Anda di halaman 1dari 8

Norasikin abit

Peringkat Bayi
Terdapat dua kategori emosi pada bayi: a. Emosi utama: bermula pada enam bulan pertama seorang bayi. Antara emosi utama yang timbul ialah terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan berminat. b. Emosi kesedaran kendiri: emosi ang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu ( 1 tahun). Perasaan bangga, rasa bersalah (2 tahun)

Awal kanak-kanak
Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan rasa bersalah. Ia bermula sekitar umur 2 tahun. i. Bangga: ekspresi kanak-kanak apabila berada dalam keadaan gembira di atas kejayaan melakukan sesuatu. ii. Malu: timbul apabila kanak-kanak meraskan mereka tidak dapat mencapai matlamat/ kemahiran yang mereka inginkan. iii. Rasa bersalah: apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka lakukan berakhir dengan kegagalan.

Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini mula memahami emosi: i. Mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi. ii. Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain. iii. Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenal pasti kaitan emosi dengan situasi tertentu. iv. Menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak


Lebih berkebolehan untuk memahami emosi-

emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi. Lebih berjaya mengawal emosi2 negatif. Mempunyai initiafit untuk menukar emosiemosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanfaat.

Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini:


Boleh

berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh memahami hubungan emosi dengan situasi yang dialami. Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang berlainan pada individu yang berlainan. Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama selepas perkara itu berlalu. Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan keperluan sosial.

Peringkat Remaja
Terdedah kepada pergolakan emosi.
Ketidakstabilan emosi sering meningkat di

peringkat remaja. Contohnya: - mereka boleh menunjukkan kegembiraan - pada satu ketika dan tiba-tiba boleh menjadi moody - selalu merajuk dan tidak tahu meluahkan emosi

Implikasi perkembangan emosi terhadap proses P&P


Bina asas kepercayaan di dalam bilik darjah. Bantu murid menyedari emosi dan meluahkan

perasaan. Bantu pelajar mengenali emosi orang lain. Bincangkan strategi-strategi mengawal emosi. Bantu pelajar mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi.

Anda mungkin juga menyukai