Anda di halaman 1dari 4

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Sumber : Che.Mid FP

Bahan-bahan : 1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil Bahan - bahan untuk make up ayam : 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih 1 inci halia 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah) 2 sudu besar madu 1 ketul kiub ayam Knorr 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang 2 sudu besar herba campuran 1 1/2 sudu teh garam halus Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up. Sedikit mentega Cara-cara : 1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. 2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. 3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam) 4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam


Resipi : Hana

Bahan-bahan : 11/2 cawan stok ayam @ daging - hana guna stok ayam ( air + kiub ayam ) 1/2 cawan susu segar - nak kurangkn pun boleh 4 - 5 sudu serbuk lada hitam 2 cm batang salery - dicincang (CT tak letak) 1/2 biji bawang besar - dicincang 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki 1 sudu sos tiram 1 sudu mentega/ marjerin 1/2 tin cendawan butang - dihiris 2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air

garam dan gula - jika perlu Cara-cara : 1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan. 2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didihkan semula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu. 3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA


Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012) Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home Bahan Utama:

1 ekor ayam (saiz sederhana) 1 sudu besar kicap cair 1 sudu kecil gula 1 sudu besar minyak masak garam secukup rasa

Bahan Kisar:

4 inci halia 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas) 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar) 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup) 3 tangkai cili merah

Cara Memasak:1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar). 2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam). 3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).

5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari

daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!

KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH Sumber: AlongRoz @ MyR Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"

100 gram serbuk koko * 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je) 1 tin susu isian cair* 200 gram minyak masak sayuran* 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je) 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je) 150 gram tepung gandum 1 sudu teh soda bicarbonate 1 sudu teh baking powder

Cara-Caranya:1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek). 3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.

4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api

sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..) 5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)

Bahan-bahan ( 1 ekor )

1 ekor ayam bulat dibersihkan 5 ulas bawang putih* 1 labu bawang besar* halia sebesar 2 jari* 2 sudu mkn sos tiram 4 sudu makan kicap manis- saya guna kipas udang 1 sudu mkn serbuk jintan manis 2 sudu mkn gula 2 sudu kecil garam- agak2 50 gram butter 2 sudu makan serbuk lada hitam- boleh dikurangkan

Cara-cara
1. Kisar yg bertanda * 2. Satukan bahan2 lain kecuali butter, campur dgn bahan kisar. sapukan pada ayam dengan rata. ayam tu kelar2 sikit pada bahagian yg tebal. Masukkan juga ke dalam badan ayam. perap 40 min. kemudian sapu butter dipermukaan kulit, celah2 kulit 3. Panaskan oven 170c. bakar dlm 40 min. air perapan ayam tu, boleh tuang2 atas ayam masa dibakar. 4. Saya bakar guna function grill yang putar, blowing tu. Melayukini.net Kalau agak-agak garing, turunkan suhu. Tambah masa sikit. Lapik dulang di bawah sebab minyak ayam akan menitis.