Anda di halaman 1dari 1

Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang.

Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang. Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya. Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.
Tarian Endang merupakan tarian yang berasal dari Negari Sembilan. Tarian Endang ditarikan dengan iringan muzik caklempong iaitu muzik tradisional Minangkabau. Tarian ini mengutamakan paluan gong. Penari-penari terdiri daripada gadis dan teruna. Mereka duduk bersimpuh dalam satu barisan. Tarian dimulakan dengan merapatkan tangan ke dada sebagai tanda hormat kepada penonton dan memberitahu persembahan akan bermula. Penari-penari memakai pakaian yang sama iaitu pakaian pahlawan berwarna hitam dan bertengkolok hitam. Tarian ini memerlukan pergerakan badan, tangan dan kepala.

Anda mungkin juga menyukai