Anda di halaman 1dari 1

PENDEKATAN PENCEGAHAN Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satunya masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah

itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri. PENDEKATAN PERKEMBANGAN Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi. PENDEKATAN PEMULIHAN Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. PENDEKATAN KRISIS Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa serta pihak pentadbir sekolah, Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yangs sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.