Anda di halaman 1dari 4

Kini dan 50 Tahun akan Datang : Ke Arah Mencapai Status Luar Bandar

Bertaraf Dunia.

Pembangunan luar Bandar biasanya dikaitkan dengan sektor pertanian,

penternakan, hasil seni kraftangan, perusahan makanan ringan dan lain-lain.

Kualiti produk keluaran industri luar bandar tidak perlu dipertikaikan kerana

sebahagian daripadanya telahpun menembusi pasaran antarabangsa misalnya

songket, batik dan produk-produk makanan halal. Suntikan dana, sokongan dan

rangsangan daripada kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Pembangunan

Luar Bandar dan Wilayah mampu meningkatkan lagi aktiviti pembangunan luar

bandar ke arah menjana pertumbuhan ekonomi Negara.

Melihat dari sudut ekonomi masyarakat luar Bandar, terdapat banyak

sumber-sumber kekayaan yang sedia ada dan pembangunan sumber kekayaan

baru yang boleh dieksploitasi untuk menghasilkan pendapatan. Misalnya,

keindahan sungai serta kehijauan persekitaran dan keunikan budaya masyarakat

desa itu sendiri sudah boleh dijadikan sebagai satu bahan untuk tarikan

pelancong. Program Homestay iaitu satu konsep program tinggal bersama,

dapat memberi peluang kepada para pelancong untuk mendekati dan

berinteraksi secara terus dengan cara hidup masyarakat desa. Aktiviti

pelancongan desa seperti ini bukan sahaja dapat mempromosikan produk

Malaysia di mata dunia malah mampu menjana pendapatan lumayan kepada

masyarakat luar Bandar. Keaslian perkampungan tradisi perlu terus dipelihara,

aneka makanan dan kueh mueh tradisi perlu diperkenalkan, kepelbagaian seni

halus kraftangan perlu diusahakan dan keunikan permainan wau, gasing,

Faridah bte kamis/kolej RISDA 1


congkak dan galah panjang perlu terus ditonjolkan bagi menjamin kegiatan

pelancongan yang berterusan demi menyumbang ke arah pembangunan

ekonomi Negara keseluruhannya.

Kegiatan pertanian dan penternakan merupakan satu lagi sektor yang

tidak kurang juga relevannya dengan kemajuan pembangunan luar Bandar.

Usaha kerajaan dalam mencergas dan merancakkan pembangunan pertanian

telah membawa kepada lonjakan paradigma dalam sektor ini. Pengenalan

kepada kaedah pertanian moden, tanaman baru serta penggunaan teknologi dan

amalan terbaik dapat menghasilkan tanaman yang berkualiti. Langkah

penjenamaan produk hasil tani pula mampu membawa jenama Malaysia ke

peringkat global. Malah, program-program jaminan kualiti hasil pengeluaran oleh

kerajaan akan memastikan produk hasil tani menepati aspek kualiti dan

keselamatan dan dengan ini juga pengusaha pertanian mendapat jaminan

pasaran tempatan dan juga luar Negara. Segala bentuk sokongan dan strategi

perlaksanaan ini adalah bukti bahawa kerajaan sentiasa komited dalam

memperkasakan sektor pertanian ke peringkat antarabangsa. Oleh itu

masyarakat luar Bandar perlu mengambil segala peluang dan ruang yang ada

untuk meneroka bidang-bidang pertanian baru yang mempunyai nilai komersil

yang tinggi di pasaran. Misalnya tanaman konvensional seperti getah, kelapa

sawit dan tebu boleh divariasikan dengan tanaman yang lebih moden seperti

anggur, cendawan, buah naga dan tanaman herba seperti pokok misai kucing,

daun mengkudu dan kacip fatimah. Untuk meletakkan produk hasil tani ke

peringkat global, para pengusaha pertanian juga perlu mengambil kira aspek

Faridah bte kamis/kolej RISDA 2


industri hiliran atau produk yang mempunyai nilai tambah. Misalnya cendawan

bukan sekadar sebagai sayuran tetapi boleh divariasikan sebagai minuman jus,

produk perubatan, produk penjagaan diri dan produk makanan ringan. Begitu

juga dengan kentang, bidang bio plastik adalah industri hiliran yang boleh

dimajukan selain dijadikan makanan sejuk beku. Produk hiliran atau sampingan

mampu menggandakan lagi pendapatan pengusaha-pengusaha pertanian luar

Bandar di samping menggalakkan penyertaan pelabur-pelabur dalam bidang

penyelidikan dan pembangunan (R&D) seterusnya meningkatkan daya saing

pengeluaran pertanian global.

Bagi mencapai matlamat status luar Bandar bertaraf dunia, usaha untuk

melahirkan usahawan-usahawan luar bandar perlu dilakukan. Terdapat banyak

bidang perniagaan yang berorientasikan komersil yang boleh dijalankan selain

aktiviti berasaskan pertanian seperti perusahan makanan HALAL, perusahan

labu sayong, perusahan membuat makanan ringan seperti kerepek dan keropok

lekor, perusahan ternakan udang galah, perusahan membuat jus dan jem buah-

buahan dan lain-lain. Pelbagai program kemajuan ekonomi luar Bandar di bawah

Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah disediakan

seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dan Program Khidmat Nasihat untuk

membantu membiayai dan mengembangkan perniagaan usahawan luar Bandar.

Usahawan luar Bandar yang berjaya perlu mempunyai inisiatif untuk membawa

produknya ke pasaran antarabangsa. Untuk menjayakan hasrat tersebut, satu

lagi program di bawah Kementerian iaitu Program Pemasaran dan Promosi

disediakan untuk membantu pengusaha bumiputera luar Bandar

Faridah bte kamis/kolej RISDA 3


mempromosikan produk-produk industri desa ke pasaran tempatan dan

antarabangsa.

Untuk mencapai status luar Bandar bertaraf dunia, jurang digital yang

wujud di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar perlu dihapuskan sama

sekali. Program Infodesa merupakan satu lagi program di bawah Kementerian

Kemajuan luar Bandar dan Wilayah yang dilaksanakan untuk menjayakan

agenda IT Negara iaitu melahirkan masyarakat luar Bandar yang bermaklumat

dan berpengetahuan terkini. Ini bermakna masyarakat luar Bandar perlu

bersedia untuk mengaplikasikan teknologi ICT dalam semua bidang yang

dijalankan. Generasi muda masyarakat luar Bandar memegang tanggungjawab

yang besar untuk menguasai teknologi ICT demi menjayakan matlamat ekonomi

global.

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

telah mengatur pelbagai program latihan, pembiayaan dan khidmat nasihat

khusus untuk menjayakan misi melahirkan masyarakat luar Bandar yang

produktif dan berdaya saing. Masyarakat luar Bandar perlu lebih proaktif dan

inovatif dalam mengenalpasti peluang-peluang baru yang berpotensi untuk

diterokai dan dimajukan secara komersil. Kerjasama padu masyarakat setempat

dengan sokongan daripada kerajaan mampu merialisasikan hasrat untuk

mencapai status luar Bandar bertaraf dunia baik kini mahupun 50 tahun yang

akan datang.

Faridah bte kamis/kolej RISDA 4

Anda mungkin juga menyukai