Anda di halaman 1dari 27

KECERGASAN FIZIKAL UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia

dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat. Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam. Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping mengelak kecederaan. Kecergasan Fisiologi Kecergasan Sosial Kecergasan Psikologikal Kecergasan Fizikal Kecergasan Sosial Kecergasan Mental Kecergasan Emosi Kecergasan Kerohanian Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada: Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor 2 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 KESIHATAN KEMAHIRAN MOTOR Komposisi Badan Fleksibiliti Daya Tahan Kardiovaskular Kekuatan Otot Daya Tahan Otot Ketangkasan

Kuasa Imbangan Masa Reaksi Kelajuan Koordinasi Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani 3 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Penilaian adalah bertujuan : 1. Memfokuskan kepada setiap orang murid Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. 2. Menentukan status semasa murid Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e) Menentu aktiviti tertentu. 3. Memilih wakil sekolah Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. 4. Memotivasikan murid Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. 5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama

ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai. 6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain. 4 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Sejarah Instrumen Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertamanya, markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu : a) Ujian Kelembutan b) Baling bola sofbol c) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak) d) Mendagu e) Lari ulang-alik 5 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 f) 600 ela lari/jalan Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja. Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ilah Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang sedang dijalankan di sekolah telah diperoleh. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu : a) Bangkit Tubi b) Tekan tubi c) Jangkauan melunjur d) Larian 1500m Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat

Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah. Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk mengemas kini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port Dickson. Pada waktu itu, Penyelia Pendidikan negeri dan wakil bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini. Dalam seminar tersebut, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan. 6 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Tugasan Soalan 1 a. Anda dikehendaki menyediakan bateri ujian untuk Lima (5) komponen yang hendak diuji. Instrumen tersebut terdiri daripada : i. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan ii. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor iii. Satu instrument untuk mengukur kemahiran b. Setiap intrument hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut : i. Pengenalan, pendahuluan ii. Nama ujian iii. Objektif pengujian iv. Fungsi ujian v. Sejarah instrumen vi. Korelasi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektiviti (jika ada) vii. Prosedur pelaksanaan ujian viii. Alatan yang diperlukan ix. Limitasi pelaksanaan x. Organisasi pentadbiran ujian c. Instrumen yang lengkap disediakan hendaklah ditadbirkan untuk mendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, anda dikehendaki melaksanakan pengujian dan pengukuran dengan memilih subjek daripada murid Tahap Dua 7 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 di sekolah yang di pilih dalam kapasiti sebuah kelas dengan melaksanakan proses yang sewajarnya.

Soalan 2 a. Berdasarkan data dan maklumat hasil pengujian, pengukuran yang telah dilaksanakan, anda dikehendaki membuta rumusan, penilaian dan analisis hasil daripada pengujian tersebut. Berdasarkan soalan 1, kami telah menjalankan ujian pengukuran dan penilaian pada butiran-butiran yang berikut : Tempat : Sek. Keb. Permaisuri Nur Zahirah Sampel : Murid Tahun 4 Dinamik iaitu Tahap Dua Bilangan responden : 30 orang (11 lelaki dan 19 perempuan) Bateri ujian : Berasaskan Kesihatan : Bangkit Tubi Berasaskan Kesihatan : Jangkauan Melunjur Berasaskan Lakuan Motor : Lari Pecut 30m Berasaskan Lakuan Motor : Lompat Jauh Berdiri Berasaskan Kemahiran : Permainan Badminton Tarikh : 3 March 2009 Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi AJK ujian penilaian dan pengukuran Hafizuddin Faries B. Fisal ( Lompat Jauh Berdiri) Mohd Asmadi B. Zainal Abidn ( Bangkit Tubi) Aman Sah B. Mad Som ( Lari Pecut 30 m) Mohd Farid B. Tajul Ariffin (Lari Pecut 30 m) Wan Mohd Hanif B. Wan Daud ( Jangkauan Melunjur) Mohd Zahid B. Abdullah Sani ( Badminton) Mohd Nazim B. Md Derus ( Badminton) 8 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Limitasi Pelaksanaan Ujian 1. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K. Permaisuri Nur Zahirah. 2. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Dinamik yang diuji. 3. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19 perempuan. 4. Bateri ujian hanya melibatkan 5 instrument sahaja. 5. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi sahaja ujian ini dilaksanakan. 6. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8 pagi hingga pukul 10 pagi. 7. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan jasmani ketika sesi ujian dijalankan. 8. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini. 9. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga dikecualikan bagi menitikberatkan aspek keselamatan. 9 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03

BATERI UJIAN 1 (LARI PECUT 30M) Nama ujian : Lari pecut 30 meter Pendahuluan : i. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik. ii. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan. iii. Masa larian juga dicatatkan iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. 10 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang. Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari kedudukan berdiri Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan jumlah pengambilan oksigen yang maksimum. Prosedur ujian : 1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. 2. Penguji memberi isyarat sedia dan lari di samping meniup wisel. 3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat. 4. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil. Alatan yang digunakan : i. Pita ukur ii. Jam randik iii. Wisel iv. Skitel Organisasi perlaksanaan : 11 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Lari Pecut 30m Sejarah : Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara

acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturanperaturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet 12 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978. 13 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 ANALISIS UJIAN 1

(Lari Pecut 30m) Analisis Data Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1 Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 5.84 2 Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 5.91 3 Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 6.18 4 Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 6.31 14 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 5 Muhamad Rasydan B. Razali 6.41 6 Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 6.45 7 Muhamad Amirul Musthaqim 6.85 8 Mohamad Sayyid B. Nazri 7.35 9 Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 7.63 10 Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 7.79 11 Muhamad Syariman b. Saari 8.06 Analisis data mod, median dan min bagi murid lelaki Mod Min Median - 6.22 s 6.45 s Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 6.27 2 Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 6.60 3 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 6.65 4 Noe Erni Bt. Nazmi 6.67 5 Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 6.70 6 Nur Syazwani Bt. Mohamad 6.76 7 Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 6.83 8 Nik Sofwatulizah bt. Ishak 6.89 9 Nur Syazwani Bt. Md Bahri 7.00 10 Ummul Najwa Bt. Adnan 7.09 11 Nabihah Bt. M. Zahid 7.27 15 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 12 Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 7.44 13 Nik Zalila Bt. Kassim 7.75 14 Atikah Jameen Bt. Hamdan 7.87 15 Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 7.87 16 Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 7.95 17 Seri Hafsah Bt. Abd Razak 7.97 18 Puteri Nur Farah Bt. Rosli 19 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman Analisis data mod, median dan min bagi murid perempuan

Mod Min Median 7.87 s 7.45 s 7.00 s Rumusan 1. Murid-murid dapat melakukan ujian lari pecut 30m dengan baik. 2. Ujian ini dapat meningkatkan tahap kepantasan dan kekuatan otot kaki. 3. Purata keseluruhan murid tahun 4 Dinamik dalam ujian lari pecut 30m ini adalah 7 saat. BATERI UJIAN 2 16 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 (Jangkaun Melunjur) Nama ujian : Jangkaun melunjur Objektif ujian : Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.80 dan 0.90 Kebolehpercayaan : 70 atau lebih. Prosedur ujian : 1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid perlu menanggalkan kasut. 2. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding. 3. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan lurus kehadapan. 17 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri. Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak. 5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing). 6. Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik direkodkan dalam unit cm. Alatan ujian : i. Kotak pengukur dan pembaris ANALISIS UJIAN 2 (Jangkauan Melunjur) 18 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Analisis Data Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 14.5 2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 30 3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 37

4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 33 5. Mohamad Sayyid B. Nazri 35 6. Muhamad Amirul Musthaqim 30 7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 32.5 8. Muhamad Rasydan B. Razali 35 9. Muhamad Syariman b. Saari 33.5 10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 40.5 11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 38.5 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid lelaki Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 30 32.7 6.86 14.5 40.5 Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik 19 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 20 13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 38 14. Nabihah Bt. M. Zahid 36 15 Noe Erni Bt. Nazmi 25 16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 30 17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 22 18. Nik Zalila Bt. Kassim 23 19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 34 20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 23.5 21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 23 22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 19 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 40 24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 22.5 25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 27 26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 26 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 23.5 28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 21.5 29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 32 30. Ummul Najwa Bt. Adnan 22.5 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid perempuan Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 22.5 26.8 6.34 19 40 Rumusan : i. Kelenturan murid lelaki adalah lebih baik dari murid perempuan. ii. Ini disebabkan murid lelaki lebih aktif dan sering melakukan aktiviti lasak. 20 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03

BATERI UJIAN 3 (Lompat Jauh Berdiri) Nama ujian : Lompat Jauh Berdiri Objektif Ujian : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar Alatan Ujian : i. Pita Pengukur(2 meter), ii. Penanda Jarak iii. Masking Tape iv. Pembaris v. Kapur Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan. 21 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Prosedur : 1. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan. 2. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu. 3. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian murid perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh. 4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi arahan. 5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata. 6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil. 7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat. 8. Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan. 9. 3 percubaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil kira. ANALISIS UJIAN 3 (Lompat Jauh Berdiri) 22 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Analisis Data Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 130 2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 162 3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 154 4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 125 5. Mohamad Sayyid B. Nazri 127 6. Muhamad Amirul Musthaqim 120

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 140 8. Muhamad Rasydan B. Razali 120 9. Muhamad Syariman b. Saari 131 10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 127 11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 141 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid lelaki Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 120 134 13.7 120 162 23 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 130 13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 120 14. Nabihah Bt. M. Zahid 125 15 Noe Erni Bt. Nazmi 118 16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 80 17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 151 18. Nik Zalila Bt. Kassim 130 19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 118 20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 151 21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 141 22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 155 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 141 24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 124 25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 125 26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 130 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 115 28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 131 29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 139 30. Ummul Najwa Bt. Adnan 124 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid perempuan Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 130 128.8 16.7 80 155 24 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Rumusan : i. Berdasarkan ujian yang dijalankan, semua murid berjaya melakukan ujian ini. ii. Jarak yang terbaik yang dicatatkan bagi lelaki ialah 162cm. iii. Manakala bagi perempuan, catatan yang terbaik ialah 155cm. iv. Secara keseluruhannya, semua murid berada pada tahap yang

sederhana berdasarkan ujian yang dijalankan. Ini mungkin disebabkan murid membuat regangan yang betul (warming up) pada awal sesi serta faktor pakaian. v. Kesimpulannya, pengujian kuasa eksposif kaki secara mendatar bagi lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan perempuan. 25 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 BATERI UJIAN 4 (Bangkit Tubi) Nama ujian: Bangkit tubi Objektif ujian: Mengukur kekuatan terhadap otot abdomen. Alatan: Pita pengukur, tilam Kesahan: Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini. Kebolehpercayaan: A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson & Nelson, 1986) melaporkan hubung kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had untuk ujian bangun tubi. Prosedur : 1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 12-18 inci daripada punggung. 26 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian dijalankan. 3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal. 4. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula menyentuh lantai sebelum bangkit semula. 5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dankembali semula ke kedudukan asal. 27 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 ANALISIS UJIAN 4 (Bangkit Tubi) Analisis Data Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 9 2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 18 3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 9 4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 9 5. Mohamad Sayyid B. Nazri 14 6. Muhamad Amirul Musthaqim 25

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 31 8. Muhamad Rasydan B. Razali 10 9. Muhamad Syariman b. Saari 17 10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 15 11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 28 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid lelaki Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 28 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 9 16.8 8 9 31 Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 14. Nabihah Bt. M. Zahid 15 Noe Erni Bt. Nazmi 14 16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 12 17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 12 18. Nik Zalila Bt. Kassim 19 19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 19 20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 15 21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 12 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 12 24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 7 25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 9 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 3 28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 26 29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 9 30. Ummul Najwa Bt. Adnan 12 Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum bagi murid perempuan Mod Min Sisihan Piawai MiN Max 29 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 12 10 8.4 3 26 Rumusan : i. 3 orang pelajar lelaki berada pada tahap baik. ii. 7 orang pelajar lelaki berada pada tahap sederhana. iii. 4 orang pelajar perempuan berada pada tahap baik. iv. 9 orang pelajar perempuan berada pada tahap sederhana. v. 6 orang pelajar perempuan berada pada tahap lemah.

30 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 BATERI UJIAN 5 (Permainan Badminton) Sejarah Badminton : i. Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan (perseorangan) atau pun dua pasangan bertentangan (beregu). ii. Posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. iii. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka sekiranya bulu tangkis dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. iv. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. 31 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Rekod Badminton : i. Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. ii. Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari Indonesia. Gelanggang : Tiap-tiap pemain berada bertentangan antara dua gelanggang servis. Keluasan gelanggang servis untuk perseorangan, iaitu 5.18 meter lebar dan 13.4 meter panjang. Keluasan gelanggang servis untuk beregu berukuran 6.1 meter lebar dan 11.88 meter panjang. Gelanggang servis dibahagikan kepada dua bahagian bertentangan. Bahagian gelanggang ini dipisahkan oleh jaring (1.55 meter tinggi). Garisan servis pendek terletak 1.98 meter dari jaring. kawasan servis kiri dan kawasan servis kanan dipisahkan oleh garisan di tengahnya. 32 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Nama ujian :Kemahiran Permainan Badminton (Ujian French short-serve) Tujuan: Untuk mengukur kemahiran untuk membuat servis secara tepat Alatan: Raket badminton,bulu tangkis,tali yang direntang di atas net dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang Prosedur ujian : 1. Tali direntang 20 inci di atas dan selari dengan jaring/net. Ukuran dibuat di

tengah-tengah garisan gelanggang dan garisan servis pendek. 2. Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara tali dan net dan mendarat di kawasan yang ditandakan. 5 percubaan diberi dan jumlah skor yang terkumpul akan direkodkan. 3. Jika servis terkena tali,murid boleh membuat servis semula tanpa dikira. 33 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 ANALISIS UJIAN 5 (Permainan Badminton) Analisis Data Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 5 2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 5 3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 4 4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 5 5. Mohamad Sayyid B. Nazri 3 6. Muhamad Amirul Musthaqim 2 7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 3 8. Muhamad Rasydan B. Razali 2 9. Muhamad Syariman b. Saari 3 10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 2 11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 2 34 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Analisis data mod, min, minimum dan maksimum bagi murid lelaki Mod Min MiN Max 1.2 1.85 1.2 3.0 Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 3 13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 5 14. Nabihah Bt. M. Zahid 4 15 Noe Erni Bt. Nazmi 4 16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 5 17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 4 18. Nik Zalila Bt. Kassim 1 19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 5 20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 4 21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 1 22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 4 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 4 24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 5

25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 2 26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 4 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 4 28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 1 29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 3 35 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 30. Ummul Najwa Bt. Adnan 2 Analisis data mod, min, minimum dan maksimum bagi murid perempuan Mod Min MiN Max 1.8 1.92 1.0 3.2 Rumusan : i. Berdasarkan data yang diperolehi, murid-murid belum mampu menguasai kemahiran membuat pukulan servis dengan baik. ii. Secara purata, markah murid perempuan dalam membuat pukulan servis adalah lebih tinggi berbanding murid lelaki. 36 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Soalan 2 b. anda dikehendaki membuat perbandingan di antara kelima-lima instrumen yang telah ditadbirkan. PERBANDINGAN 5 BATERI UJIAN Perbandingan kelima-lima bateri ujian berdasarkan objektif, sampel, prosedur dan alatan 37 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Bateri ujian Objektif Sampel Prosedur Alatan Jangkauan melunjur Mengukur kelenturan otot di bahagian bawah belakang dan di bahagian atas peha 30 orang. 11 = lelaki 19 = perempuan Mudah dijalankan.

Ujian dapat diselesaikan dengan masa yang singkat. Pembaris dan kotak Lompat jauh berdiri Mengukur kuasa kaki 30 orang. 11 = lelaki 19 = perempuan Mudah dijalankan. Pita ukur, pembaris dan pita pelekat. Lari Pecut 30 meter Mengukur kelajuan murid memecut 30 meter dari kedudukan berdiri. 30 orang 11 = lelaki 19 = perempuan Mudah dijalankan. Terdapat 2 orang murid tidak melakukan ujian kerana tidak memakai pakaian sukan Wisel, jam randik, skitel. Bangkit Tubi Menguji kekuatan otot abdomenis 30 orang

11 = lelaki 19 = perempuan Mudah untuk dijalankan tetapi terdapat 5 orang murid perempuan tidak memperolehi sebarang skor. Tilam latihan. Permainanan badminton (French shortMengukur kemahiran murid membuat 30 orang 11 = lelaki 19 = Sukar untuk ditadbir kerana murid masih lemah dalam Raket badminton, net, bulu tangkis 38 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 serve) servis dengan tepat. perempuan membuat servis dengan tepat. Gelanggang badminton yang berada di luar menyebabkan halangan seperti angin yang

menyukarkan murid membuat servis dengan baik Perbandingan berdasarkan data kajian Lompat Jauh Berdiri Bangkit Tubi Jangkauan Melunjur Lari Pecut 30m Permainan Badminton N Valid 30 25 30 28 30 Missing 0 5 0 2 0 Mean 130.83 15.16 28.933 7.0129 3.37 Std. Deviation 15.658 7.192 7.0402 .66458 1.326 Variance 245.178 51.723 49.564 .442 1.757 Kesimpulan Secara keseluruhannya, murid-murid dari kelas 4 Dinamik S.K. Permaisuri Nur Zahirah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan ujian bateri yang dijalankan ke atas mereka. 39 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Kesemua murid berjaya menjalani ujian bateri yang telah dijalankan. Terdapat juga beberapa orang pelajar sahaja yang tidak dibenarkan menjalani ujian-ujian tertentu. Hasil ujian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid berada pada tahap sederhana dalam sesuatu ujian. Hal ini mungkin disebabkan kurang pendedahan mengenai ujian-ujian tersebut di sekolah pada para pelajar. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, peranan guru Pendidikan Jasmani harus penting. Guru perlulah memberi pendedahan awal mengenai ujian kecergasan ini kepada murid sekolah rendah. Ujian-ujian ini secara tidak langsung dapat membantu guru mengena pasti kelebihan yang ada pada murid yang tidak nampak secara zahirnya. Selain itu, guru perlu memberi tunjuk ajar kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu murid kuasai pada peringkat awal sekolah rendah. Melentur buluh biar dari rebungnya. Melalui pepatah ini, guru harus bertanggungjawab mendidik anak bangsa agar mereka dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Bibliografi Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications. 40 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE22 03 Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. http://www.topendsports.com/testing/tests.htm http://www.fitness.gov/getfit.pdf http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html http://www.brianmac.co.uk http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm http://www.bodpod.com http://www.1st4sport.com http://www.thesportjournal.org

BORANG REKOD SEGAK DAN BMI


(BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI)

NAMA MURID PERKARA


BERAT BADAN BODY MASS (kg)

KELAS PENGGAL 1
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari AJK Ahli

PENGGAL 2

INDEX TINGGI (cm) (BMI)


Tarikh:

Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh:

SEGAK
UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh: UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh:

Tanda tangan pelajar

Pengesahan Guru Mata Pelajaran PJ

.. (Nama Pelajar) (Cop & Nama Guru)

Catatan: *Murid berkeperluan khas


*sila tanda jika berkenaan

dikecualikan

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL-SEGAK Apakah SEGAK?

1. Program penilaian SEGAK 2. Dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pen. Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. 3. Menggantikan Ujian Daya Tahan Asas (UDTA) Matlamat Agar murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Ujian-ujian SEGAK

1. 2. 3. 4.

Naik turun bangku (3 minit) Tekan tubi / tekan tubi suaian(1 minit) Ringkuk tubi separa (1 minit) Jangkauan melunjur (3 kali)

Perhatian: Ujian mesti diselesaikan pada hari yang sama. Setiap aktiviti mesti mengikut tertib dan berturut-turut. Sekiranya aktiviti pertama gagal disudahkan, maka ujian seterusnya tidak boleh dilaksanakan.

UJIAN 1: NAIK TURUN BANGKU TUJUAN: MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR PERALATAN: Bangku 30.5cm/1 kaki, jam randik, rakaman metronome 96

detik, radio, speaker, kerusi, borang skor. PENGURUSAN: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan 2. Bangku diletak di atas lantai yang rata dan selamat. 3. Sediakan rakaman metronome 96 detik PROSEDUR: 1) Murid memakai kasut sukan yang bersesuaian. 2) Ambil kadar nadi murid (1 minit) 3) Murid berdiri tegak dengan kaki kanan/kiri(ikut keselesaan) diletakkan di atas bangku. 4) Penguji beri isyarat "mula" 5) Murid melakukan perlakuan naik turun bangku (murid-murid boleh count naik, naik, turun, turun)---> keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku. 6) murid melakukan pergerakan mengikut rantak metronome (lebih kurang sound macam ni.. tik tik tik tik, naik naik turun turun). 7) Murid mesti memandang ke hadapan. 8) Perlakuan mesti dilaksanakan dalam tempoh 3 minit. 9) Selepas tamat, murid dikehendaki duduk serta merta. 10) kiraan nadi diambil. * Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

UJIAN 2A: TEKAN TUBI (PELAJAR LELAKI SAHAJA) TUJUAN: UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU ALATAN: 1. Kawasan lapang dan rata 2. Span (5cm x 15cm panjang x 10cm tinggi) 3. Jam randik 4. Tilam PENGURUSAN 1. Dilaksanakan secara berpasangan 2. Murid A melaksanakan ujian, murid B sebagai pencatat. PROSEDUR 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. (No Ulat bulu--> badan jatuh tapi punggung masih UP :D) 3. Luruskan kembali tangan. (Di sini, baru dikira sekali lakuan dibuat) 4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. 5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid berhenti. 6. Ujian ini akan ditamatkan sekiranya murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut 1-3.

UJIAN 2B: TEKAN TUBI SUAIAN (PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA) PROSEDUR: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus, lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan sehingga dada menyentuh span. 3.Luruskan kembali tangan. 4. Tekan tubi dituruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya murid melengkap prosedur 1-3. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor dikira setakat murid berhenti. 5. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna (langkah 1-3)

UJIAN 3 : BANGKIT TUBI TUJUAN: MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN ALATAN: 1. Pita lekat bersaiz 2.5cm 2. Pita ukur 3. Jam randik 4. Metronome 50 detik 5. Pelapik getah 6. Penanda seperti pensel, lidi atau straw PENGURUSAN 1. Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan pelaku.

2. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10cm PROSEDUR 1. Murid memakai kasut yang sesuai. 2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah, tapak kaki murid sentiasa menyentuh lantai 3. Buka kaki seluas bahu. 4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama. 5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah dapat menyentuh penanda kedua. Jarak penanda pertama dan kedua ialah 10cm. 6. Bahagian badan kembali diletakkan rata di atas lantai seperti kedudukan sedia seperti di langkah 4. 7. Murid mengulang lakuan 4-6 berulang kali mengikut rentak metronome 50 detik. 8. Murid B mengira. Kiraan satu dikira, apabila murid menamatkan lakuan 46. 9. Ujian dilaksanakan dalam tempoh 1 minit. 10. Ujian tamat sekiranya : - murid berhenti melakukan ujian. - jari tidak menyentuh penanda kedua - tumit diangkat - tidak dapat mengikut rentak metronome dua kali berturut-turut

UJIAN 4: JANGKAUAN MELUNJUR TUJUAN: UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PEHA DAN SENDI PINGGUL ALAT: ALAT PENGUKUR JANGKAUAN DAN BORANG SKOR

PENGURUSAN 1. Gunakan alat pengukur jangkauan (Rasanya semua sekolah dah beli alat ni.. :D) PENGURUSAN 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletakkan di belakang penanda 23cm. (Jika alat pengukur jangkauan tidak tepat, minta Ketua Panitia pulangkan balik kepada pembekal.. :D) 2. Kedua-dua kaki mesti lurus sepanjang ujian. Rakan boleh memegang

lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih atas sebelah tapak tangan kiri atau sebaliknya, ikut keselesaan. Pastikan hujung jari tengah sama. 4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat (freeze kejap :) ) Baru, jarak boleh dikira, kalau tersentap-sentap, jangan ambil ukuran. 6. Murid diberi tiga percubaan. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (bundarkan ke nombor bulat) 7. Murid yang memegang lutut mestilah tidak mengganggu.