Anda di halaman 1dari 7

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

MPW 1113 / MPW 2113 BAHASA KEBANGSAAN A JANUARI 2013

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 26hb Februari hingga 10hb Mac 2013 (ONLINE) Serahan selepas 10hb Mac 2013 TIDAK akan diterima. 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

SOALAN TUGASAN

Dewasa ini ramai yang keliru tentang penggunaan bahasa yang betul, sama ada dari segi ejaan, kosa kata, dan tatabahasa. Kekeliruan ini menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan bahasa. Sebagai salah seorang warganegara Malaysia yang cinta akan kedaulatan bahasa Melayu anda dikehendaki untuk menganalisis tentang kesalahan bahasa yang sering berlaku di Malaysia. Analisis anda perlulah merangkumi perkara-perkara berikut:

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)

Pengenalan terhadap konsep dan definisi kesalahan bahasa. Teori analisis kesalahan bahasa. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa. Analisis kesalahan bahasa. Contoh-contoh kesalahan bahasa dan pembetulan. Cadangan mengatasi masalah kesalahan bahasa. Rumusan. ( 50 Markah )

___________________________________________________________________________

PENILAIAN / EVALUATION Tugasan ini akan menyumbangkan 50% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik. Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

RUBERIK TUGASAN KOD KURSUS : HBML SEMESTER : JANUARI 2013


Pemberata n

Kriteria

Pengenalan tentang konsep dan definisi kesalahan bahasa.

1.5

Sangat Lemah 0 Tiada pengenalan yang berkaitan.

Lemah 1 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan secara umum sahaja tanpa sebarang sumber rujukan yang berkaitan dengan konsep dan definisi kesalahan bahasa, bahasa Melayu.

Sederhana 2 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan agak baik. Objektif penulisan dan jangkaan hasil penulisan ada dinyatakan tetapi masih kurang jelas. Sekurang-kurangnya satu sumber rujukan berkaitan dengan konsep dan definisi kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan.

Baik 3 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan baik. Objektif penulisan dan jangkaan hasil penulisan ada dinyatakan dengan baik. Sekurangkurangnya dua sumber rujukan berkaitan dengan konsep dan definisi kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan.

Cemerlang 4 Pengenalan tentang tugasan dinyatakan dengan amat baik. Objektif dan matlamat penulisan dan jangkaan hasil penulisan ada dinyatakan dengan amat baik dan amat jelas. Sekurangkurangnya tiga sumber rujukan dengan konsep dan definisi kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan.

Markah

Perbincangan tentang teori kesalahan bahasa.

2.0

Tiada perbincangan berkaitan dengan teori kesalahan bahasa.

Perbincangan tentang teori kesalahan bahasa disampaikan secara umum sahaja. Tiada sebarang sumber rujukan yang berkaitan dengan teori kesalahan bahasa dinyatakan.

Perbincangan tentang teori kesalahan bahasa disampaikan agak baik. Sekurangkurangnya satu sumber rujukan yang berkaitan dengan teori kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan.

Perbincangan tentang teori kesalahan bahasa disampaikan dengan baik dan jelas. Sekurang-kurangnya dua sumber rujukan yang berkaitan dengan teori kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan

Perbincangan tentang teori kesalahan bahasa disampaikan dengan amat baik amat jelas dan sempurna. Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan yang berkaitan dengan teori kesalahan bahasa dinyatakan sebagai sokongan Perbincangan tentang faktor-faktor kesalahan bahasa disampaikan dengan amat baik, amat bernas dan amat jelas. Sekurangkurangnya empat faktor dinyatakan berserta dengan contoh yang sesuai dan relevan

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa.

2.0

Tiada perbincangan dan huraian tentang faktorfaktor berlakunya kesalahan bahasa.

Perbincangan tentang faktorfaktor kesalahan bahasa disampaikan secara umum sahaja. Sekurangkurangnya satu faktor dinyatakan berserta dengan contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang faktor-faktor kesalahan bahasa disampaikan dengan agak baik. Sekurangkurangnya dua faktor dinyatakan berserta dengan contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang faktor-faktor kesalahan bahasa disampaikan dengan baik dan bernas. Sekurang-kurangnya tiga faktor dinyatakan berserta dengan contoh yang sesuai dan relevan

Analisis kesalahan bahasa

2.0

Tiada perbincangan tentang analisis kesalahan bahasa.

Perbincangan tentang analisis kesalahan bahasa disampaikan secara umum sahaja. Sekurangkurangnya dua jenis kesalahan bahasa yang dianalisis berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang analisis kesalahan bahasa disampaikan dengan agak baik. Sekurang-kurangnya tiga jenis kesalahan bahasa yang dianalisis berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang analisis kesalahan bahasa disampaikan dengan baik dan bernas. Sekurangkurangnya empat jenis kesalahan bahasa yang dianalisis berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Perbincangan tentang analisis kesalahan bahasa disampaikan dengan amat baik, amat bernas dan amat jelas. Sekurangkurangnya lima atau lebih jenis kesalahan bahasa yang dianalisis berserta contoh yang sesuai dan relevan.

Contoh kesalahan bahasa dan pembetulan.

2.0

Tiada contoh kesalahan bahasa dan perbincangan pembetulan dilaksanakan.

Contoh kesalahan bahasa disampaikan secara umum sahaja tanpa sebarang contoh pembetulan..

Contoh kesalahan bahasa disampaikan dengan agak baik. Sekurang-kurangnya dua contoh dikemukakan daripada pelbagai bidang dan disertakan pembetulan.

Contoh kesalahan bahasa disampaikan dengan baik dan bernas. Sekurangkurangnya tiga contoh dikemukakan daripada pelbagai bidang dan disertakan pembetulan.

Contoh kesalahan bahasa disampaikan dengan amat baik amat bernas dan amat jelas. Sekurang-kurangnya empat contoh dikemukakan daripada pelbagai bidang dan disertakan pembetulan.

Cadangan mengatasi masalah kesalahan bahasa.

Tiada berkaitan

Cadangan tentang mengatasi masalah kesalahan bahasa disampaikan secara umum sahaja. Sekurangkurangnya satu cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa. Organisasi penulisan tidak teratur dan tidak menyatakan secara keseluruhan penulisan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.

Cadangan tentang mengatasi masalah kesalahan bahasa disampaikan dengan agak baik. Sekurangkurangnya dua cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa

Cadangan tentang mengatasi masalah kesalahan bahasa disampaikan dengan baik dan bernas. Sekurang-kurangnya tiga cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa

Cadangan tentang mengatasi masalah kesalahan bahasa disampaikan dengan amat baik, amat bernas dan amat jelas. Sekurangkurangnya empat cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa

Organisasi.

Tidak berkaitan

Organisasi penulisan agak baik dan tersusun tetapi masih tidak menjelaskan tentang hasilan penulisan secara keseluruhan. Sebahagian penulisan bibliografi mengikut gaya APA.

Organisasi penulisan adalah baik dan tersusun serta menjelaskan tentang hasilan penulisan dari segi objektif dan matlamat secara keseluruhan. Sebahagian besar penulisan mengikut gaya APA.

Organisasi penulisan amat baik dan amat tersusun serta menjelaskan tentang hasilan penulisan secara keseluruhan dari segi objektif, matlamat, dan hasil yang diperoleh. Keseluruhan penulisan mengikut gaya APA yang betul.

JUMLAH KESELURUHAN

50

Anda mungkin juga menyukai