Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku sejak kecil lagi.
Ayah dan ibu, anakmu masih memerlukan bimbinganmu, ke jalan kebahagiaan, ke taman keharmonian, dunia dan akhirat.
Terima kasih ayah dan ibu, kerana mengajarku erti kekuatan, ketabahan, dan kecekalan. Kupohon ibu, kupinta ayah, restu dan doamu moga dikirimkan, buatku pembakar semangat, penyuluh di kala gelap.
Ampunkan anakmu, wahai ayah dan ibu, andai saja pernahku menyakiti hatimu, yang terguris moga terhakis, yang terasa moga menjadi sisa. Terima kasih ayah! Terima kasih ibu! Kerana jasamu, tidak mampu kubalas..