Anda di halaman 1dari 5

AMALI 5 : MENYIASAT KEPERLUAN FOTOSINTESIS

PENGENALAN Proses fotosintesis merupakan proses penukaran tenaga daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hydrogen. 6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya C6H1206 + 6O2 + 6H2O. Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau yang dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron yang mana ATP terhasil daripaada chemiosmosis. Fotosintesis adalah sangat penting kepada tumbuhan

hijau kerana melalui proses ini tumbuhan hijau dapat membuat makanan sendiri.

OBJEKTIF Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun tumbuhan hijau.

HIPOTESIS Daun hijau yang terdedah kepada cahaya matahari akan mempunyai kanji dan daun tersebut akan bertukar warna kepada biru gelap jika ada kehadiran kanji.

BAHAN DAN ALAT RADAS 1. Daun hijau 2. Bikar 3. Bell jar 4. Corong turas 5. Bag Polythene 6. Tabung uji 7. Tabung didih 8. Jubin putih

9. Metanol 10. Larutan Iodin 11. Air panas 12. Kalsium klorida 13. Kalium hidroksida 14. Kasa dawai 15. Tripod kaki tiga 16. Penunu Bunsen

RAJAH

PROSEDUR

1. Daun yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam dipetik. 2. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih bertujuan untuk membunuh klorofil dan melembutkan daun iaitu melembutkan dinding sel. 3. Larutan methanol dimasukkan ke dalam tabung didih sehingga memenuhi separuh daripada tabung didih dan dimasukkan pelbagai jenis daun hijau. 4. Api penunu Bunsen dimatikan bagi kerana methanol mudah terbakar.

5. Tabung didih yang dimasukkan dengan pelbagai jenis daun dimasukkan kedalam bikar yang mengandungi air panas. 6. Daun dari tabung didih dikeluarkan selepas 5 minit. Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanji. 7. Daun yang dikeluarkan dicelupkan ke dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan daun. 8. Daun diletakkan ke atas jubin putih dan beberapa titis larutan iodin dititiskan. 9. Pemerhatian direkodkan.

ANALISIS DATA Pemerhatian ke atas daun diperhatikan :Keadaan daun Terdedah kepada cahaya matahari Ujian Kanji Terdapat tompok-tompok biru gelap selepas dititiskan larutan iodin. Inferen Daun bertukar warna ke biru gelap kerana mengandungi kanji dan berlaku proses fotosintesis.

Pemerhatian :

1. Di dapati terdapat tompok yang berwarna biru gelap pada daun setelah dititiskan dengan larutan iodin. 2. Warna biru gelap menunjukkan daun hijau terdapat kanji dan terdapat proses fotosintesis yang berlaku.

PERBINCANGAN 1. Daun yang diletakkan di dalam air panas adalah untuk membunuh sel dan membuka sel membran supaya larutan iodin mudah memasuki sel. 2. Daun diletakkan di dalam air panas untuk membunuh sel dam memecahkan sel bagi membuang klorofil hijau supaya keputusan akhir dapat dilihat secara jelas. 3. Daun dicelupkan ke dalam methanol yang direndam di dalam air panas bagi membuka klorofil dan seterusnya melunturkan warna hijau pada daun. Ini membolehkan sebarang perubahan warna dapat dilihat dengan jelas. 4. Daun dicelupkan kembali ke dalam air panas bagi membuang metanol dari daun kerana metanol akan menyebabkan daun menjadi keras. 5. Iodin menukarkan kanji kepada berwarna biru gelap. 6. Bahagian daun yang berwarna biru gelap menandakan kehadiran kanji. 7. Bahagian berwarna kuning kecoklatan tidak mempunyai kanji. 8. Pada kondisi yang terbaik untuk proses fotosintesis, penghasilan glukosa adalah lebih cepat daripada keperluan tumbuhan pada waktu tersebut. Lebihan glukosa disimpan sebagai kanji. Kanji adalah molekul besar yang dihasilkan oleh beribu molekul glukosa yang berhubung bersama. Jika tumbuhan menghasilkan kanji, ini menandakan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis.

Soalan

1. Nyatakan inferens anda berdasarkan berdasarkan amali yang dijalankan ? Daun hijau menjadi bertompok-tompok warna biru tua selepas dititiskan dengan iodin kerana terdapat kanji dan berlakunya proses fotosintesis di dalam daun hijau.

2. Bina satu hipotesis berdasarkan keputusan amali yang telah dijalankan ? Daun hijau yang terdedah kepada cahaya matahari mempunyai kanji dan daun tersebut akan bertukar warna biru gelap sekiranya terdapat kehadiran kanji.

KESIMPULAN Daun hijau yang terdedah kepada cahaya matahari mempunyai kanji dan apabila ujian dilakukan ia akan bertukar kepada warna biru gelap. Ini menunjukan hipotesis diterima.