Anda di halaman 1dari 1

BAB 11 Tau memerhatikan Desa Karpus yang semakin sukar untuk dihampiri kini ,sedangkan tapak itulah tempat

dia berkunjung hampir setiap malam sejak berbelas-belas tahun dahulu. Di situlah kapal terbang yang dipandu Ridley masuk ke hutan itu untuk membuat kajian tentang reptilian di Kepulauan Melayu. Bayi itu dipelihara oleh ibu bapanya dan diberi nama Ipah. Ipah kemudiannya menjadi isteri Tau. Johnny dari Australia datang untuk menyelamatkan bahan kajian Ridley , mengesan kubur Ridley dan membawa keluar anak perempuan Ridley yang telah menjadi isteri Tau. Misinya itu berjaya. Kini Ipah telah lari mengikut Johnny dengan membawa anak lelaki sulung mereka iaitu Sabi. Adik Sabi yang masih bayi ditinggalkan. Sejak itu, Tau menjadi sasau dan suka bersendirian kerana dia amat malu disebabkan kehormatannya sebagai lelaki gagah tercemar. Roslan amat risau apabila mendapati Ah Chin dimarahi oleh OHara. Dia bimbang pekerja baharu yang dibelasah oleh Ah Chin kerana bergaduh akan membalas dendam Malique berusaha menenangkan perasaan Roslan lalu meminta Roslan lalu meminta Roslan menyusun kertas yang berisi data untuk memudahkannya memasukkan data itu ke dalam komputer. Malique ingin menemui Amira apabila mengetahui Amira hampir lemas disebabkan dirinya. BAB 12 Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang retak telah pulih setelah dirawat secara tradisional oleh Ludin. Profesor Zaidah menerangkan kepada Ludin tentang tulang karpus yang ditemuinya dapat menyelamatkan hutan daripada kerja-kerja pembalakan dan cari gali emas. Orang-orang asli dapat terus tinggal di situ. Kawasan itu akan menjadi kawasan larangan jika terbukti kawasan itu menyimpan khazanah arkeologi. Professor Zaidah juga menerangkan tentang rahsia lapisan tanah yang mewakili satu-satu tempoh mungkin ratusan atau ribuan tahun. Dia juga menjelaskan teori tentang penemuan hanya sebahagian anggota badan sama ada kepunyaan haiwan atau manusia dan zamannya. Selain itu, beliau menerangkan habitat haiwan yang tidak suka membazir . ludin bersetuju untuk membantu Profesor Zaidah mencari bahan arkeologi yang lain daripada kawasan perkuburan di hutan untuk dijadikan bahan kajian. Tindakannya itu akan mendatangkan bantahan daripada kumpulan orang asliyang menganggap perbuatan itu sebagai satu pencerobohan. Jacinta kecewa kerana masih belum menemui batu kuarza. Dia merajuk lalu meninggalkan Itai dan Amira setelah Itai menanya tentang keluarga dan percutiannyadi hutan. Itai bersetuju untuk mendapatkan emas bagi memujuk Jacinta. Malique datang mencari Amira. Apabila Jacinta mengatakan Amira ada bersama-sama Itai, dia menunjukkan perasaan cemburunya. Professor Zaidah berasa gembira kerana Amira bijak memilih kawan apabila Malique menemuinya dan menanya tentang keadaan dirinya dengan penuh sopan.

Anda mungkin juga menyukai