Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) Bersyukur ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat melaksanakan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) bersama- sama rakan sekelas dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat pensyarah penasihat, Tuan Haji Aziz Jaafar yang tidak jemu- jemu memberikan tunjuk ajar,panduan, bimbingan dan dorongan sebelum melaksanakan ujian ini. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid

Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat Seperti yang kita ketahui, gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.Sebelum ujian SEGAK dimulakan di Dewan Terbuka SK Pendek, murid- murid bersama-sama kami membuat sedikit aktiviti regangan dan memanaskan badan diiringi alunan muzik seperti regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki lari setempat, lompat dan skip . Malah, aktiviti senamrobik juga turut dilakukan. Selepas itu, untuk memudahkan pengurusan murid, kami telah membahagibahagikan mereka 5 orang setiap kumpulan. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti naik Turun Bangku ( 3 minit ), tekan Tubi ( 1 minit ), ringkuk tubi separa (1 minit ) dan jangkauan melunjur.

Terpilih untuk mengendalikan ujian antropometrik iaitu mengukur berat badan dan ketinggian serta indeks jisim tubuh (BMI) setiap murid darjah 6 merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh saya. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini untuk menilai komposisi badan. Maka, saya dapat mengaplikasikan sedikit sebanyak pengetahuan saya dalam bidang Matematik semasa melaksanakan ujian ini. Saya meminta murid menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. Setelah selesai menimbang berat dan mengukur tinggi murid, saya bertanggungjawab mengira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan =

Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

Sebelum menjalankan ujian antropometrik, saya harus menguji alatan penimbang berat badan dan pengukur tinggi yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. Selain itu, kawasan membuat ujian antropometrik mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. Sebagai bakal guru PJ, saya juga harus memastikan semua murid yang terlibat memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang kemas. Dan ,perkara yang paling penting yang perlu dititikberatkan olehn saya ialah pengawasan guru diutamakan semasa ujian

dilaksanakan dan murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian SEGAK dilaksanakan.

Setelah selesai semua ujian SEGAK, murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti berjalan perlahanlahan selama 3 minit, meregangkan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahanlahan. Kesimpulannya, rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai