Anda di halaman 1dari 21

BMM 3106

PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN


Kaedah Penilaian Penyimpanan Rekod Tindakan Susulan

Definisi Penilaian

Terry D. TenBrink (1974:8) menyatakan bahawa

penilaian merupakan suatu proses untuk


mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya

digunakan ketika membuat keputusan

Tujuan Penilaian
Dapat membantu guru : Mengetahui keupayaan penguasaan murid. Membuat perbandingan antara seseorang murid dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Membuat perbandingan pencapaian murid dalam subjek tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

Berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran . Menentukan aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid yang berkenaan. Menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran. Menentukan murid yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya serta lemah pencapaiannya.

Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat murid terhadap pembelajaran. Murid dapat mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang, dan segera memperbaikinya.

Kaedah Penilaian Pemulihan

Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru Pemeriksaan hasil kerja murid

a) Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid : Guru memerhati perlakuan, sikap dan keupayaan murid semasa melakukan aktiviti pemulihan yang diberikan. Guru boleh mengesan dan mengenal pasti sama ada murid dapat memahami dan melaksanakan aktiviti yang diberikan dengan baik atau masih gagal melaksanakannya.

Guru boleh membuat penilaian semasa ataupun selepas sesuatu pengajaran. Guru dapat mengetahui tahap pembelajaran murid.

b) Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru: Guru dapat menilai pencapaian murid pemulihan semasa ataupun selepas pengajaran. Mendapat maklum balas sama ada murid memahami pengajaran guru. Menilai kemampuan murid menjawab soalan yang dikemukakan guru secara lisan.

c) Pemeriksaan hasil kerja murid:


Guru menyemak latihan yang telah disiapkan oleh murid pemulihan. Memberi input kepada guru tentang tahap pencapaian murid pemulihan sebelum merancang program pengajaran seterusnya.

PENYIMPANAN REKOD
Rekod-rekod penting perlu disimpan dalam satu sistem fail yang lengkap, kemas dan teratur. Semua keputusan penilaian mestilah direkodkan secara individu dalam rekod profil murid sebagai rujukan. Membolehkan guru menganalisis tahap kemajuan dan pencapaian murid pemulihan.

Memudahkan pengurusan guru pemulihan jika terdapat pemantauan daripada pihak atasan. Terdapat beberapa fail penting yang perlu diwujudkan oleh guru pemulihan.

REKOD DAN FAIL


Fail Induk Fail Sukatan Pelajaran Fail Mesyuarat Fail Maklumat Guru Fail Analisa Data Fail Bank Soalan Fail Pemantauan Kurikulum Berkualiti Fail Program Kecemerlangan Fail Projek Khas / Inovatif Fail Bahan Kursus Fail Murid

CONTOH BORANG REKOD UNTUK PENILAIAN AKTIVITI PEMULIHAN


Mata pelajaran : Bahasa Melayu Nama Murid : ______________________ Darjah : _________________

Punca Kelemahan Tarikh Kekeliruan di antara perbezaan dan bunyi huruf s dan z
4.2.2013

Aktiviti Pemulihan Aktiviti


I

Penilaian
X

Laporan Boleh membezakan bentuk z dan s tetapi masih keliru dengan bunyinya

12.2.201 3

II

_/

Boleh membezakan dan menyebut bunyi huruf z dan s dengan tepat.

TINDAKAN SUSULAN
Bertujuan untuk : Memastikan kelemahan murid tidak terhimpum sehingga menjejaskan pembelajaran seterusnya. Memperkukuh serta mempertingkatkan pengetahuan dan nilai yang telah dikuasai. Boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan.

CARA PELAKSANAAN
Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap.

Murid yang telah menguasai kemahiran yang ditetapkan, akan diberikan aktiviti sokongan,aktiviti pengayaan atau pengukuhan. Tujuan: i) Masalah pembelajaran tidak akan berulang. ii) Memupuk keyakinan diri sendiri. iii) Memiliki semangat ingin mencuba dalam aktiviti pembelajaran.

Jika murid yang menyertai program pemulihan ini telah berjaya, murid tersebut bolehlah ditempatkan semula dalam kumpulan yang sesuai dalam kelas arus perdana. Murid yang masih belum menguasai kemahiran yang diharapkan perlu diajarkan semula (kes yang ringan). Bagi kes yang berat, mereka perlu dirujuk kepada pakar perubatan dan seterusnya guru pendidikan khas.

Guru pemulihan dan guru kelas biasa mestilah sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas arus perdana. Pujian perlu diberikan kepada murid-murid ini bagi meningkatkan keyakinan diri dalam pembelajaran serta mengurangkan rasa rendah diri.

Keberkesanan Tindakan Susulan


Antaranya ialah : Maklumat pencapaian murid diserahkan kepada guru. Pemerhatian khusus dilakukan oleh guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan khas. Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai