Anda di halaman 1dari 5

1

Tugasan Kursus KPD 4046 KAEDAH PENGAJARAN PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN PENGAJARAN
Markah keseluruhan tugasan ini 60%

Tugasan ini boleh dibuat dalam kumpulan 2-3 orang. Ia boleh dibuat mengikut bahagianbahagian utama di bawah. Walau bagaimana pun tugasan ini hendaklah dilihat sebagai satu kesatuan kerana tiap-tiap bahagian berhubung kait dengan yang lain. Jadi tugasan akhir anda harus merupakan satu persediaan mengajar yang lengkap tentang sesuatu topik dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar di sekolah nanti. Tugasan anda ini hendaklah dihantar secara satu folder kemas. Lampiran contoh ilustrasi, bahan, power-point, dsb boleh dilampirkan. Sertakan juga tugasan ini dalam bentuk CD. Tarikh penyerahan tugasan ini ialah pada akhir minggu ke 10 atau mengikut tarikh yang ditentukan oleh pensyarah anda. BAHAGIAN A: markah 15 1. Pilih satu topik atau sub-topik dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar di sekolah, untuk anda sediakan rancangan pengajaran bagi mengajar 3 4 unit pelajaran secara berturutan (sequential). Misalnya anda boleh memilih topik pelaburan dalam mata pelajaran Perdagangan atau Ekonomi bagi Tingkatan 4. Anda boleh pilih topik ini dengan merujuk sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks dan buku rujukan lain. Sesuatu topik yang hendak diajar itu biasanya mengandungi isi dari segi pengetahuan dan kemahiran. Anda hendaklah memahami dan menguasai kandungannya dengan membaca seluas-luas mengenainya. Tulis sumber-sumber rujukan dari mana kamu mendapat isi atau kandungan topik ini. 2. Buat ringkasan konsep, idea utama, teori, prosedur, dan fakta penting berkaitan pengetahuan dalam topik itu, dalam satu atau dua peta konsep atau carta. 3. Senaraikan jenis-jenis kemahiran yang akan juga diajar dalam topik itu. Dalam sains misalnya terdapat kemahiran proses sains; dalam bahasa terdapat beberapa kemahiran seperti membaca dan menulis dan beberapa sub-kemahirannya; dalam pelajaran kemahiran hidup ada pelbagai kemahiran dalam sesuatu topik, selain dari pengetahuan mengenainya. 4. Buat nota isi / kandungan topik ini mengikut jenis dan aras pengetahuan dan kemahiran (berdasarkan klasifikasi knowledge dalam Taksonomi Bloom) sebagai panduan untuk kamu mengajar kepada pelajar.

a) Fakta spesifik (specific facts)

b) Istilah (terminology) c) Cara atau kaedah membuat sesuatu


(knowledge of ways and means of dealing with specifics)

d) Kelaziman atau adat (conventions) e) Trend dan turutan


(knowledge of trends and sequences) f) Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories) g) Kriteria h) Kaedah penyelidikan (methodology). i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang. j) Teori dan struktur pengetahuan Sungguh pun terdapat 10 jenis dan aras pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom, sesuatu topik itu mungkin mengandungi hanya beberapa jenis dan aras pengetahuan yang penting yang anda ingin beri tekanan, misalnya dalam sesuatu topik itu anda ingin menekankan 1. Beberapa fakta penting

2. Beberapa istilah atau konsep utama 3. Cara atau prosedur membuat sesuatu (misalnya langkah-langkah dalam sesuatu
eksperimen sains; cara membuat peta, carta atau rajah; cara menulis laporan). Anda ingin mengajar kemahiran-kemahiran penting berhubung dengan prosedur ini yang perlu pelajar menguasainya. 4. Klasifikasi dan kriteria membuat klasifikasi

5. Prinsip dan teori berhubung dengan topik itu.


5. Buat nota tentang jenis kemahiran-kemahiran penting yang anda akan masukkan ke dalam pengajaran topik itu. BAHAGIAN B markah 5 Pernyataan hasil pembelajaran / objektif pengajaran Tulis hasil pembelajaran atau objektif pengajaran (berdasarkan taksonomi Bloom), yang anda ingin pelajar anda mencapainya pada akhir pengajaran topik ini. Contohnya: Hasil pembelajaran (aras pengetahuan): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyenaraikan........ .......dan pelajar dapat memberi contohnya. Hasil pembelajaran (aras analisis): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat membezakan antara xx, yy dan zz.

3 BAHAGIAN C markah 5 Buat Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran Pecahkan isi pelajaran bagi topik ini kepada tiga (3) atau empat (4) unit pelajaran yang anda akan mengajar secara berturutan (sequential) di sekolah nanti, dengan mengambil kira prinsip kesinambungan, turutan dan integrasi, seperti yang dinyatakan oleh Tyler. Buat Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran sebagai panduan, contohnya, seperti berikut: Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran Topik:____________________________
Unit Pengetahuan & Kefahaman Analisis Sintesis Aplikasi Penilaian

Konsep/ Istilah
Unit 1 (Tuliskan subtopik) Unit 2 Tulis Unit 3 x Tuliskan

Fakta
x Tuliskan

Kaedah/ Kemahiran

Teori/ Prinsip
x Tulis

x Tulis

x Tulis x x x

BAHAGIAN D markah 25 Pendekatan pengajaran Pilih dua (2) pendekatan yang berlainan untuk mengajar topik di atas, bagi mencapai objektif pengajaran anda dalam 3 4 unit pelajaran yang berturutan itu. Misalnya a) Pendekatan pembelajaran masteri,

b) Pendekatan berasaskan-masalah (problem-based approach), c) Pendekatan projek (Project method) d) Pendekatan inkuiri terpimpin (guided-inquiry method)
e) Pendekatan campuran secara integrasi pendekatan/kaedah di atas

f)

Atau pendekatan lain yang sesuai dengan kandungan topik pengajaran anda.

dan objektif

4 Jadi terdapat dua set rancangan pengajaran. Perhatikan turutan langkah-langkah pengajaran bagi pendekatan masteri berbeza dengan turutan Pendekatan berasaskanmasalah atau Pendekatan inkuiri-terpimpin. (Ertinya: Objektif pengajaran / hasil pembelajaran topik itu dan kandungan topik itu sama, tetapi pendekatan pengajaran adalah dua pendekatan dan dua set yang berberbeza) Buat jadual rancangan seperti berikut untuk setiap satu Pendekatan itu sebagai ringkasan dan panduan am.

Jadual rancangan am pengajaran


Unit Pengajaran Unit 1 (nyatakan sub- topiknya) Unit 2 Unit 3 Objek/Hasil Pembelajaran nyatakan Kandungan pelajaran nyatakan Kaedah Mengajar nyatakan Kaedah Penilaian nyatakan

Bagi setiap unit pelajaran dalam dua pendekatan yang anda pilih itu (iaitu sama ada Pendekatan masteri atau Pendekatan berasaskan-masalah (problem-based approach), atau Pendekatan inkuiri-terpimpin (guided-inquiry approach, dan sebagainya itu), tulis

a) objektif pengajaran/hasil pembelajaran b) kandungan pelajaran (Anda boleh rujuk dan guna kandungan dalam BAHAGIAN
A yang telah anda sediakan) Ini sama untuk kedua-dua pendekatan/set. Kemudian tulis nota berikut secara berasingan bagi Pendekatan A dan Pendekatan B yang telah anda pilih itu. c) turutan langkah-langkah pengajaran anda d) aktiviti dan latihan untuk pelajar e) kaedah penilaian formatif yang sesuai Dalam langkah-langkah pengajaran bagi setiap Pendekatan itu anda boleh mengguna kombinasi beberapa teknik pengajaran, contohnya, seperti berikut: Bercerita Penerangan dan Perbincangan Demonstrasi Drama Eksperimen Kajian kes Projek Simulasi Bersoal jawab Socratic Tunjuk sampel Metakognisi Pembelajaran kooperatif Pembentangan

5 Kerja amali Kerja lapangan Main peranan Panel pakar BAHAGIAN E markah 10 Penilaian summatif Buat penilaian summatif mengguna kaedah atau kombinasi kaedah penilaian yang sesuai untuk menilai pencapaian objektif/hasil pembelajaran pelajar anda.
Ih, upsi271009

Langkah-langkah deduktif induktif Mengguna komputer, DVD Atau lain-lain yang sesuai

Anda mungkin juga menyukai