Anda di halaman 1dari 59

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 5


BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)
NAMA : NUR SYAFIQAH BT MOHAMMAD (871001-11-5576) NOR RYMA SAKINAH BT NORDIN (880504-04-5164) ASMAT BT ABD RAHMAN (870213-29-5252) PISMP PAI : EDU 3106- BUDAYA DAN

UNIT

KOD & NAMA KURSUS PEMBELAJARAN NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN :

EN. HATIM AZIWIR B. ZAADUN ZABIR : 12 MAC 2010

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

. Nur Syafiqah Bt Mohammad 12 MAC 2010

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

. NOR RYMA SAKINAH BT NORDIN 12 MAC 2010

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

. ASMAT BT ABD RAHMAN 12 MAC 2010

HALAMAN JUDUL

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

1.0 ETNIK ORANG ASLI

2.0 ISU KETAKSAMAAN

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LAMPIRAN

PENGHARGAAN
Segala puji bagi Alllah Tuhan seru sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariat-Nya sampai hari kiamat. Amin ya Rabbal Alamin. Dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya, kami dapat menyiapkan tugasan ini yang bertajuk BUDAYA DAN PEMBELAJARAN dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Jutaan terima kasih buat ayah bonda kami yang tercinta yang tidak jemu dan lekang menitipkan semangat kepada kami. Terima kasih jua kami kalungkan buat pensyarah, EN. HATIM AZIWIR B. ZAADUN ZABIR yang banyak memberi kata-kata semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa buat teman-teman yang turut membantu menyiapkan tugasan ini. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina adalah amat dialu-alukan. Hanya Allah jualah yang dipinta pertolongan. Dialah sebaikbaik pembantu dan penolong. Semoga Allah meredhai usaha kita. Amin..

1.0PENGENALAN

Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia dengan pelbagai latarbelakang sosiobudaya dapat mempamerkan keunikan negara kita. Pengetahuan dan

kefahaman tentang kewujudan pelbagai sosio-budaya masyarakat Malaysia adalah amat penting dalam mencapai matlamat untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum seperti Melayu, India, Cina, Orang Asli dan pelbagai kaum lagi. Kepelbagaian kaum di Malaysia mewujudkan kepelbagaian bangsa, kelas sosial, kepercayaan, bahasa dan adat resam. Ini menyebabkan Malaysia kaya dengan adat resam dan kepercayaan, bangsa dan bahasa.

Kaum

Melayu

merupakan

etnik

terbesar

di

Malaysia.

Golongan

Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia merangkumi pelbagai kaum seperti Melayu, Dayak, Iban, Kadazan. Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (melebihi separuh populasi di negeri tersebut). 1

Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Halaman 14.

Sewajarnya seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang latar belakang sosio-budaya 2 sesuatu kaum. Ini adalah demi memastikan objektif pembelajaran tercapai.

Malaysia mempunyai pelbagai etnik, namun di sini akan dihuraikan dan dibincangkan tentang Orang Asli. Perbincangan adalah berkaitan aspek bangsa, kelas sosial, kepercayaan, bahasa dan adat resam.

Kepelbagaian

kaum

menyebabkan

timbul

ketaksamaan

peluang

pendidikan dikalangan masyarakat peribumi. Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan dikalangan masyarakat peribumi perlu ditangani dan tidak boleh dibiarkan. Ini adalah demi memastikan saranan kerajaan untuk mewujudkan 1 Malaysia tercapai.

Kepelbagaian kaum di Malaysia juga memerlukan guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Justeru guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

1.1

BANGSA ORANG ASLI

Konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama atau lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya bangsa terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama.

Orang Asli3 merujuk kepada individu seperti ibu-bapanya Orang Asli, ibunya Orang Asli, bapanya Orang Asli dan individu yang dipelihara sebagai anak angkat oleh Orang Asli semenjak kecil, di samping individu-individu berkenaan masih mengamalkan cara hidup, kepercayaan, adat istiadat dan berbahasa Orang Asli.

Orang Asli boleh dibahagikan kepada tiga rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam kesemua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis kaum. Pada umumnya, ekonomi majoriti orang Asli masih lagi berasaskan pertanian ada sara diri. Dari segi agama, sebahagian orang Asli beragama animisme. Dari segi pendidikan pula pencapaian orang Asli amat rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia .

masyarakat pribumi yang mendiami kepulauan semenanjung Malaysia

1.2

KELAS SOSIAL

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama manusia.

Kumpulan masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan puncapunca pengeluaran.

Dari aspek organisasi dan struktur sosial orang asli, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara

agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka.

1.3

KEPERCAYAAN

Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap kedudukan memihak. Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat.

Kepercayaan turun temurun Orang Temiar4 ialah animisme yang percaya bahawa setiap ciptaan atau benda di dalam hutan mempunyai semangat. Pokok dan batu mempunyai semangat begitu juga sungai dan air terjun. Matahari dan bulan dikatakan sebagai semangat yang paling utama sekali dan bintang-bintang adalah anak-anak mereka.

Orang Temiar mempunyai sistem tuhan yang rumit tetapi mirip dengan tuhan nenek moyang kaum asli yang lain. Bagi mereka setiap tuhan adalah sama dari segi kuasa dan amat mereka takuti. Hal ini bermakna bahawa tiada tuhan yang lebih berkuasa daripada yang lain. Kaum ini juga percaya tentang
4

Orang Temiar merupakan Suku Senoi, masyarakat orang asli yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain Temiar, Suku Senoi terdiri daripada Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri.

perihal syurga iaitu tempat segala roh dan semangat bebas bergerak serta tempat pulangnya seseorang Temiar. Biarpun sekarang ramai orang Temiar beragama Islam, kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi tetap sebati dalam diri mereka.

Paling menarik, adalah 3 falsafah hidup orang Temiar iaitu tentang jati diri, sikap menghormati dan mimpi. Ketiga-tiga falsafah orang Temiar jelas

memancarkan keikhlasan hidup mereka.

JATI DIRI

Orang Temiar tidak menganggap diri mereka penghuni hutan tetapi orang yang tinggal di tanah lapang, di kelilingi hutan rimba. Mereka berpendirian bahawa tanah milik semua makhluk. Mereka tidak boleh memiliki tanah tetapi hanya boleh memiliki apa yang ditanam atau yang dijumpai.

Pada masa dahulu orang Temiar dikatakan akan berpindah ke kawasan yang lain jika salah seorang ahli kaum mereka mati. Kini mereka dikatakan akan berpindah jika terdapat ramai anggota mereka yang mati. Juga, mereka jarang berpindah melainkan untuk tujuan ekonomi, berada dekat dengan kawasan tanah yang subur.

Penempatan rumpun bangsa Temiar yang teramai adalah di daerah Gua Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan. Pada peringkat awal, mereka membuat rumah seperti keadaan rumah panjang di mana lokasinya ditentukan oleh Penghulu atau Batin melalui kaedah berhalaq. Kemudian mereka akan mula membina kediaman sendiri setelah sekian lama di rumah panjang tersebut.

Mereka menyara kehidupan dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan. Kemajuan negara telah merubah cara hidup mereka khususnya dalam bidang ekonomi masa kini, di mana kebanyakannya mengusahakan tanah kebun dan juga bekerja dalam pelbagai sektor yang lain.

SIKAP MENGHORMATI

Orang Temiar adalah masyarakat yang mesra alam, harmoni dan sedapat boleh menjauhi keganasan serta kerosakan. Mereka pantang sekali merosakkan atau menganiaya makhluk alam. Bagi mereka, semua makhluk alam termasuk tumbuh-tumbuhan berhak untuk hidup.

Menebang atau memusnahkan hutan secara membakar dengan sengaja dilarang sama sekali melainkan ia diguna pakai untuk bertani. Sekiranya mahu membuka ladang baru, mereka mesti meninggalkan sebatang pokok di hujung

atau di pangkal ladang. Biasanya, pokok itu adalah pokok yang lebih besar dan unik (pokok yang di minati burung).

Sebelum membakar untuk membuka ladang, orang Temiar mesti mengambil kira musim dan kedudukan angin untuk memastikan api tidak merebak sehingga merosakkan flora dan fauna hutan. Jika mereka melalui laluan denai, mereka tidak menggunakan parang untuk mencantas semak tetapi hanya menyelak semak samun.

Makanan utama Temiar ialah ubi dan setiap tiga atau empat hari barulah mereka makan nasi. Justeru mereka hanya keluar berburu sekali bagi setiap kira-kira sepuluh hari. Hanya satu jenis binatang sahaja yang boleh diburu. Pantang bagi mereka memburu binatang berlebihan tetapi cukup sekadar keperluan makanan sekeluarga untuk sehari. Mereka turut memasang

perangkap di sekitar kediaman mereka tetapi lebih sebagai perlindungan. Binatang liar yang masuk ke dalam kampung tidak boleh diburu untuk makanan. Aktiviti berburu hanya boleh dilakukan di hutan.

MIMPI

Orang Temiar menganggap MIMPI sebagai asas kearifan dalam hubungan kemasyarakatan dan dapat mengatasi masalah, keganasan serta jenayah. Budaya mereka adalah berbincang tentang mimpi dengan keluarga di waktu

sarapan pagi. Orang-orang yang lebih tua akan membuat takrifan tentang mimpi itu. Sekiranya mimpi itu menakutkan, orang itu akan digalakkan mengubah bentuk mimpinya dan kemudian cuba bermimpi lagi. Mimpi yang lebih sulit difahami akan dirujuk secara musyawarah kepada orang tua yang lebih arif dalam masyarakat mereka.

Bagi orang Temiar, manusia boleh mengawal mimpi untuk mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kenikmatan hidup. Mimpi boleh dikawal atau dibentuk melalui interpretasi dalam musyawarah berkumpulan untuk mengecap kehidupan yang lebih harmoni.

Kepercayaan lain bagi masyarakat orang asli ialah:

Karei / Engku

Ia dipercayai makhluk yang besar dan berkuasa yang tinggal di angkasa. Karei akan marah dengan menurunkan bala jika mereka melanggar pantang dan melakukan perbuatan keji.

Penunggu Masyarakat Temiar percaya, tempat seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggunya maka ia harus dihindari dan tidak diganggu. Mereka

dilarang menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut krana ia akan disampuk oleh penunggu terutama bagi mereka yang lemah semangat.

Kayu Merbau

Mereka percaya bahawa teras kayu merbau boleh memanah dan kemungkinan terkena sesiapa sahaja yang lalu di situ. Terutama pada waktu subuh, senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi.

Pantang Harimau

Pertemuan di antara dua orang yang telah berjanji untuk bertemu harus ditunaikan.Jika salah seorang mungkir janji, dipercayai 'Jelmaan harimau' akan datang mengganggu orang itu.

Bunga Pakma

Bunga Pakma tidak boleh dipetik kecuali "Tok Halaq". Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya, dipercayai ia boleh bertukar menjadi harimau (ruai).

Buah-buah Hutan

Buah Perah dan buah-buahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu upacara bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru ia boleh diambil. Jika mereka melanggar pantang berkenaan dipercayai 'ruai' buah-buahan akan mengarahkan harimau mengganggu orang lain.

Kempunan (Selantap)

Suku kaum Temiar juga percaya jika sesuatu keinginan/niat tidak tercapai maka mereka akan kempunan. Kempunan bermakna mereka akan ditimpa

bala/kesusahan.

Suara Burung

Apabila burung 'Chiap Chereyet' berbunyi, ini bermakna menegur roh simati yang sedang berkeliaran. Sesiapa yang mendengar bunyi ini hendaklah mengasap badan dengan asap supaya 'badi' tidak mengganggu atau merasuk keluarga mereka.

1.4

BAHASA ORANG ASLI

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenangwenang, tetapi mempunyai struktur5. Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

Bahasa Temia merupakan antara bahasa kaum minoriti yang terdapat di Malaysia, khususnya di kawasan tengah Semenanjung. Bahasa ini dijangka mengalami kepupusan akibat himpitan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Pengamal bahasa Temia menggelarkan diri mereka sebagai Temir.

Terdapat beberapa aspek perlu difahami apabila seseorang mahu bertutur bahasa Temia. Pertama, perbendaharaan katanya terhad. Hanya objek-objek di sekitar mereka sahaja mempunyai nama. Objek atau konsep yang diimport menggunakan nama asal objek berkenaan dengan sebutan gaya ketemiaan. Oleh itu, bahasanya bersifat rojak.

satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole, 1998)

Kedua, tiada konsep penggandaan. Semua objek tergolong sebagai kata tunggal. Misalnya kerk (ikan) tidak disebut kerk-kerk. Walau bagaimanapun, terdapat istilah merujuk konsep banyak (jajih).

Ketiga, perkataannya terdiri daripada satu atau dua suku kata sahaja. Lebih banyak suku kata tertutup, bunyi konsonan /k/, /j/, /g/, /b/, vokal /e/ pepet dan tanda glotis.

Keempat, bahasa Temia juga bersifat onomatopia, sebagaimana bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. Maksud onomatopia ialah bunyi kata berasaskan bunyi objek. Misalnya, nama tin diambil sempena bunyi tin berkenaan, nama gagak sempena bunyi burung gagak. Orang Temia menamakan burung sebagai cep sempena bunyi burung, nama mamuh atau arp sempena bunyi harimau, amew (kucing) dan sebagainya.

Kelima, hanya ayat tunggal digunakan. Tidak ada ayat majmuk. Setiap ujaran terus kepada maksud. Contoh, Yek cak nanak. (Yek) cak ayu (atau kayu). Maksud, Saya / aku makan nasi. (Aku) makan ubi kayu.

Keenam, tiada keterangan objek dan sebab sebagaimana lazim dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Tidak ada konsep kerana atau sebab sebagai penjelasan terhadap objek yang diucapkan. Ayat, Yek cak kayu, tidak dinyatakan keterangan tentang ubi kayu atau sebab suka makan ubi kayu. Mereka tidak ada

konsep sebelum dan selepas peristiwa, dan tidak berminat mengingati atau meramal. Mereka hanya ada konsep semasa sahaja. Semua peristiwa yang berlaku diterima sebagai sudah suratan takdir. Tidak perlu dikesali.

Ketujuh, setiap objek mempunyai nama tersendiri walaupun berasal daripada objek sama. Misalnya, buah pisang (telui) dengan pokok pisang (jai) berbeza nama.

Kelapan, struktur ayat adalah sama atau hampir sama dengan struktur ayat dalam bahasa Melayu. Subjeknya berada di depan dan pradikat di belakang.

Kesembilan, tidak ada bunga-bunga bahasa, kelewahan dan penegasan. Setiap ujaran terus kepada maksud. Misalnya, Yek cen cak nanak (Saya suka makan nasi) bukannya Saya sangat suka makan nasi itu.

1.5

ADAT RESAM ORANG ASLI

Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarkat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempuntai isbat kepada pelaku sama ada positif atau negatif.

Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh pelbagai masyarakat di negara ini. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Murid juga akan dapat mempelajari suatu adat resam daripada kaum lain melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Perubahan yang melanda masyarakat orang asli ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan dakwah agama lain

termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama agama lain. Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Adat resam yang diamalkan ini masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Berikut merupakan beberapa adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli.

Lawatan dan Kunjungan

Lawatan biasa lebih disukai sekiranya dibuat di waktu petang, kerana pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masing masing. Umumnya msyarakat orang Asli bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual barang barang hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. Apabila sampai di rumah irang yang dilawati, seseorang tetamu itu eloklah menunggu di tepi rumah dan berbuat buat batuk sepaya di dengari oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan memanggil nama anak sulung tuan rumah. Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama Aalang maka panggilan bolehlah dibuat seperti.. Bapak Si Alang ada di rumahkah?.

Petang dan malam adalah waktu untuk berehat dan bersuka ria. Di masa ini tidak ada halangan bagi kawan kawan dan lain lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu sampai ketika tuan ruamh sedang makan maka lebih disukai jika tetamu itu turut makan bersama dengan tuan rumah. Adalah dianggap kurang sopan jika tetamu menolak jamuan yang dihidang oleh tuan rumah. Masyarakat Orang Asli sangat suka sekiranya tetamu mereka sudi menikmati jamuan yang dihidangkan. Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual bual atau mendengar kisah kisah lama. Ini akan mengembalikan ingatan ingatan manis dan peristiwa peristiwa yang menarik. Kadang kala, masa masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu jampi serapah.

Bertandang

Tetamu hendaklah pasti ada orang dirumah sebelum bertandang. Tanpa memakai kasut tetamu boleh naik ke rumah setelah dijemput.

Tetamu mesti menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar.

Tetamu selalunya menghadiahkan sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau tembakau.

Tetamu akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya (jika tetamu dari kampung lain).

Adab Bercakap Dengan Mertua

Menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu mertua dan menantu perempuan tidak boleh bertentang mata dengan bapa mertua semasa bercakap. Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang Perantaraan)

Kelahiran

Seorang suami pula kebiasaannya akan terus memberitahu jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin. Adalah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri untuk memberikan pertolongan setakat yang mampu. Orang orang Asli tidak suka jika pelawat pelawat yang datang berkunjung memuji memuji akan kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji puji dengan kata kata seperti amboi, comelnya bayi ini, maka hantu hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu. Keadaan ini terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya. Beberapa pantang larang juga perlu dipatuhi oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Pantang larang ini juga dikenakan kepada si suami. Di antara pantang larang yang dianggap penting ialah si suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang.

Perkahwinan

Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bagi suku kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya, kedua dua pangantin terpaksa mendengar nasihat nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat nasihat ini kadangkala mangambil masa berjam jam lamanya. Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampung kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis. Kematian

Biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit. Ketika ada kematian, semua kanak kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah

membunuh si mati tidak akan mengacau kanak kanak yang telah memakai pengandang. Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam. Mayat si mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.

Apabila berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan kematian tersebut. Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia dipakaikan pakaian baru dan diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan diikat.

Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar(usungan) yang dibuat dari buluh cincang.

Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki atau kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya

Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik.

Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sam mayat sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar

Sekiranya 'Tok Halaq' meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam bilik khas di rumahnya.

Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah rumah tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh binatang buas.

Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru.

Acara Buka Pantang Kematian

Setelah tamat tempoh pantang selama 40 hari, diadakan pula 'Acara buka Pantang Kematian'.

Tiga hari sebelum upacara ini dijalankan, Kaum keluarga dijemput berkumpul semula dengan tujuan untuk mengumpulkan bahan makanan bagi majlis kenduri

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menguruskan penyediaan makanan dan kumpulan kedua menyediakan tempat bersewang.

Tempat sewang akan dihias dengan pucuk 'calon' buah kepala (palas) untuk dijadikan seludang palas(Tempok Kuar) dan bunga.

Dalam tempoh berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkam.

Setelah selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.

Bagi masyarakat Orang Asli, adat resam semasa hamil amat dititik beratkan, seperti juga adat-adat berkaitan aspek kehidupan yang lain. Terdapat sedikit persamaan dengan adat resam masyarakat Melayu terutamanya dalam beberapa adat kelahiran tertentu di kalangan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Melayu Asli. Berikut dipaparkan adat resam kelahiran yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli secara ringkas yang merangkumi peringkat sewaktu mengandung, semasa bersalin dan selepas lahir secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Di kalangan masyarakat Orang Asli terutamanya dari suku kaum Melayu Asli, wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin. Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut. Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi. Di samping itu, adat ini juga penting untuk

menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak. Kelazimannya adat ini akan disertai dengan sedikit jamuan makan. Selain adat tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dihindari oleh wanita mengandung dan berikut adalah beberapa pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli. Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan. Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi. Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati. Semasa Bersalin Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan

menggunakan serpih buluh yang tajam dan bayi dimandikan dengan air suam. Seterusnya uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri tersebut akan dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki. Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam. Bagi masyarakat Orang Asli,

mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna. Selepas Lahir Selepas bayi dilahirkan, terdapat beberapa adat yang dijalankan, iaitu: Memberi Nama Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan. Biasanya nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan. Adakalanya nama yang diberi tidak sesuai dan bayi akan jatuh sakit. Jika ini berlaku, ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya. Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baru, ibu kandung akan pulang ke rumah. Tetapi tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan kembali bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya. Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai. Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran nama bayi tersebut. Kadang kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran. Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan yang menyerupai adat menepung tawar di kalangan masyarakat Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Tanggal Tali Pusat Biasanya tali pusat akan tanggal dalam tempuh seminggu selepas bayi dilahirkan. Sama seperti adat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu, masyarakat Orang asli juga akan menguruskan tali pusat tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini dengan cara membungkusnya dengan kain putih bersamasama sebiji atau tiga biji lada hitam. Kemudian tali pusat itu digantung di atas api bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi. Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi minum kepada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'.

2.0

ISU-ISU KETAKSAMAAN

KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1. Kelas Sosial

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, kelas sosial bolehlah dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Antara contoh kelas sosial yang terdapat terbahagi kepada dua golongan iaitu :

dalam masyarakat kapitalis

1. Bourgeoise ~ masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran 2. Proletariat ~ masyarakat yang tidak memiliki perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja Institusi sosial merujuk kepada konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu

matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lain-lain.

Konsep mobiliti sosial merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku .

Konsep diskriminasi atau ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etknik terhadap anggota atau kelompok etnik yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ini merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila prejudis dan stereotaip dalam sesbuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan

pembuangan

kerja,

serangan

fizikal

secara

terbuka

atau

percubaan

penghapusan sesbuah kumpulan etnik. Dalam pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan.

Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan atau marhain dan golongan pembesar dan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah kemudiannya meneruskan dasar yang sama, yang mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Akhirnya golongan pembesar ini mewariskan kecerdikan mereka kepada anak-anak mereka, sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Ketaksamaan peluang pendidikan masa kini meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-bahan rujukan dan peluang kerjaya selepas tamat belajar. Dalam membincangkan konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada kejadian sosial inequaliti atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem stratifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati

terdapat

hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini

membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif di antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana

mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap

pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat.

Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia

Ketiga (RMK-30), dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam peluang pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan

menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar.

Program

pembestarian

sekolah

yang

sedang

dijalankan

juga

menyediakan sekolah luar bandar dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan - Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin - Bantuan Makanan Asrama - Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid - Jaket Keselamatan - Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya - Skim Pinjaman Buku Teks - Skim Baucer Tuisyen - Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti - Asrama Harian

Kerajaan

harus

meletakkan

budaya

pembelajaran,

analitikal

dan

intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa mengira kelas sosial murid berkenaan.

Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak memburu maklumat daripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan

pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham apa, bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan pembangunan modal insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.

2. Jantina Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.

Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.

Siti Rohani Yahya (1989,1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama.

Aminah

Ahmad

(2000),

menyatakan

penglibatan

wanita

dalam

pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.

Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran dalam kelas.

3. Kumpulan Minoriti

Kumpulan

minoriti

merupakan

suatu

kumpulan

etnik

dalam

sesebuah

masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.

Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggugat keharmonian sekolah.

Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.

Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

4. Murid Keperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat tanggapan negatif samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.

Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa.

Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas.

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan

perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini

menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka.

Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanakkanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi.

Faktor

persekitaraan

seperti

maslaah

berkomunikasi,

diskriminasi

terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003).

Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu; 1. kerencatan mental 2. bermasalah pembelajaran

3. kecelaruan tingkah laku 4. cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi 5. cacat penglihatan 6. cacat fizikal 7. pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifat pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan.

Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisosial. Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng.

Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan

menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat.

Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD

tanpa hiperaktiviti

(Attention Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

Modifikasi

environmental

dan

behavioural

adhenenvironmental

merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negatif. Guru juga boleh

mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja.

Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas; mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tuagsan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negatif. Guru perlu menyediakan program latihan sosial bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas. Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 atau 4 tahun lebih; agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

2.1 Orang Asli

Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli

merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

Keserasian

cara

hidup

yang

berharmoni

dengan

alam

sekitar

membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002).

Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak disediakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

Disamping itu, golongan bijak pandai kurang dalam kalangan mereka kerana tiada sifat persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan dalam masyarakat orang Asli. Mungkin juga terdapat anak-anak orang Asli yang tidak bersekolah kerana membantu keluarga keluar mencari makan sehari suntuk. Tempat kediaman pula terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosioekonomi mereka juga agak rendah, penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi perhatian.

Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2 % (kadar nasional 6.4 %).

Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam serba kekurangan.

2.2 Pribumi (Indigenious)

Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi.

Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air

belum menyentuh sistem belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.

Sistem

belajar

asli

memiliki

banyak

aspek

positif,

antaranya

mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Dalam sistem belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

2.3 Pedalaman

Faktor

berlakunya

ketaksamaan

peluang

pendidikan

bagi

masyarakat

pedalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pedalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disamping meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi perbezaan dan tahap dan keupayaan pencapaian murid. murid, Jurang ini

menyebabkan

prestasi

penyediaan

kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama

Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

Cara-cara Menangani Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Masyarakat Pribumi

Masalah pendidikan dapat diatasi sekiranya golongan masyarakat pribumi diberi kemudahan dan bantuan. Menyedari keperluan ini, kerajaan telah

mempelbagaikan langkah dan usaha bagi membantu masyarakat pribumi keluar dari kepompong kemiskinan melalui pendidikan.

Contohnya, bagi memastikan perbelanjaan pendidikan mencukupi, kerajaan telah menambahkan peruntukan kewangan kepada kira-kira 400,000 murid miskin seluruh negara dengan menambah RM20 menjadikan jumlahnya RM50 sebulan menerusi skim bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun 2007 (Malaysia, 2006b:342).

Langkah ini merupakan salah satu cara mengurangkan beban keluarga dalam aspek perbelanjaan pendidikan bagi masyarakat luar bandar. Sasaran menghapuskan kemiskinan terutama kemiskinan tegar menjelang 2010 menjadi antara agenda utama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Keperluan utama bagi kumpulan pribumi seperti ini adalah makanan. Seperti kata ahli psikologi Maslow bahawa setiap masyarakat bermula daripada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal seterusnya kepada tahap kepuasan diri. Maka ilmu yang amat tinggi nilai kepada mereka adalah ilmu yang

mampu mengubah nasib hidup mereka. Ini kerana tujuan pendidikan dalam erti kata mudah adalah untuk membangunkan masyarakat bertamadun.

Ketamadunan itu bermula daripada pembelajaran ilmu untuk diamalkan. Maka dalam konteks masyarakat pribumi, ilmu yang dipelajari hendaklah berupaya membangunkan mereka. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, masalah penempatan yang berjauhan dari sekolah serta ketiadaan pengangkutan menjadi faktor utama masyarakat itu cenderung untuk tidak melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah.

Sehubungan itu, kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di pedalaman Sarawak khususnya bagi menangani masalah keciciran. Sekolah itu menyediakan kelas dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Masalah keciciran pendidikan membabitkan masyarakat pribumi akan diselesaikan menerusi pelaksanaan konsep sekolah komprehensif (K9). Pembangunan sekolah K9 ini diharap dapat mengatasi masalah kesukaran ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka jauh ke sekolah. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan di kalangan masyarakat Pribumi.

Antara strategi lain yang dapat diambil bagi menangani masalah ini ialah menguatkuasakan pendidikan wajib, menyediakan pelbagai kemudahan

infrastruktur seperti kemudahan asrama di sekolah-sekolah harian termasuk di

sekolah-sekolah pendidikan khas terpilih, pemberian bantuan kewangan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Skim Bantuan Tuisyen dan bayaran yuran peperiksaan secara percuma. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara langkah untuk menangani masalah ini adalah menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa dan mewujud serta memperluas program-program bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan. Pihak kementerian telah memberikan Elaun Murid Khas sebanyak RM150 sebulan kepada semua murid pendidikan khas, kemudahan asrama, Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Insurans Takaful Kemalangan Berkelompok, pemansuhan yuran peperiksaan, pakaian seragam, Katanya, turut dilakukan adalah penambahan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Program Susu Sekolah, Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya untuk menarik minat dan merangsang ibu bapa mendaftar anak-anak mereka ke alam persekolahan. Program vokasional kemahiran turut disediakan kepada murid yang berminat dalam usaha meningkatkan peluang-peluang kemahiran. Program transisi dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dipertingkatkan agar

murid-murid pendidikan khas mendapat akses dan ekuiti yang sama di aliran perdana. Sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan, kaum atau golongan masyarakat. Di samping itu Kementerian Pelajaran terus berusaha ke arah menyatupadukan rakyat dan salah satu pendekatan yang digunakan oleh kementerian adalah dengan menubuhkan lebih banyak sekolah kebangsaan bagi semua golongan masyarakat selari dengan dasar kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan.

BIBLIOGRAFI

Bahan rujukan buku:

1. Najeemah Md. Yusof, 2007, Konsep Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

2. Syed Ismail b. Syed Mustapa dan Ahmad Subki b. Maskon, 2010, Budaya dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor.

Bahan rujukan internet: 1. http://www.utusan.com.my/ 2. http://www.pendidikmy.net/