Anda di halaman 1dari 5

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

TGFU (Teaching Games For Understanding)

Pengenalan

Pendekatan mengajar permainan untuk kefahaman telah dibangunkan oleh Bunker dan Thorpe (1982). Pendekatan ini bermula dengan mengajar murid bermain permainan tersebut dan kemudiannya mengajar murid untuk memahami permainan tersebut dari segi penghayatan, kefahaman taktikal dan pembangunan kemahiran. Ini dilakukan supaya murid dapat memahami kenapa dan bagaimana sesuatu permainan itu dimainkan dan mengaplikasikan pendekatan TGFU di dalam permainan atau sukannyang akan diceburi kelak. TGFU bukan sahaja untuk memberikan kefahaman tentang sesuatu permainan sematamata, tetapi sebagai motivasi ketika melibatkan diri di dalam sesuatu permainan. Dengan kata kunci saya boleh, murid dapat melibatkan diri dalam permainan mengikut tahap kemahiran tersendiri yang kemudiannya dapat memotivasikan diri dan menambahbaik kemahiran taktikal. Murid akan dapat memahami dengan lebih baik tentang bagaimana kemahiran mereka dapat diaplikasikan kepada permainan yang diceburi. Pendekatan TGFU tidak bertumpu kepada permainan seperti bola jaring, bola sepak atau yang lain-lain. Tetapi, ia lebih kepada empat kategori utama iaitu Target (sasaran), Striking/Fielding (memukul/kawasan permainan), Net/Wall (jaring/benteng/halangan) dan Invasion/Territory (Serangan/Kawasan). Keempat-empat kategori ini akan membantu dalam pelbagai permainan sekiranya ia dikuasai dan difahami dengan baik. Bahagian seterusnya akan membawa kita kepada definisi serta huraian ringkas mengenai kempat-empat kategori. Contoh-contoh mudah adalah untuk memudahkan kita untuk memahami pengertian TGFU dengan lebih baik.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Target (Sasaran) - Menekankan ketepatan dan kawalan. Objektif Taktikal Membidik dan ketepatan Keterangan Menghantar objek ke arah sasaran dengan kekuatan yang bersesuaian supaya berjaya mengenai sasaran. Meletakkan halangan supaya pihak lawan sukar untuk mengenai sasaran.

Melindungi sasaran

- Contoh permainan Bulls Eye

Letakkan skitel (sasaran) di tengah-tengah gelung rotan. Jarakkan tempat mula balingan dengan sasaran. 1 mata sekiranya pundi kacang berada dalam kawasan gelung rotan. 2 mata sekiranya pundi kacang terkena pada skitel. 3 mata sekiranya pundi kacang berada di atas skitel (skitel tidak terjatuh). Mata akan digandakan untuk jarak permulaan yang lebih jauh.

Striking / Fielding (Memukul / Kawasan Permainan / Pihak Lawan)

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA - Boleh melibatkan berlari, memukul, melontar, menendang dan menangkap. - Pemukul berlari untk mendapatkan mata stelah memukul objek. Pihak lawan cuba dapatkan objek supaya pemukul tidak akan mendapat mata atau untuk mengeluarkan pemukul dari permainan. Objektif Taktikal Keterangan Menggunakan kaedah yang sesuai seperti mata memandang pada bola dan memegang erat pemukul untuk memukul bola ke kawasan permainan. Menghantar bola ke kawasan permainan yang jauh dari pemain lawan. Berkerjasama untuk mengawal kawasan sebaik mungkin.

Ketepatan memukul bola

Menghantar jauh dari capaian Mengawal kawasan

- Contoh permainan Tangkap La

Pemain melambung bola kepada pasangannya. Pasangannya melangkah satu langkah ke belakang dan melambungnya kembali. Pemain yang dapat menagkap bola akan melangkah satu langkah ke belakang. Ia berterusan sehingga salah seorang pemain menjatuhkan bola. Apabila bola terjatuh, pasangan bermula di tempat permulaan sekali lagi. Lebih menarik jika menggunakan belon berisi air.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Net / Wall (Jaring / Benteng / Halangan) - Melibatkan pergerakan, pengawalan dan memukul objek dalam lingkungan ruang tertentu. - Tugas pemain adalah untuk menyukarkan pihak lawan untuk menghantar kembali objek ke jaring, melalui benteng atau halangan. Objektif Taktikal Konsisten Keterangan Menghantar kembali bola secara berterusan melepasi jaring atau benteng supaya berada dalam permainan. Meletak bola di tempat yang sukar bagi Merancang untuk serangan pihak lawan supaya mempunyai peluang untuk pukulan yang seterusnya. Bersedia dalam posisi masing-masing untuk melindungi kawasan sebaik mungkin.

Posisi bersedia

- Contoh permainan Belonminton

Pemain mengadap sesama sendiri dan dipisahkan oleh satu garisan. Pemain memukul belon dengan menggunakan raket melepasi garisan ke kawasan pemain lawan. Ia berterusan sehingga belon jatuh ke atas tanah dan mata akan diperolehi.

Invasion / Territory (Serangan / Kawasan) - Melibatkan pengawalan suatu objek, menjauhkan objek dari pihak lawan, membawa objek ke kawasan menjaringkan gol.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA - Semua pasukan berkongsi kawasan yang sama. Yang membezakan hanyalah offensive dengan defensive. Objektif Taktikal Mengekalkan penguasaan Mempertahankan gol Keterangan Apabila pasukan memiliki objek tersebut. Mempertahankan gol dari dibolosi pihak lawan atau objek. Apabila menguasai objek, berikan tekanan pada pihak lawan dengan hantaran dan sepakan ke arah gol. - Contoh permainan Tangkap Ekor Dia..

Serangan gol

Pemain meletakkan kain kecil atau tali dibelakang seluar mereka. Selepas mendengar isyarat untuk bermula, setiap pemain akan cuba untuk merampas kain atau tali pihak lawan dengan memastikan kain atau tali sendiri tidak dirampas oleh pemain lawan. Apabila kain atau tali telah dirampas, letakkan kembali dan permainan dimainkan semula. Kira berapa kali kain atau tali boleh dirampas. Sentuhan badan adalah tidak dibenarkan.