Anda di halaman 1dari 17

1.

PENDAHULUAN Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah

dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam. Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat. Pendeknya setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun. Pantun merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke genarasi . Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi pantun telah diterbitkan dalam pelbagai dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan Jakarta dan Melaka, dan bahasabahasa seperti Ambon dan Acheh. Kini terdapat kira-kira seratus buah manuskrip pantun yang dikumpulkan di perpustakaan seperti di Jakarta, Leiden, Paris, London, dan Berlin. Kebanyakan pantun tersebut dikutip pada akhir abad ke-19 dan dimuatkan dalam pelbagai koleksi oleh sarjana dari England, Belanda, dan Jerman. Dapat disebutkan bahawa pantun ialah genre yang tersebar luas dan hampir sarwajagat. Di Alam Melayu, bentuk ini hidup subur dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Orang-orang Melayu diaspora pula telah membawanya hingga ke Sri Langka, Kepulauan Cocos, Surinam, dan Belanda. Kehadiran pantun di Eropah dan Amerika telah menarik perhatian penyair-penyair hingga menyebabkan timbulnya genre pantoum dalam kesusasteraan Barat mulai abad ke-19. Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara berkesan tetapi ringkas, kemas, tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah. Pada zaman dahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca. Hal ini demikian kerana
1

masyarakat melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun. Keadaan initelah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah pandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain. Keadaan ini membolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walau pun zaman telah berubah. Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna bentuk, isi, maksud dan alasan pantun itu. Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana Hamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630. Kini pantun telah berjaya menambat imaginasi dan kesarjanaan pengkaji di dalam dan di luar bidang sastera, di Alam Melayu dan juga di luarnya. Pantun terus diajar dan diselidiki di pusat-pusat Pengajian Melayu; seminar dan bengkel tentangnya juga terus diadakan. 2.0 DEFINISI PANTUN Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Tun merupakan kata dasar merujuk kepada beberapa bahasa di Nusantara. Antaranya termasuklah bahasa Pampanga TUNTUN bermaksud teratur, bahasa Tagalog tonton bermaksud mengucapkan sesuatu dengan susunan tertentu, bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan dan bahasa jawa kunotuntunbermaksud benang. 3.0 CIRI-CIRI DAN FORMAT PANTUN 3.1 Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
2

3.2

Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap

pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). 3.3 Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. 3.4 Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. 3.5 Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik : Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/. 4.0 BENTUK DAN JENIS-JENIS PANTUN Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun
3

yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacammacam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa". Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.
4

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya. Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun

: Dua Kerat

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun Fungsi

: Empat Kerat - Teka-teki : Untuk berseronok dan

Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

menduga kebolehan dalam berfikir

Orang Rengat menanam betik, Jenis Pantun Fungsi : Empat Kerat - Jenaka : Semata-mata untuk hiburan Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang

Burung merbuk membuat sarang, Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.
5

Tingkap papan kayu bersegi, Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Payang retak tali bersimpul, Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.

Pungut teritip di tiang batu, Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.

Buah berangan di rumpun pinang, Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

Patah rotan tali bersilang, Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang;
6

Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.

Gesek biola tiup serunai, Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Letak bunga di atas dulang, Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Anak rusa nani, Jenis Pantun Fungsi : Empat Kerat - Kanak-kanak : Lagu sedih dan bersuka-ria Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Jenis-jenis pantun lain;

Belayar perahu membawa kuini, Ke tanjung Jati mengadap Paduka, Jenis Pantun : Pantun Enam Kerat Bunga kemboja sembah berkarang; Kalaulah tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Ku pilih saja orang lain. Jenis Pantun : Lapan Kerat
7

Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak tepi belana, Belanga China bersalut arang; Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga, Malangnya bunga di getu orang.

Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Jenis Pantun : Sepuluh Kerat Singgah di rumah nahkodanya; Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh oleh yang punya. Jenis Pantun : Dua Belas Kerat Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa sultan dari Judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasululah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur,
8

Dalam tidur menjadi mimpi.

Di bawah merupakan contoh pantun berkait;

Pergi kehulu menjala ikan, Belayar sampan ke Tanjung Jati; Masa lalu jangan ditangiskan, Masa depan jangan ditakuti. Jenis Pantun : Pantun Berkait Belayar sampan ke Tanjung Jati, Cuaca redup di tepi muara; - Kebiasaannya terdiri dari empat kerat juga, tetapi Masa depan jangan ditakuti, antara satu pantun dengan satu pantun berkait-kait pembayang dan maksudnya. Pembayang kedua Angin Barat bertiup nyaman; Bahtera hidup kemudinya usaha, Tanamkan kudrat pada keazaman. Angin Barat bertiup nyaman, Burung gagak terbang ke rimba; Tanamkan kudrat pada keazaman, Bulan tidak jatuh ke riba. Bahtera hidup kemudinya usaha.

pada pantun pertama dijadikan pembayang pertama Cuaca redup di tepi muara, pada pantun kedua dan maksud kedua dalam pantun pertama dijadikan maksud pertama bagi pantun kedua.

5.0

PANTUN NASIHAT DAN MOTIVASI Dalam pantun nasihat dan pengajaran dapat kita lihat sebagai satu alat untuk

menyampaikan nasihat dan pengajaran bertujuan memberi ingatan dan teguran agar setiap anggota masyarakat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu, dalam pantun ini
9

mengambarkan sikap masyarakat Melayu mempunyai nilai kemelayuan yang tinggi untuk menyampaikan kepada masyarakatnya. Nilai yang di tunjukkan sangat halus sehingga dapat dijadikan teladan yang baik kepada seluruh yang mendengar . Pantun nasihat dan pengajaran merupakan elemen yang penting dalam masyarakat Melayu, nilainya dan sistem disosialisasikan ke dalam diri individu, kelompok, komuniti, masyarakat dan budaya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetika dan isi (tema dan persoalan ). Unsur estetika pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama yang berkaitan dengan penggunaan lambang lambing tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan ), pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Daripada penelitian terhadap isi (tema dan persoalan) juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistematik. Pantun dapat dijeniskan berdasarkan tiga aspek iaitu sudut khalayak, sudut bentuk, sudut tema. Sudut khalayak ialah penutur dan pendengar pantun, yang biasanya dibahagikan kepada tiga jenis khalayak iaitu kanak-kanak, dewasa, orang tua. Pantun kanak- kanak biasanya mengandungi maksud nasihat terutamanya menyentuh tentang alam pendidikan. Pantun orang dewasa atau orang muda (daripada peringkat remaja hinggalah keperingkat sebelum berkahwin ) ialah pantun yang mempunyai maksud atau tema kasih sayang antara teruna dara, usik-mengusik, tema kepahlawa, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya. Pantun orang tua pula biasanya ialah pantun yang mengandungi maksud nasihat , kias, ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakat dan kebudayaan. a. Pantun Kanak-kanak Mari berpantun di Subang Jaya, Tepi tasik tempat bertandang; Biar membaca di mana sahaja, Masa terluang tidak terbuang.
10

Cina sambut tahun baru, Tahun hebat naga berapi; Kaum lain dan juga melayu, Tumpang meriah turut cuti. Malam nanti tahun yang baru, Sama berkumpul satu keluarga; Gembira bercuti orang melayu, Lebih seronok berbanding cina. Hari Selasa selepas Isnin, Bangun pagi makan roti; Sambil belajar kita bermain, Moga riang di dalam hati. Hari selasa hari ketiga, Bila malam makan capati; Ilmu berguna bekal dewasa, Taat kepada perintah Illahi. b. Pantun Remaja Remaja laksana bunga setangkai, Mekar mewangi tiada terkulai; Menara gading kian melambai, Semoga cita-cita akan tercapai. Pahit ditelan buah peria, Kulitnya nipis bukan tebal; Jalan-jalan memohon kerja, Mencari pitis asalkan halal.

11

Ubi berisi dimasak sayur, Gulai udang hidangan petang; Cari rezeki ikhlas dan jujur, Untuk orang yang tersayang. Ada lelaki ke bazar ramadhan, Membeli juadah untuk berbuka; Apa dibeli tak habis dimakan, Membazir sudah pula jadinya. Kaum wanita sibuk memasak, Sedia juadah untuk keluarga; Harapan kecewa perlu dielak, Syukur dengan apa yang ada. c. Pantun Dewasa Buah jambu tiga serangkai, Bawa ke rumah bapa mertua; Apakah ilmu yang kamu pakai, Datang sekolah berlenggang saja. Durian merekah kulit berduri, Buah mengkudu pahit rasanya; Datang ke sekolah setiap hari, Tetapi buku tak pernah dibawa. Sekolah ada bertingkat-tingkat, Berlapis-lapis ijazah diploma; Ilmunya tiada akalnya singkat, Gagal menepis dugaan dunia. Bawa pukat hanya sejengkal, Haruan darat mahu diduga;
12

Ilmu syariat sebagai bekal, Dunia akhirat aman bahagia. Ikan senohong si ikan siakap, Dimasak pula bersama peria; Beropan-santun apabila bercakap, Kelak kita dipandang mulia. d. Pantun Ibu Bapa Ke pekan setapa bersama kawan, Kerana hendak mengepos surat; Nasihat ibu bapa jangan dilawan, Tentu selamat dunia dan akhirat. Malam kelam bintang sedikit, Tekukur hinggap di pohon kelapa; Anak demam ibu yang sakit, Tidur terlelap di hujung kepala. Bintang timur di hujung dahan, Bintang kejora jauh sekali; Mudanya umur bukan ukuran, Anak dan bapa gandingan budi. Tahun baru datang lagi, Lupakan saja tahun lama; Orang jauh di bayang hati, Orang dekat di bayang mata. Dua kosong satu dan satu, Dua kosong satu dan dua; Bahagia dapat isteri baru, Jangan lupa emak mertua.
13

e. Pantun Nenek Anak rusa masuk ke taman, Puas sudah orang memburu; Kalau muda jadikan teman. Kalau tua jadikan guru. Ke mana arah ke mana jalan, Denai lorong dan lebuh raya; Hidup nan indah kita impikan, Jiwa merdeka maju dan jaya. Pejuang mati bertabur tulang, Hancur badan dikandung tanah; Penjajah lari dihambat pulang, Anak watan tegak dan megah. Selamat tinggal tahun dulu, Tahun baru menjelang tiba; Apa khabar pengantin baru, Bila nak dapat cahaya mata. Tahun baru sudah tiba, Tahun lama sudah pergi; Leka hidup dalam dunia, Ingatkan juga akan mati. f. Pantun Guru Tanam tebu di tepi pagar, Daunnya kena orang lalu; Nasihat guru hendak didengar, Barulah kita selamat selalu.
14

Hari Selasa sebelum Rabu, Waktu tengahari makan nasi; Mendengar kata nasihat guru, Kelak menjadi insan terpuji. Bangun pagi sebelum subuh, Ayam berkokok di hujung desa; Bersih diri bersungguh-sungguh, Mata mengantuk dilawan sahaja. Hari Khamis pergi ke sekolah, Turun kerja penuh semangat; Selesaikan tugas penuh meriah, Besok kan bercuti hari Jumaat. Arnab menari dalam reban, Kucing ketawa berdekah-dekah; Cantik budi manis senyuman, Berjanji setia penuh amanah. 6.0 KESIMPULAN Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakatmelayu. Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan, dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Selain itu juga pantun dianggap sebagai alat hiburan, alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun pada masa sekarang termasuk dalam jumlah perbendaharaan sastera lama. Justeru marilah kita mengembang dan menyuburkan pusaka lama itu agar kesusasteraan bangsa kita akan bertambah maju dan jaya.
15

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut: Sebab Sebab pulut mulut santan badan terasa, binasa.

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. Secara keseluruhannya, pantun Melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan budaya . Pantun bukan milik individu , tetapi milik kolektif seluruh masyarakat . Lantaran itu, segala wawasan dan nasihat yang terkandung adalah ditujukan kepada semua sebagai produk masyarakat dan budaya tidak timbul persoalan individualisasi. Hidup yang penuh individualistik bukan cara melayu . Walaupun ada segelintir masyarakat melayu yang
16

mementingkan diri tetapi adalah peribadi yang kita diharapkan daripada seseorang individu Melayu. Di dalam konteks negara ini, kita harus berusaha agar akan wujud satu bangsa yang mempuyai nilai-nilai yang tinggi budi bahasanya. Pantun dalam masyarakat Melayu digunakan secara lisan iaitu sebagai penyampai falsafah dan pemikiran orang Melayu. Walaupun pantun dilafazkan secara spontan , tetapi mempunyai kaitan dengan hidup manusia dalam masyarakat.

17

Anda mungkin juga menyukai