapal pembekal sumber


minyak dari Timur Tengah ke negara seperti China, Jepun, dan
Korea Selatan yang mana keruntuhan ekonomi ketiga-tiga negara ini
akan menyebabkan keruntuhan ekonomi dunia.
ANCAMAN PERISTIWA DI SELAT MELAKA

Selat Melaka turut mempunyai masalah ancaman


lanun dan juga ancaman bentuk baru
1999 - berlakunya insiden perculikan 17 anak kapal Alondro
Rainbow milik Jepun.
2000 - Serangan ke atas kapal perang Amerika Syarikat (AS)USS
Cole
2002 - kapal minyak Limburg diserang menunjukkan betapa
mudahnya untuk memusnahkan aset maritim.
Hal ini telah menarik Tentera laut Amerika untuk menggunakan
khidmat askar marin dan khas mereka untuk mengawal Selat
Melaka.
Jepun turut menuntut hak sebagai negara
pengguna diberi hak serupa seperti negara pesisir
dalam mengawal keselamatan laluan tersebut.

Hal ini kerana 20 % kapal yang merentasi selat


tersebut adalah kepunyaan syarikat perkapalan
Jepun.

80% Keperluan sumber tenaga minyak di Timur


Tengah diangkat melalui Selat Melaka.
Namun Singapura kelihatan terdesak bagi
membenarkan kuasa asing seperti Amerika Syarikat
mengawal Selat melaka

Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu


program yang dinamakan Inisiatif Keselamatan Maritim
Serantau (RMSI).

Isu utama program ini ialah memerlukan kehadiran


tentera marin AS.

Mendapat tentangan dari pesisir Malaysia & Indonesia,


program RMSI terpaksa diubah berkali-kali supaya
perlaksanaannya tidak mencabuli kadaulatan negara
pesisir
KESAN INSIDEN KAPAL MILIK JEPUN

satu mesyuarat khas diadakan di Jepun yang turut


disertai oleh 15 negara Asia yang diantara lain
membincangkan isu mengenai keselamatan navigasi
maritim.
sidang kemuncak ASEAN+Jepun, China & Korea
Selatan pada 2001, PM Jepun telah memperkenalkan
programyang dipanggil Perjanjian Kerjasama Serantau
Khas untuk menangani ancaman lanun.

Jepun dikatakan mempunyai angkatan tentera (SDF)


yang pasif iaitu hanya mengutarakan keamanan tidak
seperti AS
Pemulihan hubungan antara TNI, Indonesia dan AS bakal
memberi kesan yang serupa. Hal ini kerana Amerika
Syarikat telah menarik balik sekatan bantuan ketenteraan
di kenakan oleh AS terhadap TNI semenjak 13 tahun
lepas yang hampir melumpuhkan ketiga-tiga cabang TNI.
Pada tahun 2006, Jawatankuasa Penasihat Peperangan
(JWC) Lloyd‘s Market Association (LMA) mengumunkan
untuk menarik semula status Selat Melaka sebagai
kawasan berisiko perang.

Pembatalan penarafan penuh kontroversi untuk kapal-


kapal dagang yang belayar melalui selat ini dibuat
bersandarkan penilaian JWC terhadap keadaan
keselamatan di selat tersebut yang dianggapnya
semakin baik.

LMA merupakan sebuah pertubuhan industri insurans


yang menjaga kebajikan ahli-ahlinya di dalam pasaran
penanggung jamin insurans Lloyd‘s yang sangat
berpengaruh dan berpusat di London
USAHA-USAHA LAIN

bagi meningkatkan keselamatan di selat itu,


negara2 pesisir telah membuat rondaan
berkoordinasi MALSINDO yang melibatkan
tentera laut mereka, inisiatif Eye in the Sky yang
melibatkan pengawasan dari udara, dan
penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia.
14 Okt. – Angkatan tentera laut Kanada mungkin
menimbangkan cadangan untuk membuat rondaan di
perairan Selat Melaka, demikian menurut komander
tentera laut Kanada, Darren Hawco.

Pembabitan tentera laut Kanada terhadap keselamatan di


Selat Melaka selaras dengan dasar keselamatan
kebangsaan negara yang menyeru kepada sumbangan
Kanada dalam isu-isu keselamatan antarabangsa.

Angkatan-angkatan tentera laut serantau dari Simposium


Laut Pasifik Barat pernah membincangkan tanggungjawab
angkatan tentera laut antarabangsa lain dalam
menyediakan kawalan keselamatan di Selat Melaka
Disember 2004, Malaysia mengalu-alukan
bantuan kewangan dan teknikal bagi
mengekalkan dan meningkatkan keselamatan
navigasi dan persekitaran tetapi menentang
keras pembabitan aset asing untuk menjamin
keselamatan di Selat Melaka

Pada tahun 2006, RM152 juta digunakan bagi


meningkatkan keselamatan Selat
Melaka
Pengawasan keselamatan Selat Melaka dari udara
‘Eyes in the Sky’ (EiS) dilancarkan dengan Malaysia,
Indonesia, Singapura dan Thailand bersetuju
menempatkan anggota tentera masing-masing dalam
pesawat yang sama ketika menjalankan rondaan
udara itu.

Melalui fasa pertama EiS, pesawat Malaysia,


Indonesia dan Singapura akan digunakan secara
bergilir-gilir untuk membuat rondaan dua kali seminggu
di laluan yang sudah ditentukan dalam operasi itu
termasuk sempadan udara antarabangsa, sambil
menghormati kedaulatan negara masing-masing.
EiS akan memperkukuh dan menambahkan
kerjasama yang sedia terjalin iaitu Maslindo
antara Malaysia, Singapura dan Indonesia, yang
turut mempergiat operasi keselamatan di Selat
Melaka.

Pengawasan EiS adalah melalui perkongsian


sumber yang menunjukkan negara pesisir Selat
Melaka bukan saja boleh bekerjasama dalam
semangat Asean tetapi juga memberi isyarat
jelas kita serius memastikan keselamatan Selat
Melaka.
2007 - Mekanisme kerjasama ini dipersetujui pada
mesyuarat negara-negara pesisir Selat Melaka
anjuran Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)
yang diadakan di Singapura pada September 2007.

Mengandungi tiga komponen iaitu Forum


Kerjasama, Jawatankuasa Koordinasi Projek dan
Dana Bantuan Pelayaran.

Pembentukan mekanisme ini menjadi bukti kepada


kesungguhan negara-negara pesisir selat ini untuk
memastikan bahawa laluan penting ini sentiasa
dibuka dan selamat untuk dilayari oleh para
pengguna.
Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum – ARF)
sebagai satu perkembangan penting ke arah
kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau.

Inisiatif ASEAN ini membawa bersama ahli-ahli untuk


berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan
yang melibatkan kepentingan bersama.

Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan


mekanisme dan aktiviti-aktiviti ARF akan dapat
mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta
persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF.
KRISIS PULAU SIPADAN DAN
PULAU LIGITAN
 Malaysia menerbitkan peta Malaysia pada
21 Disember 1979
 Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan terletak di
dalam sempadan negara Malaysia
 Bantahan diplomatik Indonesia – 8 Februari
1980 dan 15 April 1992
 Gagal – bawa ke Mahkamah Antarabangsa
SAMBUNGAN..
 Persidangan London 1891 – antara
pemerintahan Hindia – Belanda dan Penjajah
Inggeris
 Fasal I - Kawasan di Kalimantan Timur
ditentukan di garis lintang 40 10’ utara
Kalimantan
 Fasal VI – Kawasan pulau – pulau di
Kalimantan timur meliputi Pulau Sebatik
berdasarkan garis lintang 40 10’ utara
SAMBUNGAN..
 Fasal V – Garis sempadan yang ditentukan di
dalam Fasal I dan Fasal VI dipersetujui oleh
kedua belah pihak
 Perjanjian London 26 September 1915 –
Kawasan pemerintahan Hindia – Belanda
bermula dari garis lintang 40 10’ utara ke timur
 Pulau Sipadan dan Ligitan terletak di
bahagian selatan garis lintang 40 10’ –
dikatakan milik pemerintahan Hindia - Belanda
SAMBUNGAN..
 Hak Malaysia – berdasarkan pemerintahan
Kesultanan Sabah
 Rundingan menemui jalan buntu –
ditangguhkan
 Malaysia mengeluarkan peta Malaysia –
Wilayah Kalimantan Timur milik Malaysia
SAMBUNGAN..
 Indonesia tidak puas hati – Kedutaan Besar
Malaysia pada 18 Februari 1980 dan 15 April
1992
 Malaysia tidak puas hati – pelabuhan kapal
perang Indonesia di Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan
 Indonesia menjawab protes – nota diplomatik
1992
 Perebutan menjadi semakin serius
SAMBUNGAN..
 Selesaikan masalah – rundingan baru
bermula dari 7-11 Oktober 1991
 Bentuk Join Working Group on Sipadan and
Ligitan
 Kumpul dokumen dan data untuk rundingan
seterusnya
 Persidangan keempat, 6-9 Jun 1995 –
rundingan masih menemui jalan buntu
 Bawa ke Mahkamah antarabangsa
SAMBUNGAN..
 Indonesia – yakin dengan dokumen serta
kredibiliti pemimpin Soeharto sebagai
presiden ASEAN
 Malaysia – kemukakan bukti melalui
pemerintahan Kesultanan Sabah sebelum
pemerintahan Inggeris
 Inggeris tempatkan renjer keselamatan di
Pulau Sipadan
SAMBUNGAN..
 Setelah meneliti dokumen kedua – dua
belah pihak, Mahkamah Antarabangsa
memutuskan bahawa Pulau Sipadan serta
Pulau Ligitan menjadi milik Malaysia
•Pulau Batu Putih atau Pedra Branca (bahasa Portugal
untuk “Batu Putih”) merupakan sebuah pulau tunggul
sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar
pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

• Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km


dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura. Hanya 20
minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang,
Johor
• Pulau ini merupakan satu subjek pertikaian
di antara Malaysia dan Singapura yang mana
ia membawa kepada kes tuntutan Mahkamah
Antarabangsa di Belanda.

• Nelayan Johor menjadikan pulau ini


sebagai pulau persinggahan dan
menamakannya Pulau Batu Putih kerana
berwarna putih dan banyak didiami burung
camar laut.
•Sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann van
Linschoten telah mencatat akan bahayanya pulau
ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari
selatan Melaka.

•Antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku 25


kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara
tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan
kapal
•Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun
lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan
maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya
pada tahun 1979.

•Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5


batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang
berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura
pada 1993.Secara rasminya Singapura (yang
mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu
Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia
menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 February 1980.
•Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian
Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2
Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan
Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau
serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British.

•Penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu


Putih. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu
memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak
British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut
hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan
bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai
kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit
•Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya
diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi
kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang
penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu.

•Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor


serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang
Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan
pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport
hasil perdagangan mereka.
•Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa
mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak
tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan
oleh pihak Malaysia.

•Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan


pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan
semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu
sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam
penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa .
•Akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan
bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih milik Singapura
sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah
(Middle Rocks) milik Malaysia

•Manakala status Tubir Selatan(South Ledge) pula


akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan
mana ia terletak. Merujuk kepada surat daripada
Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor
pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan
bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke
atas Pulau Batu Putih, menunjukkan kelemahan
pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.
REFLEKSI
• Menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia
sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah
sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah
negara.

•berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan oleh


pihak berwajib di pulau itu untuk tempoh hampir 100
tahun dan bukannya disebabkan hujah yang lemah di
ICJ
•Middle Rocks adalah hakmilik Malaysia yang
mesti dilihat memberikan kebebasan kepada
nelayan-nelayan di Johor yang sebelum ini
dihalang dari mendekatinya.

• Memberi kesan kepada industri maritim


Malaysia termasuk para nelayan Johor Darul
Takzim
 Keputusan ICJ itu juga memberi impak
besar kepada persempadanan
antarabangsa Malaysia yang semakin
mengecil apabila kedaulatan Pulau Batu
Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari
pantai Tanjung Penyusuh di Johor
menjadi milik Singapura.
PULAU SPRATLY
Pertikaian dan tuntutan bertindih ke atas pulau
atau gugusan pulau-pulau merupakan satu
fenomena yang berlaku dengan agak berleluasa.

Wujud puluhan pertikaian yang masih berlanjutan


dan masih buntu dalam menemui penyelesaian
termasuk kepulauan Spratly antara China –
Vietnam – Indonesia – Malaysia – Filipina –
Brunei.
MALAYSIA DAN
PERTUBUHAN DUNIA
PERTUBUHAN DUNIA
Terdapat beberapa pertubuhan dunia yang telah disertai
oleh Malaysia iaitu:

a)Pertubuhan Negara Komanvel

b)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

c)Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)

d)Pertubuhan Negara Islam (OIC)


PERTUBUHAN NEGARA KOMANVEL
 Komanwel ialah sebuah pertubuhan negara-negara bekas
tanah jajahan Britain yang telah mencapai kemerdekaan.
 Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 oleh Parlimen
Britain berasaskan idea Lord Rosebury, Menteri Luar Britain.
 diketuai oleh ratu Englan, Queen Elizabeth II kerana baginda
dianggap sebagai lambang perpaduan.
 Malaysia menyertai Komanwel pada 1957.
g a ra- Mewujudkan
t u ne a
m b a n
g g ot persahabaatn
Me ara an dan perpaduan di
neg dalam an
gun antara negara-
b a n n
pem omi da negara
n
eko osial
s

TUJUAN PERTUBUHAN
NEGARA KOMANVEL

Bekerja
sama da
bidang la
perusah m
pertania aan,
n, pend
dan per idikan
dagang
an
KERJASAMA DALAM KOMANVEL
a) PERTAHANAN
 Mendapat bantuan pertahanan dari Britain melalui
Perjanjian Pertahanan Britain- Tanah Melayu pada
tahun 1957.
 Dalam Konfrontasi Indonesia, Malaysia menerima
bantuan tentera daripada Australia, New Zealand dan
Fiji.
 Pada tahun 1971, Perjanjian Pertahanan Britain Tanah
Melayu telah di tamatkan.
b) PERDAGANGAN
 Sebagai Anggota Komanwel, barangan
eksport Tanah melayu ke britain dan
negara-negara Komanwel lain dikenakan
kadar cukai yang rendah.
c) RANCANGAN COLOMBO
 Ditubuhkan pada tahun 1950 selepas mesyuarat Menteri-
menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri LANKA.

 Tujuannya ialah untuk memberi bantuan teknikal, kewangan


dan pendidikan kepada negara-negara Komanwel yang
membangun.
d) DASAR APERTEID
 merupakan dasar diskriminasi kaum yang membezakan
penduduk berasakan warna kulit.
 Kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang berkulit
putih enggan memberikan hak-hak politik dan sosial yang
sama rata kepada orang berkulit hitam.
 Tunku Abdul Rahman telah menentang dasar tersebut.
 Malaysia telah melancarkan sekatan ekonomi terhadap
kerajaan Afrika Selatan namun tidak berkesan kerana Britain
tidak menyokongnya.
 sekatan itu menyebabkan Afrika Selatan telah meninggalkan
Komanwel pada tahun 1961.
 Malaysia sekali lagi telah mengecam Dasar Apartheid dalam
Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel ( CHOGM)
yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’
Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah
mendesak negara-negara Komanwel supaya
mengenakan sekatan ekonomi ke atas Afrika
Selatan sehingga ianya menamatkan Dasar
Apartheid
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA
BERSATU (PBB)
 Ditubuhkan pada bulan Jun 1945 di San Francisco.
 Sejak awal lagi Malaysia telah memainkan peranan yang aktif
dalam PBB dengan menyuarakan isu-isu penting di peringkat
antarabangsa seperti:
 Malaysia dan Ireland menaja satu usul untuk mengutuk
tindakan Republik rakyat China menceroboh dan
melanggar hak asasi rakyat Tibet pada tahun 1959.
 Malaysia mengutuk tindakan mana-mana kuasa besar
atau negara lain yang menceroboh negara-negara kecil
seperti pencerobohan Rusia di Czechoslovakia
 ( 1968), Vietnam di Kampuchea(1979), rusia keatas
Afghanistan ( 1980)
 Menganggotai Jawatankuasa Khas Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu untuk menyelesaikan masalah Apartheid di
Afrika selatan.
 Malaysia turut memberi sokongan keatas PBB dalam
penghantaran pasukan keselamatan di wilayah-wilayah
bergolak dunia.
 Dalam Pasukan pengaman PBB beberapa misi pengaman
telah dilaksanakan. Antaranya:
Pasukan Pendamai badan dunia untuk
mengawal gencatan senjata antar Iran dan
Iraq pada tahun 1988.
Menjaga keamanan di Namibia (dahulunya
dikenalai sebgaai wilayah barat daya Afrika)
pada tahun 1959
 Pasukan pengaman PBB diBosnia-Herzegovina dan
Somalia.
 Mengawasi perjalanan pilihan raya umum di Kampuchea
 Malaysia telah dipilih untuk menjadi Ahli Keselamatan PBB
sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1965 dan 1989-1990.
 Wakil tetap Malaysia yang mengambil tempat sebagai
Pengerusi Majlis Keselamatan PBB ialah Encik R. Ramani
dan Tan Sri Razali Ismail.
PERGERAKAN NEGARA
BERKECUALI (NAM)
 Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara
yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia, sama
ada blok Barat atau blok Timur.
 Pembahagian blok dunia ini muncul selepas Perang Dunia
Ketiga, akibat permusuhan antara dua buah kuasa besar
dunia, iaitu Amerika Syarikat dan Rusia.
 Blok Barat diketuai oleh Amerika Syarikat dengan sokongan
dari Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan
konsep demokrasi dan sistem ekonomi kapitalsi.
 Blok Timur pula dipimpin oleh Rusia dan disokong oleh
Negara China, Jerman Timur, Korea Utara dan negara-
negara Eropah Timur serta negara-negara lain yang
mengamalkan fahaman Komunis.
 Kedua-dua blok sering bersaing dan menunjukkan kekuatan
masing-masing melalui Perang Dingin.
 Pergerakan NAM yang diasakan pada 1955 dalam
Persidangan Kemuncak Negara-Negara Berkeculi di Banding,
Indonesia yang dihadiri oleh 25 buah negara dari Asia dan
Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.
Menghormati keutuhan
dan kewilayahan
negara lain

Menyelesaikan secara FAKTOR-FAKTOR MALAYSIA Mengamalkan prinsip


aman MENYERTAI PERGERAKAN hidup
terhadap apa-apa (NAM) bersama
pertikaian secara aman

Tidak campur tangan


dalam rusan negara
lain
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM
PERGERAKAN (NAM)
 Memain peranan penting dalam mempertingkatkan
kerjasama antara negara sedang membangun dengan
negara miskin melalui apa yang dikenali sebagai
’Kerjasama Selatan-selatan’.
 Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran
dadah di peringkat antarabangsa.
 Memperjuangkan isu Antartika sebagai hak warisan
bersama manusia sejagat.
 Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika
Selatan
 Mempertahankan pendirian pergerakan itu berhubung
dengan isu-isu tertentu
 Kejayaan yang paling bermakna yang
dilakukan Malaysia adalah cadangan
Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya
Bebas selatan-Selatan telah diterima dan
dilaksanakan.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA
ISLAM (OIC)
 Malaysia bergiat cergas dalam Pertubuhan Persidangan
Negara-Negara Islam atau Organisation of Islamic
Conference (OIC) yang beribu pejabat di jeddah, Arab
SAUDI.
 Cadangan awal untuk menyatukan semua negara Islam
dunia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman.
 OIC ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan kerjasama
antara negara anggota bagi memupuk perpaduan umat
Islam di seluruh dunia.
 Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di kalangan negara
anggota, OIC telah menubuhkan sebuah tabung yang dikenali
sebagai Tabung Perpaduan Islam pada bulan Februari 1974.
 Tabung Perpaduan Islam ini bertujuan untuk membiayai
pelbagai kegiatan di negara-negara Islam seperti dakwah
Islamiah, menggalakkan penyelidikan saintifik dan membantu
rakyat Palestin untuk mendapatkan semula wilayah mereka
yang diduduki oleh Israel.
 OIC turut menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) pada
bulan Oktober 1975 untuk mengukuhkan pembangunan
ekonomi dan kemajuan sosial di kalangan negara anggota
dan masyrakat Islam seluruhnya.
 Malaysia telah berjaya memainkan peranan dengan berkesan
dalam hubungan antarabangsa.
 juga telah diberi pelbagai penghargaan dan pernah dianggap
sebagai ’juara dunia ketiga’ kerana menyuarakan dengan
lantang pelbagai masalah yang dihadapi.
Usaha mencari perdamaian
di Timur Tengah

Memulihkan hubungan
Menyelesaikan Perang PERANAN MALAYSIA Mesir
Saudara Iran-Iraq DALAM PERTUBUHAN (OIC) dengan negara-negara
Islam lain

Membantu perjuangan
rakyat Palestin untuk
mendapatkan semula tanah
air yang diduduki oleh Israel
SEKIAN…TERIMA KASIH